28.02.2018 Views

MODUL LATIHAN PENDIDIK STEM

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

i

ii

Cetakan Pertama 2017

© Hak Cipta Teks: Panel Penulis Modul Latihan Pendidik PIL CERDAS STEM.

Semua projek dalam buku ini dibiayai oleh Bahagian PERMATA,

Jabatan Perdana Menteri.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan

kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada

secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis

daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Aminah Ayob, Dato' Prof. Emeritus Dr.

MODUL LATIHAN : PIL CERDAS STEM : Untuk Prasekolah Tadika

& Taska / Aminah Ayob, Md Nasir Ibrahim, Ong Eng Tek, Mazlini Adnan.

ISBN 978-967-362-357-0

1. Early childhood education--Activity programs. 2. Education, Preschool--

Activity programs. I. Md. Nasir Ibrahim, Prof. Madya Dr. II. Ong, Eng

Tek, Prof. Dr. III. Mazlini Adnan, Dr. IV. Judul.

372.21

Diterbitkan oleh:

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

No, 2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414

E-mel: ameenbooks@alameenserve.com

Dicetak oleh:

Percetakan Maju Jaya Sdn. Bhd.

No.68, Jalan 14-E,

Ampang New Village,

68000 Ampang Selangor.

PENULIS:

Aminah Ayob

Md Nasir Ibrahim

Ong Eng Tek

Mazlini Adnan

KETUA EDITOR:

Nor Anita Megat Mohd Nordin

EDITOR:

Semiah Said

REKA BENTUK KULIT:

Mohd Haizea Shafarudin

REKA LETAK GRAFIK:

Norfadilah Zakaria

iii

PRAKATA

Syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa

yang memberikan ilham dan petunjuk

kepada kami sehingga dapat menyiapkan

satu pakej lengkap buku Pendidikan

STEM untuk prasekolah/tadika/taska

yang terdiri daripada buku Modul Latihan

Pendidik PIL CERDAS STEM, buku

Panduan Projek PIL CERDAS STEM

dan buku Aktiviti Murid PIL CERDAS

STEM.

Pendidikan STEM telah dijadikan halatuju

atau matlamat sistem pendidikan di

kebanyakan negara maju di dunia.

STEM adalah singkatan kepada Sains,

Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Bidang STEM bukan sahaja sangat

penting dalam semua jenis kerjaya

pada masa hadapan, tetapi ia adalah

asas dalam kegiatan kehidupan kita

pada setiap hari. Kemajuan teknologi

berkembang dengan begitu pesat sekali

dan setiap ciptaan teknologi adalah

berasaskan kepada konsep-konsep

sains dan matematik serta kejuruteraan,

maka untuk menggunakan teknologi

dalam kehidupan sekarang dan pada

masa hadapan setiap orang perlulah juga

mempunyai pemahaman asas dalam

bidang STEM.

Pendidikan STEM adalah sangat penting

diterapkan dalam kurikulum sekolah

termasuk kurikulum prasekolah. Minat

terhadap STEM perlu dipupuk sejak

dari awal usia agar mereka membesar

sebagai individu yang celik dan cerdas

STEM.

Modul Latihan Pendidik PIL CERDAS

STEM ini bertujuan memberikan

pengalaman awal kepada guru/pendidik

untuk mengalami dan mencuba sendiri

kaedah Project-based Inquiry Learning

(PIL) yang digunakan dalam Modul

ini bagi melaksanakan projek STEM

dengan kanak-kanak prasekolah.

Pendidik akan mempelajari dengan

lebih mendalam falsafah pendidikan

STEM dan kemahiran-kemahiran yang

diperlukan untuk membolehkan mereka

melaksanakan projek PIL CERDAS

STEM di tadika dengan yakin dan

berkesan.

Pengarang Utama

Prof. Eme. Dr. Aminah Ayob

iv

HASIL

PEMBELAJARAN

Modul Latihan Pendidik

PIL CERDAS STEM

Pada akhir latihan ini guru/pendidik prasekolah/tadika akan

mencapai perkara-perkara berikut:

1. Mempunyai ilmu pengetahuan yang baik mengenai pendidikan

STEM dan pedagogi untuk melaksanakan STEM di

prasekolah/tadika dengan mudah dan berkesan.

2. Menguasai kemahiran merancang projek-projek STEM

berasaskan standard pembelajaran yang ditetapkan dalam

KSPK dan membantu murid menjalankan Projek STEM

menggunakan kaedah PIL CERDAS STEM.

3. Mempunyai minat yang tinggi terhadap pendidikan STEM

dan penghayatan terhadap pentingnya STEM dipelajari di

peringkat prasekolah/tadika sebagai asas menyediakan modal

insan dalam jurusan STEM pada masa hadapan.

v

KANDUNGAN MODUL

UNIT 1:

Pengenalan: Apa Itu STEM?

