02.06.2015 Views

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

Objektif Bahagian Penyelidikan ialah untuk membantu pihak pengurusan dalam perancangan dan penggubalan dasar

Jabatan melalui penyelidikan dan perhubungan luar. Sehubungan dengan ini, fungsi utama bahagian ini adalah seperti

berikut:

• Menjalankan penyelidikan terhadap perkembangan pengauditan terkini daripada sumber luar dan di kalangan

anggota Negara Asian Organisation Of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) dan International Organisation Of Supreme

Audit Institutions (INTOSAI);

• Menyedia manual/garis panduan pengauditan baru dan mengkaji semula untuk penambahbaikan manual/garis

panduan pengauditan yang sedia ada;

• Mengurus dan menyelaras pelantikan Firma Audit Swasta bagi menjalankan pengauditan akaun Badan Berkanun

Persekutuan/Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan;

• Memberi maklumbalas terhadap soal selidik dan maklumat yang diperlukan oleh Institusi Antarabangsa dan dalam

negara;

• Menyediakan ringkasan petikan Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) yang mengandungi isu-isu signifi kan berkaitan

pengauditan yang dibincangkan semasa persidangan Dewan Rakyat;

• Memantau berita berhubung pengauditan dari media cetak dan eletronik termasuk blog Pertubuhan Bukan

Kerajaan (NGO);

• Menyedia/menyelaras penyediaan kertas Negara untuk kongres, persidangan, urusan surat-menyurat/e-mail

dengan ASOSAI/INTOSAI;

• Menjadi sekretariat kepada persidangan/seminar serta kursus dalam negara dan antarabangsa; dan

• Mengurus lawatan Ketua Audit Negara serta mengurus lawatan delegasi dari luar negara.

Aktiviti Bahagian Penyelidikan Tahun 2007

Sepanjang tahun 2007 beberapa aktiviti telah dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan seperti berikut:

Penyediaan Perancangan Strategik Jabatan 2008 – 2010

Perancangan Strategik Jabatan 2008 – 2010 bertujuan untuk menyediakan rangka kerja kepada

warga Jabatan dalam merancang, melaksana serta memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti bagi

menangani perubahan dan cabaran dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Teras Perancangan Strategik Jabatan ditumpukan kepada tiga perkara iaitu pengukuhan organisasi

melalui latihan, pengauditan yang berkualiti, cekap dan berkesan serta Laporan Ketua Audit

Negara yang berkualiti. Empat komponen utama yang dikenalpasti sebagai penyumbang kepada

pelaksanaan Perancangan Strategik Jabatan ialah komitmen pengurusan atasan, modal insan,

kecemerlangan operasi serta kemudahan infrastruktur dan infostruktur.

Penyediaan Kertas Cadangan Penstrukturan Semula Organisasi Jabatan

Pada tahun 2007, Jabatan Audit Negara telah membuat penilaian semula terhadap struktur organisasi yang sedia ada

selaras dengan peningkatan peranan dan tanggungjawab serta peluasan fungsi Jabatan. Tujuan penstrukturan semula

Jabatan adalah untuk memantapkan struktur organisasi dan perjawatan Jabatan yang sedia ada bagi meningkatkan sistem

penyampaian perkhidmatannya dan sekaligus meningkatkan tadbir urus perkhidmatan awam. Hasil perbincangan bersama

pihak pengurusan dan pegawai di semua sektor (Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Pengurusan

Korporat), satu kertas cadangan penstrukturan semula Jabatan telah disediakan dan telah dikemukakan kepada Jabatan

Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan pada bulan Oktober 2007.

28 laporan aktiviti tahunan 2007

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!