t - UTHM Library

lms.uthm.edu.my

t - UTHM Library

BPERPUSTAKAAN

ULETIN

BIL.3 / 2007

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

http://lms.uthm.edu.my/equip/elibrary/m_buletin.jsp

BERSAMA PENGARANG

Prof. Madya Ayob Bin Hj. Johari

SUDUT PEMBANGUNAN DIRI

Pembangunan Kerjaya

BAHAN TERKINI

RFID Toys: Cool Projects for Home, Office and Entertainment

ARTIKEL PILIHAN

Tag, You’re It: You Can Be RFID-Complaint, Even on a Tight Budget

KOLEKSI

Koleksi Ensiklopedia Terkini

PERKHIDMATAN

Pemulangan Bahan di Mana-mana Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan UTHM

KEMUDAHAN

Terminal OPAC Berwajah Baru

TIP

Carian Ensiklopedia

ETIKA PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

Etika Semasa di Rak

SOROTAN PERISTIWA

Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Perpustakaan

Karnival Buku UTHM 2007

FOKUS

Teknologi RFID Dalam Pelbagai Bidang...


TINTA KETUA PENGARANG

B

ertepatan dengan fokus keluaran

kali ini iaitu teknologi Pengenalan

Frekuensi Radio atau Radio Frequency

Identification, kami sajikan anda dengan pelbagai

saluran atau sumber maklumat berkaitan teknologi

ini. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga

kepada Prof. Madya Ayob bin Hj. Johari (Timbalan

Dekan (Akademik & Antarabangsa), Fakulti Kejuruteraan

Elektrik & Elektronik (FKEE)) di atas kerjasama

yang telah diberikan kepada sidang redaksi sepanjang

tempoh penerbitan Buletin Perpustakaan Bil.

3/2007 ini. Semoga para pembaca dapat berkongsi

idea dan pengalaman beliau sebagai seorang

penyelidik yang aktif dalam bidang teknologi RFID.

KANDUNGAN

Bil. 3 2007

3

4

6

8

9

9

FOKUS

Teknologi RFID Dalam Pelbagai Industri

BERSAMA PENGARANG

Kenali Prof. Madya Ayob Bin Hj. Johari

SOROTAN PERISTIWA

Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Perpustakaan

Karnival Buku UTHM 2007

SUDUT PEMBANGUNAN DIRI

Pembangunan Kerjaya

BAHAN TERKINI

RFID Toys: Cool Projects for Home, Office and

Entertainment

ARTIKEL PILIHAN

Tag, You’re It: You Can Be RFID-Complaint,

Even on a Tight Budget

SIDANG REDAKSI 2007

PENASIHAT

Zulkiply Yahyin

10

11

12

12

12

KOLEKSI

Koleksi Ensiklopedia Terkini

TIP

Carian Ensiklopedia

PERKHIDMATAN

Pemulangan Bahan di Mana-mana Kaunter

Perkhidmatan Perpustakaan UTHM

KEMUDAHAN

Terminal OPAC Berwajah Baru

ETIKA PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

Etika Semasa di Rak

KETUA PENGARANG

Norhaslini Abd. Alim

PENGARANG

Suhaimi Mohd Sukor

Siti Afifah Che Ismail

Hisyam Abd. Shukor

Faizul Sahari

Md. Hafiz Abu Bakar

Sabri Sarbini

Mat Roslan Maseral

Sabarina Che Mat

REKABENTUK/GRAFIK

Muhamad Saufi Che Rusuli


Teknologi RFID Dalam Pelbagai Industri

Disediakan Oleh: Norhaslini Abd. Alim

FOKUS

T

eknologi Pengenalan Frekuensi Radio atau Radio Frequency Identification

(RFID) merupakan teknologi yang semakin diperlukan di kalangan

pengeluar-pengeluar barangan dan pihak pengurusan pelbagai industri

di seluruh pelusuk dunia. Teknologi tersebut diperkenalkan bagi menggantikan

sistem kod bar pada kotak barangan atau objek tertentu bagi tujuan identifikasi.

