30.11.2014 Views

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

20 | BULETIN IPPTAR 2012

Kursus Kamera Tunggal

Terus Menjadi Pilihan Ramai -

Aktiviti Bahagian Latihan TV

Disediakan oleh : Siti Hawa

“Puan, saya fikir dalam

kursus ini, projeknya kita

buat secara berkumpulan,

tapi…sebaliknya kami

kena buat sendiri-sendiri.

Macam mana ni… kami

tak pernah pun buat

penerbitan rancangan…”

Begitulah antara keluhan ikhlas yang lahir daripada hati

beberapa orang peserta Kursus Penerbitan Kamera

Tunggal – Dokumentari yang telah pun berlangsung

selama dua minggu, bermula pada 2 hingga 13 Julai 2012 yang

lalu. Maklumlah, untuk pertama kalinya, IPPTAR turut memberi

peluang kepada peserta daripada bahagian visual (jurukamera)

dan kejuruteraan (pengadun visual) menghadiri kursus ini.

Sudah pasti kursus ini memberi cabaran yang besar kepada

mereka.

Kursus ini bertujuan untuk mempertingkat kemahiran

dan keupayaan peserta tentang pengembangan idea dalam

menghasilkan konsep, format dan treatment program

dokumentari mengikut perkembangan semasa. Melalui kursus

ini juga peserta dapat membina disiplin, semangat kerja

berpasukan yang tinggi, lebih berkeyakinan dan profesional

semasa menerbitkan program.

Dua minggu bukanlah satu jangka masa yang mencukupi

untuk melahirkan penerbit yang benar-benar berkualiti dan

kreatif. Yang penting dalam kursus ini ialah peserta diberi

pendedahan tentang tatacara menghasilkan dokumentari yang

baik.

Untuk projek amali, setiap peserta perlu menerbitkan satu

dokumentari 30 minit dengan tajuk yang pilihan sendiri. Bagi

mereka yang tidak pernah menghasilkan sebarang rancangan,

tentulah mereka mempunyai masalah besar terutama dalam

menyediakan skrip. Namun atas bimbingan tenaga pengajar

yang prihatin, Encik Mohd Zaki Rahim akhirnya peserta dapat

menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Sebelum peserta diberi sijil sebagai tanda bahawa mereka

berjaya menamatkan kursus ini, saat-saat yang paling ditunggu

ialah penilaian hasil kerja projek mereka oleh tenaga pengajar.

Dokumentari bertajuk “Pelangi Chow Kit” terbitan Encik Azmi

S. Abdul, seorang jurukamera dari Filem Negara Malaysia dipilih

sebagai projek terbaik.

Encik Azmi membuktikan bahawa walaupun beliau

bukan seorang penerbit, namun jika kita mempunyai minat,

kesungguhan dan disiplin diri yang tinggi, segala masalah pasti

dapat diatasi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!