05.02.2014 Views

Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam - Jabatan Kemajuan ...

Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam - Jabatan Kemajuan ...

Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam - Jabatan Kemajuan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ASAS RUJUKAN DALAM BIDANG

AQIDAH ISLAM

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TAHUN 1432H/2010M

1

KANDUNGAN

1. Tujuan -3

2. Objektif -3

3. Penjelasan Dasar Umum Aqidah -3

- Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah -3

- Asas Umum Manhaj Ahli Sunnah Wal-Jamaah -4

- Dasar Ahli Sunnah Yang Disepakati Kebenarannya -4

- Faktor Kesesatan Yang Diijma’kan Ahli Sunnah-5

4. Syirik -10

5. Sumber Ilmu Dalam Aqidah (Asbab al-Ilmi)-12

6. Huraian Beberapa Konsep Dan Istilah--13

-Wahdatul-Wujud -13

-Martabat Tujuh -14

-Nur Muhammad -15

-Kasyaf dan Ilham -17

-Yaqazah -18

-Mimpi-19

-Hulul -19

-Ittihad -20

-Tangkal Azimat

-Mentera

-Keramat

-Ma’unah -22

-Tawassul-23

-Persalinan Roh*Tanasukh Arwah) -24

-Khurafat-24

-Memanggil Roh(Tahdir Arwah) -25

-Menurun (Isrinzal Arwah) -26

-Tarekat-27

-Rabitah -27

-Wali 28

-Siher-29

-Penggunaan Jin -29

-Tafsir Bebas-29

-Hadis Palsu-29

-Perkara Ghaib -30

-Makhluk Halus -32

-Qarin -33

-Meditasi-33

7. Penggunaan -34

8. Penutup -34

2

ASAS RUJUKAN DALAM BIDANG

AQIDAH ISLAM

1. TUJUAN

Kertas ini disediakan untuk dijadikan asas dan panduan

dalam pengendalian isu aqidah oleh pegawai terlibat di

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan

Agama negeri

2. OBJEKTIF

2.1 Untuk menjadi asas dan rujukan menangani

permasalahan aqidah dan isu yang berkaitan.

2.2 Untuk mengelak dari perselisihan pendapat tentang

perkara asas aqidah yang berlaku dalam masyarakat.

3. PENJELASAN DASAR UMUM AQIDAH

3.1 Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Malaysia sebagai sebuah negara Islam, telah

menentukan hanya aqidah dan fahaman Ahli Sunnah

Wal Jamaah sahaja dijadikan pegangan dan amalan

rasmi kerajaan dan rakyatnya serta tidak menerima

lain-lain fahaman untuk diterima pakai.

Huraian:

Aqidah dari segi bahasa bererti simpulan atau ikatan pada

suatu benda, iaitu seperti tali yang disimpulkan supaya

menjadi kemas dan kuat. Aqidah ialah Iman, Iman ialah

tasdiq ( membenarkan dengan hati) yang pasti dan

menepati kenyataan yang lahir daripada dalil.

Ahli yang dimaksudkan ialah para penganut atau pengikut.

Sunnah dari segi bahasa ialah jalan atau cara nabi. Dari segi

istilah ialah segala apa yang datang dari nabi Muhammad

s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan, sifat, dan taqrirnya

(pengakuannya).

Ahli Sunnah ialah mereka yang mengikut dan

mempertahankan sunnah Rasulullah s.a.w.

3

Al-Jamaah dari segi bahasa ialah perkumpulan orang ramai

yang berhimpun. Dari segi istilah ialah jalan sahabat dan

orang yang hidup selepas mereka, maka lahirlah istilah Ahli

Sunnah Wal Jamaah. Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah orang

yang terdahulu dari kalangan umat Islam iaitu para sahabat

dan tabi ‘in yang sepakat di atas al-Haq yang amat jelas iaitu

menerima Al-Quran dan Al-Sunnah .

3.2. Asas Umum Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah

- Mengutamakan al-Quran dan al-Sunnah.

- mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran.

- Mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah.

- Mengutamakan pendapat Sahabat dan Tabi ‘in.

- Meraikan kaedah-kaedah Bahasa Arab dalam

memahami nas.

- Berpegang kepada zahir nas kecuali ada bukti ia

tidak dikehendaki.

- Mengutamakan tanzih (mensucikan Allah

dari menyerupai makhluk dan dari manamana

sifat kekurangan, bahawa hakikat

ketuhanan itu tidak terjangkau akal atau

transcendence, hampir sama

maksud dengan mukhalafatuhu lil hawadith )

dan taqdis (penyucian Allah) dalam persoalan

mutasyabihat(ayat-ayat yang mengandungi

perkataan yang sama

dengan makhluk ).

3.3. Dasar Ahli Sunnah Yang Disepakati Kebenarannya

- Meyakini bahawa Islam agama Allah.

- Meyakini bahawa hakikat Islam terdiri dari Iman,

Islam dan Ihsan.

- Meyakini ke Esaan Allah.

- Meyakini bahawa Allah Maha Pencipta dan

mempunyai asma’ dan sifat Maha Sempurna.

- Meyakini bahawa seluruh makhluk adalah

ciptaan Allah.

- Meyakini bahawa segala apa yang berlaku

menurut qada’ dan qadar Allah.

- Meyakini bahawa ahli qiblat (orang Islam ) tidak

dikufurkan atas sebab kemaksiatan.

- Meyakini Allah dapat dilihat di akhirat kelak.

4

- Meyakini hakikat soalan malaikat dan azab

kubur.

- Meyakini hakikat Nabi Muhammad akan memberi

syafaat pada hari kiamat.

- Meyakini hari Kiamat

- Meyakini bahawa asas agama adalah ittiba’

(mengikuti jejak Nabi berdasarkan hujah )

bukan ibtida’ (rekaan manusia ).

- Meyakini bahawa menyatupadukan umat Islam

matlamat terbesar dalam Islam.

3.4. Faktor Kesesatan Yang Diijma’kan Ahli Sunnah

Kesesatan aqidah tidak terkeluar daripada tiga faktor

berikut:

Pertama: Menolak, menafi atau mengingkari hakikat

Islam itu sendiri, sama ada kerana

kejahilan,sangkaan, ikut-ikutan

atau kerana sememangnya disengajakan,

walaupun mengetahui kebenarannya;

Kedua: . Keterlauluan yang dipacu oleh rasa

Fanatik dan hawa nafsu,sehingga ke

tahap sanggup menolak, menafi atau

mengingkari hakikat- hakikat Islam;

Ketiga: . Takwilan yang batil, yang tidak berdasarkan

kepada kaedah-kaedah bahasa Arab dan

syara’, yang didorong oleh rasa fanatik dan

hawa nafsu selain dari kelemahan iman.

Huraian

3.4.1. Penjelasan kesesatan dari faktor pertama,

Mengingkari hakikat Islam samada sengaja, jahil atau

ikut-ikutan.

Ia meliputi ciri-ciri dan perkara berikut:

5

a) semua jenis agama atau kepercayaan yang

bukan Islam, sama ada agama samawi atau agama

budaya,

b) Segala apa jua bentuk kemulhidan dan

kemungkaran keatas hakikat-hakikat Islam yang

disepakati kebenaran dan kesahihannya sama ada

yang berbentuk individu atau berkumpulan,

c) Keingkaran atau penolakan hadis dalam memahami

dan mengamalkan Islam,iaitu mereka yang hanya

berpegang al-Quran sahaja,

d) Segala apa pun bentuk kesyirikan, , sama ada pada

Zat Allah, Asma’, Sifat Ketuhanan Rububiyyah atau

Uluhiyyah, sama ada dalam bentuk pemikiran,

pertuturan atau perbuatanNya.

Kesemua kesesatan dan kebatilan ini bercanggah

dengan hakikat-hakikat yang terpancar dari manhaj

Islam.

3.4.2 Penjelasan Kesesatan dari faktor kedua.

Segala bentuk keterlaluan (ghuluw) dari batas-batas

Islam yang disepakati secara ijma’ dalam kepercayaan

atau perlakuan yang berpunca dari kepercayaan.

