16.03.2018 Views

4. Sehari Sebuah Kisah Bersama Para Sahabat R.A - April

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Aku sangat gembira lalu aku minta seseorang supaya membawa

perisaiku ke pasar untuk dijual.

Tidak lama kemudian, lelaki itu kembali membawa wang bersamasamanya.

Di sampingnya ialah Uthman r.a., salah seorang sahabat

Rasulullah. Dia sedang memegang perisai di tangannya.

Aku dapat tahu kemudian bahawa Uthman sedang berjalan-jalan

di pasar. Apabila dia mendapati perisaiku berada di tangan orang

lain, dia segera mengenalinya. Perisai itu milikku. Dia membayar lelaki

itu lalu mengambil perisai itu dan membawanya kembali kepadaku.

Biarpun aku tidak mahu menerimanya, dia bertegas sambil

berkata, "Tidak ada seorang pun yang layak memilikinya melainkan

kamu. Sila ambilnya semula. Gunakan wang itu untuk perbelanjaan

perkahwinan kamu."

Apabila aku menjelaskan semua yang berlaku kepada

Rasulullah, baginda lantas berdoa untuk Uthman. Persiapan

perkahwinanku dengan isteriku, Fatimah adalah hasil

daripada harga sebuah perisai yang

dihadiahkan oleh Uthman. Keluarga

bahagiaku telah terbentuk dengan cara

ini.

8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!