Pengaplikasian teknologi ini dalam sesuatu industri ternyata mampu memudahkan dan

mempercepatkan sesuatu proses kerja yang agak menyusahkan dan memakan masa

satu ketika dahulu. Antara industri yang telah beralih arah dari sistem kod bar kepada

gelombang radio ini ialah industri pembuatan, kesihatan, pelancongan, pengangkutan, penternakan, pendidikan dan

sebagainya. Di bawah disenaraikan beberapa bahan yang berkaitan dengan RFID yang boleh didapati di Perpustakaan

UTHM untuk rujukan semua.

Judul :

RFID : applications, security and privacy

Editor :

Simson Garfinkel dan Beth Rosenberg

No. Panggilan :

TS160 .R44 2006

Judul :

RFID field guide : deploying radio frequency identification

systems

Pengarang :

Manish Bhuptani dan Shahram Moradpour

No. Panggilan :

TS160 .B48 2005

Judul :

RFID and beyond : growing your business

through real world awareness

Pengarang :

Claus Heinrich

No. Panggilan :

TS160 .H44 2005

Judul :

RFID : radio frequency identification

Pengarang:

Steven Shepard

No. Panggilan :

TK6553 .S53 2005

Judul :

RFID and contactless smart card applications

Pengarang:

Dominique Paret; diterjemahkan oleh Roderick

Riesco

No. Panggilan :

TK7895.S62 .P37 2005

Judul :

RFID handbook : radio-frequency identification fundamentals

and applications

Pengarang :

Klaus Finkenzeller

No. Panggilan :

TS160 . F55 1999

Judul :

RFID sourcebook

Pengarang :

Sandip Lahiri

No. Panggilan :

TK6553 .L33 2006

Judul :

RFID handbook : fundamentals and applications in

contactless smart cards and identification

Pengarang :

Klaus Finkenzeller; diterjemahkan oleh Rachel Waddington

No. Panggilan :

TS160 .F56 2003

Tesis Pelajar

1. Smart trolley (barcode scanning system and action recognition sensor) / Ong Cheng Ting / TS160 .O54 2005 ra

2. The development of proximity card inside a mobile phone battery / Arther Teng Sing Hook / TS160 .A78 2005 ra

muka surat 03


BERSAMA PENGARANG

Kenali Prof. Madya Ayob bin Hj. Johari

Disediakan Oleh: Siti Afifah Che Ismail

Radio Frequency Identification adalah kaedah identifikasi

manusia atau objek secara automatik melalui gelombang

radio dengan menggunakan tag RFID. Mutakhir

ini, teknologi RFID banyak diaplikasikan dalam pelbagai industri.

Selaras dengan pemilihan teknologi RFID sebagai fokus keluaran

buletin kali ini, Bersama Pengarang memperkenalkan seorang tokoh

akademik yang tidak asing lagi di universiti ini iaitu Prof. Madya Ayob

bin Hj. Johari, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Fakulti

Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE).

Prof. Madya Ayob adalah graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik

dan Elektronik dari Aberdeen, Scotland dan Sarjana Sains

dalam bidang Telekomunikasi dari Cardiff, Wales. Beliau pernah

berkhidmat di Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Politeknik Kuching,

Sarawak dengan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pemangku

Pengetua di Politeknik Kuching, selama tiga tahun. Pengalaman beliau mentadbir sebuah politeknik telah

banyak membantu beliau dalam perancangan dan pembangunan kurikulum di fakulti, khususnya apabila

mula berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan

Elektrik UTHM pada 1 Januari 1996 (ketika itu

UTHM dikenali sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik)

hinggalah sekarang. Pada tahun 2001, beliau dinaikkan

pangkat sebagai Profesor Madya di Fakulti Teknologi

Kejuruteraan dan memegang jawatan giliran sebagai

Timbalan Dekan. Kemudian, beliau sekali lagi dilantik

sebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa)

di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE)

iaitu jawatan yang beliau sandang sehingga sekarang,

hasil daripada penstrukturan semula fakulti-fakulti dan

selaras dengan penamaan semula ITTHO kepada KUiT-

THO pada tahun 2004.

