13.03.2018 Views

MENTARI MEDITERRANEAN

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Mentari

Mediterranean

16 Cerita Sasterawan Ghuraba

Mentari

Mediterranean

Amiza Khusyri Yusof

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat Satu, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur

Malaysia

Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414

E-mel: ameenbooks@alameenserve.com AJL931362

Teks © Amiza Khusyri Yusof 2011

Grafik & Ilustrasi © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2011

Pertama kali diterbit: Jun 2011

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Editor: Semiah Said

Pembaca Pruf: Wan Noor Zurita Wan Hassan

Reka Bentuk Kulit & Jurugambar: Komeil Hassan Beygi

Tipografi & Reka Bentuk: Nusaibah Din

Hak cipta terpelihara.

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau

dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara

elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin

terlebih dahulu daripada Al-Ameen Serve Holdings

Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Amiza Khusyri Yusof, 1981-

Mentari Mediterranean / Amiza Khusyri.

ISBN 978-967-362-122-4

1. Short stories, Malay. I. Judul.

899.233010803

Dicetak oleh:

Percetakan Majujaya Sdn. Bhd.

No 68, Jalan 14-E, Ampang New Village, 68000 Ampang, Selangor

AMIZA KHUSYRI YUSOF

Mentari Mediterranean

Kandungan

Ustaz ....................................................................................................

Dia, Salehuddin 21 .............................................................................

Salju Jabal Musa ...................................................................................

Bintang Seorang Rafik .........................................................................

Cinta Daerah Menoufia .......................................................................

Gadis Kecil Kota Kaherah ....................................................................

Mentari Mediterranean ........................................................................

Hikayat Nenek .....................................................................................

Ibtisam Syawal .....................................................................................

Yang Tercinta .......................................................................................

Pengemis Tua di Masjid Hussein ..........................................................

Sejadah .................................................................................................

Mihrab .................................................................................................

Mimbar ................................................................................................

Semarakkan Cinta ................................................................................

Kasad ...................................................................................................

1

8

16

22

28

34

41

47

56

64

71

79

87

95

101

109

DEDIKASI

Buat isteri yang selalu menyokong, dan anakanda Muhammad

Ikram Baihaqi, semoga terus membesar di bawah naungan wahyu.

Buat sekalian guru dan teman, terima kasih kerana selalu

menerangkan jalan.

Mukadimah

Terafaklah kesyukuran ke hadrat Ilahi, seiring rasa kagum akan potensi

penulis sebaik usai meneliti kumpulan cerpen ini. Saya berasa bertuah

kerana berpeluang berkongsi aura dan aroma yang tersebar melalui seni

kreatif penulis muda yang berbakat besar kelahiran Negeri Sembilan,

Amiza Khusyri Yusof.

Kesemua 16 buah cerpen yang terhimpun dalam kumpulan

ini berjaya menggarap tema agama dengan berkesan dan telah pun

terbit di media perdana Malaysia seperti Berita Harian dan Mingguan

Malaysia sejak 2003 lagi. Kumpulan cerpen ini melambangkan

perjalanan penulisan penulis muda ini sejak mula berkecimpung dalam

dunia sastera Melayu.

Amiza bijak mengadun intelektualiti, kreativiti, sensitiviti dan

estetika. Kesemua ini turut memberi impak yang menyeluruh apabila

disepadukan dengan tugas dan peranan sebagai khalifah Allah.

Cerpen-cerpennya turut memperkasa syariat Islam secara

bersahaja namun dengan sopan sehingga mesejnya berupaya meresap

ke kalbu. Hal ini terasa sedemikian kerana Amiza melontarkan

persoalan-persoalan yang intim dengan pembaca, seperti hal mendidik

anak, cara-cara mengambil wuduk dan bersolat jemaah; keikhlasan

bersedekah dan keakraban ahli keluarga terutama ketika musim

perayaan dan cuti sekolah.

Tema dan persoalan tersebut dimainkan oleh watak-watak yang

berampai. Amiza menyorot tokoh pejuang Islam, bekas pejuang bangsa,

imam, datuk, pendidik, pelajar, rafik, petani, pelancong, pengemis,

penjual tisu dan anak nakal.

