10.07.2015 Views

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174 - Institut Pendidikan Guru ...

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174 - Institut Pendidikan Guru ...

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174 - Institut Pendidikan Guru ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 174AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN(TATATERTIB) 1976SUSUNAN SEKSYEN-SEKSYENBAHAGIAN ISeksyenPERMULAAN1. Tajuk ringkas.2. Tafsiran.3. Kuasa Menteri untuk memutuskan sesuatu soal tentang Ketua Eksekutif.BAHAGIAN IIPIHAK BERKUASA-PIHAK BERKUASATATATERTIB4. Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan kakitangan sesuatu Institusi.(dimansuhkan).5. Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan pelajar sesuatu Institusi.6. Kaedah-kaedah tatatertib pelajar-pelajar.BAHAGIAN IIIJAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR DANLAIN-LAIN BADAN PELAJAR7. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.8. Penubuhan lain-lain badan pelajar.9. Pembubaran JPP atau lain-lain badan pelajar.1

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174BAHAGIAN IVKESALAHAN-KESALAHAN10. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutudengan persatuan-persatuan dsb. kecuali sebagaimana diluluskan olehMenteri.11. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarangmemungut wang.12. Tanggungan kejenayahan pemegang-pemegang jawatan dll. pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar.13. Anggapan.14. Penggantungan dan pembuangan pelajar yang dipertuduh atas sesuatukesalahan jenayah atau terhadapnya suatu kesalahan jenayah adalahdibuktikan.15. Kuasa Menteri untuk menggantung atau membuang pelajar daripadasesuatu Institusi.16. Dikeluarkan daripada atau ditahan daripada masuk ke dalam sesuatuInstitusi atau Universiti akan seseorang pelajar yang digantung ataudibuang.BAHAGIAN VPERALIHAN17. Pelajar-pelajar yang menjadi ahli-ahli persatuan yang sedia ada.(dimansuhkan)18. Persatuan-persatuan pelajar yang sedia ada.(dimansuhkan)19. Seksyen 17 dan 18 hendaklah mengatasi Akta Pertubuhan 1966 atauOrdinan Syarikat Kerjasama yang berkenaan.(dimansuhkan)2

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 17420. Pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan pelajar yang sedia ada dalamsesuatu Institusi.(dimansuhkan)21. Perwakilan oleh Menteri.BAHAGIAN VIAM22. Pemakaian Akta bagi Institusi-institusi yang dinyatakan dalam JadualPertama, dan kuasa Menteri untuk meminda Jadual-jadual.23. Kuasa Menteri untuk memakai peruntukan-peruntukan Akta atauperuntukan-peruntukan Jadual Kedua dan Ketiga bagi Institusi-institusi.24. Cawangan yang dibutirkan dalam Jadual Pertama disifatkan sebagaisuatu Institusi yang berasingan.25. Tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini berhubung dengan sesuatuInstitusi yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Jadual Pertama.26. Akta ini dan perundangan kecil yang dibuat di bawahnya hendaklahdipakai.JADUAL PERTAMA ...Intitusi-institusi yang baginya Akta kenadipakai.JADUAL KEDUA ... Perintah Kaedah-kaedah InstitusiPelajaran (Tatatertib Pelajar-pelajar),(Pindaan) 1997JADUAL KETIGA ... Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 174AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN(TATATERTIB) 1976Suatu Akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai perkara-perkara yangberkaitan dengan tatatertib dalam institusi-institusi pelajaran, dan mengenaiperkara-perkara yang berkenaan dengannya.MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Seri PadukaBaginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara danDewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya, sepertiberikut:BAHAGIAN IPERMULAAN1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib )1976.2. Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendakimakna yang lain –“Institusi” ertinya sesuatu institusi, lain daripada suatu Universiti, yangmemberi pelajaran, pengajaran atau latihan daripada apa-apa jenis kepadaseseorang atau orang-orang , dan yang dinyatakan atau diperihalkan dalamJadual Pertama;“Jawatankuasa Perwakilan Pelajar” atau “JPP” ertinya JawatankuasaPerwakilan Pelajar yang diadakan di bawah seksyen 7;“Jawatankuasa Tatatertib” ertinya Jawatankuasa Tatatertib sesuatu Institusiyang ditubuhkan di bawah seksyen kecil (1) seksyen 4;“kampus” ertinya kawasan atau kawasan-kawasan, bersama dengan segalabangunan atau lain-lain struktur di atasnya, yang dipunyai atau digunakan,sama ada untuk selama-lamanya atau selainnya oleh sesuatu Institusi;“Kampus” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 2 AktaUniversiti dan Kolej Universiti 1971;4