01

UNIT 2:

Kaedah Mengintegrasi Projek STEM

dalam KSPK 2016

09

UNIT 3

Pedagogi STEM

30

UNIT 4

Kaedah PIL CERDAS STEM

untuk Prasekolah/Tadika

41

UNIT 5

Perancangan untuk Pelaksanaan Projek STEM di

Prasekolah/Tadika

51

UNIT 6

Revisi, Refleksi dan Penutup

58

vi

IKON yang digunakan dalam

modul ini:

MASA BERSOAL-JAWAB

(Masa untuk bertanya soalan)

FIKIRKAN

(Masa untuk berfikir)

PERBINCANGAN KUMPULAN

BESAR

PERBINCANGAN KUMPULAN

KECIL

SESI PEMBENTANGAN

MASA UNTUK MEREFLEK

vii

JURULATIH

Nama Bidang kepakaran Kelayakan akademik

1. Profesor Emeritus Dato’ Pendidikan sains, PhD (Keele, U.K),

Dr Aminah Binti Ayob Pendidikan awal M.Sc.Ed (Iowa, USA),

Pensyarah Jabatan kanak-kanak, B.Sc Hons (UM),

Pendidikan Awal Brain-based learning. Teaching Cert (MPTI, JB).

Kanak-kanak, UPSI

2. Profesor Dr Ong Eng Tek Pendidikan sains, PhD (Cambridge, U.K),

Pensyarah Jabatan Penyelidikan pendidikan. M.Ed (Houston, Texas),

Pengajian Pendidikan,

B.Sc.Hons (USM).

UPSI

3. Profesor Madya Pendidikan seni visual PhD (Tasmania, Aus),

Dr. Md Nasir Ibrahim, dan multimedia. M.A (McGill Uni, Can),

Pensyarah Fakulti Seni,

B.A.Hons (USM),

Komputeran & Industri

Kreatif, UPSI

4. Dr. Mazlini Binti Adnan Structural equation PhD (UKM),

Pensyarah Jabatan modeling, M.Ed (UKM),

Matematik, Fakulti Pendidikan Matematik. B.Sc Ed (UM).

Sains & Matematik, UPSI

JADUAL LATIHAN

PROGRAM LATIHAN UNTUK 1 HARI (7 jam)

Unit 1 : 1 jam 8.30 – 9.30 am

Unit 2 : 1 jam 9.30 – 10.30 am + Minum pagi (30 minit)

Unit 3 : 2 jam 11.00 – 1.00 pm + Makan tengah hari & solat (1 jam)

Unit 4 : 2 jam 2.00 – 4.00 pm + Minum petang (30 minit)

Unit 5 : ½ jam 4.30 – 5.00 pm

Unit 6 : ½ jam 5.00 – 5.30 pm + Penyampaian sijil

PROGRAM LATIHAN UNTUK 2 HARI (14 jam) – termasuk aktiviti hands-on

Hari 1 : 7 jam

Hari 2 : 7 Jam

Unit 1, 2 , 3 dan 4 – dari 8.30 pg – 5.30 ptg

Unit 4 (samb.) hands-on activity dari 8.30 pg – 1.00 tgh.

Pembentangan - 2.00 – 4.00 pm

Unit 5 dan 6 dari 4.30 ptg – 5.30 ptg.

Penyampaian sijil

viii

UNIT 1

PENGENALAN:

APA ITU STEM?

Kandungan:

Hasil pembelajaran Unit 1

Sesi berkenalan (ice breaking)

Asal usul dan makna STEM

Pentingnya Pendidikan STEM

Penekanan STEM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Rumusan Unit 1

Rujukan

HASIL PEMBELAJARAN UNIT 1

Pada akhir Unit ini anda dapat:

1. Menghuraikan makna STEM dan falsafah Pendidikan

STEM.

2. Menerangkan pentingnya STEM dilaksanakan dalam

sistem pendidikan di Malaysia untuk kejayaan masa

hadapan pelajar dan negara.

3. Menghayati pentingnya pendidikan STEM dimulakan

di peringkat prasekolah.

4. Merumus dalam bentuk grafik minda (membina alat

berfikir [i-Think] untuk Unit 1).

Apakah yang

akan kita

pelajari dalam

Unit ini?

Pengetahuan

Kemahiran

Sikap & Nilai

5. Menguasai kemahiran bertanya, berkomunikasi dan

bekerjasama.

EDUCATION

ICE BREAKING

Sesi berkenalan dengan jurulatih.

• Jurulatih memperkenalkan diri

secara ringkas.