Prof. Madya Ayob aktif dalam penyelidikan dan pembangunan, selain banyak menghasilkan dan membentang

kertas kerja seminar dan persidangan di peringkat nasional dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalam

bidang penyelidikan beliau lebih cenderung kepada bidang kejuruteraan komunikasi seperti GSM, GPS, wayarles

RF, microstrip antenna dan RFID (Radio frequency identification). Melalui PRITRAC (Private Vehicle

Tracking & Control Using SMS), salah satu penyelidikan beliau dalam bidang kejuruteraan komunikasi dan

mikropengawal, beliau telah berjaya mencipta satu sistem pengesanan lokasi dan kelajuan suatu kenderaan

yang dipasang dengan sistem tersebut dengan hanya menggunakan sistem pesanan ringkas melalui telefon

mudah alih. Beberapa geran jangka pendek universiti juga diperoleh dalam penyelidikan aplikasi, sehingga

beliau mempelopori perolehan peralatan terkini seperti sistem GPS, GSM Modem dan sistem RFID yang

bukan hanya diperlukan dalam penyelidikan beliau, tetapi juga dimanfaatkan bagi pelaksanaan projek tahun

akhir pelajar. Selain bertindak sebagai Ketua Penyelidik, beliau juga berperanan sebagai penyelidik bersama

ketua penyelidik lain dalam bidang electronic sensors yang digunakan dalam high speed weigh in motion yang

sedang dilaksanakan.

muka surat 04


Kegigihan beliau dalam bidang penyelidikan akhirnya membuahkan hasil apabila menerima beberapa anugerah

dan pengiktirafan, seperti Anugerah Khas Penyelidikan Universiti 2005; pingat perak dalam IPTA R&D Expo

2005, PWTC; pingat perak dan gangsa dalam Malaysian Technology Expo 2006, PWTC; pingat perak dalam

34th International Exhibition of Invention of New Techniques and Product, Geneva, Switzerland pada tahun

2006; dan Merit Winner dalam MSC-IHL Business Plan Competition pada Februari 2006 di MSC Cyberjaya.

Lebih membanggakan apabila beliau turut dianugerahkan Best Innovation Award oleh Taiwan Invention Products

Promotion Association dalam 18th Malaysian International Invention, Innovation and Technology (ITEX

2007) di KLCC Convention Center, selain bronze award dalam majlis yang sama. Selain itu, satu daripada hasil

penyelidikan beliau telah berjaya dipatenkan dan dalam proses akhir fabrikasi bersama German Malaysian Institute

(GMi).

Beliau juga merupakan ahli dalam Industrial Advisory Committee - Industrial Electronic bagi German-Malaysian

Institute (GMi), perunding dalam pembangunan kurikulum IKBN Temerloh, dan perunding kualiti bagi Kolej Kemahiran

Tinggi MARA (KKTM), Sri Gading.

Apabila bidang RFID difokuskan, beliau pernah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyeliaan

dan penerbitan bahan-bahan berkaitan bidang ini. Antara bahan-bahan penerbitan tersebut adalah seperti

berikut:

(a) Kertas Persidangan:

1. Radio Frequency Identification in Smart Payment System / Mohd Izwan Ayob, Danial Md.Nor, Mohd

Helmy Abd Wahab, Ayob Johari. Proceeding of MMU International Symposium of Information and Communication

Technologies 2006 (M2USIC2006).

2. RFID E-transaction: A Novel Approach in Smart Payment System / Mohamad Izwan Ayob, Danial Md

Nor, Ayob Johari, Mohd Helmy Abd Wahab. Proceedings of Malaysian Technical Universities

Conference on Engineering and Technology 2006 (MUCET2006). (Terdapat di Perpustakaan UTHM)

(b) Tesis

Semua tesis ini terdapat dalam koleksi Perpustakaan UTHM untuk rujukan pengguna.