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174“Kakitangan” termasuk sesiapa yang diguna khidmat oleh atau dalamsesuatu Institusi;“Ketua Eksekutif” ertinya pegawai atau kakitangan Institusi yang bertugassebagai pegawai eksekutif utama Institusi;“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pelajaran;“Pegawai Hal Ehwal Pelajar” ertinya seseorang kakitangan sesuatu institusiyang dinamakan sedemikian oleh Menteri di bawah seksyen-kecil (1)seksyen 5;“pelajar” ertinya seseorang yang menerima pelajaran, pengajaran ataulatihan daripada apa-apa jenis daripada atau dalam sesuatu institusi;“Universiti” ertinya sesuatu Universiti atau sesuatu Kolej Universiti yangditubuhkan di bawah Akta Universiti dan kolej Universiti 1971.3. Jika terbit sesuatu soal tentang siapakah Ketua Eksekutif sesuatuInstitusi tertentu maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Menteridan keputusan Menteri mengenai soal itu adalah muktamad.BAHAGIAN IIPIHAK BERKUASA-PIHAK BERKUASA TATATERTIB4. (Dimansuhkan)5. (1) Pihak berkuasa tatatertib sesuatu Institusi mengenai tiap-tiap pelajarsesuatu Institusi ialah seseorang kakitangan yang ditetapkan olehMenteri; kakitangan yang ditetapkan sedemikian adalah dinamakanPegawai Hal Ehwal Pelajar.(2) Pegawai Hal Ehwal Pelajar adalah berkuasa mengambil apa-apatindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib yangdiperuntukkan di bawah Jadual Kedua.(3) Pegawai Hal Ehwal Pelajar boleh mewakilkan mana-mana daripada5

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174tugas-tugas tatatertib, kuasa-kuasa atau kewajipan-kewajipannyakepada mana-mana kakitangan, atau kepada mana-mana lembagakakitangan berkenaan dengan seseorang pelajar yang tertentu, atauberkenaan dengan sesuatu golongan atau kategori pelajar Institusi dankakitangan atau lembaga yang diwakilkan dengan tugas-tugas,kuasa-kuasa atau kewajipan-kewajipan itu hendaklah melaksana,menjalan atau menyempurnakannya di bawah arahan dan kawalanPegawai Hal Ehwal Pelajar itu yang mana adalah mempunyai kuasauntuk mengulangkaji, membatalkan atau mengubah apa-apakeputusan atau kesimpulan kakitangan atau lembaga itu:Dengan syarat bahawa tiada apa-apa perwakilan boleh dibuat dibawah seksyen-kecil ini kepada mana-mana kakitangan sebagaimanayang diarahkan secara bertulis oleh Menteri.(4) Seseorang pelajar yang tidak puas hati dengan keputusan Pegawai HalEhwal Pelajar itu atau dengan keputusan seseorang atau sesuatulembaga yang diwakilkan dengan tugas-tugas, kuasa-kuasa ataukewajipan-kewajipan itu di bawah seksyen-kecil (3) boleh merayuterhadap keputusan itu kepada Menteri dan Menteri boleh, jikadifikirkannya patut, menolak terus rayuan itu.(5) Jika Menteri tidak menolak terus sesuatu rayuan di bawahseksyen-kecil (4), ia hendaklah melantik suatu jawatankuasa terdiridaripada dua orang atau lebih, dari dalam atau luar Institusi itu, untukmenimbangkan rayuan itu dan membuat syor-syornya kepadaMenteri, dan, setelah menerima syor-syor itu, Menteri boleh memberiapa-apa keputusan mengenai rayuan itu sebagaimana yangdifikirkannya patut dan wajar.6. Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-pelajar), 1976dalam Jadual Kedua hendaklah dipakai bagi sesuatu Institusi, dengansyarat bahawa Menteri, boleh, menurut budibicara mutlaknya,membuat, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, apa-apaubah suaian, penyesuaian, tambahan, potongan atau pindaansebagaimana yang difikirkannya perlu atau bermanfaat kepadaKaedah-kaedah itu dalam pemakaiannya bagi sesuatu Institusi ataukelas atau perihal Institusi tertentu.6

