02.06.2015 Views

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Hubungan Antarabangsa

Lawatan Kerja Delegasi Jabatan Audit Negara ke Luar Negara

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) ke Pejabat Audit Republik Rakyat China

(CNAO)

2 - 6 Julai 2007

Y. Bhg Dato’ Azizah bt. Hj. Arshad, Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) serta tiga pegawai telah mengadakan

lawatan kerja ke Negara China pada 2 hingga 6 Julai 2007. Tiga pegawai yang turut serta semasa lawatan kerja ini adalah

Tn. Hj. Mustafa bin Naina Maricar, Pengarah Audit Negeri Sabah, En. Abd. Wahab bin Ahmad, Pengarah Akademi Audit

Negara dan Pn. Dr. Masiah bt. Ahmad, Ketua Juruaudit, Bahagian Penyelidikan.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mempelajari amalan pengauditan sektor awam, latihan dan penyelidikan yang

dilaksanakan oleh Pejabat Audit Republik Rakyat China (CNAO) serta bertukar pandangan dan pengalaman dalam

pengauditan sektor awam. Fokus perbincangan adalah berkaitan pengauditan fraud/forensic, pengauditan alam sekitar

dan pengauditan ICT selain mengeratkan hubungan kerjasama antara CNAO dan Jabatan Audit Negara Malaysia dalam

bidang pengauditan sektor awam.

Delegasi juga telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia iaitu TYT Dato’ Syed

Norulzaman Syed Kamarulzaman pada 2 Julai 2007 di Kedutaan Malaysia, Beijing bagi membincangkan perkara-perkara

yang berbangkit daripada hasil pengauditan.

Semasa lawatan tersebut, beberapa perbincangan mengenai aspek pengauditan sektor awam telah diadakan bersama

Timbalan Ketua Audit Negara CNAO dan Timbalan Ketua Pengarah, Pejabat Residen Audit Nanjing. Delegasi juga telah

mengadakan lawatan ke Nanjing Audit University (NAU) dimana satu taklimat dan perbincangan telah diadakan dengan

Ketua-ketua Jabatan NAU. NAU merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian dalam bidang

ekonomi, pengurusan, undang-undang, bahasa dan sastera, sains dan kejuruteraan. Terdapat 13 sekolah/Jabatan bagi 20

disiplin iaitu Sekolah Pengauditan Antarabangsa, Sekolah Perakaunan, Sekolah Kewangan, Sekolah Ekonomi, Sekolah

Pengurusan, Sekolah Sains Maklumat, Sekolah Undang-undang dan Politik, Jabatan Bahasa Asing, Jabatan Pengajaran Bahasa

China sebagai Bahasa Asing, Jabatan Matematik, Jabatan pendidikan Fizikal, Sekolah Pentadbiran, Sekolah Pendidikan

Dewasa, Sekolah Vokasional Teknologi dan Kolej Jinshen. Disiplin pengauditan, perakaunan dan kewangan disenaraikan

sabagai disiplin utama.

Delegasi turut mengadakan lawatan kerja ke Municipal Audit Shanghai di mana satu taklimat telah disampaikan oleh Pn.

Wu Yindie, Timbalan Ketua Pengarah, Biro Municipal Audit Shanghai merangkumi sistem kepimpinan, struktur organisasi

serta tugas dan tanggungjawab Biro.

JABATAN AUDIT NEGARA 73

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!