1. Animal tagging using radio frequency identification (RFID) / Nurul Shazwani Bakry

2. Aplikasi kad pintar RFID sebagai dompet elektronik (E-Dompet) / Mahamad Fisol Abdul Rahman

3. Aplikasi Mykad : sistem akses pintu / Khairudi Mohd Juni

4. Mykad application : development an attendance system using Microsoft Visual Basic 6.0 / Ahmad Helmi

Jamil

5. Radio Frequency Identification (rfid) application in smart payment system / Mohd Izwan Ayob

6. Sistem merekod kehadiran pelajar secara automatik menggunakan teknologi RFID / Harul Mizan Arshad

7. Vehicle security system using RFID / Leong Poh Liang

Secara peribadi, Prof. Madya Ayob berpendapat bahawa teknologi RFID memberi sumbangan yang cukup

banyak kepada pelbagai industri. Ini kerana aplikasinya tidak terbatas dalam bidang tertentu

sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk kemudahan manusia sejagat. Beliau melihat

penggunaan kod bar, khususnya di negara ini yang telah banyak beralih kepada RFID,

misalnya dalam penggunaan pasport, Touch n’ Go, pemasangan pintu keselamatan dan

kad matrik sebagai satu perkembangan yang sihat kerana teknologi ini mampu menawarkan

sesuatu yang lebih baik dan berkesan. Benarlah kata orang, teknologi memungkinkan

segala impian menjadi satu kenyataan.

muka surat 05


MAJLIS PECAH TANAH BANGUNAN BARU PERPUSTAKAAN

4 JULAI 2007

Ketibaan Datuk Dr. Zulkefli b. A. Hassan (Ketua

Setiausaha KPT) bersama Prof. Dato’ Dr. Hj. Ismail

b. Hj. Bakar (Naib Canselor) dan pegawaipegawai

kanan UTHM lain ke tapak majlis.

Y. Bhg. Datuk Dr. Zulkefli (tengah) menekan butang

penyempurnaan majlis pecah tanah sambil diperhatikan

oleh Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor (kiri) dan

Prof. Madya Ir. Azizan (Pengarah PPH) (kanan).

Upacara dimulakan dengan bacaan doa selamat

oleh Ketua Pustakawan UTHM sendiri iaitu En.

Bharun Narosid b. Mat Zin.

Y. Bhg. Datuk dibawa melawat ke tapak pameran

rekabentuk bangunan 6 tingkat ini yang dijangka akan

siap pada 2009.

muka surat 06

Y. Bhg. Datuk turut bergambar kenang-kenangan

bersama pegawai-pegawai kanan universiti dan

staf perpustakaan selepas majlis selamat disempurnakan.

Staf perpustakaan bergambar beramai-beramai di hadapan

jentera berat yang dihidupkan oleh Y. Bhg. Datuk

bagi menandakan projek pembinaan perpustakaan di

bawah RMK-9 dimulakan.


Ketua Pustakawan (kiri) memberi penerangan ringkas kepada

Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor (kanan) berkaitan Program

Karnival Buku UTHM 2007 semasa majlis perasmian.

Dewan Tunku Ibrahim Ismail gamat dengan gelak tawa

para penonton semasa penceramah jemputan Dato’ Dr. Hj.

Mohd. Fadzilah Kamsah memberi ceramah motivasi di hari

terakhir program.

2007

7 hingga 9 Ogos

KARNIVAL BUKU UTHM

Y. Bhg. Dato’ beramah mesra dengan peserta pameran

buku semasa lawatan ke gerai pameran dengan diiringi oleh

Pengarah Program iaitu En. Mohd. Razif M. Ismail.

Selain Program Ceramah Motivasi, Wacana Ilmu, Pertandingan

Teka Silang Kata, Treasure Hunt dan Pertandingan Mencari

Buku, pihak Hospital Batu Pahat dan Muar turut dijemput

untuk melancarkan pelaksanaan Program Derma Darah semasa

karnival buku ini.

