02.06.2015 Views

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

Pelaksanaan Government Financial And Management

Accounting System (GFMAS)

GFMAS telah dilaksanakan secara berperingkat di semua

36 Pejabat Perakaunan Kerajaan Persekutuan di seluruh

negara mulai bulan Januari 2006 hingga Oktober 2006.

Sistem ini telah dibangunkan dengan menggunakan

Web-enabled yang berkemampuan untuk berintegrasi

dengan sistem lain seperti Sistem Perancangan Dan

Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB), Human Resource

Management System (HRMIS) dan Pension Online Workfl ow

Environment (POWER). Sebanyak 14 modul GFMAS telah

dibangunkan iaitu Lejar Am, Pengurusan Dana, Akaun

Terimaan, Akaun Bayaran, Gaji, Pengurusan Pelaburan,

Pengurusan Tunai, Perakaunan Kos, Pengurusan Aset,

Material Management, Sistem Pengurusan Pinjaman (G-

LoMIS), Sistem Pendahuluan Dan Pinjaman Kepada

Kakitangan (G-ALMOS), Sistem Pengurusan Wang Tak

Dituntut (G-UMIS) dan Sistem Pengurusan Sekuriti

(G-SMIS). Penyata Akaun Awam Kerajaan Persekutuan

Tahun 2006 telah disediakan berasaskan data GFMAS. Ia

melaporkan semua urus niaga kewangan bagi tahun 2006

yang berkaitan dengan sumber dan penggunaan wang

awam. Penyata ini mengandungi Lembaran Imbangan,

Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata

Memorandum dan Nota Kepada Penyata Akaun Awam.

Pemeriksaan Audit Secara Mengejut

Pada bulan Jun 2007 Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

telah menyediakan Garis Panduan Pengauditan Secara

Mengejut bagi memudahkan pegawai Audit menjalankan

pengauditan di Jabatan/Agensi Kerajaan. Panduan ini diguna

pakai semasa menjalankan pengauditan secara mengejut

terhadap segala terimaan wang, wang panjar, setem, borang

hasil yang dikawal, wang yang diterima untuk dibahagibahagikan

dan barang-barang berharga yang dipegang oleh

auditi. Pengauditan ini ditumpukan terhadap transaksi

semasa Pejabat auditi. Lawatan pegawai Audit tidak perlu

dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak auditi. Dari

bulan Julai hingga Disember 2007 sebanyak 51 Jabatan/

Pejabat yang terdiri daripada 23 Institut Perguruan, 15

Jabatan/Pejabat Imigresen, 10 Pejabat Pelajaran Daerah

dan setiap satu di Jabatan Kastam Dan Eksais DiRaja,

Jabatan Pengangkutan Jalan serta Polis Diraja Malaysia

telah dilawati di seluruh Negara. Pegawai yang terlibat

dalam menjalankan pengauditan secara mengejut ini terdiri

daripada pegawai yang bertugas di Sektor Audit Kerajaan

Persekutuan, Sektor Audit Negeri, Sektor Audit Badan

Berkanun Persekutuan, Sektor Pengurusan Korporat dan

Cawangan Audit Negeri.

Pemeriksaan Ke Atas Bangunan-bangunan Jabatan

Kerajaan

Pada 9 Mei 2007 Mesyuarat Jemaah Menteri telah

memutuskan supaya Jabatan Audit Negara mengetuai

pasukan bagi menjalankan pengauditan terhadap semua

bangunan kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Pengauditan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan

penyenggaraan dan keselamatan bangunan-bangunan

Kerajaan. Pengauditan dijalankan dengan menyemak

dokumen yang berkaitan dan membuat pemeriksaan

fi zikal. Pada 11 Mei 2007, Ketua Audit Negara telah

menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang terdiri

daripada Jabatan Audit Negara, Jabatan Kerja Raya dan

Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menyelaras kerjakerja

pengauditan yang dijalankan. Bagi membantu Jabatan

Audit Negara menjalankan pengauditan tersebut, sebuah

syarikat juruperunding iaitu KLIA Consultancy Services

Sdn. Bhd. telah dilantik. Beberapa pegawai daripada Sektor

Audit Kerajaan Persekutuan juga telah diarah oleh Ketua

Audit Negara untuk membantu Syarikat tersebut dalam

menjalankan pemeriksaan ke atas bangunan-bangunan

Kerajaan. Sebanyak 90 bangunan di Putrajaya, 67 bangunan

milik Kerajaan di Kuala Lumpur dan 120 ruang pejabat

Kerajaan yang disewa di Kuala Lumpur telah diperiksa

bagi menentukan sama ada ia selamat diduduki. Sebanyak

119 laporan dan 3 ringkasan eksekutif telah disediakan

hasil daripada pemeriksaan tersebut. Ringkasan eksekutif

mengenai laporan tersebut telah dikemukakan kepada

Ketua Setiausaha Negara pada 21 Januari 2008.

Aktiviti Pengauditan Di Antara Cawangan Jabatan

Audit Negara Dan Unit Audit Dalam

Pada tahun 2007 Jabatan Audit Negara telah

mempertingkatkan kerjasama dengan Unit Audit Dalam.

Sungguhpun masing-masing mempunyai tanggungjawab

yang berbeza, tetapi ia mempunyai matlamat yang sama,

bagi memastikan wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam

penggunaan wang awam serta menggalakkan pentadbiran

yang cekap dan berhemat. Kerjasama ini dipertingkatkan

lagi melalui pelbagai pendekatan seperti menjalankan

pengauditan terhadap sesuatu aktiviti Kementerian/

Jabatan/Agensi yang sama tetapi di pejabat/cawangan yang

berbeza supaya pengauditan yang lebih komprehensif dan

menyeluruh dapat dijalankan.

JABATAN AUDIT NEGARA 49

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!