Antara contohnya;

a) Menolak keimanan dan kepimpinan Abu Bakar

Assiddiq dan Umar yang dilantik secara sah mengikut

manhaj Islam, tanpa mengira kata sepakat dan ijma’

keatas kesahihan tersebut.

b) Memberikan sifat-sifat kenabian kepada seseorang

selain Nabi , walaupun betapa tinggi darjatnya, secara

khususnya kepada saidina Ali k.w. seperti sifat

penerimaan wahyu, sifat kemaksuman dan lain-lain.

c) Merendah-rendahkan para sahabat Rasulullah

s.a.w. yang telah terbukti kesahabatan mereka, yang

telah diperakui istiqamah, ketakwaan dan kasalehan

mereka oleh ahli al-Salaf al-Saleh.

6

d) Memberikan sifat kemaksuman kepada setengan

masyayekh (Syekh tarekat), sehingga sikap dan

perlakuannya diamggap menjadi hujjah yamg

mengatasi Nas, sedangkan kedudukan sebenarnya

Nas itulah yang menjadi hujjah keatas segala-galanya.

e) Mempercayai adanya sesetengah imam Syiah Ithna

Asyariyyah yang telah mencapai taraf dan martabat

yang tidak dicapai oleh Malaikat muqarrabun dan Nabi

yang diutuskan.

f) Kepercayaan yang mengatakan bahawa pelaku

dosa besar menjadi kafir atau murtad, seperti yang

menjadi pegangan golongan Khawarij . Bahkan pelaku

dosa dan maksiat, walaupun apa pun

jenisnya,menjadikan kafir dan terkeluar dari millah

atau agama Islam, walaupun perbuatan itu suatu

kesilapan atau usaha ijtihad.

g) Dimikian juga kepercayaan sebaliknya yang

megatakan bahawa perbuatan dosa, walau apapun

jenisnya, tidak menjejaskan (memudharatkan) iman,

sepertimana suatu ketaatan yang dilakukan dalam

kekafiran tidak memanfaatkan, seperti yang menjadi

pegangan Golongan Murji’ah tulin.

h)Termasuklah menafikan kebangkitan semula pada

Hari Kiamat dengan jasad dan rohnya sekali.

i) Menafikan nikmat syurga dan azab neraka yang

bersifat jasmani pada Hari Akhirat.

j) Menafikan mukjizat kawniyyah pada Nabi

Muhammad s.a.w. dengan alasan mukjizat Nabi hanya

mukjizat al-Quran Sahaja.

Sikap ghuluw atau keterlaluan adalah satu sikap

kejiwaan, antara sifat khususnya ialah;

1) Keras kepala dengan pendapatnya sendiri,

2) Menutup mata dan telinga terhadap pandangan

7

orang lain,

3) Tidak punya hujah dan dalil,

kalau ada pun hanya sebagai rekaan atau pun bukti

yang salah dan mengelirukan demi untuk

mempertahankan keterlaluannya, lebih-lebih lagi

jika ditegakkan diatas dasar puak atau politik

kepartian yang sempit.

3.4.3 Penjelasan Kesesatan dari faktor ketiga.

Takwilan yang batil yang tidak berdasarkan kaedah

bahasa Arab dan syarak.

Kesesatan dalam faktor ini termasuklah; segala apa

juga kepercayaan, tasawwur atau pendapat yang

diasaskan kepada satu nas dari al-Quran atau al-

Sunnah atau lebih, dengan takwil nas-nas itu dengan

takwilan yang tidak diperakui oleh kaedah-kaedah

yang tetap dalam bahasa Arab yang menjadi Bahasa

al-Quran, iaitu kaedah-kaedah yang telah disepakati

secara ijma’ oleh tokoh-tokoh ulama’ Bahasa sejak dari

zaman berzaman. Kesesatan dan penyelewengan dari

faktor ini sangat banyak dan kebanyakan adalah dalam

bidang aqidah dan asas-asas dalam pemikiran Islam.

Antaranya ialah;

a) Mentakwilkan ayat-ayat sifat dengan cara yang

membawa kepada menta’tilkan (merusakkan atau

menafikan) sifat-sifat tersebut pada zat Allah,seperti

menafikan al-Yadd ( tangan ), al-Wajh (muka) dan

seumpamanya yang telah pun disebutkan Allah pada

zatNya, seperti takwilan oleh golongan Mu’attilah,

Mu’tazilah dan golongan ahli falsafah Ilahiyyah.

b) Demikian sebaliknya, mentasybih atu mentajsimkan

sifat-sifat tersebut,iaitu memahami ayat-ayat sifat tadi

dengan maknanya yang zahir, yang menyamai sifatsifat

makhluk seperti yang dilakukan oleh golongan

Musybbihah dan Mujassimah.

c) Menafikan bahawa setiap muslim boleh melihat

Allah di akhirat kelak Sesuai dengan pendapatnya ini ,

8

maka perkataan “Nazirah”(surah Mutaffifin ayat:15)

ditakwilkan dengan “muntazirah”( al-Qiyamah ayat:23),

sedangkan menurut kaedah Bahasa dan ilmu

kefaqihan bahasabahawa diantara dian perkataan

tersebut sememangnya berlainan dan berbeza

darisemua sudutnya. Takwilan seperti ini adalah

takwilan yang salah dan batil,yang sama sekali tidak

mempunyai sandaran bukti atau hubungan yang

membolehkan perkataan itu ditakwilkan.

d) Mentakwilkan perkataan “al-Rasul”(al-Isra’ ayat:15)

dengan makna akal, semata-mata untuk sesuaikan

denganaliran ‘aqlamiyyahnya. Takwilan ini

adalhtakwilan batil,yang tidak bertangguh oleh lafaz

perkataan itu sendiri, yang sememangnya tidak punya

ruang untuk mentakwilkan perkataan tersebut. Selain

ituterdapat beberapa ayat lainyang menunjukkan sera

putus dan yakin(Dilalah Qat’iyyah) bahawa yang

dimaksudkan dewnganperkataan rasul atau rasul-rasul

itu tidak lain dari seorang atau beberapa oranglelaki

yang dibangkitkan untuk menjadi utusan Allah.

e) Mentakwilan perkataan “Majma’ al-Bahraain”(s. al-

Khaf ayat:60) dengan majma’ wilayah al-Syekh dan

wilayah al-Murud. Perkataan “al-Sakhrah”(al-Khaf

ayat:63) dengan makna nafsu dan lain-lain (seperti

mana dicatatkan oleh Goldzihar dalam buku Aqidah

dan Syariah, 1940, hal157) Takwilan seperti contoh

yang teraakhir biasanyan dilakukan oleh golongan

yang mengaku-akukan sebagai ahli tasawufatau lebeh

tepat oleh penyesat-penyesat yang bertopengkan

tasawuf(lihat Mohd Sulaiman HJ. Yasin, Ahlis- Sunnah

Wal-Jamaah,Yayasan Salman, Bangi, Selangor,1997,

hlm.97-105)

9

3.5. Syirik

3.5.1. Takrif Syirik.

Syirik ertinya mengongsi atau menyengutukan Allah

dengan benda-benda lain.

Syirik mengandungi perkara-perkara berikut:

a. Menyengutukan Allah pada sifat Rububiyyah

atau Asma’ dan sifat atau pada sifat Uluhiyyah.

b. Mengambil sesuatu makhluk sama ada nabinabi,

wali-wali, malaikat, kubur, jin, pokok kayu,

batu, binatang, matahari, bulan, bintang dan

seumpamanya.

c. Menyengutukan atau menyamakan Allah dengan

sesuatu makhluk seperti seorang menyembah

Allah disamping menyembah makhluk, dia kasih

kepada makhluk sama seperti kasihkan Allah,

takut kepada makhluk sama seperti takut kepada

Allah, mentaati makhluk sama seperti mentaati

Allah .

3.5.2. Jenis-Jenis Syirik

Para ulama telah membahagikan syirik kepada dua

jenis,

Pertama : Syirik Besar atau Nyata.

Kedua : Syirik Kecil .

a) Syirik Besar.

Iaitu mempercayai atau mengaku adanya sesuatu

yang setara atau setanding dengan Allah yang

ditujukan kepadaNya, doa permohonan sama seperti

yang ditujukan kepada Allah, atau mengaku adanya

sesuatu yang setara atau setanding dengan Allah yang

diuntukkan kepadaNya suatu cara ibadat yang hanya

khusus untuk Allah sahaja, seperti seorang mengambil

jin, syaitan, pokok, binatang, bulan, bintang sebagai

tempat tumpuan ia beribadat, berlindung, atau tempat

ia memberi ketaatan, berdoa memohon sesuatu atau

seumpamanya.

