25.12.2014 Views

KATALOG PERPUSTAKAAN - UTHM Library

KATALOG PERPUSTAKAAN - UTHM Library

KATALOG PERPUSTAKAAN - UTHM Library

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KATALOG

PERPUSTAKAAN

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, 86400 PARIT RAJA, BATU PERPUSTAKAAN

PAHAT, JOHOR.

NO. TEL: 07-453 7151 NO. FAKS: 07-453 6925

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, 86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR.

NO. TEL.: 07-453 7160 NO. FAKS.: 07-453 6925

muka surat 1

Bagi memudahkan pengguna melihat senarai bahan perpustakaan,

pihak Perpustakaan UTHM menyediakan perkhidmatan Katalog Perpustakaan

secara atas talian. Ia terdiri daripada aplikasi WebOPAC dan

WebDOC.

WebOPAC

WebOPAC merupakan singkatan kepada Web Online Public Access Catalogue

atau katalog perpustakaan berasaskan web yang membolehkan

pengguna melihat senarai bahan yang terdapat dalam koleksi perpustakaan

secara atas talian. Aplikasi WebOPAC boleh dilayari melalui alamat

URL: http://lms.uthm.edu.my.

Ruangan WebOPAC akan meliputi penerangan mengenai:

1. Strategi Pencarian Melalui Basic Search

2. Strategi Pencarian Melalui Guided Search

3. Strategi Pencarian Bahan Tertentu

4. Tip Pencarian Bahan

STRATEGI PENCARIAN MELALUI BASIC SEARCH

muka surat 2

Carian ini menggunakan antaramuka BASIC SEARCH dalam WebOPAC.

Ia mengandungi pelbagai pilihan dalam medan Search Type dan Access

Point.

1. SEARCH TYPE

a. Leftstring: mengesan hanya bahan (mengikut Access Point pilihan)

yang bermula dengan semua katakunci yang digunakan dalam ruangan

Search Text

b. Pattern: mengesan bahan (mengikut Access Point pilihan) yang mengandungi

semua katakunci yang digunakan dalam ruangan Search

Text

c. Keywords: mengesan semua bahan (mengikut Access Point pilihan)

yang mengandungi mana-mana atau semua katakunci yang digunakan

dalam ruangan Search Text

a. Carian Leftstring

Keputusan Carian Leftstring

Semua katakunci ‘civil engineering’ dikesan berada di sebelah kiri dan

memaparkan 42 hit.

muka surat 3

b. Carian Pattern

Keputusan Carian Pattern

Katakunci ‘civil engineering’ dikesan berada di pelbagai lokasi;

awal, tengah atau hujung dan memaparkan 117 hit.

muka surat 4

c. Carian Keywords

Keputusan Carian Keywords

Katakunci ‘civil engineering’, ‘civil’ atau ‘engineering’ dikesan berada di pelbagai

lokasi; awal, tengah atau hujung dan memaparkan 149 hit.

muka surat 5

2. ACCESS POINT

a. Title: judul penuh/tepat bahan

b. Name/Author: nama pengarang/editor/penterjemah

c. Subject: bidang perkara mengikut Library of Congress Subject

Headings

d. Publication: penerbitan

e. Series: siri (bagi bahan bersiri sahaja)

f. Call Number: nombor panggilan bahan mengikut Library of

Congress Classification

g. ISBN/ISSN: nombor ISBN (bagi monograf )/ISSN (bagi bahan

bersiri)

h. Any: mana-mana Access Point di atas

Beberapa Contoh Carian & Keputusannya

Contoh 1:

Carian Lefstring pada medan Title menghasilkan keputusan berikut:

• Jumlah bahan: 22

• Judul bahan: Mechanical engineering services : a plumbing encyclopaedia

/ R.D. Treloar dan lain-lain.

muka surat 6

Contoh 2:

Carian Pattern pada medan Subject menghasilkan keputusan berikut:

• Jumlah bahan : 133

• Judul bahan : Theory and machines / Bevis Brunel Low dan lain-lain.

muka surat 7

STRATEGI PENCARIAN MELALUI GUIDED SEARCH

Carian ini menggunakan antaramuka GUIDED SEARCH dalam WebOPAC.

