13.03.2018 Views

RAHSIA PELAJAR TERBILANG NEGARA

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA KEJAYAAN

Pelajar Terbilang Negara

DR. SHUKRI ABDULLAH

“Cara mudah untuk cemerlang dalam pelajaran

adalah dengan meniru strategi pelajar yang telah

berjaya. Terima kasih kepada Dr Shukri kerana

membongkar rahsia kejayaan mereka dalam

buku ini.”

Br Izu

Penulis Buku Urus Masa Terus Jaya

Pemegang Dua Ijazah Sarjana Muda

(Double Degree) UIAM

“Menguliti buku panduan Dr Shukri membuatkan

saya teruja. Panduan cara belajar ini bakal

melegakan adik-adik di luar sana. Saya

menyarankan buku ini dijadikan rujukan oleh

guru, dan para pelajar. Saya percaya dengan

menggunakan dan mematuhi panduan yang

dicadangkan, ia boleh memberi manfaat besar.

Belajar dengan betul lebih penting daripada

belajar rajin-rajin.”

Faisal Tehrani

Novelis terkenal tanah air

Sarjana Sastera USM

i

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat Satu, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur

Malaysia

Tel: 03-4143 4343 Faks: 03-4149 1414

Emel: alameen@tm.net.my AJL931362

Teks Asal © Dr. Shukri Abdullah Ph.D 2009

Grafik, Ilustrasi dan Teks Tambahan ©

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Edisi Asal:Pertama kali diterbit 2009

Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak

boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau

dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik,

gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd (378533T).

Penerbit merakamkan penghargaan kepada Kementerian

Kewangan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka selaku Urus

Setia dan Penggerak Industri Buku Negara yang menyalurkan

dana untuk penerbitan buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Shukri Abdullah, 1952-

Rahsia Kejayaan Pelajar Terbilang Negara / Mohd Shukri Abdullah.

ISBN 978-983-3991-89-1

1. Motivation (Psychology). 2. Achievement motivation. I. Judul.

158.1

Dicetak oleh:

Percetakan Majujaya Sdn. Bhd.

No 68, Jalan 14-E, Ampang New Village, 68000 Ampang, Selangor

ii

Rahsia Kejayaan

Pelajar Terbilang

Negara

DR. SHUKRI ABDULLAH

www.ameenbooks.com.my

iii

Dedikasi

Buku ini ditujukan khas kepada:

Semua pelajar yang telah mengikuti Seminar saya sejak

tahun 1990.

Dr. Shukri Abdullah, Seri Manggis, Yan Kedah

Penghargaan Penerbit

Kami bersyukur dan berasa bangga dengan penerbitan

buku ini. Antara yang terlibat ialah:

Pemerolehan, Penyuntingan Dan Media Kreatif

Editor Siri

Editor

Ilustrator

: Che Mazlan Saad

: Semiah Binti Said

: Nor Azlin Ngah

Produksi

Reka Bentuk Kulit

Grafik dan Reka Letak

Bacaan Pruf

: Khairul Alfie

: Nusaibah Binti Din

: Asma Khairuddin

iv

Penghargaan

Menulis buku bukan sekadar memilih tema, mengatur bab,

mencari isi, mengarang dan menentukan tajuk. Ia lebih daripada

itu. Demikianlah penulisan buku ini. Justeru dalam perjalanan

menyiapkan manuskrip ini, secara langsung atau tidak,

terhutang budi kepada ramai orang.

Ia meliputi ratusan ribu pelajar “dari Perlis hingga ke

Sabah” yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk

membimbing mereka dalam seminar “Bijak Belajar”

(dahulunya dikenali sebagai seminar “StudiSmart”) sejak tahun

1990. Tanpa disedari banyak yang telah saya pelajari daripada

mereka. Daripada soalan-soalan yang dikemukakan (dalam dan

luar waktu seminar) serta reaksi mereka kepada persoalanpersoalan

yang dibentangkan dalam Seminar, ternyata sekali

banyak juga yang dipelajari daripada mereka. Ia juga meliputi

para Pengetua serta Guru Besar dan guru-guru kaunseling yang

turut memberi tip-tip pembelajaran (tanpa mereka sedari

sebenarnya) sepanjang saya berinteraksi dengan mereka di

sekolah masing-masing.