Para pengunjung khususnya pelajar sekolah turut terhibur

dengan aktiviti yang dijalankan di sudut Petronas Play

Smart.

Sekolah Tinggi Batu Pahat telah menjuarai Pertandingan

“Choral Speaking” yang dianjurkan antara sekolah-sekolah

di sekitar Batu Pahat.

muka surat 07


SUDUT PEMBANGUNAN DIRI

Pembangunan Kerjaya

Disediakan Oleh: Suhaimi Mohd. Sukor

S

etiap insan semestinya ingin mengecap kemanisan kejayaan

khususnya dalam kerjaya yang diceburi. Oleh itu, sebagai seorang

individu yang kompeten dan bermotivasi tinggi dalam

aspek kerjaya atau karier, seharusnya kita perlu memikirkan metodologi

atau strategi ke arah pembangunan kerjaya masing-masing bagi

peningkatan kualiti dan produktiviti kerja. Oleh itu, diharapkan senarai bahan di bawah bakal memberi inspirasi

dan panduan kepada semua pembaca bagi membantu proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan berkaitan

aspek pembangunan kerjaya. Semua bahan ini boleh didapati di Perpustakaan UTHM.

1. Budaya kerja cemerlang / Noraini Ahmad / HD4905 .N67 2003

2. Career choice and development / Duane Brown and associates / HF5381 .B76 2002

3. Career development and counseling : putting theory and research to work / edited by Steven D. Brown and

Robert W. Lent / HF5381 .C37 2005

4. Career preparation : a transition guide for students / George M. Dupuy, David H. Dupuy / HF5382.5.U5 .D86

2004

5. Crash course in personal development / Brian Clegg / HF5386 .C53 2002

6. Handbook of management development : strategising and practicing / Jean Woodall and Diana Winstanley /

HD38.2 .W66 2000

7. Isu-isu kaunseling dan perkembangan kerjaya / Rohany Nasir / HF5381 .R63 2003

8. Managing careers : theory and practice / Yehuda Baruch / HF5549.5.C35 .B37 2004

9. Networking for career success : 24 lessons for getting to know the right people / Diane Darling / HF5381 .D37

2005

10. Pengurusan kerjaya / Chek Mat / HF5381 .C54 2000

11. Personal development in the information and library profession / Sylvia P. Webb and Diana Grimwood-Jones /

Z682.2.G7 .W42 2003

12. Reinvent your career : attain the success you desire and deserve / Susan Wilson Solovic / HF5384 .S64 2003

13. Staff and educational development : case studies, experience and practice / edited by Helen Edwards, David

Baume and Graham Webb / LB1738 .S72 2003

14. Supporting women’s career advancement : challenges and opportunities / edited by Ronald J. Burke and Mary

C. Mattis / HD6054.3 .S96 2005

15. The human resource professional’s career guide : building a position of strength / Jeanne Palmer, Martha I.

Finney / HF5549.5.C35 .P34 2004

16. The ultimate guide to getting the career you want : and what to do once you have it / Karen O. Dowd, Sherrie

Gong Taguchi / HF5384 .D69 2004

17. Work careers : a developmental Perspective / Daniel C. Feldman, editor / HF5381 .W67 2002

18. Your career, your life : career management for the information professional / edited by Rosemary Raddon /

Z682.35.V62 .Y68 2005

muka surat 08


BAHAN TERKINI

RFID Toys: Cool Projects for Home, Office and Entertainment

Prepared By: Hisyam Abd. Shukor

Title : RFID toys: cool projects for home, office and entertainment

Author : Amal Graafstra

Year : 2006

Publisher : Indianapolis, ID: John Wiley

Call No. : TK9965 .G73 2006

Location : Main Campus Library

Subject : Household electronics -- Design and construction --

Amateurs, Manuals

Radio frequency identification systems -- Amateurs,

Manuals

Radio Frequency Identification now belongs to the masses, and it lets you control all sort of things. Like access

to your front door or valuables in an RFID enables safe. You can corral your staff within an RFID-monitored

perimeter or build a shelf that tells you when you’re out of hot sauce. This book shows you how with

step-by-step instructions, illustrations, photos and a list of tools and technology you need for every project.