• Jurulatih menyatakan

harapannya terhadap peserta

kursus.

1

Sesi berkenalan sesama rakan peserta

Berpegang tangan dalam satu bulatan besar

Mencari 5 orang yang belum dikenali, bertanya

khabar, bertanya nama, dari organisasi mana, dan

sejauh mana pengetahuan awal tentang STEM.

Siapa saya? Siapa anda?

Tulis harapan anda terhadap kursus ini di atas kertas

post-it, tulis nama anda dan lekatkan pada dinding.

APA ITU STEM?

ASAL USUL DAN MAKNA STEM

STEM adalah singkatan atau akronim untuk Sains,

Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Asalnya akronim

ini diguna pakai oleh Pejabat Imigresen Amerika Syarikat

untuk mengkategorikan kelayakan akademik pendatang

asing yang memohon permit/visa bekerja di Amerika

Syarikat dalam bidang STEM, iaitu Science, Technology,

Engineering, dan Mathematics. Sejak itu, pendidikan dalam

keempat-empat bidang ini dinamakan STEM.

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (The US

Department of Commerce) pada tahun 2008 telah

mengeluarkan kenyataan bahawa kebanyakan kerjaya

pada masa kini dan masa hadapan adalah berkaitan

dengan penggunaan Sains, Matematik, Kejuruteraan

dan Teknologi (STEM), maka pendidikan STEM perlu

dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti.

Sejak itu, pendidikan STEM telah menjadi satu elemen

wajib untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan di

Amerika Syarikat – negara yang paling berkuasa dalam

ekonomi dunia.

MATHEMATICS

TECHNOLOGY

ENGINEERING

SCIENCE

"Nation’s capacity to

innovate and thrive in

the modern workforce

depends on a

foundation in STEM."

(Carnegie Foundation

Commission, 2012)

Menurut Sneideman (2013), STEM bukan hanya sekadar

satu akronim, tetapi STEM adalah suatu cara berfikir yang

melibatkan integrasi beberapa mata pelajaran iaitu Sains,

Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi menjadi satu

bidang pembelajaran baru yang lebih sesuai dan relevan

untuk diajar di sekolah dan prasekolah. Ini kerana STEM

menekankan aspek praktikaliti dan realiti dalam kehidupan

sehari-hari.

Dengan cara ini pelajar mempelajari Sains, Matematik,

Teknologi dan Kejuruteraan dalam konteks sebenar,

realistik dan lebih bermakna kerana konsep-konsep yang

2

dipelajari terus dapat diaplikasikan untuk menyelesaikan

masalah sebenar.

Pembelajaran cara ini dikatakan lebih menyeronokkan,

aktif, kooperatif, bersifat hands-on dan merangsang

pelajar berfikir, menganalisis dan menghasilkan reka cipta

yang kreatif, sesuai dengan matlamat Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Oleh itu, Pendidikan

STEM boleh didefinisikan sebagai satu disiplin atau bidang

ilmu pengetahuan yang menggabungkan konsep-konsep

dari bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi

ke dalam satu mata pelajaran baharu yang dinamakan

STEM.

Mata pelajaran baharu ini diajar menggunakan kaedah

penyelesaian masalah secara realistik, mengaplikasikan

konsep-konsep Sains dan Matematik, menggunakan

kemahiran mereka bentuk dan mereka cipta yang melibatkan

teknologi bagi menghasilkan alat/produk teknologi. Dengan

itu ia menggalakkan murid berfikir secara kritikal dan kreatif

selaras dengan keperluan memupuk KBAT di sekolah dan

prasekolah.

STEM menekankan

pembelajaran aktif,

kooperatif, autentik dan

bermakna

Menyelesaikan

masalah sebenar

Melibatkan kemahiran

Abad 21

KBAT

dan

i-THINK

FIKIRKAN

Apakah makna STEM yang anda

faham daripada penerangan di

atas?

Apakah falsafah Pendidikan STEM?

PENTINGNYA PENDIDIKAN STEM

Bukti penyelidikan (Katz, 2010; NAEYC, 2010; dan

National Research Council, 2012) menunjukkan bahawa

pendedahan kepada pendidikan STEM dalam pendidikan

prasekolah dan awal kanak-kanak dapat:

Membina asas pembelajaran dan perkembangan

minda kanak-kanak pada masa hadapan;

Membantu perkembangan pemikiran kritis dan

penaakulan;

Model kereta

Hasil reka cipta murid

prasekolah

Mengembangkan sifat ingin tahu, suka bertanya dan

suka menyiasat;

3

Memberi pengalaman luas kepada kanak-kanak

mengenai dunia semula jadi dan dunia buatan di

sekeliling mereka.