Saya turut terhutang budi kepada isteri saya, Puan Khadijah

Zakaria yang turut memberi komen kepada manuskrip awal

buku ini. Juga tidak dilupakan ialah anak saya Majdah yang

banyak membantu saya menyiapkan manuskrip ini. Selain

daripada itu saya juga berterima kasih kepada staf Ameen Books

khususnya, Tuan Haji Che Mazlan Saad, Puan Semiah dan

juga tidak ketinggalan barisan ilustrator yang menghidupkan

buku ini. To all of you, Jazakallahu Khairan Kathira.

Terima Kasih

Dr. Shukri Abdullah,

Seri Manggis, Yan Kedah

v

Kandungan

Pembuka Bicara

Belajar Cara Belajar 09

Panduan 1.0

Hidup Adalah Projek-Buat-Sendiri 13

Panduan 1.1

Penentu Kejayaan: Bangsa, Kekayaan atau

Kehebatan Sekolah? 16

Panduan 1.2

Kejayaan: Apa Kita Buat Dengan Diri Kita 25

Panduan 1.3

Banyaknya Alasan! 34

Panduan 2.0

Belajar Tanpa Matlamat Ibarat Menembak

Tanpa Sasaran 43

Panduan 2.1

Bukan Semua Orang Mahukan Kejayaan 46

Panduan 2.2

Matlamat - Sumber Motivasi Dalaman 57

Panduan 2.3

Cara Membuat Matlamat 64

Panduan 3.0

Strategi Belajar Pelajar Terbilang Negara 79

Panduan 3.1

Pelajar Terbilang Negara 82

Panduan 3.2

Ibu Kunci Kejayaan Akademik 87

Panduan 3.3

S.A.T.U. 97

vi

Panduan 4.0

Mencari Masa Untuk Belajar 133

Panduan 4.1

Bijak Menggunakan Masa 136

Panduan 4.2

Utamakan Yang Utama! 140

Panduan 4.3

Tumpuan Dan Masa Belajar 148

Panduan 4.4

Perlukah Jadual Waktu? 155

Panduan 5.0

Manfaatkan Ujian Dan Peperiksaan Sekolah 163

Panduan 5.1

Peperiksaan Sebagai Peluang Menilai Kefahaman 166

Panduan 5.2

Bagaimana Memanfaatkan Ujian Dan Peperiksaan 172

Panduan 6.0

Memupuk Sikap “Kemenangan” 177

Panduan 6.1

Sikap Pelajar Terhadap Pelajaran Dan Sekolah 180

Panduan 6.2

Sikap Pelajar Terhadap Kejayaan 189

Panduan 6.3

Apa Yang Kita Jangkakan, Itu Yang

Kita Dapat! 195

Panduan 6.4

Kemenangan Bermula Dalam Fikiran 201

Panduan 7.0

Guru Itu Berguna. Gunakan Mereka! 209

Panduan 7.1

Manfaatkan Guru 212

vii

Panduan 7.2

Situasi + Respons = Hasil 217

Panduan 7.3

Guru Bermasalah: Apa Respons Pelajar? 222

Panduan 8.0

Pilih Kawan Yang Membantu, Bukan Membantut 231

Panduan 8.1

Kawan Yang Membantu Dan Membantut 234

Panduan 8.2

Biar Keseorangan... 241

Panduan 9.0

Tuisyen - Pelengkap, Bukan Pengganti Kelas 245

Panduan 9.1

Tuisyen - Fenomena Baru? 248

Panduan 9.2

Kecemerlangan Tidak Bermula

di Pusat Tuisyen 252

Panduan 9.3

Ke Kelas Tuisyen Hanya Membuang Masa 257

Panduan 9.4

Bagaimana Manfaatkan Kelas Tuisyen 264

Panduan 10

Mara Ke Depan. Yes, Go For It! 271

Panduan 10.1

Cabaran Merealisasikan Matlamat 274

Panduan 10.2

Peringatan Harian 284

Panduan 10.3

Persaingan Dengan Yang Terbaik 293

Penutup Bicara 301

Indeks 304

viii

Pembuka Bicara

BELAJAR CARA