Sebagai penulis muda yang kreatif, Amiza turut berjaya

memanipulasi pengetahuan dan kemahiran berbahasa sebaik-baik

mungkin. Bahasa Melayu dan Arab dianyam dengan rapi demi

memberi tenaga dan keindahan jalinan dalam karya kreatif beliau ini.

Saya berasa teruja dengan usaha penulis memanfaatkan kosa

kata atau perbendaharaan kata pinjaman daripada bahasa Arab yang

lumayan. Langkah ini wajar dipopularkan oleh penulis kreatif kita.

Selain melazimkan kosa kata tersebut, khalayak mudah berasa

serasi dan menanam rasa kagum akan keupayaan bahasa al-Quran.

Sisipan ayat-ayat al-Quran, hadis, ungkapan puitis, puisi pendek

dan peribahasa mematangkan citra selain turut menyuntikkan kesan

peribadi yang membekas.

Amiza memanfaatkan sudut pandangan orang pertama, ‘aku’ dan

‘saya’ bagi mendekatkan jurang antara pembaca dan penulis. Keduadua

pihak terasa lebih mesra. Unsur kejelekitan ini memudahkan

pembaca mencerna nilai-nilai murni yang dititipkan.

Demikianlah cerpen-cerpen Amiza yang mengalir dengan yakin

dan berkhasiat ke dalam atma kita. Kisah-kisah yang ranum dengan

ilmu, falsafah dan panduan konkrit berdasarkan syariat Islam, sejarah,

sains dan psikologi. Kitalah pula yang berlumba-lumba menyelongkar

makna dan mengamalkannya dengan bijaksana, insya-Allah.

Mahaya Mohd. Yassin

Ketua Satu,

Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)

Bagaimana Mulanya...

HIMPUNAN cerita-cerita dalam kumpulan cerpen ini telah melalui

dua fasa kepengarangan saya, lewat sebuah pengalaman dan perjalanan

yang panjang.

Fasa pertama merupakan tempoh pembelajaran saya di bumi

anbiya Mesir bermula dari 2003, menyimpulkan pengalamanpengalaman

berharga yang saya bingkiskan dalam beberapa naratif

buat perkongsian rasa dan wacana. Cerita-cerita ini seperti Mentari

Mediterranean yang menjuduli cerpen ini, termasuklah Pengemis Tua di

Masjid Hussein, Salju Jabal Musa, Bintang Seorang Rafik, Cinta Daerah

Menoufia, Gadis Kecil Kota Kaherah dan Dia, Salehuddin 21. Pada saat

usia kepengarangan yang masih muda, maka matlamat penulisan

masih kabur dek obses menawan media dan membina nama.

Fasa kedua bermula sewaktu saya menjejakkan kaki ke tanah

air sekitar 2005 setelah menamatkan pengajian ijazah pertama di

Universiti Al-Azhar. Apabila bergaul bersama masyarakat kampung,

mula mengajar dan berkecimpung memperkasa dakwah, maka

upaya kepengarangan saya lebih terpacu dan matang. Wacana dan

idea menjadi asas binaan naratif sambil mempertajam kritikan dan

provokatif. Islah, tajdid dan tarbiah menjadi komponen penceritaan,

maka terhasillah Mihrab, Mimbar, Sejadah, Ustaz dan Kasad. Manakala

cerpen-cerpen saya yang lain seperti Ibtisam Syawal, Semarakkan

Cinta, Hikayat Nenek, dan Yang Tercinta adalah gamitan sensitiviti saya

terhadap sejarah, dunia perguruan, serta citra bangsa dan bahasa.

Semua cerpen yang termuat dalam kumpulan cerpen ini telah

tersiar di media arus perdana seperti Mingguan Malaysia, Berita

Minggu, majalah DBP Tunas Cipta, Dewan Siswa dan beberapa media

lain. Ada juga antaranya yang telah memenangi Anugerah Sastera

Negeri Sembilan dan Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-12 anjuran

DBP.

Cetusan sekeping hati ini yang tidak mahu melihat cerpen-cerpen

sendiri terus terkubur di dalam simpanan, maka inisiatif dan segala

usaha sehingga terbitnya kumpulan cerpen ini sangat saya hargai,

kerana inilah salah satu usaha bersama menjadikan ummah ini, ummah

yang diamnya fikir dan katanya zikir.

