02.06.2015 Views

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

Sektor Pengurusan Korporat - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Laporan KHAS

Majlis Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara

Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang

ke-50, Jabatan Audit Negara telah mengadakan “Majlis

Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara” di Ibu Pejabat

Putrajaya, 13 Cawangan Audit Negeri dan Akademi

Audit Negara pada 27 Ogos 2007. Tema sambutan

ialah “Akauntabiliti Teras Kegemilangan Perkhidmatan

Awam”. Majlis utama yang diadakan di Akademi Audit

Negara telah dihadiri oleh warga Jabatan Audit Negara,

wakil-wakil daripada Firma Audit Swasta dan warga

Audit yang telah bersara. Majlis ini juga disiarkan secara

lansung melalui persidangan video ke Ibu Pejabat Audit

di Putrajaya dan Cawangan-cawangan Audit Negeri. Para

hadirin telah diserikan dengan persembahan nyanyian

lagu-lagu patriotik, deklamasi sajak dan pentomen yang

dipersembahkan oleh warga Jabatan Audit Negara. Dalam

ucapan aluan, Ketua Audit Negara menyatakan bahawa

perhimpunan ini disambut bagi mengenang jasa mereka

yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara bagi

memastikan negara terus aman dan stabil supaya rakyat

boleh menikmati taraf hidup yang lebih baik dan selesa.

Majlis ini juga diadakan bagi mengenang perjuangan warga

Audit bagi memastikan wujudnya akauntabiliti dan integriti

dalam perbelanjaan wang awam.

Konvensyen KMK Jabatan Audit Negara 2007

Konvensyen KMK peringkat Jabatan Audit Negara telah

diadakan pada 26 Oktober 2007 bertempat di Akademi

Audit Negara. Majlis perasmian telah disempurnakan

oleh Y.Bhg. Dato’ Azizah bt. Haji Arshad, Timbalan Ketua

Audit Negara (Persekutuan). Sebanyak 13 buah kumpulan

daripada Sektor dan Negeri telah turut serta. Dalam

konvensyen tersebut, Kumpulan Dinamik yang mewakili

Cawangan Audit Negeri Sembilan telah diisytihar sebagai

Johan manakala kumpulan Harmoni daripada Sektor

Audit Kerajaan Persekutuan sebagai Naib Johan dan

Kumpulan Perkasa daripada Cawangan Audit Negeri

Sarawak mendapat tempat ketiga. Kumpulan Dinamik

telah membuat persembahan bertajuk “Mengoptimumkan

Penyelenggaraan Bukti Audit”. Dalam persembahan

tersebut kumpulan ini mencadangkan penambahbaikan

bagi penyelenggaraan bukti audit dengan menyediakan

format kertas kerja yang standard, mewujudkan sistem

daftar induk dan menyediakan senarai semak untuk

menjalankan pengauditan. Majlis penyampaian hadiah

telah diadakan di Hotel The Zon Regency, Johor Bahru

pada 29 Oktober 2007 sempena Hari Kualiti Jabatan

Audit Negara 2007.

JABATAN AUDIT NEGARA 77

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!