It even supplies the lowdown on read/write tags and - for the truly extreme - implantable chips.

Tag, You’re It: You Can Be RFID-Compliant, Even on a Tight Budget

Quoted: Md. Hafiz Abu Bakar

Magazine Title : Entrepreneur

Author

: Amanda C. Kooser

ISSN No. : 01633341

Month/Year : May 2007

Call No. : HF5001 .E58

Page : 44

Publisher

: Los Angeles: Entrepreneur Media Inc.

Holdings Information : Volume 31 (2003) onwards

Radio frequency identification tags may be the wave of the future, but right

now they can be a big investment. Growing businesses that deal with Wal-

Mart or the Department of Defense are already familiar with the pressure

to be RFID-compliant. A complete RFID system that includes readers, a printer, tags, software, system

inte¬gration and support can cost thousands of dollars.

ARTIKEL PILIHAN

Businesses that need RFID right away can avoid hefty upfront equipment costs with a different kind of

solution. Several companies offer varying types of slap-and-ship systems. RFID Ltd. (www.rfid-ltd.com),

for example, offers a slight variation on the concept, with a tag-only solution that costs $1 to $2 per tag,

depending on volume. RFID Ltd. encodes and prints the tags and delivers them to the company, which

then attaches them to their products, pallets or shipping containers as needed. The tags meet all compliance

requirements.

This tag-only approach is one way for businesses to quickly meet RFID man dates. It can be an effective

stopgap measure until RFID tags and equipment become more affordable.

muka surat 09


Koleksi Ensiklopedia Terkini

Disediakan Oleh: Faizul Sahari

KOLEKSI

Ensiklopedia berasal daripada bahasa Yunani encyklios paidea, merupakan himpunan fakta yang dibukukan,

sama ada secara bersiri atau berjilid mengikut susunan abjad. Ia merangkumi satu disiplin atau pelbagai

disiplin ilmu yang dihuraikan secara infomatif dan komprehensif. Perpustakaan UTHM juga tidak

terkecuali dalam memperolehi pelbagai judul ensiklopedia bagi memantapkan lagi koleksi perpustakaan. Sehingga

kini, terdapat lebih kurang 400 judul ensiklopedia di Perpustakaan UTHM. Berikut adalah sebahagian koleksi ensiklopedia

terkini yang boleh didapati di Perpustakaan UTHM.