Saya meletakkan penulisan sebagai sebuah tanggungjawab

dan amanah, bukan suatu kemuliaan dan anugerah. Siapa sahaja yang

bergelar hamba Allah, perlu sentiasa sedar tentang tanggungjawab

Khalifah dalam diri masing-masing. Saya percaya, penulisan adalah

salah satu jalan untuk memperbetul segala kepincangan, berkongsi

ilmu dan pengalaman, supaya menjadi Mukmin yang berperanan,

seperti mafhum surah Ali Imran ayat 110.

Sehingga kini, saya masih percaya bahawa tulisan boleh menjadi

wasilah tarbiah, tajdid dan islah kepada masyarakat. Malah, tulisan juga

merupakan ikatan ilmu pengetahuan, dan kedua-duanya tidak boleh

dipisahkan, ibarat irama dan lagu. Pendakwah juga adalah sasterawan.

Justeru, saya menyeru diri saya dan sekalian pembaca budiman yang

bercita-cita untuk menulis supaya menempatkan diri dalam kalangan

sasterawan ghuraba seperti yang disebut baginda Rasulullah SAW,

iaitu sasterawan yang menegakkan Islam, menghidupkan sunnahnya

dalam penulisan, pada zaman kerendahan moral, dan agama yang

semakin dipinggirkan.

Semoga pembaca akan berbahagia menikmati kumpulan cerpen

Menteri Mediterranean ini, sebuah naskhah pesan-pesan dengan

kebenaran dan pesan-pesan dengan kesabaran.

Min fadhli Rabbi,

Amiza Khusyri bin Yusof

Baitul Ibtisam

16 Mei 2011

Ustaz

“Aku tersenyum sinis dan ustaz muda itu juga tersenyum, tetapi tenang dan

tidak terkejut gamaknya.”

DIA hanyalah seorang ustaz muda yang tampangnya lawa dengan

sejemput janggut membalut dagu dan sedap pula mata memandang.

Yang hebatnya barangkali, dia berkelulusan Mesir dan berjaya

menamatkan kuliahnya dengan pangkat kepujian. Hanya itu. Ya,

bagiku hanya itulah kelebihannya yang aku nampak. Yang lain-lain

tidak ada yang bagus. Tidak ada yang menarik di hatiku. Semua yang

dilakukannya hanya akan menjuakkan rasa meluat dan tidak puas hati.

Semenjak kehadiran ustaz muda itu, aku seperti cacing kepanasan

di dalam masjid. Pantang masuk sahaja waktu solat, hatiku bukan

kepalang resahnya. Apa tidaknya, ustaz muda itu boleh sahaja terus

menonong ke hadapan mengimami solat fardu tanpa mempedulikan

aku. Apatah pula jika dia disokong oleh orang-orang kuat masjid.

“Suaranya lunak, tuan imam,” kata Mad Dali, guru bahasa Melayu

yang hidungnya tercatuk itu.

“Aku suka dengar dia baca Quran,” komen Dasuki, bilal masjid,

yang juga rafik akrabku sejak berdekad-dekad lalu.

“Orangnya tawaduk,” getus Razak, petani moden yang buta

sebelah matanya, kesan pertempuran dengan komunis di Sungai

Rasau dahulu.

Paling menggusarkan hatiku adalah apabila isteriku sendiri berkata

kepadaku pada suatu ketika kala cahaya mentari mula berkemilau di

ufuk.

“Elok budi bahasanya, lembut tutur katanya, bang haji.”

Aku yang pada waktu itu sedang ralit mengunyah lepat; terhenti.

Ketul-ketul lepat yang menyusur di kerongkong seperti duri-duri

sembilu yang menusuk-nusuk tekak. Pedihnya lama dan membengkak.

Aku tidak mempedulikan kata mereka. Sebagai seorang imam

dan orang tua, aku tahu bahawa pengalaman diri akan menjadi senjata

ampuh sekiranya ustaz muda itu berniat untuk mengambil alih jawatan

ini daripadaku. Aku akan berkata bahawa pengalamanlah yang banyak

membawa perubahan kepada masjid ini. Jika dia berkeinginan untuk

menjadi imam, dia mestilah mempunyai pengalaman dan menimba

asam garam kehidupan dahulu.