Pendidikan STEM telah dibuktikan berjaya membina

kemahiran saintifik dan berfikir pelajar, terutama kemahiran

menyelesai masalah dengan kreatif, dan mereka cipta

atau membina sesuatu alat/produk teknologi yang boleh

berfungsi.

Pendidikan STEM dikatakan dapat menggalakkan murid

meminati bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan

Teknologi, dan akhirnya mendorong mereka memilih

kerjaya dalam bidang STEM.

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat menganggarkan

kerjaya dalam STEM di dunia akan bertambah sebanyak

17% dalam masa satu dekad akan datang sehingga 2018

berbanding bidang pekerjaan lain.

Graf menunjukkan anggaran peningkatan kerjaya dalam

STEM dari tahun 2010 hingga 2018.

18.0%

16.0%

14.0%

12.0%

10.0%

8.0%

6.0%

4.0%

2.0%

0.0%

Reban ayam daripada kotak

terpakai

Employment Growth

STEM employment

NON-STEM employment

7.9%

2.6%

7.8%

9.8%

2000-10 growth 2008-18 projected growth

MASA BERSOAL-JAWAB

Bolehkah kanak-kanak prasekolah

mempelajari STEM?

Pada umur berapakah paling

sesuai untuk mempelajari STEM?

ADAKAH STEM SESUAI UNTUK KANAK-

KANAK PRASEKOLAH?

Menurut pandangan pakar dalam bidang awal kanakkanak,

pendidikan STEM harus dimulakan di peringkat

awal umur (Katz, 2010). Ini kerana secara semula jadi

kanak-kanak telah mempunyai ciri-ciri sebagai penyelidik

yang sangat ingin tahu tentang dunia persekitaran mereka.

Menurut Chesloff (2013) aspek yang paling penting dalam

STEM ialah curiosity, creativity, collaboration, and critical

thinking – semua ciri-ciri ini adalah fitrah semula jadi

kanak-kanak.

"When young children

engage in projects in

which they conduct

investigations….their

intellectual capacities

are provoked and

employed."

(NAEYC, 2010)

4

Sebenarnya sambil bermain, kanak-kanak sentiasa terlibat

dalam ‘menyiasat’ objek-objek di sekeliling mereka. Apabila

mereka bertanya soalan mengenai objek atau kejadian

dalam persekitaran mereka, ini bermakna mereka telah

mula terlibat dalam STEM.

Sambil bermain, kanak-kanak meneroka air dan pasir,

kertas, kain, batu, tanah, rumput, cuaca – panas dan

hujan. Apabila menguli doh yang lembut, mereka boleh

membinanya menjadi pelbagai bentuk, membahagi dan

menggabung doh menjadi kecil/besar atau lebih banyak.

Apabila menggolek bola atau objek merentasi ruang,

kanak-kanak membina persepsi tentang ruang, kedudukan

dan posisi. Apabila memeriksa kereta, mereka mengira

bilangan roda, lampu dan belajar tentang kiri dan kanan

dan sebagainya. Kanak-kanak sentiasa meneroka dan

menyiasat, menyusun dan membina blok-blok mainan

menjadi bangunan atau menara, dan sebagainya. Semua

ini adalah Pendidikan STEM.

Kanak-kanak juga sentiasa bermain dengan alat-alat

teknologi seperti menggunting, memutar spring pada roda

kereta mainan, mengguna iPad/tablet untuk menonton

kartun atau bermain games, menggunakan mesin-mesin

ringkas seperti gear, roda, gandar, takal (pulley), dan

sebagainya. Kanak-kanak pada zaman sekarang lebih

cekap menggunakan gajet teknologi seperti smartphone,

ipad dan internet serta alat-alat seperti kamera, video

dan robot dan lain-lain. Mereka adalah generasi digital

yang cerdas teknologi. Maka mereka telahpun terlibat

mempelajari STEM.

Kanak-kanak sebenarnya telah lama mempraktikkan

pembelajaran kejuruteraan di prasekolah/tadika tanpa

disedari oleh pendidik dan ibu bapa. Ia berlaku di sudut

bermain blok dan bongkah. Kanak-kanak membina struktur

dengan blok, bongkah, kotak, kayu, doh dan alat-alat yang

pelbagai bentuk dan saiz. Mereka mereka cipta, mereka

bentuk dan membina bangunan, jambatan, rumah, kereta

api, zoo dan sebagainya pada setiap hari, di rumah dan

di sekolah. Saintis menggelar mereka sebagai jurutera

semula jadi!

Think

Learn

Communicate

Daripada semua senario ini, menurut National Association

for the Education of Young Children (2010), pendidikan

STEM bukanlah susah untuk dilakukan di prasekolah

dan di peringkat awal kanak-kanak. Ia telah pun berlaku.

Interact

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!