1. Encyclopaedia of Islamic law / editors, Arif Ali Khan, Tauqir Mohammad

Khan / KBP40 .E52 2006 re

2. Encyclopedia of business and finance / editor, Burton S. Kaliski /

HF1001 .E52 2007 re

3. Encyclopedia of chemical processing / edited by Sunggyu Lee / TP9

.E62 2006 re

4. Encyclopedia of communities of practice in information and knowledge

management / edited by Elayne Coakes and Steve Clarke /

HD58.82 .E52 2006 re

5. Encyclopedia of data warehousing and mining / editor, John Wang /

QA76.9.D37 .E52 2006 re

6. Encyclopedia of database technologies and applications / Laura Rivero,

Jorge Doorn and Viviana Ferraggine / QA76.9.D3 .E52 2006

re

7. Encyclopedia of developing regional communities with information

and communication technology /edited by Stewart Marshall, Wal Taylor

and Xinghuo Yu / HN49.C6 .E52 2006 re

8. Encyclopedia of e-commerce, e-government and mobile commerce

/editor, Mehdi Khosrow-Pour / HF5548.32 .E52 2006 re

9. Encyclopedia of environmental science and engineering / editors,

James R. Pfafflin, Edward N. Ziegler / TD9 .E52 2006 re

10. Encyclopedia of human computer interaction / Claude Ghaoui, editor / QA76.9.H85 .E52 2006 re

11. Encyclopedia of human development / Neil J. Salkind, editor / HM626 .E52 2006 re

12. Encyclopedia of knowledge management / edited by David G. Schwartz / HD30.2 .E52 2006 re

13. Encyclopedia of management / edited by Marilyn M. Helms / HD30.15 .E52 2006 re

14. Encyclopedia of mobile computing and commerce / editor, David Taniar / QA76.59 .E52 2007 re

15. Encyclopedia of multimedia / editor-in-chief, Borko Furht / QA76.575 .E62 2006 re

16. Encyclopedia of RF and microwave engineering / editor, Kai Chang / TK5103.2 .E63 2005 re

17. Encyclopedia of small business / editors, Arsen J. Darnay, Monique D. Magee / HD62.7 .E52 2007 re

18. The biographical encyclopaedia of Islamic philosophy / editor, Oliver Leaman / B741 .B56 2006 re

19. The complete real estate encyclopedia : from AAA-tenant to zoning regulations and everything in between / Denise

L. Evans, O. William Evans / HD1365 .E92 2007 re

20. Wiley encyclopedia of biomedical engineering / editor, Metin Akay / R856.A3 .W54 2006 re

muka surat 10


Carian Ensiklopedia

Disediakan Oleh: Norhaslini Abd. Alim

D

TIP

ewasa ini, sememangnya kita boleh meneroka 1001 macam maklumat dengan menyelak lembaran ensiklopedia

yang tersedia sama ada dalam bentuk bercetak atau atas talian. Dengan demikian, maka terbentuklah

masyarakat yang ensiklopedik pemikirannya. Di sini kami sediakan khusus untuk anda strategi pencarian

ensiklopedia melalui WebOPAC yang akan menyenaraikan koleksi ensiklopedia yang terdapat di Perpustakaan

UTHM.

Tip 1:

Membuat carian berdasarkan bidang perkara (subject). Anda dikehendaki

memilih jenis carian Pattern. Kemudian pilih medan subject

bagi Access Point dan masukkan katakunci encyclopaedias dalam

Search Text.

Carian ini akan memaparkan semua senarai yang mempunyai

bidang perkara ensiklopedia. Anda bebas untuk

klik ensiklopedia pilihan anda.

Tip 2:

Membuat carian berdasarkan nombor panggilan. Ini kerana pihak

perpustakaan telah meletakkan simbol-simbol tertentu pada nombor

panggilan mengikut jenis bahan. Bagi koleksi ensiklopedia, ia

dapat dikenalpasti melalui nombor panggilan yang diikuti dengan

simbol “re”. Jadi, anda dikehendaki memilih carian Pattern. Kemudian

pilih medan Call Number bagi Access Point dan masukkan katakunci

re.

Carian ini akan memaparkan semua senarai nombor

panggilan yang mempunyai simbol re sama ada di awal,

tengah atau hujung. Anda dikehendaki memilih nombor

panggilan yang mempunyai re di hujungnya, sebagai

contoh AE33 .E57 1995 re. Nombor panggilan seperti

RE336 .S73 2003 dan BP144 .W43 1988 (Rep.2001)

bukan merupakan ensiklopedia.

muka surat 11


Pemulangan Bahan di Mana-mana Kuanter Perkhidmatan Perpustakaan UTHM

Disediakan Oleh: Norhaslini Abd. Alim

P

ihak Perpustakaan UTHM sentiasa berusaha untuk memberikan

perkhidmatan yang terbaik dan mesra pengguna kepada

semua pengguna. Oleh itu, pihak pengurusan perpustakaan

telah membuat keputusan untuk membenarkan pengguna memulangkan bahan

yang dipinjam dari Perpustakaan UTHM di mana-mana lokasi sama ada

di Perpustakaan Utama, Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar atau Perpustakaan

B5. Perkhidmatan ini merupakan salah satu daripada perkhidmatan

nilai tambah kepada semua pengguna yang mana sebelum ini pengguna

terpaksa memulangkan bahan mengikut lokasi bahan yang dipinjam. Sebagai

contoh, sekiranya pengguna meminjam bahan di Perpustakaan Utama, maka

ia hendaklah dihantar di Perpustakaan Utama sahaja. Pemulangan di Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar atau

Perpustakaan B5 adalah tidak dibenarkan sama sekali.

