19.03.2014 Views

WARFARIN

WARFARIN

WARFARIN

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

‣ Peringatan

Kehamilan: Warfarin boleh menyebabkan kecacatan semasa lahir.

Maklumkan doktor atau ahli farmasi anda jika anda hamil atau berhasrat

untuk hamil.

Pembedahan: Jika anda akan melalui pembedahan (termasuk

pembedahan gigi) maklumkan doktor atau doktor gigi berkenaan bahawa

anda mengambil warfarin. Doktor mungkin meminta anda berhenti

mengambil warfarin selama beberapa hari sebelum prosedur tersebut

untuk mengelakkan pendarahan berlebihan.

Alkohol: Elakkan pengambilan alkohol berlebihan. Dinasihatkan supaya

tidak mengambil lebih daripada 5 tin bir atau lebih daripada 1 botol wain

seminggu.

Aktiviti Harian: Berhati-hati apabila menggunakan pisau cukur dan objek

tajam lain. Elakkan sukan lasak (contohnya, bola sepak, rugbi, seni

mempertahankan diri) atau aktiviti yang boleh mencederakan anda

.Elakkan penggunaan berus gigi, floss yang keras.

Kecederaan: Sekiranya anda mengalami kecederaan ringan, basuh dan

berikan tekanan atas kawasan tersebut sehingga pendarahan berhenti (ini

mungkin mengambil masa sehingga 10 minit). Dapatkan perhatian

perubatan dengan segera jika pendarahan banyak berlaku pada tempat

cedera atau jika anda mengalami kecederaan di kepala. Teruskan

memberi tekanan pada tempat luka sambil menunggu bantuan.

Peringatan: Semasa anda mengambil warfarin, anda perlu kembali untuk

pemeriksaan darah secara berkala. Pada setiap temu janji dengan doktor

anda, pemeriksaan darah akan diarahkan untuk memeriksa Nisbah

Ternormal Antarabangsa (INR), yang mencerminkan keberkesanan

rawatan antikoagulasi. Jadi, penting bagi anda menghadiri setiap temu janji

untuk memastikan bahawa warfarin diberikan dengan wajar. Sentiasa buat

janji temu lain jika anda gagal menghadiri salah satu. Anda hendaklah

pertimbangkan membawa kad pengenalan (Buku Panduan untuk Pesakit

Warfarin) untuk menunjukkan yang anda mengambil warfarin. Ini penting

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!