30.11.2014 Views

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BULETIN IPPTAR 2012 | 17

Walk Run Fly

- Sumbangan Bahagian

Latihan Teras

Disediakan oleh : Fazilatun Zahura Ya’amah

Kemahiran kepimpinan memainkan peranan yang

penting dalam mentadbir sesebuah organisasi. Ia

melibatkan kemahiran merancang untuk organisasi,

mengurus, kemahiran membuat keputusan yang tepat,

mengawal dan melaksanakan tadbir urus kewangan organisasi,

kemahiran berfikir di ‘luar kotak’ dan sebagainya. Kesemua

elemen ini memerlukan pengurus atau penyelia organisasi yang

mempunyai komitmen yang tinggi, proaktif, pengetahuan dan

latihan yang mantap untuk membawa sesebuah organisasi ke

mercu kejayaan.

Sejajar dengan perkembangan globalisasi di seluruh dunia

kini, negara perlu menyusun strategi khusus agar dilihat tidak

ketinggalan daripada mengejar arus kemajuan. Justeru, Gagasan

1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk

Seri Mohd Najib Tun Razak, berteraskan “Rakyat didahulukan,

Pencapaian diutamakan’.

Seiring dengan pelaksanaan gagasan ini, IPPTAR turut

mengadakan Bengkel Kemahiran Kepimpinan Walk, Run and

Fly. Bengkel ini diadakan pada 24 hingga 26 April 2012 untuk

memantapkan kemahiran pengurus-pengurus dan pegawaipegawai

kanan dalam Kementerian Penerangan Komunikasi

dan Kebudayaan (KPKK). Ia dikendalikan oleh dua penceramah

profesional dan berwibawa iaitu Dr. Karl Wagner (dari Jerman)

dan Cik Claire Keow dari Smart Trends Enterprise. Seramai tiga

puluh tiga (33) peserta menghadiri dalam bengkel ini.

Bengkel selama tiga hari ini, mendedahkan peserta kepada

Profil DISC (Domain, Pengaruh, Stabil dan Patuh), “walk” pula

bertindak sebagai pendekatan dan cabaran yang dilalui oleh

peserta, “ run” merupakan antara elemen untuk peningkatan

diri seperti pemikiran yang positif, dan “fly” pula menyasarkan

transformasi, iaitu setelah para peserta memahami cabaran

yang dihadapi serta memperoleh motivasi yang positif maka baru

transformasi diri akan berlaku. Ini penting untuk mewujudkan

pelan tindakan, sistem, pengetahuan dan kemahiran dalam

memacu organisasi ke arah visi dan misi yang diingini.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!