29.01.2015 Views

BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - UTHM Library

BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - UTHM Library

BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - UTHM Library

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

muka surat 13

Bagi urusan pemulangan bahan, setiap transaksi akan disertakan Slip Pemulangan.

Pengguna dinasihatkan menyimpan Slip Pemulangan sebagai

bukti bahawa pengguna telah memulangkan bahan yang dipinjam. Pengguna

juga dinasihatkan menyemak Rekod Pinjaman dalam Akaun Pengguna

untuk memastikan Rekod Pinjaman telah dikemaskini. Pengguna

yang bersara, berhenti, tamat pengajian, menangguhkan pengajian, cuti

belajar dan menarik diri dari pengajian dikehendaki memulangkan semua

bahan yang dipinjam dan membayar semua dendaan yang masih tertunggak.

Pengguna dinasihatkan agar memulangkan semua bahan sebelum

cuti semester.

4. Notis Peringatan dan Notis Kelewatan

Pihak Perpustakaan akan mengeluarkan Notis Peringatan dan Notis Kelewatan

melalui e-mel kepada semua pengguna. Pengguna dinasihatkan untuk

sentiasa menyemak e-mel dan peka dengan notis yang diberikan. Notis

Peringatan akan dihantar 2 hari sebelum tamat tempoh pinjaman setiap

bahan. Notis Kelewatan Pertama pemulangan bahan pula akan dihantar

selepas 1 hari dari tarikh tamat pinjaman bahan. Sekiranya bahan masih

tidak dipulangkan, Notis Peringatan Kedua akan menyusul selepas 7 hari

dari tarikh tamat pinjaman. Sekiranya bahan masih tidak dipulangkan juga,

Notis Peringatan Ketiga (notis terakhir) akan menyusul selepas 13 hari dari

tarikh tamat pinjaman.

5. Gantian Bahan Hilang

Sekiranya bahan yang dipinjam hilang, pengguna perlu melaporkannya

kepada Pustakawan Bahagian Perkhidmatan Maklumat. Pengguna diberi

tempoh 1 bulan untuk mencari bahan yang hilang. Selepas tempoh tersebut,

sekiranya pengguna masih gagal mencari bahan tersebut, pengguna

perlu menggantikannya dengan bahan yang sama judul atau membayar

harga bahan tersebut.

6. Gantian Bahan Rosak

Bagi bahan-bahan yang mengalami kerosakan semasa dipulangkan, pihak

perpustakaan akan menaksir bayaran gantirugi kerosakan yang perlu dibayar

oleh pengguna tersebut sebelum pengguna memulangkannya.

7. Pembaharuan Pinjaman

Pembaharuan pinjaman boleh dilakukan secara atas talian melalui Rekod

Pinjaman dalam Akaun Pengguna Perpustakaan. Pengguna dibenarkan

memperbaharui pinjaman sebanyak 2 kali sahaja. Pengguna tidak boleh

memperbaharui pinjaman sekiranya ada pengguna lain yang telah membuat

tempahan ke atas bahan yang sama. Pembaharuan pinjaman bahan

secara atas talian mestilah dibuat sebelum tarikh akhir pemulangan (due

date).

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!