Ia merupakan antaramuka yang berupaya membuat carian

menggunakan Operator Boolean (Boolean Operators) iaitu AND, OR

dan NOT.

Kenali Operator Boolean

Operator ini digunakan bagi menyatakan hubungan logik antara frasa/

istilah. Ia boleh digunakan secara sendirian atau digabungkan bergantung

kepada keperluan maklumat.

(a) Boolean AND

• Bagi mencari frasa/terma yang berkaitan.

• Menyempitkan carian.

• Sesuai digunakan bagi mencari maklumat yang spesifik.

• Hasil carian yang lebih relevan.

(b) Boolean OR

• Meluaskan carian.

• Sesuai digunakan bagi mencari maklumat yang tidak spesifik.

• Sesuai digunakan bagi mencari maklumat yang mengandungi perkataan

sinonim.

• Semua perkataan/istilah yang digunakan akan diperoleh dalam hasil

carian.

• Bertentangan dengan konsep AND.

(c) Boolean NOT

• Digunakan supaya tidak memasukkan perkataan/istilah/frasa dalam

pencarian.

• Mencari semua dokumen yang mengandungi perkataan/istilah/frasa

pertama tetapi mengecualikan semua dokumen yang mengandungi

perkataan/istilah/frasa kedua.

Beberapa Contoh Carian & Keputusannya

Contoh 1:

muka surat 8

Carian Guided Search menggunakan boolean AND pada medan Title

(RFID), Subject (radio frequency) dan Name/Author (Graafstra, Amal)

menghasilkan keputusan berikut:

• Jumlah bahan: 1

• Judul bahan: RFID toys : cool projects for home, office and entertainment

/ Amal Graafstra

Contoh 2:

Carian Guided Search menggunakan boolean AND pada medan Title

(RFID) dan Subject (radio frequency), juga Boolean OR pada medan

Name/Author (Graafstra, Amal) menghasilkan keputusan carian sebanyak

10 judul bahan. Iaitu menggabungkan judul yang mengandungi katakunci

RFID dan bidang perkara radio frequency, sama ada hasil daripada

pengarang/editor/penterjemah Graafstra, Amal atau pengarang/editor/

penterjemah lain.

muka surat 9

Contoh 3:

Carian Guided Search menggunakan boolean AND pada medan Title

(RFID) dan Subject (radio frequency), juga Boolean NOT pada medan

Name/Author (Graafstra, Amal) menghasilkan keputusan carian sebanyak

9 judul bahan. Iaitu menggabungkan judul yang mengandungi

katakunci RFID dan bidang perkara radio frequency, hasil daripada

pengarang/editor/penterjemah lain selain daripada Graafstra, Amal .

STRATEGI PENCARIAN BAHAN TERTENTU

muka surat 10

Setiap kali mendapat keputusan carian melalui antaramuka Basic Search

atau Guided Search, pengguna boleh memilih untuk menghadkan

keputusan carian kepada Item Location, Item Category atau Material

Designation dengan menggunakan fungsi Filter.

(a) Item Location

Pengguna boleh memilih untuk menghadkan keputusan carian mengikut

lokasi bahan iaitu:

1. Main Campus Library

2. Town Campus Library

(b) Item Category

Pengguna boleh memilih untuk menghadkan keputusan carian mengikut

kategori/koleksi bahan iaitu:

1. Banned Item 8. Audio Visual

2. Closed Access 9. Magazine

3. Creative 10. Open Access

4. Control Item 11. Reference

5. Journal 12. Special Collection

6. Long Term Loan Material 13. Small Publication

7. Map

(c) Material Designation

Pengguna boleh memilih untuk menghadkan keputusan carian mengikut

jenis bahan iaitu:

1. Acts 3. Annual Report

2. Aerial Photograph 4. Bound Journal

muka surat 11

5. Bound Magazine 18. Microfilm

6. Book 19. Patents

7. CD-ROM 20. Photograph

8. Chart 21. Project Paper

9. Current Journal 22. Prospectus

10. Cassette 23. 35mm Slide

11. Diskette 24. Solution Manual

12. Electronic Collection 25. Standard

13. Exam Paper 26. Technical Drawing

14. Kit 27. Thesis

15. Current Magazine 28. Transparencies

16. Map 29. User Guide

17. Microfiche 30. Video Tape

Sekiranya pengguna ingin membuat carian bahan tertentu secara terus,

sila ikuti panduan di bawah. Contoh-contoh di bawah menggunakan

antaramuka Basic Search. Walau bagaimanapun, pengguna juga boleh

menggunakan antaramuka Guided Search mengikut keperluan maklumat

masing-masing.

1. CARIAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN

Carian 1:

• Pilih jenis carian Leftstring

• Pilih medan Title

• Masukkan katakunci (peperiksaan akhir) dalam Search Text

muka surat 12

Senarai semua kertas soalan peperiksaan akan dipaparkan.

Carian 2:

• Pilih jenis carian Pattern

• Pilih medan Call Number

• Masukkan katakunci (raq : iaitu simbol yang diletakkan di akhir

nombor panggilan Kertas Soalan Peperiksaan) dalam Search

Text

muka surat 13

Senarai nombor panggilan yang mempunyai simbol raq akan dipaparkan.

Sila klik mana yang berkenaan atau butang Select All untuk melihat

semua senarai kertas soalan peperiksaan.

2. CARIAN TESIS UTHM

Untuk mendapatkan senarai tesis UTHM mengikut fakulti/jabatan:

• Pilih jenis carian Lefstring

• Pilih medan Name/Author

• Masukkan katakunci (kolej universiti teknologi tun hussein

onn.fakulti kejuruteraan elektrik dan elektronik. jabatan

kejuruteraan komunikasi) dalam Search Text (sekiranya anda

ingin mendapatkan senarai tesis dari fakulti/jabatan lain, sila

masukkan katakunci kolej universiti teknologi tun hussein

onn. diikuti oleh nama fakulti/jabatan pilihan).

Hit seperti di bawah akan dipaparkan. Sila klik mana-mana judul tesis

pilihan.

muka surat 14

3. CARIAN JURNAL/BAHAN BERKALA

Carian 1:

Untuk mendapatkan senarai jurnal/bahan berkala (tanpa judul penuh/

lengkap):

• Pilih jenis carian Pattern

• Pilih medan Subject

• Masukkan katakunci (periodicals) dalam Search Text

Carian ini akan memaparkan hit yang terlalu banyak iaitu senarai semua

jenis bahan berkala termasuk jurnal, buletin, majalah, laporan tahunan

dan sebagainya. Sila klik subjek pilihan.

Carian 2:

Untuk mendapatkan senarai jurnal (tanpa judul penuh/lengkap):

• Pilih jenis carian Leftstring

• Pilih medan Title

• Masukkan katakunci (journal) atau (international journal) dalam

Search Text

muka surat 15

Melalui penggunaan katakunci tanpa judul penuh/lengkap journal atau

international journal, carian menghasilkan paparan semua judul bermula

dengan Journal... atau International Journal… Sila klik judul jurnal pilihan.

Sebagai contoh Journal of performance of constructed facilities.

Keterangan penuh jurnal pilihan akan dipaparkan, termasuklah maklumat

mengenai koleksi jurnal tersebut yang terdapat di Perpustakaan di ruangan

HOLDING INFORMATION (Perpustakaan mempunyai koleksi Journal

of performance of constructed facilities dari jilid 17(2003); isu terbaru ialah

jilid 21, no. 4, Jul/Aug (2007).

Ruangan URL akan memberikan anda akses kepada carian secara atas talian

bagi jurnal tersebut. Sebagai contoh:

http://ojps.aip.org/cfo/

muka surat 16

Walau bagaimanapun, carian ini tidak akan menyenaraikan kesemua jurnal

yang dilanggan. Untuk melihat semua judul jurnal yang dilanggan,

sila ke laman web utama Perpustakaan iaitu http://lms.uthm.edu.my dan

klik butang Koleksi.

muka surat 17

Kemudian klik Jurnal.

