30.11.2014 Views

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

8 | BULETIN IPPTAR 2012

Sepetang Bersama Angkasawan

Negara Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar

Dalam usaha merealisasikan IPPTAR sebagai Pusat

Kecemerlangan KPKK , satu lagi program khas bagi

tahun 2012 dilaksanakan . Kali ini IPPTAR berpeluang

menjemput ikon ilmu yang telah mengharumkan nama negara

dengan meneroka angkasa lepas . Pada 17 Mei 2012 bersesuaian

dengan bulan Mei sebagai bulan Sains, bertempat di Dewan

Cendekiawan IPPTAR, bergema lagu Standing in the Eyes of

the World nyanyian Ella dan diikuti lagu Gemuruh oleh Faizal

Tahir yang dimainkan membuka tirai “Sepetang Bersama Dato’

Dr Sheikh Muszaphar Shukor.”

Program bersama angkasawan ini dihadiri lebih 300 orang

terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan dan agensi dalam

KPKK. Ceramah menarik yang disampaikan oleh Dato’ Dr.

Sheikh Muszaphar mengenai cabaran dan pengalaman ke

angkasa lepas dan beliau memberi semangat kepada penjawat

awam supaya memiliki kekuatan minda dalam mengejar impian

dan akhirnya impian mampu menjadi kenyataan. Meningkatkan

jati diri juga amat penting demi mencapai matlamat hidup yang

tidak ada mustahil dan pasti membawa kejayaan.

Bicara Eksek

dengan ke

Disediakan oleh : Bibi Moyedden

Masyarakat Malaysia disarankan untuk meminati bidang

sains, teknologi dan pendidikan dan inilah antara objektif

Program Angkasawan Negara yang banyak negara berlumbalumba

ke angkasa lepas kerana mereka yang telah menguasai

angkasa lepas mampu menguasai dunia , kata angkasawan

negara . Program ceramah ini juga diselitkan dengan tayangan

DVD tentang pengembaraan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar

Shukor di angkasa lepas.

Pelbagai soalan diajukan kepada angkasawan negara dalam

sesi soal jawab dan antara yang paling menarik adalah mengenai

dugaan menjalani kehidupan seharian di angkasa lepas dan

syarat menyertai program angkasawan yang calon angkasawan

hendaklah tidak merokok, tahap penglihatan dan pendengaran

amat baik, tiada parut pembedahan dan tiada tampalan

pada gigi. Dato’ Dr Sheikh Muszaphar juga bersyukur diberi

peluang berada di angkasa lepas kerana dapat menghayati dan

menghargai ciptaan dan kebesaran Allah. Sepetang Bersama

Angkasawan Negara diakhiri dengan sesi bergambar bersama

peminat dalam kalangan warga KPKK.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!