19.03.2014 Views

WARFARIN

WARFARIN

WARFARIN

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

WARFARIN

(i) Tujuan/ Kegunaan Ubat

Warfarin digunakan untuk menghalang pembentukan darah beku dan

menghalang darah beku sedia ada daripada menjadi semakin besar. Ia

kerap dipreskripsikan untuk pesakit yang mengalami degupan jantung tak

sekata tertentu dan/atau bagi mereka yang telah melalui serangan jantung

atau pembedahan penggantian injap jantung. Warfarin berfungsi dengan

menghentikan pembentukan bahan yang menyebabkan darah beku serta

mencegah berlakunya trombosi dan embolism.

(ii) Cara Penggunaan

Administrasi

Ikut arahan pada label pengubatan. Makan tablet pada masa yang sama

sekali sehari. Terdapat jenama warfarin yang berbeza (contohnya,

Marevan®, APO-Wafarin®).

Jangan tukar jenama kerana ia mungkin mempunyai keberkesanan yang

berbeza.

Jika terlupa

Ambil dos yang tertinggal sebaik sahaja anda teringat, jika ianya dalam

tempoh hari yang sama. Teruskan mengambil warfarin anda pada waktu

yang sama pada keesokan hari. Jangan gandakan dos. Menggandakan

dos mungkin menyebabkan peningkatan pendarahan. Catatkan tarikh dos

yang tertinggal dan beritahu doktor anda semasa janji temu anda yang

seterusnya.

Penyimpanan

Jauhi dari kelembapan (simpan di tempat yang kering) dan kepanasan

(elakkan daripada sinaran terus matahari)

Simpan ubat di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak

‣ Peringatan

Kehamilan: Warfarin boleh menyebabkan kecacatan semasa lahir.

Maklumkan doktor atau ahli farmasi anda jika anda hamil atau berhasrat

untuk hamil.

Pembedahan: Jika anda akan melalui pembedahan (termasuk

pembedahan gigi) maklumkan doktor atau doktor gigi berkenaan bahawa

anda mengambil warfarin. Doktor mungkin meminta anda berhenti

mengambil warfarin selama beberapa hari sebelum prosedur tersebut

untuk mengelakkan pendarahan berlebihan.

Alkohol: Elakkan pengambilan alkohol berlebihan. Dinasihatkan supaya

tidak mengambil lebih daripada 5 tin bir atau lebih daripada 1 botol wain

seminggu.

Aktiviti Harian: Berhati-hati apabila menggunakan pisau cukur dan objek

tajam lain. Elakkan sukan lasak (contohnya, bola sepak, rugbi, seni

mempertahankan diri) atau aktiviti yang boleh mencederakan anda

.Elakkan penggunaan berus gigi, floss yang keras.

Kecederaan: Sekiranya anda mengalami kecederaan ringan, basuh dan

berikan tekanan atas kawasan tersebut sehingga pendarahan berhenti (ini

mungkin mengambil masa sehingga 10 minit). Dapatkan perhatian

perubatan dengan segera jika pendarahan banyak berlaku pada tempat

cedera atau jika anda mengalami kecederaan di kepala. Teruskan

memberi tekanan pada tempat luka sambil menunggu bantuan.

Peringatan: Semasa anda mengambil warfarin, anda perlu kembali untuk

pemeriksaan darah secara berkala. Pada setiap temu janji dengan doktor

anda, pemeriksaan darah akan diarahkan untuk memeriksa Nisbah

Ternormal Antarabangsa (INR), yang mencerminkan keberkesanan

rawatan antikoagulasi. Jadi, penting bagi anda menghadiri setiap temu janji

untuk memastikan bahawa warfarin diberikan dengan wajar. Sentiasa buat

janji temu lain jika anda gagal menghadiri salah satu. Anda hendaklah

pertimbangkan membawa kad pengenalan (Buku Panduan untuk Pesakit

Warfarin) untuk menunjukkan yang anda mengambil warfarin. Ini penting

terutamanya semasa kecemasan atau apabila anda tidak sedar. Berunding

dengan ahli farmasi atau doktor anda mengenai cara mendapatkan kad ini.

(iii) Interaksi

Drug – Drug

Banyak pengubatan mengganggu keberkesanan warfarin. Penting bagi

anda memberitahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil

pengubatan lain termasuk pengubatan tanpa preskripsi, tradisional dan

herba. Ini termasuk:

o

o

o

o

o

Antasid

Batuk atau ubat selesema

Ubat ulser gaster

Julap

Ubat tahan sakit (contohnya, aspirin dan NSAIDS lain)

o Vitamin tambahan (Vitamin K)

Drug – Makanan

Bincang diet anda dengan doktor. Jangan lakukan sebarang perubahan

besar terhadap pengambilan makanan yang mengandungi vitamin K,

seperti hati, sayuran berdaun hijau dan brokoli, kerana ia mungkin

mengubah kesan warfarin.

Drug- Herba

Dinasihatkan supaya tidak mengambil apa-apa Jamu, ubat Cina (Gingko

Biloba, Ginseng, Dong Quai) atau Ayurvedik , kerana kesannya terhadap

warfarin tidak boleh diramal.

(iv) Kesan Ubat

Kesan Terapeutik

Mencegah dan merawat darah beku di dalam saluran darah.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan clopidogrel yang paling biasa ialah pendarahan.

Lebam-lebam: Anda mungkin mudah menjadi lebam sekiranya jatuh atau

terlanggar sesuatu. JANGAN gosok atau urut kawasan tersebut. Sila

dapatkan perhatian perubatan jika lebam bertambah besar atau saiznya

tidak berkurangan, atau jika anda mendapat lebam-lebam tanpa sebab

nyata.

Pendarahan: Sila dapatkan perhatian pengamal perubatan sekiranya anda

mengalami simptom berikut:

o Pendarahan daripada telinga, hidung, gusi (jangan lupa

menggunakan berus gigi lembut)

o

o

o

o

o

o

o

o

Muntah darah (yang mungkin kelihatan seperti serbuk kopi atau

darah segar)

Sakit perut tanpa sebab

Bintik merah pada kulit

Kesakitan atau pembengkakan luar biasa (con. Pada sendi)

Darah dalam air kencing

Darah haid yang banyak

Pendarahan rektum

Najis hitam, melekit

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!