Anda juga boleh mengakses terus alamat URL berikut:

http://lms.uthm.edu.my/equip/elibrary/e_journal_list.jsp. Anda akan

dapat mencapai paparan yang menyenaraikan keseluruhan jurnal yang

dilanggan oleh perpustakaan. Sila klik jurnal pilihan untuk mendapat

maklumat lengkap

muka surat 18

4. CARIAN ENSIKLOPEDIA

Carian 1:

• Pilih jenis carian Pattern

• Pilih medan Subject

• Masukkan katakunci (encyclopaedias) dalam Search Text

Semua senarai yang mempunyai bidang perkara ensiklopedia akan

dipaparkan. Sila klik pilihan anda.

Carian 2:

• Pilih jenis carian Pattern

• Pilih medan Call Number

• Masukkan katakunci (re : iaitu simbol yang diletakkan di akhir nombor

panggilan ensiklopedia) dalam Search Text

muka surat 19

Senarai nombor panggilan yang mempunyai simbol re akan dipaparkan.

Sila klik mana yang berkenaan atau butang Select All untuk melihat

semua senarai ensiklopedia.

5. CARIAN PITA VIDEO

• Pilih jenis carian Pattern

• Pilih medan Title

• Masukkan katakunci (videorecording) dalam Search Text

muka surat 20

Semua senarai pita video yang terdapat di perpustakaan akan dipaparkan.Sila

klik judul pita video pilihan untuk mendapatkan maklumat lengkap.

6. CARIAN BAHAN ELEKTRONIK

Bahan elektronik dalam sistem katalog Perpustakaan UTHM

merujuk kepada: CD-ROM, kaset, disket, pita video dan sebagainya.

Untuk mendapatkan senarai bahan elektronik;

• Pilih jenis carian Pattern

• Pilih medan Title

• Masukkan katakunci (electronic resource) dalam Search

Text

muka surat 21

Senarai semua bahan elektronik akan dipaparkan. Sila klik pilihan

anda.

TIP PENCARIAN BAHAN

muka surat 22

Tip Sebelum Memulakan Carian:

• Pastikan maklumat bibliografi yang anda ada : judul/subjek/nama

pengarang/nombor panggilan.

• Tentukan jenis carian (Basic Search/Guided Search).

• Tentukan dan pelbagaikan katakunci (Keyword/Terminology)

yang seerti.

Tip Semasa Memulakan Carian:

1. Carian Basic Search

• Tentukan Search Type (Leftstring/Pattern/Keywords)

• Pilih Access Point iaitu sama ada medan Title (Judul), Name/Author

(Pengarang), Subject (Bidang Perkara), Publication (Penerbitan),

Series (Siri), Call Number (Nombor panggilan), ISBN/ISSN

atau Any (Mana-mana).

• Masukkan katakunci yang telah ditentukan ke dalam kotak

Search Text.

• Tekan butang Search.

2. Carian Guided Search

• Tentukan katakunci untuk dimasukkan dalam Search Criteria (Title,

Name/Author, Subject, Publication, Series, Call Number, ISBN/

ISSN atau Any).

• Pilih Operator Boolean (AND/OR/NOT) yang akan digunakan.

Gabungkan mana-mana Operator Boolean sekiranya perlu.

• Tekan butang Search.

Tip Selepas Carian :

1. Mendapatkan Nombor Panggilan Bahan

Melalui keputusan carian yang diperoleh melalui WebOPAC, tindakan

seterusnya adalah mendapatkan NOMBOR PANGGILAN bahan.

Pilih mana-mana judul, contohnya: Regional and local aspects of air

quality management dan dapatkan nombor panggilan.

Didapati Nombor Panggilan bagi judul ini ialah:

TD883.R43 2004

muka surat 23

2. Mendapatkan Keterangan Lanjut Bahan

Seterusnya klik judul atau nombor panggilan bahan bagi mendapatkan

keterangan lanjut dan status semasa bahan.

3. Mendapatkan Maklumat Bibliografi/Lokasi Bahan

Didapati keterangan bahan adalah seperti gambarajah di atas.

