03.04.2019 Views

Miong Mencari Kawan

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Cerdas Mengurus Emosi

(Perasaan Mengharap)

Anak-anak di peringkat prasekolah apabila mengharap sesuatu masih belum cukup matang untuk

menilai bahaya dan risiko apabila berurusan dengan individu yang tidak dikenali atau asing. Maka,

amat penting untuk anak-anak diajar untuk sentiasa bersama dengan orang yang dikenali atau berada

berdekatan dengan mereka apabila berada di luar rumah.

Amat baik jika ibu bapa dapat menjadikan watak-watak haiwan di dalam cerita ini sebagai metafora

kepada kepelbagaian bangsa, bahasa, rupa dan budaya yang ada di dunia sebenar. Ini penting dalam

menyediakan emosi anak-anak apabila mereka berada di luar sana dan bercampur dengan pelbagai latar

belakang masyarakat pada suatu hari nanti.

Bagi menambahkan warna dalam penceritaan, ada baiknya jika ibu bapa menceritakan serba sedikit

tentang haiwan yang ditemui untuk mencetus minat anak dalam eksplorasi dan merangsang sifat ingin

tahu mereka. Perkenalkan kelainan dan konsep perbandingan antara haiwan-haiwan dalam cerita ini.

Dr. Ahmad Rostam Md Zin (Psikiatri)

Bacaan Awal Untuk Kanak-Kanak

Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak untuk boleh membaca.

Kemahiran-kemahiran tersebut adalah:

1. Mendengar dan menyebut bunyi-bunyi asas (fonem).

2. Mengaitkan bunyi dengan huruf atau gabungan huruf yang melambangkan bunyi tersebut.

3. Memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang sesuai dalam sesuatu perkataan.

4. Memadukan bunyi-bunyi asas untuk membentuk suku-suku kata dan seterusnya

memadukan suku-suku kata untuk membentuk perkataan.

Suku-suku kata berbeza dimerahkan pada setiap halaman dan kemahiran memilih, memisah

dan memadukan suku kata dikukuhkan di halaman “Aktiviti Pengukuhan”.

22

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!