BELAJAR

“Prestasi kita pada masa akan datang

ditentukan oleh tindakan kita pada masa

kini, bukan oleh kejayaan atau kegagalan

pada masa lampau.”

Dr. Shukri Abdullah

9

Pembuka Bicara

Dari sekolah rendah, anda maju ke sekolah

menengah. Dari situ sebahagian anda

melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti.

Semua kena belajar. Semakin tinggi anda

mendaki aras persekolahan, maka semakin

banyak dan semakin rumit serta mencabar

tajuk-tajuk yang perlu dipelajari. Namun

silibus di sekolah tidak pernah mengajar anda

‘cara belajar’. Anda hanya diajar apa yang

perlu dipelajari.

Justeru itu pelajar belajar ikut kaedah

masing-masing. Yang bernasib baik mungkin

mendapat panduan dan tunjuk ajar tentang

cara belajar daripada guru-guru atau pihakpihak

lain yang berkepentingan. Kebanyakan

pelajar belajar berpandukan pengalaman dan

kaedah cuba-cuba atau ‘pakai hentam’ sahaja.

Masalahnya ialah, tidak ada siapa yang

berusaha mengajar anda kemahiran yang

paling penting yang perlu dikuasai oleh

seorang pelajar – kemahiran ‘belajar cara

belajar’. Di kebanyakan sekolah tidak ada guru

yang dikhususkan untuk mengajar anda

‘belajar cara belajar’. Yang lebih menyedihkan

lagi ialah, sesetengah guru (dan barangkali

anda juga) berpendapat bahawa kebolehan

10

Belajar Cara Belajar

untuk skor dalam mana-mana mata pelajaran

adalah suatu kebolehan semula jadi.

Bagaimanapun, saya berkeyakinan

bahawa apabila anda gagal mempamerkan

prestasi yang memberangsangkan, ia bukan

kerana anda kurang bijak atau tidak berpotensi.

Kecuali anda malas, saya percaya punca utama

ialah kerana anda tidak ada strategi belajar

yang berkesan. Selama ini anda tidak pernah

didedahkan atau diajar mengenai kaedah

‘belajar cara belajar’. Dalam hal ini, saya cukup

yakin, sama ada anda:

pelajar semua ‘A’ yang mahu

mengekalkan aras kecemerlangan,

atau

pelajar yang selalu memperoleh ‘B’

dan mahu memperoleh sebanyak

mungkin ‘A’, atau

pelajar yang mempunyai keputusan

yang tidak menentu – ‘A’ ada, ‘F’ pun

ada dan bermacam-macam gred

lainnya, atau

pelajar yang tidak menaruh harapan

langsung untuk mendapat ‘B’, apatah

lagi ‘A’, atau

11

Pembuka Bicara

pelajar yang gagal sepanjang masa

sebelum ini,

percayalah, buku ini ‘Rahsia Kejayaan Pelajar

Terbilang Negara’ adalah untuk anda kerana

ia membekalkan resepi-resepi yang pernah

digunakan oleh pelajar cemerlang. Jika anda

gagal sebelum ini, anda boleh lulus dan jika

anda sekadar lulus, anda berpeluang

mendapat ‘B’. Pelajar ‘B’ pula boleh mendapat

‘A’ manakala pelajar ‘A’ boleh meningkatkan

kualiti ‘A’ anda. Semua ini boleh berlaku selagi

anda memahami dan mempraktikkan petua

dan strategi belajar yang dikemukakan dalam

buku ini.