10

Jenis Syirik Besar

Syirik besar terbahagi kepada dua bahagian:

i) Syirik yang nyata atau jelas: iaitu menyengutu

dalam bentuk penyembahan, seperti menyembah

matahari, bulan, atau manusia, berhala atau lainlain.

ii) Syirik yang tidak nyata, iaitu yang tersembunyi,

antaranya:

(i)Meminta doa dan pertolongan dari kubur atau

orang mati seperti minta tolong melepaskan dari

bala kesusahan dan lain-lain.

(Ii) Mengambil selain Allah sebagai pembuat

syariat seperti menghalal yang haram atau

mengharam sesuatu yang halal.

b. Syirik Kecil;

Syirik kecil ialah segala kepercayaan, perkataan atau

perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik

terhadap kekuasaan atau peraturan Allah, seperti riak

dalam melakukan ibadat.

Jenis-Jenis Syirik Kecil

Banyak syirik kecil yang berlaku dalam masyarakat,

antaranya ialah:

i. Ria’ dalam melakukan ibadat dan amal solih,

seperti melakukan sembahyang sunat untuk

menunjuk- nunjuk kepada orang tertentu, atau

bersedekah dengan niat untuk mendapatkan

nama.

ii. Bersumpah dengan sesuatu selain Allah,

seperti berkata demi tanah air atau demi

nama disebut nama kekasih atau lain-lain

aku akan laksanakan perkara tertentu.

iii. Memakai benang atau azimat untuk

mengubati

11

penyakit, dengan meletakkan di leher atau di

lengan atau di pinggang.

iv. Jampi dan mentera dengan memohon

pertolongan

dari jin dan syaitan.

v. Bernazar kepada sesuatu selain Allah. seperti

nazar pada kubur, telaga atau pokok dan lainlain.

3.6. Sumber Ilmu Dalam Aqidah (Asbab Al-‘Ilmi):

Sumber ilmu adalah saluran manusia boleh

mengetahui sesuatu ilmu.

Dalam bidang aqidah Islam ada tiga perkara:-

a. Pancaindera yang sejahtera.

b. Akal yang waras.

c. Khabar yang benar iaitu Al-Quran, al-Sunnah

dan maklumat yang diketahui ramai.

Huraian

3.6.1. Huraian sumber pertama (pancaindera yang

sejehtera).

Pancaindera yang lima ialah pendengaran

(telinga), penglihatan (mata), bau (hidung),

perasa (lidah), dan sentuhan (tubuh).

3.6.2. Huraian sumber kedua. (khabar yang benar)

Khabar yang benar ada dua;

a. Khabar yang mutawatir, khabar yang

berlaku melalui percakapan ramai yang tak

mungkin berlaku dusta seperti wujud

negara tertentu.

b. Khabar rasul yang dikuatkan dengan

mukjizat iaitu khabar Rasulullah s.a.w.

yang mewajibkan dapat dan mendapat dalil

serta ilmu yang thabit yakin.

3.6.3 Huraian sumber ketiga.( akal sejahtera)

Akal sejahtera iaitu sebab bagi pengetahuan dan

barang yang thabit dengan akal yang nyata, yang

dikatakan suatu yang pasti seperti satu adalah

setengah dari dua atau dihukum alam ini baru

12

sebab kita lihat ia berubah-ubah, maka tiap yang

berubah itu baru.

Sementara Ilham dan kasyaf tidak boleh dijadikan saluran

ilmu dalam aqidah kerana kedua-dua itu tidak dapat

dipastikan kebenarannya (Penjelasan mengenai konsep

Sumber Ilmu sila lihat “Asbab al-‘Ilmi” dalam Jurnal

Penyelidikan Islam, JAKIM, bil. 14/2001).

4. HURAIAN BAGI BEBERAPA KONSEP DAN ISTILAH:

4.1. Wahdatul-Wujud:

Mengenai Wahdatul-Wujud ia termasuk dalam

perkara falsafah yang sememangnya tidak diajar oleh

Rasulullah SAW. Oleh kerana ia bukan berasal dari

ajaran al-Quran dan al-Sunnah maka Jawatankuasa

Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam

Malaysia telah memutuskan seperti berikut:

i. Fahaman Wahdatul wujud menyalahi aqidah

Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan

dengan ajaran Islam.

ii. Bersetuju dengan fatwa rasmi Negeri Johor

yang diputuskan pada tahun 1948 oleh S.S.

Syed Alwi Tahir al Hadad seperti berikut;

“Mengikut pendapat Ijma’ Ulama’ fahaman

wahdatul wujud adalah kufur. Sesiapa yang

mempercayai dan mengamalkannya adalah

murtad. Jika pengamal fahaman tersebut

mempunyai isteri, isterinya tertolak dan

anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya

hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”.

(Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

kali ke 48/2000).

Huraian:

Pokok ajaran wahdatul wujud,

a. Wahdatul wujud ialah hanya ada satu kewujudan

saja iaitu wujud Allah. Adapun banyak yang kita

lihat dalam dunia ini adalah sangkaan saja, yang

sebenarnya ia hanya dianggap oleh akal yang

13

cetek. Wujud hanyalah satu tidak berbilangbilang.

b. Tidak menerima bahawa kejadian alam ini

adalah dari tiada (Creation ex-nihilo) iaitu mereka

tidak beriman bahawa alam dijadikan dari tiada

pada suatu masa sebagaimana yang dikenali

oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan kejadian

alam.

c. Beriman dengan teori Emanation (al-Faidh) iaitu

Allah menzahirkan sesuatu yang wujud dalam

ilmuNya kepada wujud atau kenyataan.

Kewujudannya perkara yang wujud ini dengan

jelmaan Tuhan yang berterusan dan penzahiran

Tuhan pada setiap masa yang tidak terhingga

bilangannya dari berbagai gambaran (al-Futuhat

al-Makiyyah, Kaherah, Jilid II, hal.40.)

4.2. Martabat Tujuh:

Martabat Tujuh adalah dari pemikiran yang

berdasarkan falsafah wahdat al-wujud, Mesyuarat

Panel Kajian Aqidah (PKA) kali ke 12/1999 Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia merumuskan ia bukan dari

ajaran Islam. Pemikiran asas dalam ilmu martabat

tujuh ini ialah kesatuan segala yang ada, yang

tiada awal dan akhir, seterusnya berpendapat ia

bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah. Ia

merupakan satu ajaran falsafah. Ilmu ini termasuk

dalam bidang tasawuf falsafah wahdatul wujud,

yang mengatakan bahawa Allah mengadakan

semesta ini bukan dari ‘tiada kepada ada’, seperti

yang diiktikadkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah,

tetapi berpegang kepada daripada ‘ada kepada

ada’.

Huraian:

Martabat tujuh (lapisan tujuh) itu ialah Ahadiyah,

Wahdah, Wahidiyah, Alam Arwah, Alam Mithal, Alam

Ajsam dan Alam Insan. Ajaran ini dikesan mula

dikembangkan di India kemudian di Makah, selepas itu

buku mengenainya telah ditulis dalam bahasa Arab

dan dipercayai mula masuk ke Nusantara pada kurun

ke tujuh belas Masehi, apabila sebuah buku yang

14

ertajuk “Tuhfat al-Mursalah” yang ditulis oleh

Muhammad Fadlullah Al-Burhanpuri dari India

(meninggal tahun 1029H) telah dibawa ke Jawa dan

diterjemahkan ke Bahasa Jawa. Seterusnya buku

berkenaan dipecayai telah diserapkan ke dalam

beberapa buah kitab agama, antaranya kitab Siyar Al-

Salikin, Al-Durr Al-Nafis dan lain-lain. Ilmu ini pernah

menjadi isu besar di Alam Melayu pada awal abad

kedua puluh, hingga pernah dijawab secara terperinci

oleh ulama’ Melayu yang tinggal di Mekah iaitu Syeikh

Ahmad Khatib yang berasal dari Minangkabau. Hal ini

berlaku pada tahun 1909 M. Beliau telah menulis buku

sebagai jawapan kepada ajaran itu dengan nama “al-

Syumus al-Lami’ah” diterbitkan pada tahun 1331H. di

Mesir. Buku tersebut mendedahkan secara

menyeluruh tentang kepalsuan ilmu dan ajaran

martabat tujuh berkenaan. Secara ringkas dapat

diterangkan seperti berikut;

a. Penganut martabat tujuh terdiri dari orang jahil,

b. Segala-galanya menyalahi syariat nabi

Muhammad,

c. Menjadikan bersatu Tuhan dengan hamba,

d. Tiada ia dari ajaran Imam al Ghazali,

e. Ghalibnya kufur dengan Allah Taala.

