Isi Kandungan
MARI BERMAIN!
Assalamualaikum &
salam sejahtera,
Selamat menyambut tahun baharu 2018, semoga ia lebih
baik daripada tahun lepas. AWAL isu ini bertemakan Diri
Saya dan Anggota Badan sebagai subtema.
Tiga fokus utama yang perlu diberi perhatian dalam
pendidikan awal kanak-kanak ialah unsur bermain, bercerita
dan menyanyi dalam suasana yang ceria.
Mengapakah bermain itu penting? Cuba kita ajak anak
bermain sebagai penjual buah di pasar. Melalui permainan
ini, anak dapat mengembangkan skil:
Kognitif – Mengira dan menimbang buah
Fizikal – Mengangkat bakul dan kotak
Perbendaharaan kata – Menamakan jenis-jenis buah, warna
dan saiz
Interaksi sosial – Cara berinteraksi semasa berjual beli
Literasi – Membuat resepi berasaskan buah
Majalah AWAL padat dengan pelbagai aktiviti bermain
seperti Cari Jalan, Let’s Do It dan Little Prof serta 14 muka
surat khas untuk aktiviti sahaja.
Dalam Segmen Guru & Ibu Bapa, Nor Haizan binti Ibrahim
menerangkan tentang cara yang betul memberi ubat
kepada anak-anak. Layari www.awal.my untuk maklumat
lanjut tentang topik ini. Panduan mengajar khas untuk guru
juga boleh diakses di portal tersebut.
Selamat membaca dan meneroka!
Dr. Nor Anita Megat Mohd Nordin
Pengarah Penerbitan
PETUA BERSAMA PROF. AMINAH
STEM (Sains, Teknologi,
Engineering dan Matematik)
DALAM PENDIDIKAN AWAL
Kanak-kanak secara semula jadi adalah saintis.
Mereka suka bertanya dan meneroka, bermain dan
mencuba. Misalnya bermain air, pasir, batu, bongkah
dan lain-lain. Sambil bermain mereka membanding
dan mengelas objek mengikut warna, mengukur atau
mengira. Sebenarnya inilah STEM yang bermula dengan
pembelajaran Sains dan Matematik, menggunakan
Teknologi dan Kejuruteraan untuk mereka cipta alat
baharu dan seterusnya menggunakan alat itu untuk
bermain.
Dari senario ini, Pendidikan STEM bukanlah susah
untuk dilakukan di peringkat awal kanak-kanak. Ia telah
pun berlaku. Guru hanya perlu memperluaskan skop
pembelajaran sains kanak-kanak dan membimbing
mereka ke arah yang lebih sistematik dan merangsang
rasa ingin tahu semula jadi dalam diri mereka.
Apabila anda kreatif, anak-anak pun akan menjadi lebih
kreatif!
Bijak Berbahasa
Ceria Bersama Ciki............................................... 2
Ani & Umar.................................................................... 33 - 36
Kisah Teladan............................................................. 40 - 43
Chan Chan the Chick........................................... 46 - 48
Ceria Meneroka & Bermain
Cari Jalan...................................................................... 4 - 5
Hero Hanif................................................................... 6 - 7
Let’s Do It.................................................................... 10 - 11
Find It ............................................................................ 14 - 15
Little Prof................................................................... 38 - 39
Move with Me............................................................. 44 - 45
Biar Beradab Sayang
Mari Berbahasa....................................................... 3
Akhlak Baik & Buruk.............................................. 8 - 9
Saya w Malaysia..................................................... 12 - 13
Sihat Bersih................................................................ 16
Lagu Rakyat................................................................ 37
Aktiviti Minda Cerdas
Word Hunt ................................................................ 18
Pratulisan..................................................................... 19
Mahir Tulis..................................................................... 20
Bijak Fikir........................................................................ 21
Math Genius................................................................ 22
Jom Padan................................................................... 23
Apa yang Tersembunyi?.................................. 24 - 25
Mahir Jawi ................................................................... 26 - 27
Pendidikan Islam.................................................... 28 - 29
Lab Notes...................................................................... 30
Warna Kreatif.......................................................... 31
Profesor Emeritus Dato’ Dr. Aminah binti Ayob