Fokus saya ialah mengajak anda belajar

secara bijaksana. Pelajar-pelajar yang

dilabelkan sebagai ‘pintar’, ‘bijak’, ‘cemerlang’,

‘semua ‘A’ dan sebagainya bukannya berjaya

semata-mata kerana mereka belajar lebih kuat

daripada pelajar lain. Ringkasnya mereka

belajar ‘lain’ daripada pelajar lain.

Dalam buku ini mereka dilabelkan

sebagai Pelajar Terbilang Negara. Tindakan

mereka, sikap mereka, pendekatan mereka dan

amalan harian mereka berbeza dengan pelajar

kebanyakan atau pelajar biasa. Kelainan inilah

yang akan ditonjolkan dalam buku ini.

12

Panduan 1.0

HIDUP ADALAH

PROJEK-BUAT-SENDIRI!

13

Setiap pelajar memiliki peluang yang

sama untuk belajar.

14

1.0 Hidup Adalah Projek...

Petikan Panduan 1.0

Setiap pelajar memiliki peluang yang sama

untuk berjaya. Kejayaan bergantung

sepenuhnya atas diri sendiri. Terpulang

pada kita sama ada ingin berjaya atau tidak.

Jika kita mahu berjaya, pastikan kita

berusaha untuk mendapatkannya. Ibu bapa

boleh membantu dengan berdoa, memberi

teguran dan nasihat serta wang ringgit

untuk membolehkan kita belajar dengan

selesa.

Guru pula membantu mendidik kita. Guruguru

akan mengajar dengan cara yang

terbaik serta mengadakan kelas-kelas

tambahan agar silibus dapat dihabiskan

dengan baik.

Kawan-kawan juga mungkin mengajak

untuk berbincang, belajar bersama serta

menegur tabiat malas yang kita miliki.

15

1.0 Hidup Adalah Projek...

Panduan 1.1

Penentu Kejayaan: Bangsa,

Kekayaan atau Kehebatan

Sekolah?

Panduan penting:

‣ Kejayaan seseorang bukannya

berdasarkan faktor bangsa dan

keturunan, latar belakang

keluarga atau sekolah yang

dihadiri

‣ Semua pelajar mampu untuk

memperoleh semua ‘A’ dalam

peperiksaan sekiranya dia

berusaha, berusaha dan terus

berusaha bagi menyerlahkan

potensi pada dirinya

APAKAH faktor yang menentukan kejayaan

seseorang pelajar? Apakah ia berpaksi kepada

faktor bangsa atau keturunan? Barangkali juga

kerana jika diamati senario di Malaysia, secara

16

1.1 Penentu Kejayaan...

relatifnya, ramai pelajar yang berjaya adalah

dari keturunan Cina berbanding pelajar

keturunan Melayu di sesebuah sekolah. Malah,

adakalanya terdapat hanya dua atau tiga

orang pelajar Cina di sekolah tertentu termasuk

MRSM terpilih, Sekolah Menengah Sains atau

Kolej Matrikulasi. Mereka mungkin segelintir

sahaja, tetapi mempamerkan kehebatan

akademik yang ketara dan kerap muncul di

pentas menerima hadiah-hadiah kecemerlangan

pada Hari Anugerah Cemerlang.

Atau adakah kejayaan seseorang

pelajar berkait rapat dengan faktor latar

belakang keluarga? Ada pelajar bernasib baik

kerana tinggal di rumah yang besar, memiliki

kemudahan pembelajaran yang lengkap, bilik

belajar yang berhawa dingin, pelbagai buku

rujukan, malah ramai juga yang mendapat

perkhidmatan tuisyen secara personal.

Justeru mereka lebih berpeluang untuk

memperoleh keputusan peperiksaan yang

terbaik berbanding pelajar miskin yang

terpaksa mengambil sebahagian masa belajar

selepas sekolah dan hujung minggu menolong

ibu bapa sama ada di gerai-gerai di pasar

17

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!