Syekh Ahmad Khatib membuat kesimpulan akhir

dengan mengatakan bahawa semua itu bukan dari

perkataan orang alim’.

4.3. Nur Muhammad:

Nur Muhammad lahir dari falsafah martabat tujuh dan

wahdat al-wujud juga, ia bukan dari asal pemikiran

Islam. Nur Muhammad dari segi bahasa ialah cahaya

yang dihubungkan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Dari segi istilahnya ialah ciptaan Allah yang pertama

sebelum Ia menciptakan makhluk yang lain. Cahaya ini

diciptakan daripada Nur Allah. Pada konsep asal bagi

orang yang menerima kewujudannya, Nur ini sama

dengan rupa kejadian Nabi Muhammad s.a.w.

Perkataan yang sama maksud dengan Nur

15

Muhammad ialah seperti al-‘Aql al-Awwal, Ta’yun

Awwal, al-Insan al-Kamil, Qutub, Ghawth dan lain-lain.

Menurut Dr. Ali Sami al-Nashar beliau mengatakan

bahawa pemikiran Nur Muhammad ini mula tersiar

kepada umum pada zaman Jaafar al-Sadiq (83-148H),

beliau dianggap sebagai pemikir pertama yang

membawa ajaran ini bagi mempertahankan beberapa

aqidah dalam Syiah, seperti konsep ‘ismah para imam

dan sumber-sumber suci bagi memperolehi ilmu.

Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah kepercayaan seperti ini

adalah khurafat dan tidak bersendikan kepada manamana

dalil yang layak menjadi sumber hukum. Kerana

hadis yang dianggap sumber utamanya adalah bertaraf

hadis Mustaqim Oleh itu ia bukan dari ajaran aqidah

Islam yang sebenar. Ekuran dari pemikiran yang sama

umat Islam boleh terpisong pemikiran mereka kepada

pemikiran falsafah dan terbawa kepada pemahaman

yang jauh.

PKA ke 9/1997 berpendapat Nur Muhammad

bukanlah berdasarkan nas yang kuat, oleh itu ia

tidak dianggap sebagai dasar syara’ bahkan

sebagai suatu spekulasi sahaja

Huraian:

Dalam kepercayaan kepada Nur Muhammad ia

mengandungi beberapa perkara iaitu:-

a. Nur Muhammad bersifat Qadim dan Azali.

b. Dijadikan Nur Muhammad terlebih dahulu sebelum

dijadikan alam.

c. Semua alam dijadikan dari Nur Muhammad.

Sandaran kepada pemikiran begini ada dibawakan

hadis-hadis maudhu atau palsu.

Kepercayaan-kepercayaan di atas adalah bertentangan

dengan nas-nas al-Quran dan hadith sahih. Hanya

terdapat hadirh yang bertaraf Mustaqim sahaja, dan ia

tidak boleh dijadikan asas, dalil dan hujah dalam bidang

aqidah. (Penjelasan mengenai konsep Nur Muhamad sila

lihat dalam Jurnal Penyelidikan , bil. 12/1999 dan kertas

16

kerja bertajuk Nur Muhammad oleh Dr. Huda Muhsin

dalam Mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke 9/1997).

Nur Muhammad atau Hakikat Muhammadiah tidak lain dari

merupakan spekulasi falsafah yang mengatakan akal

pertama yang lahir dari Allah, seperti cahaya matahari terbit

daripada matahari, atau ombak laut lahir dari laut. Hakikat

yang sebenar cahaya matahari tidak lain daripada matahari

dan ombak laut tidak lain dari laut. Cahaya matahari dan

ombak sebenarnya tidak berwujud. Inilah iktikad kaum

wahdatul wujud.

Nur Muhammad adalah salah satu daripada punca wahdatul

wujud yang berasal daripada teori emanasi, Neoplatonisma

dan lain-lain, ia bukan dari ajaran Islam. Gara-gara Nur

Muhammad golongan berkenaan terbawa-bawa hingga

mereka mengangkat Nabi Muhammad s.a.w. ke martabat

ketuhanan Al-Nur dan mereka ketepikan firman Allah yang

bermaksud;

“Katakanlah bahawa sesungguhnya aku ini adalah seorang

manusia seperti kamu”

4.4. Kasyaf Dan Ilham:

Kasyaf bukan menjadi sumber ajaran dan ilmu dalam Islam.

Jauh sekali dari menjadi hujah dalam syari’at dan aqidah

Islam, kerana ia datang bukan dari mereka yang ma’sum

seperti Nabi atau Rasul. Kalau ada yang mendakwakan

telah menerima kasyaf perlu diteliti dahulu apa yang

dibawakan itu bentuk dan perkara agama atau tidak ,sekira

perkara agama dan ia bertentangan dengan al-Quran atau

hadis maka perlu ditolak , kalau tidak bertentangan maka ia

buleh diterima. Oleh itu asas penerimaan bukan kasyaf

tetapi sumber syara’ iaitu al-Quran dan al-Sunnah . Begitu

juga ilham.

Huraian

i. Kasyaf menurut al-Jurjani dalam kitab al-Ta’rifatnya

bermaksud menyingkap maklumat di sebalik hijab atau

tabir yang berupa perkara ghaib dan perkara-perkara

) االطالع على ماوراء الحجاب ada;( yang benar

17

ii.

iii.

Ilham pula ialah sesuatu yang dicampak dalam hati

dengan cara anugerah seperti keterangan oleh al-

Jurjani:

) مايلقى فٮالروع بطريق الفيض (

Kasyaf dan Ilham tidak termasuk dalam Asbab al-

Makrifah atau sumber ilmu yakin, kerana sumber ilmu

ini hanya tiga (3) perkara:-

a. Pancaindera yang sejahtera.

b. Khabar yang benar iaitu Al-Quran dan Hadith.

c. Akal yang sihat.

Beberapa istilah lagi yang hampir sama iaitu Ilmu Laduni,

Ilmu Zauq, Ilmu Batin dan Ilmu Rahsia-Rahsia. (Penjelasan

mengenai konsep Kasyaf dan Ilham sila lihat dalam kertas

kerja berkaitan dalam Mesyuarat Panel Kajian Aqidah (PKA)

ke 15/2000

4.5. Yaqazah:

Mengenai Yaqazah bersama Rasulullah s.a.w. secara

jaga dan sedar selepas baginda wafat adalah suatu

perkara yang sukar dipercayai. Mesyuarat Panel Kajian

Aqidah (PKA) merumuskan ia adalah suatu

pemikiran luar yang dibawa masuk ke dalam

pengajian Islam.

Pengalaman beryaqazah oleh orang tasawuf

dengan Rasulullah s.a.w. hanya laporan dari

pengalaman individu yang tidak ma’sum, oleh itu ia

tidak boleh diterima dalam hal-hal yang

membabitkan agama, apa lagi yang menjurus

kepada bidang aqidah dan syari’at Islam.

Huraian

Maksud Yaqazah yang ditakrif oleh al-Jurjani iaitu sesuatu

kefahaman yang dipercayai bersumber daripada Allah

melalui suatu kejutan rohani yang bertujuan melarang.

) الفھم عن الله تعالى ما ھوالمقصود بزجره (

Difahamkan dari takrif ini Yaqazah adalah suatu kejutan

dalam rohani yang berupa amaran supaya menjauhi

sesuatu. Kejutan ini difahamkan bersumber dari Ilahi.

18

Ada lagi istilah Yaqazah dipakai dengan erti bertemu nabi

dan menerima sabdanya dalam jaga. Ini yang dipakai oleh

Asha’ari Muhammad bekas ketua Jamaah Kumpulan al-

Arqam yang diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994.