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174BAHAGIAN IIIJAWATAN KUASA PERWAKILAN PELAJAR DANLAIN-LAIN BADAN PELAJARAN7. Sesuatu Institusi hendaklah mempunyai suatu JawatankuasaPerwakilan Pelajar dan peruntukan-peruntukan Jadual Ketigahendaklah dipakai bagi Jawatankuasa itu dengan syarat bahawa Menteriboleh, menurut budibicara mutlaknya, membuat, dengan perintah yangdisiarkan dalam Warta, apa-apa ubah suaian, penyesuaian, tambahan,potongan atau pindaan sebagaimana yang difikirkannya perlu danbermanfaat kepadanya dalam pemakaiannya bagi mana-mana Institusi ataukelas atau perihal Institusi tertentu.8. (1) Tanpa menyentuh seksyen 7, maka adalah sah bagi tidak kurangdaripada sepuluh orang pelajar sesuatu Institusi dengan mendapatkelulusan Pegawai Hal Ehwal Pelajar terlebih dahulu yang diberi selepasmendapat persetujuan Menteri, dan tertakluk kepada apa-apa had dan syaratsebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar itu,menubuhkan sesuatu badan pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar Institusiitu bagi menganjurkan sesuatu tujuan atau kepentingan tertentu dalamInstitusi itu.(2) Peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, kecuali perenggan 1 dan 7,hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi sesuatu badan pelajar yangditubuhkan di bawah seksyen ini sebagimana peruntukan-peruntukan itudipakai bagi JPP.9. (1) Menteri atau Ketua Eksekutif boleh, menurut budibicara mutlaknya,tanpa memberi apa-apa sebab, menggantung atau membubar JPP ataumana-mana badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 8, danmemberi apa-apa arahan yang berbangkit atau mengambil apa-apalangkah berbangkit sebagaimana yang perlu atau bermanfaat untukmenguatkuasakan penggantungaan atau pembubaran itu.(2) Penggantungan atau pembubaran JPP atau sesuatu badan pelajar yangditubuhkan di bawah seksyen 8 hendaklah berkuatkuasa dengan serta mertaselepas sahaja dibuat keputusan untuk menggantung atau membubarnya.(3) Penggantungan atau pembubaran JPP atau sesuatu badan pelajar yangditubuhkan di bawah seksyen 8 adalah muktamad dan tiadamahkamah mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk melayani apa-apalangkah pembicaraan terhadap penggantungan atau pembubaran itu.7

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174BAHAGIAN IVKESALAHAN-KESALAHAN10. (1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar sesuatu institusi,boleh menjadi ahli atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan,mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana juapertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain, sama ada atau tidak ianyaditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ianya adalah dibawah Institusi itu atau di luar Institusi itu, dan sama ada ianya adalah didalam Malaysia, atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana diperuntukkanoleh atau di bawah Akta ini atau kecuali sebagaimana dilulusknan terlebihdahulu secara bertulis oleh Menteri.(2) Tiada sesuatu pertubuhan badan atau kumpulan pelajar sesuatuInstitusi, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini,atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan persekutuan atau apa-apajua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuansekerja atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orangyang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-manaundang-undang, sama ada ianya adalah di dalam Institusi itu atau diluar Institusi itu, dan sama ada ianya adalah di dalam Malaysia atau diluar Malaysia, kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawahAkta ini, atau kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secarabertulis oleh Menteri.(3) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar sesuatu Institusi,boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkansebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadapmana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagaimenyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang haram.(4) Tiada suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar sesuatu Institusiyang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, ataumana-mana lain pertubuhan, badan atau Kumpulan pelajar sesuatuInstitusi boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang bolehditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkanganterhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagaimenyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang haram.8