Pastikan lokasi bahan sama ada di MAIN CAMPUS LIBRARY atau

TOWN CAMPUS LIBRARY

4. Kenalpasti Status Bahan

Kemudian sila kenalpasti status bahan tersebut sama ada;

i. IN ORDER: Bahan telah dipesan dan belum dihantar ke Perpustakaan.

ii. FINAL PROCESSING: Bahan telah diterima dan akan diproses.

iii. AVAILABLE: Bahan ada di rak dan sedia untuk dipinjam.

iv. CIRCULATED: Bahan sedang dalam pinjaman.

v. ON HOLD: Bahan yang ditempah telah dikembalikan/ dipulangkan dan

disusun di Rak Tempahan.

vi. BINDERY: Bahan sedang dijilid.

vii. SUSPENDED: Bahan digantung peminjamannya berikutan pengharaman

yang telah dibuat oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

dan dikategorikan dalam Koleksi Banned Item.

viii. WEEDED: Bahan telah diasingkan untuk dilupuskan.

ix. DISCARD: Bahan telah dilupuskan.

x. MISSING: Bahan dipercayai hilang dan tidak dapat diakses dalam

Perpustakaan serta dalam proses menunggu bahan dikembalikan,

bayaran denda atau gantian bahan baru. Status ini hanya sementara.

xi. LOST: Bahan telah hilang dan tiada dalam Koleksi Perpustakaan.

* Sila rujuk gambarajah di ruangan: Mendapatkan Maklumat Bibliografi/Lokasi

Bahan untuk melihat kedudukan ruangan Status.

muka surat 24

Pengguna tidak boleh membuat pinjaman semua bahan yang berstatus

CIRCULATED, BINDERY, SUSPENDED, WEEDED, DISCARD, MISSING atau

LOST. Walau bagaimanapun, bahan yang berstatus CIRCULATED atau ON

HOLD boleh ditempah melalui WebOPAC.

Untuk membuat tempahan, sila klik butang Place Reservation.

Kemudian klik butang Yes mengesahkan tempahan anda.

Bagi bahan yang mempunyai status IN ORDER dan FINAL PROCESSING

pula, pengguna terpaksa menunggu sehingga bahan ditukar status kepada

AVAILABLE. Walau bagaimanapun, pengguna boleh memohon agar

bahan yang berstatus Final Processing diproses dengan segera dengan

mengisi BORANG PERMOHONAN BAHAN SEGERA yang boleh didapati

di Kaunter Perkhidmatan.

5. Kenalpasti Kategori Bahan

Kategori bahan hendaklah dikenalpasti bagi memudahkan pengguna

mengetahui lokasi/rak bagi bahan tertentu. Ruangan Item Category

akan memaparkan sama ada; Banned Item, Closed Access, Creative, Control

Item, Journal, Long Term Loan Material, Map, Audio Visual, Magazine, Open

Access, Reference, Special Collection atau Small Publication. Untuk maklumat

lanjut tentang koleksi, simbol dan lokasi bahan, sila rujuk Buku Panduan

Perpustakaan Sesi 2007/2008 di halaman 15 dan 16.

* Sila rujuk gambarajah di ruangan: Mendapatkan Maklumat Bibliografi/Lokasi

Bahan untuk melihat kedudukan ruangan Item Category.

muka surat 25

6. Mendapatkan Bahan di Rak

• Semua rak ditandakan nombor panggilannya (lihat gambar di

bawah).

• Bagi contoh QA76.9.E94.Q48 2006: bahan disusun di Aras Bawah

Perpustakaan Utama.

7. Mendapatkan Judul Lain

Untuk mendapatkan judul lain daripada perkara yang sama, klik medan

TOPICAL HEADINGS, contohnya klik Air quality management.

Senarai di bawah akan dipaparkan. Kemudian klik judul pilihan.

WebDOC

muka surat 26

WebDOC merupakan search engine bagi pencarian dokumen atau

bahan yang diimbas oleh pihak Perpustakaan. WebDOC boleh diakses

dengan melayari alamat URL:

http://lms.uthm.edu.my/equip/elibrary/WebDOC_intro.jsp

Kemudian Klik butang

dipaparkan.