Oleh itu kalau ada dakwaan tentang bertemu nabi dalam

masa jaga tentulah suatu perkara yang tidak boleh diterima

sama sekali mengikut syarak. (Penjelasan mengenai konsep

Yaqazah sila lihat dalam Jurnel Penyelidikan, JAKIM bil.

13/2000)

4.6. Mimpi:

Mengenai mimpi orang awam bukan hujah menurut

Ijma’ Ulama’, mimpi tidak boleh dijadikan sumber

hukum dan aqidah.( lihat kitab ‘Ia’anah al-Talibin,

jld.1, hal. 230 dan rujuk Keputusan Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-36 pada 15

Disember 1994)

Huraian:

Mimpi ada dua perkara, ada mimpi yang baik dan mimpi

yang buruk. mengenai yang baik ia bukan juga boleh

dijadikan sandaran, apatah lagi yang buruk. Syarak

menetapkan sumber hukum dari Al-Quran dan Al-Sunnah

yang kemudiannya diikuti ijma’ dan qias. Sumber mimpi

dikesani datang dari Ilahi dan dari syaitan dan ada nafsani

(psikologi). Sukar untuk diyakini sesebuah mimpi itu dari

mana sumbernya yang sebenar, namun begitu mimpi para

nabi adalah benar, kerana ia dilindungi oleh ‘ismah,

sedangkan selain mereka tidak dilindungi. Oleh itu mimpi

hendaklah dinilai terlebih dahulu sama ada ia bersesuaian

dengan wahyu atau tidak. Sama ada khabar gembira atau

tidak

4.7 Hulul

Hulul adalah suatu istilah dalam tasawuf yang

bermaksud Allah menempati pada makhluk. Hulul

bukan dari ajaran Islam dan sememangnya amat

bertentangan dengan al-Quran , hadirh dan ijma’(

Tafsir Ibnu Kathir, Surah Qaf, ayat. 50).

19

Huraian:

Erti asal perkataan hulul ialah bersatu dua jisim sehingga

apabila disebut yang pertama termasuk juga yang kedua,

seperti hulul air mawar dalam bunga mawar. Aliran hulul

beriktikad bahawa Allah menempat dalam setiap sesuatu

dan dalam setiap juzu’ (bahagian) daripada sesuatu

sehingga boleh dikatakan bahawa setiap sesuatu itu adalah

Allah, penjelmaan Lahut ke dalam Nasut. Hulul Lahut ke

dalam Nasut itu adalah seperti Hulul Allah dalam jasad Nabi

‘Isa menurut ‘iktikad Agama Kristian. Bagi Husin bin Mansur

al-Hallaj nasut itu adalah aspek luaran bagi Lahut (manusia

aspek luaran bagi Allah). Hulul adalah bertentangan dengan

aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia adalah bukan dari

ajaran Islam.

4.8. Ittihad

Ittihad adalah satu istilah yang digunalan dalam

tasawuf dan Ittihad bukan dari ajaran Islam.

Huraian:

Ittihad bererti bersatu, wujud makhluk itu iaitu wujud khaliq

(Allah), fahaman seperti ini dikatakan berasal dari fahaman

Jahmiah yang berkeyakinan bahawa zat Allah S.W.T. itu

terdapat halla pada tiap tempat. Ajaran ini bukan berasal dari

ajaran Islam. Ajaran seperti ini menurut Ibnu Taimiyah tidak

dikehendaki Islam bahkan dianggap kufur. Menurut Ibnu

Kathir dalam tafsirnya telah ijma’ salah dan menyalahi

aqidah Islam ( tafsir ayat .50 surah Qaf)

4 .9. Tangkal Azimat:

Azimat dalam bahasa Arab disebut al-tama ’im, iaitu

tangkal yang biasa dipakai di leher, tangan atau

dipinggang. Azimat ada pula berbagai bentuk. Ada dari

kayu, rotan, paku, kertas, keris dan lain-lain, seperti

kertas yang berajah dan bertulisan tertentu, kemudian

dibungkus dengan kain putih, hitam atau kuning.

Dalam perkara ini Nabi s.a.w. pernah menegah

seorang lelaki menggunakan sesuatu berbentuk

20

gelang dilengannya (HR Ahmad dan Hakim). Maksud

hadirh Nabi s.a.w.:

"Barangsiapa menggantungkan ‘azimat maka

sesungguhnya ia menjadi musyrik" (H R Ahmad).

Hukum memakai tangkal azimat pula, jika tangkal

azimat itu dari ayat al-Quran atau yang mengandungi

nama-nama Allah atau sifat-sifatNya, para ulama salaf

telah berselisih pendapat kepada dua:-

Pertama: pendapat Saidatina Aisyah r.a, Abu Jaafar

Muhammad bin Ali dan lain-lain

mengharuskan memakainya.

Kedua:

pendapat Abdullah bin Mas’ud, Al-Aswad

bin Hakim dan lain-lain, tidak

mengharuskannya.

Dalam memilih diantara dua pendapat tersebut Dr.

Yusof Al-Qardhawi memilih pendapat yang kedua, iaitu

tidak mengharuskannya.

Dalam kitab Mastika Hadith jilid pertama terbitan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ada menyebut

seperti berikut:

“tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih

adalah haram sekiranya mengandungi perkataan

yang tidak difahami maknanya atau yang

berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan

dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda

najis atau kotor”. ( h.37)

Nabi s.a.w. menegah seorang lelaki menggunakan

sesuatu berbentuk gelang di lengannya .

Maksud hadith Nabi:

"Barangsiapa menggantungkan azimat maka

sesungguhnya ia menjadi musyrik" (HR Ahmad dan

Hakim).

21

4.10. Mentera

Mentera dan jampi adalah sama maknanya. Jampi iaitu

kata-kata yang diucapkan untuk keperluan melindungi

diri dari penyakit godaan syaitan dan sebagainya.

Kadang-kadang jampi mengandungi kata-kata asing

yang tidak difahami dan bersakti yang dalam bahasa

Arab disebut Al-Ruqyah atau Al-‘Auzah (Ibnu Manzur,

Lisanul Arab, Juz. V, hal. 34.) Hukum menggunakan

jampi sama seperti hukum azimat.

4.11. Keramat

Keramat ialah sesuatu yang diluar tabi’i yang diberikan

kepada seseorang hamba yang soleh (Istilah Usuludin

dan Falsafah,KL, DBP.h. 211). Keramat iaitu anugerah

dari Allah. Ia tidak boleh dikuasai seseorang. Keramat

ialah kemuliaan Tuhan dalam menjaga hambaNya

yang soleh dan taat agar kemuliaan hambaNya tetap

terjaga. Yang berlainan antara mukjizat dan keramat

ialah mukjizat dikhususkan kepada rasul dan nabi

sedangkan keramat adalah dianugerahkan kepada

umum orang mukmin soleh.

Huraian

Keramat banyak berlaku kepada para ulama’ dan orang

soleh sejak dahulu sehingga kini. Penyelewengan dalam hal

keramat ini di Alam Melayu bila kita lihat dari sudut

pemujaan terhadap sesuatu. Umpamanya pemujaan

terhadap kubur-kubur yang dianggap wali keramat, perigi

yang selalu digunakan oleh orang soleh, keris atau senjata

tertentu.

4.12 Ma’unah

Perkara yang luar biasa yang dikurniakan Allah kepada

manusia biasa dan merupakan pertolongan kepada orang

tertentu (DBP h.246). Orang yang selalu taat kepada Allah

22

akan terhindar daripada bahaya orang yang ingin

mengkhianatinya. Pertolongan Allah itu dikenali dengan

MA’UNAH, tak ubah seperti keramat, cuma seseorang itu

tidak menduga akan mendapat pertolongan Allah dan tidak

merasa mempunyai keanehan yang akan terjadi.

Huraian

Penyelewengan tentang penggunaan istilah ma’unah ini

terjadi biasanya bagi mereka yang terlibat dalam urusan

persilatan atau seumpamanya. Seperti Pertubuhan

Nasrulhaq dalam tahun 1978 dan Pertubuhan Al-Ma’unah

dalam tahun 1999 (kedua-dua pertubuhan itu telah

diharamkan oleh kerajaan

4.13 Tawassul

Mengerjakan sesuatu amal yang dapat mendekatkan

diri kita kepada Tuhan (K.H. Sirajuddin Abbas {1970}

Masalah Agama, II, Kota Bharu, h.63.). Wasilah: jalan

dan amalan yang boleh menghampirkan diri kepada

Allah, (Istilah Usuluddin dan Falsafah Islam, DBP,

Kuala Lumpur, (1991), h.278.)