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174(5) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhiperuntukan-peruntukan seksyen –kecil (1),(2), (3) atau (4) adalahbersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjaraselama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda danpenjara itu kedua-duanya.11. (1) Tiada seseorang pelajar sesuatu Institusi, atau tiada sesuatupertubuhan, badan atau kumpulan pelajar sesuatu Institusi, bolehdi dalam atau di luar kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia,memungut, atau cuba memungut, atau menganjurkan atau cubamenganjurkan apa-apa pemungutan, atau membuat apa-apa rayuansecara bertulis atau selainnya, atau cuba membuat sesuatu rayuan ituuntuk memungut apa-apa wang atau lain-lain harta daripada sesiapajua, iaitu bukan wang atau harta yang genap atau hampir genapmasanya dipungut di bawah atau menurut mana-manaundang-undang bertulis, kontrak atau lain-lain kewajipan di sisiundang-undang.(2) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukanperuntukanseksyen-kecil (1) adalah bersalah atas suatu kesalahandan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripadasatu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripadaenam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.(3) Menteri boleh, dalam sesuatu kes tertentu, menurut budibicaramutlaknya, memberi pengecualian kepada sesiapa jua daripadakuat kuasa peruntukan-peruntukan seksyen- kecil(1), tertaklukkepada apa-apa had dan syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimanayang difikirkannya patut menurut budibicara mutlaknya.(4) Tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan mana-manaundang-undang bertulis yang lain berhubung dengan perwakilankuasa-kuasa, Menteri boleh, melalui pemberitahu dalam Warta,mewakilkan, berhubung dengan sesuatu Institusi tertentu, penjalanankuasa-kuasanya di bawah seksyen-kecil (3) kepada Ketua Eksekutifmengenai pemungutan wang dalam kampus daripada orang –orangdalam kampus, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatansebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahu itu.(5) Peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah tambahan kepada danbukan mengurangkan kuasa peruntukan –peruntukan mana-manaundang-undang bertulis berhubung dengan pungutan rumah ke rumah9

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174dan di jalan, pungutan –pungutan awam, atau pungutan wang ataujualan lencana –lencana.12. (1) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah mana-manaundang-undang bertulis, sama ada atau tidak seseorang telahdisabitkan atasnya, dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupasebagai telah dilakukan atas nama atau pihak, sesuatu pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar sesuatu Institusi yang ditubuhkan oleh,di bawah atau mengikut Akta ini atau mana-mana lain pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar sesuatu Institusi, maka tiap-tiappemegang jawatan bagi pertubuhan, badan atau kumpulan itu dantiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusanpertubuhan, badan atau kumpulan itu pada masa berlakunyakesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itudan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undangbagi kesalahan itu, melainkan jika ia membuktikan denganmemuaskan hati mahkamah bahawa kesalahan itu telah dilakukantanpa pengetahuannya dan bahawa ia telah menjalankan segala usahayang sewajarnya untuk mencegah berlakunya kesalahan itu.(2) Seseorang pemegang jawatan mana-mana pertubuhan, badan ataukumpulan seperti tersebut dalam seksyen-kecil (1) atau seseorangyang menguruskan atau membantu dalam pengurusannya boleh kenadidakwa di bawah seksyen ini, walaupun ia mungkin telah tidakmengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.(3) Dalam sesuatu pendakwaan di bawah seksyen ini terhadap seseorangpemegang jawatan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulanseperti tersebut dalam seksyen-kecil (1) atau terhadap seseorang yangmenguruskan atau membantu dalam pengurusannya, apa-apadokumen yang dijumpai dalam milik seseorang pemegang jawatanpertubuhan, badan atau kumpulan itu, atau dalam milik orang yangyang menguruskan atau membantu dalam pengurusannya atau dalammilik seseorang ahli pertubuhan, badan atau kumpulan itu adalahmenjadi keterangan prima facie mengenai kandungannya bagimaksud membuktikan bahawa sesuatu telah dilakukan atau berupatelah dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan, badan ataukumpulan itu.13. Dalam sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini-(a)tidaklah perlu bagi pihak pendakwa membuktikan bahawa sesuatupertubuhan, badan atau kumpulan orang mempunyai sesuatu nama10

