30.11.2014 Views

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

16 | BULETIN IPPTAR 2012

Warga IPPTAR dan

Sambutan Ramadan

Disediakan oleh : Zabedah Ibrahim

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini,

Badan Kebajikan IPPTAR menganjurkan satu majlis

berbuka puasa bersama warga IPPTAR serta keluarga

masing-masing. Majlis diadakan pada hari Jumaat, 27 Julai

2012 bersamaan 7 Ramadan 1433H bertempat di Kafeteria

Asrama Seri IPPTAR.

Alhamdulillah majlis yang dianjurkan berlangsung dengan

jayanya dan turut hadir ialah Pengarah IPPTAR, Dato’ Adilah

Shek Omar berserta suami. Kehadiran anak-anak warga kerja

dengan keletah masing-masing turut menyerikan suasana

berbuka puasa dan bersama menjamu selera dengan pelbagai

juadah yang disediakan.

Diharapkan majlis berbuka puasa sebegini dapat mengeratkan

silaturrahim antara keluarga warga IPPTAR. Terima kasih juga

kepada muslimin dan muslimat yang telah menyumbang untuk

menjayakan majlis berbuka puasa ini.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a., Nabi Muhammad

SAW bersabda, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka)

kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala

seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang

berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

Semoga majlis seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa

akan datang.

Tahsin Solat

Syukur ke hadrat Allah Taala untuk pengisian Ramadan 1433H

ini, IPPTAR menganjurkan kursus Tahsin Solat (pembaikan

solat) khusus untuk warga kerja. Kursus ini berlangsung pada

27 Julai 2012 bertempat di Dewan Cendekiawan, IPPTAR dan

dihadiri muslimin dan muslimat warga IPPTAR.

IPPTAR berbesar hati mengundang Ustaz Ahmad Husni Abd.

Rahman, Eksekutif Zakat, Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur

untuk mengendalikan kursus tersebut yang bermula sejak 9.00

pagi hingga 12.30 tengah hari. Sepanjang kursus berlangsung

Kecelakaanlah bagi orang

yang solat, iaitu orang yang

lalai daripada solatnya.

(al-Ma’un: 4-5).

warga kerja memberi sepenuh perhatian dan komitmen yang

amat baik. IPPTAR juga mengucapkan terima kasih kepada

Encik Mustafa Sirol yang memberi kerjasama untuk menjadi

model kursus ini.

Selama 3 jam peserta kursus diajar cara solat berdasarkan

kitab fiqh mengikut Mazhab Sha’fie dan mendedahkan kesilapan

yang sering dilakukan ketika mengerjakan solat. Semoga dengan

ilmu yang ditimba daripada kursus Tahsin Solat ini warga

IPPTAR dapat memperbaiki cara solat dan memastikan rukun

solat dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Renungilah firman Allah dalam al-Quran : Kecelakaanlah

bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada

solatnya. (al-Ma’un: 4-5).

Dianjurkan juga agar warga kerja IPPTAR sentiasa berusaha

menambah ilmu khususnya untuk memantapkan solat yang kita

kerjakan.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Mana-mana

muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang

diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang

baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga

dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan

kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu,

selagi dia tidak melakukan dosa besar.”

Riwayat Muslim

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!