Huraian

Penggunaan tawassul oleh kebanyakan

pengamal ilmu tarekat dan tasawuf berlegar di sekitar

memohon doa kepada Allah dengan menggunakan

tawassul orang tertentu, seperti nabi-nabi, wali-wali

dan orang-orang soleh, sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Dalam hal ini ada perkara yang

diharuskan dan ada pula yang tidak diharuskan oleh

syara’ menggunakan tawassul. Ini yang menjadikan

sebahagian pengamal tarekat dan tasawuf terkeliru

serta terperangkap dalam kesesatan.

Tawassul yang diharuskan ialah tawassul dengan

nama-nama dan sifat-sifat Allah, tawassul dengan

amalan- amalan soleh atau dengan iman kepada

Allah dan rasul-Nya dan bertawassul dengan melalui

doa orang saleh yangasih hidup.

Sementara tawassul yang ditegah ialah

memohon tawassul kepada roh orang mati supaya

23

oh itu menolong menunaikan hajat keperluannya

atau memohon supaya roh tersebut melepas atau

menolak sesuatu bala bencana yang menimpanya,

atau memohon secara bernazar dengan katanya

“wahai syeikh si anu......., dengan disebut namanya

dan lain-lain lagi.

4.14. Persalinan Ruh (Tanasukh Arwah/Reinkernasi)

Persalinan ruh atau Tanasukh arwah ialah bermaksud

perpindahan ruh seorang yang telah mati kepada

orang lain. Dalam ajaran Islam tidak ada aqidah begini,

Aqidah seperti ini ada terdapat dikalangan penganut

agama Hindu dan juga sebahagian penganut ajaran

Syiah. Di kalangan pengamal perbomohan ada yang

mempercayai mengenai perpindahan ruh seseorang

kepada orang lain. Ini suatu perkara yang di luar dari

aqidah Islam.

4.15. Khurafat

Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau

khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat,

ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang

menyimpang dari ajaran Islam.

Ciri-Ciri Khurafat

a. Adanya unsur kepercayaan dan iktikad yang diyakini

yang bukan dari sumber wahyu.

b. Ianya secara jelas bukan dari ajaran agama Islam

serta bertentangan pula dengan logik akal dan realiti.

c. Ianya suatu amalan yang tidak baik dari warisan nenek

moyang.

d. Ada unsur pemujaan jin.

(Huraian lanjut boleh dirujuk kepada Garis Panduan

Khurafat dan Azimat, Terbitan Jabatan Kemajuan Islam

Malysia,1997).

24

Dengan itu cerita-cerita yang mempesonakan yang

dicampuradukkan dengan perkara dusta, khayalan, ajaranajaran,

pantang larang, adat istiadat, ramalan pemujaan atau

kepercayaan yang bertentangan ajaran Islam adalah salah .

4.16 Memanggil Ruh (Tahdhir Arwah)

Tahdhir Arwah bererti memanggil roh. Ia bukan dari ajaran

nabi Muhammad s.a.w., bukan ajaran sahabat, tabi ’in atau

para ulama’ Islam dahulu. Apa yang berlaku dalam peristiwa

memanggil roh ialah seseorang itu menyerukan sesuatu

kemudian berlaku pula ementar pada diri orang berkenaan

dan suara pula berubah dengan suatu suara yang lain yang

bukan suaranya lagi. Hal ini berlaku dalam beberapa ketika.

Ada yang berlaku dan mendakwa yang datang itu sebagai

syeikh tertentu seperti Wali Songo, Nabi Khaidir atau

sebagainya. Dalam hal ini para ulama’ ada memberikan

fatwa bahawa ia adalah suatu perbuatan yang tidak

diharuskan, kerana yang datang semasa panggilan itu dibuat

sebenarnya bukan roh para nabi atau wali tertentu bahkan

yang datang itu ialah suatu makhluk halus yang dikenali

sebagai jin atau syaitan yang menjelma dalam bentuk suara

orang tertentu, yang sememangnya ia boleh melakukannya.

Hakikat roh orang yang meninggal sama ada baik atau tidak

adalah dibawah kekuasaan Allah, sedikit pun tidak ada

kuasa lain yang boleh menguasai roh-roh itu. Mesyuarat

Panel Kajian Aqidah ke-25/2003 telah mengambil keputusan

bahawa mengamalkan tahdhir arwah adalah haram.

Huraian

Dikalangan orang barat ada pekerjaan yang menjalankan

urusan mengenai memanggil roh orang yang telah

meninggal dunia. Begitu juga berlaku dikalangan pengamal

perbomohan Melayu, India dan Cina. Ia hampir sama

dengan perbuatan atau amalan menurun.

Imam Ibn Qayyim menjelaskan bahawa selepas mati, roh

akan kembali ke alam barzakh yang mana Rasulullah telah

melihat roh-roh tersebut dilangit dunia ketika isra’ dan mikraj.

25

Cara yang biasa dilakukan dalam amalan tahdhir al-arwah

ialah dengan melalui pengantara dengan menjampi kalimah

tertentu atau dengan melepaskan asap kemenyan dan

sebagainya sehingga pengantara itu tidak sedarkan diri.

Di antara ulama yang menolak amalan tahdir al-arwah ini

seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Muhammad al-

Ghazali, Dr. Muhammad Muhammad Hussain dan lain-lain.

Syeikh Muhammad Mitawalli al-Sya’rawi dalam kitabnya

“Fatawa” menjelaskan bahawa amalan tahdir al-arwah

adalah satu pembohongan semata-mata. Beliau

menjelaskan bahawa sebenarnya amalan tersebut adalah

menghadirkan jin.

4.17 Menurun (Istinzal Arwah)

Istinzal arwah atau menurun pada hakikatnya adalah

satu keadaan menyebabkan seseorang itu diresapi

oleh makhluk halus yang dipanggil. Hal tersebut akan

menyebabkan makhluk tadi sebati dalam diri orang

yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur

kata dan jasad orang yang berkenaan. Terdapat

upacara perubatan tradisional dilakukan ketika

seseorang itu dalam keadaan menurun. (Dr. Amran

Kasimin, Liku-liku Iblis Menipu Manusia, 1992, KL. h

82).

Melakukan kerja dan urusan seperti ini bukanlah

dibenarkan oleh agama kerana ianya boleh

membawakan seseorang pengamal itu termasuk

dalam keadaan yang dirinya tidak dapat dikawal sendiri

tetapi sudah tergolong dalam orang yang dikawal dan

diluasai oleh suatu kuasa lain yang boleh disebut

sebagai makhluk halus. Pengamal tersebut dalam

keadaan separuh sedar itu jika berlaku sesuatu diluar

syariat, sudah tentu boleh membawa kepada dosa

besar, bahkan lebih besar lagi jika berlaku kematian

maka ia tergolong dalam golongan su’ul khatimah atau

orang-orang yang sesat.

26

4.18 Tarekat

Tarekat bererti jalan, dalam ajaran tasawuf. Tarekat

ialah satu istilah yang lahir selepas zaman permulaan

Islam, bermaksud jalan yang dilalui untuk beribadat

bagi mencapai ke suatu maqam yang tinggi dalam

usaha mengenal Allah. Menurut keyakinan sufi orang

tidak boleh sampai kepada hakikat tujuan ibadat

sebelum menempuh jalan itu. Jalan itu dinamakan

tarekat.

Pelbagai nama tarekat terdapat di Malaysia, di antara

yang popular hingga kini ialah, Tarekat Qadiriyyah,

Naqsyabandiyyah, Ahmadiyyah, Samaniyyah,

Syazaliyyah, Refaiyyah dan lain-lain.