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174atau bahawa ianya telah ditubuhkan, atau adalah biasanya dikenalidengan sesuatu nama yang tertentu;(b)(c)jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai ahli-ahli, meteri, panji-panjiatau insignia bagi, atau berhubung dengan, atau berupa sebagaiberhubung dengan, sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan orangadalah dijumpai dalam milik, simpanan atau di bawah kawalanseseorang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikansebaliknya, bahawa orang itu adalah seorang ahli pertubuhan, badanatau kumpulan itu dan pertubuhan, badan atau kumpulan ituhendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai wujudpada masa buku, akaun, tulisan, senarai ahli-ahli, meteri, panji-panjiatau insignia itu dijumpai sedemikian; danjika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai ahli-ahli, meteri, panji-panjiatau insignia bagi, atau berhubung dengan, sesuatu pertubuhan, badan ataukumpulan orang adalah dijumpai dalam milik, simpanan atau di bawahkawalan seseorang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikansebaliknya, bahawa orang itu adalah membantu dalam pengurusanpertubuhan, badan atau kumpulan.14. (1) Jika seseorang pelajar sesuatu Institusi dipertuduhkan atas suatukesalahan jenayah maka ia hendaklah selepas sahaja daripada itudigantung daripada menjadi seorang pelajar Institusi itu dan ia tidakboleh, dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu,berada di dalam atau memasuki kampus Intitusi itu atau kampusmana-mana Institusi lain, atau kampus mana-mana Universiti.(2) Jika mahkamah dapati sesuatu pertuduhan atas suatu kesalahanjenayah dibuktikan terhadap seorang pelajar sesuatu Institusi, makapelajar itu hendaklah selepas sahaja daripada itu terhenti menjadiseorang pelajar Institusi itu, dan ia tidak boleh berada di dalam ataumemasuki kampus Institusi itu atau kampus mana-mana Institusi lainatau Kampus mana-mana Universiti.(3) Seseorang pelajar sesuatu Institusi yang ditahan, atau yang tertaklukkepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan-sekatan keatasnya, di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungdengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri,hendaklah, selepas sahaja daripada itu terhenti menjadi seorangpelajar Institusi lain atau Kampus mana-mana Universiti.11

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174mutlaknya.(8) Menteri boleh, pada bila-bila masa, dalam sesuatu kes tertentu,menurut budibicara mutlaknya, memberi pengecualian kepada seseorangdaripada kuatkuasa peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1), (2), (3), (4)atau (5), mengikut mana yang berkenaan, sama ada tanpa syarat, atau atasapa-apa had dan syarat, atau bagi apa-apa tempoh sebagaimana yangdifikirkannya patut menurut budibicara mutlaknya.(9) Tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undangbertulis yang lain berhubung dengan perwakilan kuasa-kuasa, Menteri boleh,melalui pemberitahu dalam Warta, mewakilkan perjalanan mana-manadaripada kuasa-kuasanya di bawah seksyen ini kepada Ketua Eksekutif,tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkandalam pemberitahu itu.15. (1) Menteri boleh memerintahkan secara bertulis supaya mana-manapelajar sesuatu Institusi digantung daripada menjadi pelajar Institusiitu bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakannya dalamperintah itu atau dibuang daripadanya jika, apabila rayuan dibuat olehInstitusi itu, ia berpuas hati bahawa adalah perlu berbuat demikianbagi kepentingan Institusi itu, dan pelajar itu hendaklah selepas sahajadaripada itu, digantung atau dibuang sedemikian, mengikut manayang berkenaan.(2) Seseorang pelajar yang mengenainya Menteri telah memberi suatuperintah secara bertulis di bawah seksyen-kecil (1), boleh dalam masasatu bulan dari tarikh perintah itu, membuat rayuan kepada Menteriuntuk perintah itu dibatalkan atau diubah.(3) Menteri boleh memberi apa-apa keputusan sebagaimana yangdifikirkannya patut dan wajar, berkenaan dengan apa-apa rayuan yang dibuatdi bawah seksyen-kecil (2), dan keputusan itu adalah muktamad.(4) Sesuatu perintah untuk menggantung seseorang pelajar di bawah seksyenkecil (1) boleh, dari semasa ke semasa dilanjutkan selama sesuatu tempohsebagaimana yang ditentukan oleh Menteri berkenaan dengan tiap-tiap satuperlanjutan.(5) Seseorang pelajar sesuatu Institusi yang digantung daripada menjadipelajar Insititusi itu di bawah seksyen ini, tidak boleh, dalam masapenggantungan itu atau selepas pembuangan itu, mengikut mana yangberkenaan, berada di dalam atau memasuki kampus Institusi itu atau kampus13