. Skrin seperti di bawah akan

DOKUMEN YANG DIIMBAS

Dokumen-dokumen digital ini meliputi:

1. Artikel dari jurnal terbitan UTHM

2. Kertas soalan peperiksaan UTHM

3. Keratan akhbar berkaitan UTHM

4. Halaman kandungan (Content page) majalah terpilih

5. Kertas seminar/persidangan

6. Koleksi Khas

7. Abstrak tesis/kertas projek

8. Penerbitan Khas UTHM

muka surat 27

STRATEGI PENCARIAN DOKUMEN DIGITAL

Aplikasi WebDOC mempunyai antara muka (interface) yang cukup mudah

digunakan. WebDOC menawarkan 4 jenis carian iaitu;

1. Any Search: Carian melalui katakunci

2. Fulltext Search: Carian teks penuh

3. Metadata Search: Carian gabungan katakunci

4. Template: Carian berdasarkan jenis dokumen

Semua jenis carian ini boleh digabungkan mengikut keperluan pengguna.

1. Any Search

Jenis carian ini dikenali juga sebagai KEYWORD SEARCH. Ia sesuai digunakan

sekiranya pengguna tidak mempunyai maklumat bibliografi

yang tepat mengenai bahan yang dicari. Ia amat fleksibel dan pengguna

bebas memilih istilah/perkataan yang akan digunakan.

Masukkan katakunci yang dikehendaki. Sebagai contoh, masukkan katakunci

kejuruteraan. Kemudian klik butang Search.

muka surat 28

Keputusan Any Search

Jenis carian ini akan memaparkan hit yang banyak jika dibandingkan

dengan jenis carian lain.

Carian melalui katakunci Kejuruteraan akan memaparkan hit yang mengandungi

katakunci tersebut dari semua jenis dokumen. Kedudukan

katakunci tersebut adalah sama ada di hadapan, tengah atau belakang

judul/pengarang/kandungan dokumen.

* Sila klik ikon untuk mendapatkan maklumat bibliografi bahan.

2. Fulltext Search

Carian ini sesuai digunakan sekiranya anda ingin mendapatkan dokumen

yang mana istilah/perkataan yang dipilih terdapat dalam kandungan

dokumen tersebut.

Masukkan judul yang dikehendaki. Sebagai contoh, masukkan technology.

Kemudian klik butang Search.

muka surat 29

Keputusan Fulltext Search

Carian melalui judul technology akan memaparkan hit semua dokumen

yang mengandungi istilah tersebut dalam kandungan dokumen sama

ada di hadapan, tengah atau belakang dari semua jenis dokumen.

* Sila klik ikon untuk mendapatkan maklumat bibliografi bahan.

3. Metadata Search

Jenis carian ini dikenali juga sebagai Advanced Search. Anda boleh

membuat carian dengan memasukkan istilah/perkataan di medan

identifier/title, author, year dan sebagainya.

Masukkan istilah/perkataan yang dipilih di medan pilihan. Sebagai contoh,

masukkan judul maklumat di medan identifier/title. Kemudian

klik butang Search.

Keputusan Metadata Search

Carian melalui identifier/title maklumat akan memaparkan hit semua

dokumen yang mengandungi katakunci maklumat dari semua jenis

dokumen.

* Sila klik ikon untuk mendapatkan maklumat bibliografi bahan.

muka surat 30

4. Template

WebDOC juga mempunyai keupayaan untuk menghadkan pencarian

berdasarkan jenis dokumen. Oleh itu, pengguna boleh membuat pencarian

mengikut keperluan maklumat masing-masing sama ada bahan

tersebut berupa artikel dari jurnal, kertas soalan peperiksaan, buletin, abstrak

tesis/kertas projek UTHM, keratan akhbar dan sebagainya.

Beberapa Contoh Carian Melalui Template

Contoh 1 : Carian Kertas Soalan Peperiksaan UTHM

• Pilih Jenis Dokumen : Exam Papers

• Pilih Kod Subjek (pilihan) : contohnya DKA 2213

• Pilih Sesi Pengajian (pilihan) : contohnya 2004/2005

• Klik butang Search

• Klik Hidraulik

• Teks penuh kertas soalan peperiksaan pilihan akan dipapar

kan.

