21.03.2018 Views

CHOT

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS)

DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

TINGKATAN 3

NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS)

DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

TINGKATAN 3

Penulis

Azizi bin Haji Abdullah

Editor

Che Mazlan bin Saad

Semiah binti Said

Pereka Bentuk

Mohd Haizea bin Shafarudin

Nusaibah binti Din

Ilustrator

Khairul Azuwan bin Ishak

iii

NO. SIRI BUKU : 0094

KPM2016 ISBN: 978-967-362-350-1

Cetakan Pertama 2016

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak

dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh

dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk

atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran

semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran

terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk

kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Semua watak dan jalan cerita dalam novel ini tidak berkaitan

dengan sesiapa sama ada yang hidup atau yang mati.

Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh:

2-1, Tingkat Satu, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414

E-mel: ameenbooks@alameenserve.com AJL931362

Reka letak dan atur huruf:

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Muka taip teks: Times New Roman

Saiz taip teks: 11 pt.

Dicetak oleh:

Power Press & Design (M) Sdn. Bhd.

Lot 4 & 10, Jalan 12/32B, TSI Business & Industrial Park,

Batu 6 1 /2 Off Jalan Kepong, 52000 Kuala Lumpur.

iv

PENGHARGAAN

Kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada semua pihak yang telah memberikan

sumbangan dalam pelbagai aspek sehingga novel ini

dapat diterbitkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih ditujukan kepada:

Jawatankuasa Pemilihan Bahan, Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka

Surat (PMS), Bahagian Buku Teks,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan

Pruf Muka Surat (PMS), Bahagian Buku

Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia

Kamera (NSK), Bahagian Buku Teks,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

v

Kandungan

Pendahuluan ...................................................... viii

Chot Tidak Ada .................................................... 1

Pastilah Tidak Datang ........................................ 12

Chot Terus Menghilang ..................................... 20

Kena Marah, Diejek ........................................... 25

Chot Sembunyi di Pokok Cenerai ..................... 44

Denyut Semakin Terasa ..................................... 53

Nak Ambil Hati Chot ......................................... 67

Sakit Semakin Menjadi-jadi .............................. 79

Bersama-sama Chot Memetik Kelapa ............... 87

Sakit Telinga Semakin Menjadi-jadi .................. 94

vi

Dapat Upah Memetik Kelapa ........................... 110

Ibu Sudah Tahu ................................................ 124

Terus Tidak ke Sekolah ................................... 133

Pertanyaan Yang Mendebarkan ........................ 136

Guru Besar Mulai Bimbang ............................. 141

Salah Sangka .................................................... 149

Chot Sudah Balik ............................................. 160

Cikgu Sunan Tunjuk Baik ................................ 170

Demi Kesayangan … ....................................... 179

Penghormatan Terakhir .................................... 199

Glosari ............................................................. 201

Biodata ............................................................. 204

vii

Pendahuluan

Novel CHOT memaparkan kisah Alias, murid darjah

lima yang meniti arus kehidupan. Alias bergantung

hidup dengan memetik buah kelapa bersama-sama

Chot, beruk peninggalan arwah bapanya. Apabila

Chot hilang pada suatu pagi, Alias telah terlewat

hadir ke sekolah dan guru kelasnya, Cikgu Sunan

sungguh marah. Bermulalah rentetan dugaan hidup

yang dialami oleh Alias.

Tema utama novel CHOT ialah kasih sayang

sesama makhluk ciptaan Tuhan. Hal ini digambarkan

melalui watak Alias yang menyayangi ibunya yang

lumpuh, kasih sayang antara Chot dengan Alias

dan kasih sayang Som yang merupakan kawan baik

kepada Alias.

Keindahan moral disulami dalam jiwa

watak-watak yang utama: Alias yang cekal, tabah

dan berdikari, ibu Alias yang reda akan keadaan

dirinya yang lumpuh, Som yang prihatin dan Cikgu

Sunan yang akhirnya bermuhasabah diri.

viii

Novel CHOT berlatarkan budaya kampung

pedalaman dengan telatah murid dan guru pada zaman

60-an dan 70-an di sebuah negeri di utara Semenanjung

Malaysia. Identiti budaya ini digambarkan oleh gaya

bahasa dan kosa kata yang memberi warna kepada

suasana penceritaan.

Novel CHOT membentuk rasa simpati dan

empati pembaca. Kehalusan jiwa ini diharap dapat

membantu pembaca mengurus emosi sendiri.

Penerbit

ix

Kepada pembaca angkatan muda:

Anda perlu kembali ke era tahun 60-an

atau tahun 70-an untuk memahami

tema dan latar cerita ini.

x

Chot Tidak Ada

Pagi itu seperti pagi-pagi yang lalu. Sejuk. Lembap

tanah bukit bersama pasir selut dengan daun-daun

kering berselerak menjadikan tanah sekitar seperti

diasap kemenyan. Pokok-pokok pula dengan daun

hijaunya kelihatan kebasahan. Daun-daun yang

kebasahan itu tunduk malu kerana sedikit berat oleh

embun yang menimpanya semalam. Matahari pun

belum muncul lagi dan cahayanya belum tersimbah.

Haba bumi sangat lambat bangkitnya.

Burung-burung pun sudah mulai terbang

ke sana sini, memagut ulat-ulat di batang kering,

melayang melayah mencengkam kuku pada serangga

yang hinggap di hujung daun.

