You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
Biar Kecil Asalkan Berhasil

Pembuka Bicara

Rebana dialun sirih diberi,

Budi dibalas senyum bererti;

Tuhan berjanji sejak azali,

Berniaga itu pintu rezeki;

“Biar kecil asalkan berhasil, daripada besar

akhirnya bubar!” – Kiai Muhidin Hamdi

INILAH antara pesanan Kiai Muhidin Hamdi,

guru yang telah membimbing saya dalam

menempuh jalan keusahawanan dengan prinsip

yang unik sejak sedekad yang lalu. Ilmu

perniagaan Pak Kiai (panggilan mesra untuk

Kiai Muhidin Hamdi) tidak boleh ditemui dalam

mana-mana buku teks dalam apa jua bahasa pun.

Taktik dan teknik keusahawanan Pak

Kiai juga tidak diajar di mana-mana kolej atau

universiti.

2