* Sila klik ikon untuk mendapatkan maklumat bibliografi bahan.

muka surat 31

Contoh 2 : Carian Abstrak Tesis UTHM

• Pilih Jenis Dokumen: Thesis/Project Papers Abstracts

• Masukkan Katakunci/Judul/Pengarang (pilihan) : contohnya perisian

aaSidra (Judul)

• Pilih Fakulti (pilihan) : contohnya Fakulti Kejuruteraan Awam

dan Alam Sekitar

• Pilih Tahun ( pilihan ) : contohnya 2005

• Klik butang Search

• Klik tajuk tesis pilihan, contohnya Analisis persimpangan berlampu

isyarat di laluan Sri Gading-Air Hitam menggunakan perisian

aaSidra.

* Sila klik ikon untuk mendapatkan maklumat bibliografi bahan.

• Teks penuh abstrak tesis pilihan akan dipaparkan.

muka surat 32

Contoh 3 : Carian Kertas Seminar/Persidangan

• Pilih Jenis Dokumen: Seminar/Conference Papers

• Masukkan Katakunci/Judul (pilihan) : contohnya seminar

• Masukkan Pengarang (pilihan)

• Pilih Nama Persidangan/Seminar (pilihan)

• Klik butang Search

• Untuk melihat semua kertas seminar/persidangan, sila masukkan

seminar, persidangan atau conference mengikut keperluan maklumat.

• Klik judul kertas seminar/persidangan pilihan, contohnya “Enterior

use timber”.

* Sila klik ikon untuk mendapatkan maklumat bibliografi bahan.

• Teks penuh kertas seminar/persidangan pilihan akan dipaparkan.

muka surat 33

Contoh 4 : Carian Keratan Akhbar Berkaitan UTHM

• Pilih Jenis Dokumen: Newspaper Cutting On UTHM

• Masukkan Katakunci/Judul/Pengarang (pilihan), contohnya

perpustakaan (judul)

• Pilih Nama Akhbar (pilihan), contohnya Utusan Malaysia

• Klik butang Search

• Klik judul keratan akhbar berkaitan UTHM pilihan, contohya

UTHM bina perpustakaan RM42 juta.

* Sila klik ikon untuk mendapatkan maklumat bibliografi bahan.

• Teks penuh keratan akhbar berkaitan UTHM pilihan akan dipaparkan.

muka surat 34

Contoh 5 : Carian Artikel dari Jurnal Terbitan UTHM

• Pilih Jenis Dokumen : Article from UTHM Journal.

• Masukkan Katakunci/Judul/Pengarang (pilihan)

• Pilih Judul Jurnal (pilihan), contohnya Jurnal Kemanusiaan

• Pilih Bulan/Tahun (pilihan)

• Klik butang Search

• Klik tajuk artikel pilihan, contohnya “Amalan Wakaf Menurut Islam”

* Sila klik ikon untuk mendapatkan maklumat bibliografi bahan.

• Teks penuh artikel pilihan akan dipaparkan.

muka surat 35

CARA UNTUK MENYIMPAN / MENCETAK

DOKUMEN DIGITAL

Semua dokumen boleh dimuat-turun melalui perisian Acrobat Reader.

Pengguna boleh menyimpan dokumen yang diperolehi di dalam disket,

cakera padat (CD) atau sebagainya kemudian mencetaknya mengikut

keperluan.

Setelah teks penuh dokumen pilihan dipaparkan, pengguna boleh klik

ikon Save atau Print untuk menyimpan atau mencetak.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

BAHAGIAN PERKHIDMATAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT

Suhaimi bin Mohd. Sukor

Pustakawan Unit Pengurusan Sirkulasi

07-4537160

suhaimi@uthm.edu.my

Siti Afifah binti Che Ismail

Pustakawan Unit Pendidikan & Perundingan Maklumat

07-4537162

afifah@uthm.edu.my

Norhaslini binti Abd. Alim

Pustakawan Unit Perhubungan Pelanggan

07-4537161

haslini@uthm.edu.my

Muhamad Saufi bin Che Rusuli

Pustakawan Unit Teknologi Maklumat & Multimedia

07-4537165

msaufi@uthm.edu.my

Hisyam bin Abd. Shukor

Pustakawan Perpustakaan Cawangan

07-4538087

hisyam@uthm.edu.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!