1

CHOT

Ada pokok-pokok yang tirus meninggi. Ada

batang-batang pokok tua yang sudah mengelupas

kulitnya. Kampung itu tidak ramai penghuninya

dan jarak antara rumah-rumah agak jauh. Jaraknya

sekali penat berlari. Sekitar halaman dan seluruh

kampung, memang banyak pokok kelapa tua selain

pokok-pokok hutan dan sedikit buah-buahan.

Ada sawah, ada rimbunan pokok buluh,

ada rimbunan pokok pisang tetapi pokok kelapalah

paling banyak. Pokok-pokok kelapa tua itu tinggi

tetapi berbuah agak lebat. Tidak ada pemanjat yang

cekap. Tidak ada sesiapa yang mahu memanjat.

Kebanyakannya takut.

Pada suatu pagi, seperti pagi-pagi yang lain,

Alias bangun setelah dikejutkan oleh suara ibunya

dengan lembut. “Lias, bangun,” kata ibunya. Maka

tanpa mengeliat lama, Alias pun bangun. Selepas

mandi, dia bersembahyang di sisi ibunya.

Ketika membaca doa qunut, kadang-kadang

Alias tersangkut. Ketika itulah ibunya menegur sehingga

Alias dapat menghabiskan bacaannya. Alias sengaja

bersembahyang subuh begitu kerana dia belum lagi

lancar menghafaz doa qunut. Begitu juga sembahyang

pada waktu-waktu yang lain, selalu di sisi ibunya. Kata

2

Chot Tidak Ada

ibu, kalau bersembahyang dekat ibu, apabila ada yang

tidak kena, senanglah ibu menegur Alias.

Memang Alias mengharap begitu. Selepas

sembahyang, Alias ke dapur menapis air ketul-ketul

ubi kayu yang direbus oleh ibunya. Alias perlu

menyejatkan air rebusan itu, jika tidak, bungkusan

bekalannya tentu akan berwap. Kalau tidak dibawa

bekalan, hanya air kopi sahajalah yang dibawa. Alias

suka air kopi sejuk. Nasinya boleh dibeli di kantin.

Nasi lemak hanya sepuluh sen sebungkus.

Apabila semuanya sudah siap, Alias pun

menggalas beg sekolahnya. Beg yang dihadiahkan

oleh Tok Penghulu tiga tahun yang lalu itu, sudah

carik buntutnya. Tali penggalasnya sudah berbulu.

Sudah berdanur dan kelabu beg itu tetapi Alias tidak

kisah. Pakailah apa-apa yang ada, nasihat ibunya

setiap kali Alias bersungut.

“Mak, Lias pergi dulu,” begitu katanya dan

kemudian Alias meraup lalu mencium dua tangan

ibunya. Kadang-kadang air liurnya meleleh dan

terlekat pada tangan ibunya.

“Duit?” tanya ibunya sambil mengisar-ngisar

punggung hendak ke pintu untuk menghantar Alias

3

CHOT

dengan pandangan mata. Alias selalu sedar, ibu

menghantarnya dengan doa agar dia selamat pergi

dan balik sekolah.

Alias terus menyeluk saku lalu membuka

genggamannya. Ditunjuknya syiling dua puluh sen

dua keping, syiling sepuluh sen sekeping sambil

tersenyum kepada ibunya. “Duit upah kelmarin,”

katanya, kemudian genggamannya dimasukkan ke

dalam saku seluarnya kembali. Ibunya mengangguk,

seperti memberi izin pergi setulus hati.

Di bendul pintu depan, Alias berjuntai kaki

sambil menyarungkan sarung kakinya yang sudah

berlubang-lubang, yang biasa dibasuhnya dua hari

sekali. Ketika mengikat tali kasutnya, Alias terusik

perasaannya apabila ibunya berkata, “Tak cakap pun

pada Chot?”

Alias terus memandang ibunya yang berada

di muka pintu.

“Chot! Chot!” laungnya dengan kuat.

Tidak dengar pun Chot berkreh-kreh. Tidak

dengar pun Chot menggoncang rumah yang dibuat

daripada kotak sabun. Tidak nampak pun Chot

4

Chot Tidak Ada

melompat atau menggaru-garu badan di atas dahan

pokok langsat tua dan kurus di tepi rumah.

“Chot! Chot!”

Chot tidak muncul, apatah lagi kelibatnya

melompat-lompat dari rumah kotak sabunnya yang

dibuat oleh Alias di dahan pokok langsat kurus itu.

“Mak, Chot …” Alias cuba mengadu kepada

ibunya yang telah mengesot semula ke tempat tidur.

Ibunya tidak ada banyak tenaga untuk bangun dan

amat susah ke sana sini kerana lumpuh.

“Cepat ke sekolah Lias, nanti terlewat,” kata

ibunya tanpa peduli kegelisahan Alias.

“Chot!” Alias melompat turun dan bercekak

pinggang di depan pokok langsat tua yang kurus dan

tinggi. Chot tidak ada. Kotak sabun yang menjadi

rumah Chot terpelohong kosong. Nampak rantai

tambatan Chot terjuntai separuh.

“Chot!” Alias melilau ke sana sini. Sambil

bercekak pinggang, Alias mencangak ke atas dan

ke bawah. Dari jauh Alias ternampak dua tiga orang

kawannya sedang mengayuh basikal dengan laju

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!