Pihak kerajaan telah membuat kajian tentang tarekat di

Malaysia dan mendapati ada beberapa tarekat telah

menyeleweng dari ajaran Islam. Oleh itu satu

keputusan telah dibuat bahawa kerajaan tidak boleh

mengiktiraf mana-mana tarekat tertentu kerana

dibimbangi ada berlaku penyelewengan dalam aspek

tertentu

4.19 Rabitah

Maksud rabitah disegi bahasa ialah; hubungan atau

ikatan. Dilihat dari segi hukum, ada tiga jenis rabitah

iaitu; wajib, sunat dan harus. Rabitah yang wajib

seperti mengadap kiblat dalam sembahyang, ka’abah

menjadi rabitah wajib, sedangkan yang disembah ialah

Allah. Yang sunat ialah seperti pandangan ma’mum

terhadap imam semasa berjemaah. Yang harus pula

ialah seperti memandang benda yang baik pada waktu

kita hendak melakukan sesuatu agar ia menjadi baik

pula. (lihat Dr. Abu Bakar Achih, Pengantar Ilmu

Tarekat Dan Tasawuf, 1993, Kota Bharu, h.89).

Dari segi amalan tasawuf, murid-murid diibaratkan

orang buta yang harus mengikuti gurunya yang

matanya jelas melihat. Dialah yang dikatakan guru

mursyid iaitu yang karam dalam laut muraqabah.

27

Hakikat rabitah bagi ahli tarekat ialah bersahabat atau

sebanyak mungkin beserta dengan mursyid atau

dengan guru-guru yang pandai, yang hatinya selalu

ingatkan Allah. (Dr. Abu Bakar Achih, 1993. h. 90).

Mursyid bermaksud; orang yang memberi ilmu dan

bimbingan kepada murid, tidak kira dalam bidang apa

sekali pun. Tetapi apa yang menjadi kemusykilan ialah

penggunaan istilah guru mursyid di kalangan orang

tarekat tasawuf begitu menonjol kepada suatu

kefahaman yang lain seolah-olah dan semacam

dengan imam yang ma’sum seperti dalam ajaran

Syiah. Dengan itu setiap murid mesti patuh dan taat

seratus peratus kepada guru berkenaan tanpa soal.

Inilah yang boleh membawa kepada penyelewengan

aqidah.

Syeikh Mursyid merupakan satu perkara yang baik

pada prinsipnya dan boleh diterima sebagai kaedah

pendidikan rohani tetapi hendaklah tertakluk kepada

kaedah-kaedah tertentu seperti tidak boleh mentaati

syeikh dalam perkara yang jelas bercanggah dengan

syarak dan sebagainya.(PKA ke-27/2004)

4.20 Wali:

Menurut istilah wali ialah orang mukmin yang dilindungi

oleh Allah disebabkan ia memelihara ibadah dan

ketaatan secara terus menerus, orang yang mencapai

tahap wali segala urusannya di bawah peliharaan

Allah, Wali biasanya tidak mendakwa dirinya sebagai

wali, dia hanya mengamalkan ibadat terhadap Allah

secara berterusan, tidak runsing dengan keduniaan,

tidak berdukacita dengan kesusahan, tidak takut dicela

orang, malah sentiasa bersabar. Bagi wali yang palsu

semuanya berlawanan dengannya. Pada masa ini ada

pihak yang membuat dakwaan bahawa ada satu cara

tertentu untuk menjadi wali iaitu dengan mengamalkan

tarekat tertentu selama beberapa masa maka ia layak

dianggap wali atau dilantik sebagai wali dengan taraf

yang tertentu.

28

4.21 Sihir:

Sihir adalah istilah yang merujuk kepada amalan jahat

manusia yang dibantu atau disokong oleh jin-jin terdiri

daripada iblis dan syaitan, yang dilakukan secara

tersembunyi dan rahsia , tidak mudah diketahui umum,

yang boleh melahirkan berlaku berulang kali. Sihir

boleh dipelajari dengan menuntut. Natijah daripadanya

tidak boleh dibuktikan oleh akal, tentang bagaimana

hal demikian boleh berlaku, atau dibuktikan melalui

peralatan moden, kecuali natijah yang memberi bekas

pada jasad. (Dr Amran Kasimin, Amalan Sihir

Masyarakat Melayu; Satu Analisis KL, 1997, h.11).

Ayat al-Quran ada menyebutkan hal ini dalam surah al-

Baqarah Ayat 102.

Dari segi hukum perbuatan sihir adalah haram dan

termasuk dalam dosa besar

4.22 Penggunaan Jin:

Mendampingi atau menggunakan jin dengan cara

tertentu, sama ada melalui, menuntut saka ( sejenis jin

dari keturunan atau yang dipelihara) atau dengan seru

atau pemujaan. Perbuatan ini dianggap salah jika

dengan maksud melakukan perbuatan yang salah

disegi syara’, kerana boleh membawa kepada

pemujaan jin. Ada orang menggunakan jin disebut

dengan berbagai nama seperti alam ghaib atau lainlain,

yang sebenarnya ia adalah dari jenis jin. Dalam

keadaan tertentu walaupun penggunaan makhluk jin

ada menampakkan kebaikan yang kadang-kadang

agak menonjol, tapi ia boleh membawa kepada

penyelewengan aqidah, kerana amalan seperti itu

bukan dari ajaran nabi

4.23 Tafsir Bebas:

Pada masa ini ada pihak tertentu telah cuba

mentafsirkan ayat al-Quran dengan pemikiran sendiri

tampa merujuk kepada sumber yang berautoriti seperti

dari tafsir para ulama’ yang muktabar, mereka ini telah

menganggapkan bahawa semua orang Islam boleh

29

memberikan tafsiran sendiri mengikut keadaan masa

dan tempat. Sebagai contoh seseorang yang selalu

menggunakan al-Quran sebagai alat yang boleh

mengabui mata mangsa tertentu, khasnya dalam cara

perubatan tradisional, mereka telah mentafsir ayat-ayat

tertentu dengan tujuan yang bukan syari’e. Biasanya

mereka cuba mentafsir dengan akal dan nafsu atau

mengikut kepentingan sesuatu semata-mata. Berlaku

di kalangan guru-guru ajaran sesat yang telah

menggunakan ayat al-Quran dan dihuraikan mengikut

kehendak mereka sendiri, jauh dari asas kebenaran

kerana tidak merujuk kepada kitab tafsir yang

muktabar maka ketika itu berlaku penyelewengan, ini

jelas sekali bila dilihat kepada ajaran Ilmu Hakikat

Insan yang dibawa oleh Haji Ahmad Laksamana dalam

bukunya Hakikat Insan 1985 yang diterbitkan di Kota

Bharu, Kelantan. Tanpa nama penerbit. Contoh lain

ialah tafsiran yang dilakukan oleh golongan Islam

Liberal telah memberikan tafsiran bahawa semua

agama adalah betul dan diakui oleh Allah kerana

agama-agama adalah dari Tuhan yang sama. Perkara

ini adalah suatu yang amat bahaya kepada aqidah

umat Islam dan ianya perlu ditentang dengan

bijaksana. Tafsiran bebas adalah racun terbesar bagi

kita. Sebenarnya dalam hal ini kita dapati setiap

mazhab menceritakan ayat-ayat al-Quran mengikut

mazhab masing-masing, comtohnya kitab al-Tuhfah

al-Mursalah oleh Muhammad Fadhlullah al-Burhanpuri

mengadakan dalil dari ayat-ayat al-Quran untuk

menguatkan fahaman wahdatul wujudnya, sedangkan

kesemua dalil yang dibawakan itu tidak menunjukkan

kepada fahamannya, kerana berlawanan sama sekali

dengan apa yang dibawakan oleh ulama tafsir yang

muktabar,

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’;

Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan

digunakan oleh pihak atau orang yang mengamalkan

ajaran sesat atau tidak berasaskan dari sumber yang

sah dan benar dari kitab hadith, hatta pendakwah –

pendakwah juga menggunakan hadith palsu dalam bab

30

targhib dan al-tarhib atau dalam hal al-Fadha’il dan al-

Raza’il. Mereka hanya mengambil sesuatu yang

dikatakan hadith itu dari guru yang jahil tentang hadith

apalagi merujuk kepada kitab Arab. Banyak hadith

palsu yang digunakan sekarang ialah dalam amalan

ilmu tasawuf dan kerohanian, mereka lebih suka

mengambil ilmu berkenaan dari buku tertentu, bukan

dari kitab hadith, sedangkan perkara yang

dibincangkan adalah perkara agama. Hadith palsu

adalah suatu perkara yang boleh merosakkan struktur

keilmuan Islam dan boleh meruntuhkannya.