Pernahkah dia menjadi imam? Memimpin jemaah yang

majoritinya terdiri daripada orang tua-tua?

Aku tersenyum sendiri. Pedulikan sahaja apa yang ingin dikatakan

orang. Pedulikan sahaja mulut manis orang kampung tentangnya.

Pernah suatu ketika selepas berjemaah subuh, dan aku

sedang mengalunkan surah an-Nur, datang Dasuki kepadaku dan

memaklumkan yang dia ingin menjemput ustaz muda itu memberikan

kuliah. Aku tidak pasti pula sama ada ustaz muda itu yang hidung

tak mancung pipi tersorong-sorong. Tiada jawapan yang keluar, tiada

respons kuberikan, sekadar senyuman tawar kulemparkan kepada

Dasuki. Aku hanya menyumpah dalam hati – ustaz muda itu sudah

kuberikan betis, inginkan paha pula!

Mula-mula ustaz muda itu berceramah tentang solat. Katanya solat

itu tiang agama. Solat itu manhaj dan asas dalam kehidupan Muslim.

Solat jugalah yang membezakan antara seorang Muslim dan yang kafir.

2

Waktu yang paling hampir bagi seseorang hamba dengan Tuhannya

ialah ketika sedang sujud. Malah, dia juga menekankan tentang

keutamaan solat berjemaah di masjid. Itu lambang kebersamaan dan

kekuatan sesebuah komuniti.

Ya, memang waktu mula-mula aku dilantik menjadi imam dahulu,

solat berjemaahlah yang aku tekankan. Pernah suatu ketika aku

menahan Dasuki daripada mengalunkan iqamah dan aku meminta

jemaah meluruskan saf yang seperti ular kena palu. Aku meminta

mereka menyamakan tumit dan merapatkan bahu. Aku meminta

mereka supaya saling berprasangka baik dan jana mawaddah dalam

hati. Bukan mereka tidak tahu yang saf merupakan salah satu daripada

kesempurnaan solat berjemaah.

Aku meneruskan bacaan. Sesekali kupanggung juga kepala

melihat ustaz muda itu memberi kuliah. Dia kelihatan bersungguhsungguh

dan air mukanya memperlihatkan ketokohan dan kredibiliti.

Aku sedikit mencemik dan teringatkan kehebatan masa mudaku.

Ustaz muda itu mengingatkan jemaah subuh yang hadir tentang

wuduk. Katanya, jangan ambil mudah soal wuduk. Wuduk yang tidak

sempurna akan menjadi penghalang kekhusyukan. Dia memfokuskan

tazkirah kepada beberapa hikmah wuduk. Wuduk adalah lambang

bahawa Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dan

kesihatan. Wuduk akan membentuk sikap sabar, cermat dan teliti.

Sabar akan tercerna apabila ada sikap memastikan wuduk sentiasa

sempurna. Sabar untuk ke tandas beristinjak, memastikan pakaian

dan diri bersih dari hadas kecil dan besar. Sabar untuk menyingsing

lengan baju, membuka kasut dan stoking bagi mereka yang bekerja.

Sabar mengambil wuduk dengan tertib, mengikut urutan rukunnya.

Sabar menyebut nama Allah, membasuh dua tapak tangan, berkumurkumur,

menyelati janggut dan bulu yang tebal pada bahagian wuduk

dan menyapu seluruh kepala, sabar menyelati celah-celah jari tangan

dan kaki dan menyapu dua telinga, sabar mengulanginya sebanyak tiga

kali pula dan dilakukan secara berturut-turut.

“Bukankah itu semua sunat wuduk, ustaz?” Bilal Dasuki

menyampuk, keningnya berkerut.

3

Aku tersenyum sinis dan ustaz muda itu juga tersenyum, tetapi

tenang dan tidak terkejut gamaknya.

“Apabila kita tahu itu semua adalah sunat wuduk dan kita

membiasakan diri melakukannya, bukankah itu sabar?” suaranya

tenang tetapi menggoncang. Dasuki kelihatan terangguk-angguk.

