LAPORAN khas 75
Majlis Penganugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2006, Penghargaan Perkhidmatan 25 Tahun, Program Motivasi Dan Sukan Audit Se-Malaysia Cawangan Audit Negeri Melaka diberi penghormatan sebagai tuan rumah kepada majlis dan program Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan, Program Motivasi dan Hari Sukan Audit Se-Malaysia ke-15 mulai 18 hingga 20 Ogos 2007. Sebagai persediaan, satu Jawatankuasa Induk ditubuhkan dengan dibantu oleh 10 jawatankuasa kecil iaitu Hadiah, Buku Cenderamata, Keselamatan, Penginapan, Majlis Perasmian dan Penutup, Promosi, Pengangkutan, Sukan, Makanan dan Siaraya bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar dan teratur. Seramai 900 kakitangan Jabatan Audit Negara telah berkampung di negeri Melaka bagi mengikuti majlis dan program ini. Penginapan peserta disediakan di Hotel Puteri, D’Village, INB Resort dan Seri Warisan Ayer Keroh, Melaka. Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang Dan Penghargaan Perkhidmatan 25 Tahun Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penghargaan Perkhidmatan 25 Tahun telah diadakan pada 18 Ogos 2007 di Puteri Resort, Ayer Keroh dan dirasmikan oleh Ketua Audit Negara. Seramai 112 pegawai menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 64 pegawai menerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan 25 Tahun. Dalam perutusan, Ketua Audit Negara menekankan bahawa kualiti modal insan merupakan faktor penentu kecemerlangan sesebuah organisasi. Warga Audit diseru meningkatkan kecemerlangan sedia ada dan menjadikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berintegriti sebagai budaya kerja bagi menaikkan lagi imej Jabatan Audit Negara. terompah gergasi, sungai beracun, menyerang Kota Melaka, lari dalam guni dan tarik tali. Pada sebelah petang pula acara sukan bola tampar, bola jaring, karom, dart dan sepak takraw diadakan di Kompleks Sukan Belia Dan Sukan di Ayer Keroh, Melaka. Acara sukan futsal diadakan di Sport Galectico De’ Futsal, badminton di pusat sukan MBMB/MSN, Ayer Keroh dan boling di Extreme Bowl, Melaka Raya. Cawangan Audit Negeri Sarawak telah menjadi juara keseluruhan pesta sukan tersebut. Program Motivasi Pada 20 Ogos 2007, Ceramah Motivasi Perdana bertajuk “Menjana Insan Seimbang Melalui Kaedah 10Q’s” telah diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC) dan disampaikan oleh pakar motivasi terkenal Y.Bhg. Dato’ Dr. Mohd Fadzilah bin Kamsah. Antara lain, ciri insan cemerlang ialah mereka yang mengamalkan sikap sentiasa bersyukur dengan apa yang dicapai dalam kehidupan. Insan cemerlang akan sentiasa bersikap bijaksana, tenang, kurang stres, bersemangat dan seronok bekerja seterusnya bertindak untuk menjadi lebih cemerlang. Sukan Audit Se-Malaysia Majlis perasmian Sukan Audit Se-Malaysia telah disempurnakan oleh Ketua Audit Negara pada 19 Ogos 2007 di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit Melaka. Majlis perasmian telah diserikan dengan perarakan kontinjen yang mengambil bahagian dengan diiringi persembahan pancaragam dari Sekolah Henry Gurney, Jabatan Penjara Malaysia. Kakitangan dari Jabatan Pertahanan Awam telah mengarak dan menaikkan bendera di samping menjaga keselamatan warga Audit sepanjang tempoh majlis tersebut. Antara acara sukan yang diadakan adalah 76 laporan aktiviti tahunan 2007