30.11.2014 Views

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

6 | BULETIN IPPTAR 2012

Persidangan Antarabangsa

Program Kerjasama IPPTAR & ABU

Disediakan oleh : Munira Murad

Gandingan dua pakar dalam bidang pengurusan penyiaran di Persidangan ‘MANAGERIAL DECISION

MAKING IN TIME OF CHANGE’ anjuran bersama IPPTAR dan ABU pada 16-17 Julai 2012 bertempat di

Dewan Cendekiawan IPPTAR

Dr. Roger Cooper

Assoc.Professor Sequence

Media Management,

School of Media Arts Studies,

OhioUniversity

Dr. Drew McDaniel

Chair of Executive Committee

for Southeast Asian Studies

Prof. School of Media Arts,

Ohio University

Seramai 60 pegawai dari pengurusan tertinggi agensi

penyiaran dari rantau Asia dan Pasifik berpeluang

bertukar-tukar pendapat, berkongsi kemahiran,

pengalaman dan pengetahuan dalam Persidangan MANAGERIAL

DECISION MAKING IN TIME OF CHANGE anjuran IPPTAR

dengan kerjasama Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).

Persidangan dua hari ini, membincangkan strategi-strategi

yang perlu diambil dan diamalkan oleh pengurusan tertinggi

industri penyiaran untuk menangani cabaran-cabaran baharu

hasil daripada transformasi pendigitalan Digital yang melibatkan

perubahan kepada HDTV dan 3D HDTV. Persidangan tersebut

juga meneliti isu-isu kewangan dan permasalahan yang hadapi

oleh CEO dan pihak pengurusan tertinggi industri penyiaran

masa kini dalam menghadapi perubahan teknologi.

Selain itu peserta juga didedahkan kepada beberapa

tajuk berkaitan pengurusan seperti, keberkesanan dan tahap

kompetitif organisasi melalui penilaian keadaan persekitaran

industri, panduan dan tatacara untuk menilai semula budaya

organisasi, pembangunan kerjaya kakitangan serta kecekapan

dalam pengurusan untuk menganalisis cabaran dan peluang

dalam transisi pendigitalan.

Apa pun pertemuan dua hari memberi peluang kepada peserta

bertukar-tukar pendapat, berkongsi kemahiran, pengalaman

dan pengetahuan berkaitan isu-isu berkaitan pengurusan

dalam organisasi penyiaran di rantau Asia Pasifk bersama dua

pernceramah undangan. Prof. Dr. Drew McDaniel dan Dr. Roger

Cooper juga memainkan peranan sebagai tenaga pengajar dan

fasilitator selain membentangkan isu-isu semasa yang berkaitan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’

Norhyati Ismail Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia mewakili

YBhg. Dato Sri Kamaruddin Siaran KSU ,KPKK. Menerusi teks

ucapan yang disampaikan, YBhg. Dato’ KSU mengingatkan

bahawa tugas pengurusan kanan hari ini harus memberi fokus

kepada tiga komponen utama yang perlu iaitu, pembangunan

sumber manusia, perancangan strategik dan keupayaan dan

kecekapan untuk menguruskan perubahan bersesuaian dengan

keperluan semasa. Seterusnya beliau berharap seminar dua hari

ini akan memberi kesan yang positif kepada organisasi penyiaran

di rantau Asia Pasifik dalam mencapai matlamat organisasi dan

mengatasi cabaran dan perubahan dalam digital.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!