Aku terkedu buat kali pertama. Paradigma diri sedikit tergugat.

Aku menarik nafas dan kembali membaca surah. Sesekali

menyelinap juga rasa bersalah dalam hati apabila mata melihat yang

hak, tetapi hati tidak khusyuk mendalami ayat-ayat Allah. Akhirnya

aku menutup mashaf dan menekur lantai masjid. Telinga kupasang

sedia bagi menangkap butir-butir tazkirah ustaz muda itu.

“Tuan-tuan yang saya segani. Sikap cermat pula akan terjana

apabila kita merealisasikan hadis riwayat Imam Muslim daripada Anas,

‘Nabi berwuduk dengan secupak air.’ Bayangkan bagaimana cermatnya

Rasulullah SAW menggunakan air, meskipun dalam berwuduk. Dan

bukankah baginda Nabi mengajar kita supaya menghindari sikap boros

dan mendisiplinkan diri supaya sentiasa berwasatiah atau bersederhana

dalam kehidupan?”

Aku terkesima. Tenggorokku turun naik menelan liur. Ya, isi

tazkirahnya biasa, tetapi ada wacana yang disuguh. Ada lontaran yang

perlu digenggam.

“Wuduk akhirnya akan membentuk sikap teliti dalam diri. Kita

disunatkan melebihkan basuhan muka ke bahagian kepala, membasuh

bahagian atas dua siku dan buku lali. Perbuatan ini melahirkan sikap

teliti dan sentiasa fokus. Bagi kita umat Islam yang dikehendaki

bekerja, sikap ini akan mempergiat produktiviti dan kualiti kerja.

“Tuan-tuan, selesaikan dahulu wuduk kita, sempurnakan wuduk

dan barulah layak untuk kita berbicara soal solat dengan lebih dalam

pula.”

Aku terdengar ustaz muda itu mengakhiri kuliahnya dan memberi

salam. Aku cepat-cepat bingkas, meletakkan mashaf di rak dan terus

melangkah keluar masjid, tanpa menyalami sesiapa pun.

4

SUATU petang sebaik sahaja mengimami fardu asar, aku gesit

meninggalkan masjid setelah menyalami beberapa jemaah, apabila

ustaz muda itu kulihat dari jauh datang ingin menyalamiku. Ada rasa

bersalah, tapi aku culaskan.

Dasuki datang ke rumahku petang itu. Kami duduk di ruang tamu.

Di rumah kala itu hanya ada anak perempuanku, graduan universiti

tempatan yang baru diterima bekerja di sebuah firma swasta. Dia

di dapur menyediakan sedikit juadah. Isteriku pula keluar mengajar

Quran untuk orang tua-tua.

Apabila Dasuki memandang anak mataku, ada dedar menghambat.

Ada debar cukup kuat beralun. Aku dapat merasakan Dasuki ada

permintaan. Yang naluriku cukup kuat menebak, permintaan itu

adalah untuk aku melepaskan jawatan imam!

Aku tidak sanggup menahan panahan matanya, lalu pandanganku

menekur lantai.

“Kau sakitkah, imam?”

Aku menggeleng. Seperti budak kecil pula lagakku.

“Kau sekarang sekejap sahaja di masjid. Jarang dapat borak-borak

dengan jemaah,” suara Dasuki mendatar.

Dadaku seperti tertusuk jarum peniti.

“Aku datang ni nak sampaikan cadangan ustaz muda itu. Dia

bercadang untuk menjemput kawan-kawannya mengadakan program

motivasi dan khemah ibadah untuk anak-anak kecil, mengajar kitab,

dan sebagai khatib tamu. Bagus juga cadangannya.”

Hatiku mendongkol. Bukan tidak pernah aku menjemput rakanrakanku

yang kebanyakannya sudah pencen untuk memberi kuliah dan

mengajar kitab. Barangkali tajdidnya hanya pada program motivasi dan

khemah ibadah itu. Tidak pernah pula program untuk anak-anak kecil

diadakan. Tidak pernah pula perkara itu terbit dalam kotak fikirku.

Debar di dada mulai surut. Kelegaan menjarah.

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!