Pembinaan ilmu Islam adalah dari asas yang kukuh

dan dengan disiplin yang telah diwarisi oleh para

ulama’ dari zaman berzaman.

4.25 Perkara Ghaib

Percaya kepada yang ghaib adalah termasuk dalam

keprcayaan daripada unsur-unsur yang terkandung

dalam rukun iman yang enam, rujuk surah al-Baqarah,

ayat 3. iaitu mereka percaya kepada yang ghaib.

Dalam perkara yang ghaib itu kita telah ditentukan

dengan perkara-perkara berikut iaitu:

a. Beriman kepada yang paling ghaib yang sama

sekali tidak boleh dilihat oleh kekuatan

pancaindera dan akal manusia iaitu Allah

S.W.T.

b. Beriman kepada yang belum dilihat iaitu

malaikat, asal kitab Allah dan akhirat yang

meliputi syurga, neraka, alam barzakh, mahsyar,

berita lain yang berkaitan dengan akhirat.

c. Beriman kepada semua perkara yang difirman

oleh Allah S.W.T. yang sememangnya Allah

yang maha mengetahui yang ghaib dan Dia tidak

menyatakan kepada seseorang pun tentang

yang ghaib itu, kecuali kepada rasul yang

diredhaiNya (surah al-Jin ayat 26 - 27).

Sedangkan mereka tidak mengetahui apa-apa

31

dari ilmu Allah kecuali apa yang Allah kehendaki

(surah al- Baqarah, ayat 255).

Ghaib ada dua macam iaitu, ghaib mutlak dan ghaib

terikat atau terbatas;

a. Ghaib mutlak hanya diketahui oleh Allah.

b. Ghaib terbatas dapat diketahui oleh orang yang

tertentu dengan izinNya (Al-Syaarawi, h.97)

Dalam masalah perkara yang ghaib ini ada pihak

tertentu mendakwa dia dapat mengetahui alam ghaib

hatta kepada Luh Mahfuz dan sebagainya. Biasanya

orang yang mendakwa begitu adalah terdiri dari

mereka yang kononnya telah sampai ke tahap hampir

dengan Allah, biasanya dari ahli ibadat atau golongan

yang menganggap diri sebagai sufi. Ada juga dari

mereka yang melakukan kerja perbomohan atau

pawang. Dalam hal ini adalah suatu yang bertentangan

dengan firman Allah seperti maksud ayat-ayat diatas.

4.26 Makhluk Halus:

Syaitan, jin, hantu polong dan sebagainya digolongkan

sebagai makhluk halus. Mereka boleh mengganggu

manusia dengan berbagai bentuk dan cara. Oleh

kerana mereka hidup di dunia bersama dengan

manusia, Allah memerintahkan orang Islam memohon

perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam.

Gangguan syaitan seperti rasukan, histeria, tidak sedar

diri, meronta, muntah dan lain-lain.

Dalam al-Quran ada menyebutkan tentang ayat yang

menyentuh mengenai penyembuhan penyakit,

antaranya ayat 82 Surah Isra', dan disokong oleh

beberapa hadirh sahih, bahawa nabi menggunakan

beberapa ayat al-Quran disamping doa terutama

mengenai penyakit spiritual. Amalan sahabat juga

banyak. Makhluk halus meliputi; lblis, Syaitan, Jin,

Qarin, Hantu dan Ifrit.

Kita umat Islam dilarang menjadikan makhluk halus

sebagai sahabat rapat kerana dibimbangi membawa

kepada masalah aqidah yang tidak selamat.

32

Dalam masalah makhluk halus seperti diterangkan

diatas ada pihak yang mencari makhluk tertentu untuk

didekati atau dijadikan sahabat dan kawan, sedangkan

agama kita melarang berbuat sedemikian sila rujuk

surah al-Jin ayat 6, kerana jika terjadi perkara buruk

seperti kematian terhadap orang berkenaan akan

membawa mudarat yang amat besar. Aqidah tidak

akan selamat. Oleh itu perlulah dijauhi dan sentiasa

memohon kepada Allah agar terhindar dari makhluk

halus.

4.27 Qarin/Pendamping;

Qarin adalah kelimah Arab yang bermaksud sesuatu

yang menyertai (Munjid 1956 : 625). Ia adalah

tergolong dalam roh-roh jahat yang mendampingi

manusia sejak dari lahir sehingga ia meninggal dunia.

Qarin dicipta Tuhan gunanya ialah untuk menggoda

manusia dari jalan yang benar. Dalam al-quran.

Allah SWT berfirman:

وَ‏ مَنْ‏ يَعْشِ‏ عَنْ‏ ذِكْرِ‏ الرَّحْ‏ مَنِ‏ نُقَيِّضْ‏ لَهُ‏ شَيْطَنَ‏ ◌ً ا فَھُوَ‏ لَهُ‏ قَرِ‏ يْنٌ‏

Maksudnya;

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran

(Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Ar-Rahman,

kami akan adakan baginya syaitan (yang

menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah

ia temannya yang tidak rengang daripadanya.

4.28. Meditasi

(az-Zukhruf:36)

Mesyuarat Panel Kajian Aqidah yang ke 22/2002

pada 28-29 Oktober 2002 telah memutuskan

bahawa amalan meditasi adalah bercanggah

dengan Islam dan bukan dari ajaran Islam.

33

Huraian.

Erti meditasi : Fikiran yang mendalam terutama

mengenai perkara-perkara kerohanian.

Meditasi adalah dari amalan Yoga. Jika ada amalan

pernafasan di kalangan orang Islam, kemungkinan

semuanya berasal dari Yoga Hindu kerana ianya tiada

asal di dalam Al Quran dan Hadis.

Yoga adalah sambungan roh individu dengan roh

alam semesta atau kesatuan roh individu dengan

Allah. Dalam amalan Yoga bila menghisap nafas kata

dalam hati “ Jesus anak Tuhan “ dan bila menghembus

nafas katalah “ rahmatilah kami “. Juga terdapat

dikalangan orang Melayu, apabila menghembus nafas

di sebut “ Allah “ dan bila menarik nafas disebut “ hu”.

Yoga adalah falsafah Hindu yang mengawal kita,

mengawal minda, deria dan jasmani untuk

menghasilkan pengalaman mistik serta paduan

jiwa individu dengan roh alam semesta.

Dalam Islam tidak wajar digunakan perkataan meditasi

tetapi lebih tepat digunakan muraqabah iaitu ibadat

pada maqam ihsan.

Muraqabah tasawuf wahdat al wujud ada persamaan

dengan meditasi Yoga Hindu bukan muraqabah pada

maqam ihsan.(Rujuk PKA ke- 21/2002, pada 26-27

Ogos 2002)

Walau bagaimanapun muraqabah tidak sama dengan

meditasi, kerana muraqabah adalah ibadat, tetapi

Yoga adalah falsafah Hindu,untuk mengawal kita,

mengawal minda, deria dan jasmani untuk

menghasilkan pengalaman mistik serta paduan jiwa

individu dengan roh alam semesta. Yoga adalah satu

system meditasi bertujuan mahu bersatu roh

pertapa drngsn roh alam semesta. Dalam mistik

Hindu Brahman adalah roh alam semesta. Brahman

adalah kekal ada di seluruh semesta

34

5. PENGGUNAAN

Perkara asas dalam huraian ini boleh digunakan oleh semua

pihak. Ada baiknya juga dirujukan kepada buku-buku Garis

Panduan yang disediakan oleh JAKIM, antaranya ialah:

a. Garis Panduan Bomoh Menurut Islam.

b. Garis Panduan Persilatan Menurut Islam.

c. Garis Panduan Khurafat dan Azimat .

d. Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan

Berunsur Islam.

e. Garis Panduan Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio

Visual Berhubung Dengan Unsur-unsur Yang

Bercanggah Dengan Aqidah dan Amalan Ahli Sunnah

Wal Jamaah.

f. Lain-lain buku aqidah yang diterbitkan oleh JAKIM.

6. PENUTUP

Semoga apa yang tercatat dalam kertas ini menjadi bahan

asas rujukan oleh para pegawai dan semua pihak yang ingin

menggunakannya.

Disediakan oleh

Haji Abdul Hamid @ Yusuff bin Yunus

Bahagian Penyelidikan,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),

PUTRAJAYA.

Tarikh : 25/10/2005

35

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!