PERKHIDMATAN

Kini, warga kampus tidak lagi menghadapi masalah tersebut dan tidak perlu menghabiskan masa untuk bergerak

dari Kampus Bandar ke Kampus Induk atau sebaliknya semata-mata untuk memulangkan bahan yang dipinjam dari perpustakaan.

Dengan adanya perkhidmatan ini, ia akan memudahkan lagi proses pemulangan bahan bagi semua warga

kampus sama ada di Kampus Induk atau Kampus Bandar.

Terminal OPAC Berwajah Baru

Disediakan Oleh: Mat Roslan Maseral

KEMUDAHAN

P

erpustakaan kini menyediakan kemudahan terminal OPAC yang

berwajah baru dengan gaya kontemporari untuk kegunaan semua

pengguna. Sebanyak 3 unit terminal OPAC dalam rekabentuk

kiosk telah ditempatkan di Perpustakaan Utama dan 1 unit di Perpustakaan

Cawangan Kampus Bandar. Walaupun ia telah berubah rupa, namun fungsinya

masih tetap sama. Melalui terminal ini, pengguna boleh mengakses WebOPAC

(Katalog Atas Talian Perpustakaan). Dengan kata lain, pengguna boleh membuat

carian maklumat mengenai koleksi bahan perpustakaan dan mengetahui rekod

bibliografi, status dan lokasi bahan yang dikehendaki. Selain itu, pengguna juga

boleh memanfaatkan kemudahan ini dengan mengakses aplikasi lain yang disediakan seperti Akaun Pengguna untuk

menyemak maklumat peribadi, rekod pinjaman, tempahan dan dendaan serta memperbaharui pinjaman. Setiap

terminal OPAC ini akan menghubungkan anda dengan alamat URL laman web Perpustakaan UTHM iaitu http://lms.

uthm.edu.my.

Etika Semasa di Rak

Disediakan Oleh: Sabri Sarbini

S

ebagai seorang pengguna perpustakaan, anda tidak dapat lari daripada merujuk bahan di rak perpustakaan

untuk dijadikan rujukan dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan masing-masing.

Oleh itu, etika semasa berada di rak perpustakaan perlu dipraktiskan oleh setiap individu. Lantas,

sebelum menghala ke rak tertentu sudah semestinya anda perlu mengetahui kaedah pencarian bahan

mengikut susunan bahan yang telah ditetapkan.

ETIKA

muka surat 12

Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah mengenalpasti nombor panggilan

dan lokasi bahan sebelum ke rak. Setelah berada di rak, anda perlulah

memelihara susunan bahan supaya sentiasa berada dalam keadaan teratur

dan kemas. Anda dilarang menarik dan menyepahkan bahan dengan sewenang-wenangnya

tanpa memikirkan bahawa perbuatan tersebut pasti akan

menyusahkan pengguna lain atau diri sendiri kelak. Tindakan menyembunyikan

atau mengalihkan bahan tertentu dari rak atau susunan asal adalah menyalahi

peraturan perpustakaan. Sekiranya bahan yang diambil bukan merupakan bahan

yang dicari, bahan tersebut hendaklah letakkan kembali di rak atau tempat

asal mengikut susunan bahan yang telah ditetapkan. Kemudian, setelah

bahan-bahan yang telah diambil telah siap dirujuk, anda perlulah meletakkan

bahan-bahan tersebut di rak asal atau di atas troli-troli yang disediakan.

Dengan mengamalkan etika yang ditetapkan semasa berada di rak, anda membantu menjadikan bahan di perpustakaan

ini akan berada dalam keadaan kemas dan teratur serta mudah untuk diakses pada bila-bila masa. Masalah ketidakbolehcapaian

bahan yang berstatus available juga dapat diminimumkan.

More magazines by this user
Similar magazines