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174mana-mana Universiti, kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahuludaripada Menteri, dan jika Menteri memberi kelulusan itu, Menteri bolehmengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patutdikenakan, menurut budibicara mutlaknya.(6) Seseorang pelajar sesuatu Insititusi yang digantung daripada menjadipelajar Institusi itu di bawah seksyen ini tidak boleh, semasa ia digantungsedemikian, diterima masuk sebagai pelajar mana-mana Institusi lain ataupelajar mana-mana Universiti, atanpa kelulusan bertulis terlebih dahuludaripada Menteri dan jika Menteri memberi kelulusan itu, Menteri bolehmengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patutdikenakan, menurut budibicara mutlaknya.(7) Seseorang pelajar sesuatu Institusi yang dibuang daripadanya dibawah seksyen ini tidak boleh diterima masuk sebagai pelajar Institusi ituatau sebagai pelajar mana-mana Universiti, tanpa kelulusan bertulis terlebihdahulu daripada Menteri,dan jika Menteri memberi kelulusan itu, Menteriboleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patutdikenakan, menurut budibicara mutlaknya.(8) Seseorang yang berada di dalam atau memasuki kampus mana-manaInstitusi atau Kampus mana-mana Universiti bersalahan denganperuntukan-peruntukan seksyen-kecil (5), atau yang mendapat diterimamasuk ke mana-mana Institusi atau Universiti bersalahan denganperuntukan-peruntukan seksyen kecil (6) atau (7) adalah bersalah atas suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebihdaripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripadaenam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.(9) Sesuatu perintah untuk menggantung atau membuang seseorangpelajar daripada sesuatu Institusi di bawah seksyen ini, boleh, pada bila-bilamasa, dibatalkan oleh Menteri dan Menteri boleh, menurut budibicaramutlaknya,mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakanke atas pembatalan itu.16. Jika seseorang pelajar digantung atau dibuang daripada sesuatuInstitusi di bawah Akta ini, Ketua Eksekutif sesuatu Institusi atau NaibCanselor sesuatu Universiti, mengikut mana yang berkenaan, hendaklahmengambil atau menyebabkan diambil segala langkah yang perlu untukmempasti atau mendapatkan supaya pelajar itu dikeluarkan daripada atauditahan daripada masuk ke dalam Institusi atau Universiti itu, mengikutmana yang berkenaan, dengan bantuan mana-mana pegawai atau pekerjaInstitusi atau Universiti itu, mengikut mana yang berkenaan, dan boleh14

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174meminta mana-mana pegawai polis menolong dalam mempasti ataumendapatkan pelajar itu dikeluarkan daripada atau ditahan daripada masukke dalam Institusi atau Universiti itu, mengikut mana yang berkenaan;pegawai polis itu boleh, atas permintaan itu, bagi maksud sebagaimana yangtersebut di atas, menggunakan apa-apa kekerasan yang munasabah atauselainnya sebagaimana yang perlu ke atas pelajar itu atau ke atas mana-manaorang lain.BAHAGIAN VPERALIHAN17. (1) (dimansuhkan)(2) (dimansuhkan)18. (1) (dimansuhkan)(2) (dimansuhkan)(3) (dimansuhkan)(4) (dimansuhkan)(5) (dimansuhkan)19. (1) (dimansuhkan)(2) (dimansuhkan)20. (1) (dimansuhkan)(2) (dimansuhkan)(3) (dimansuhkan)(4) (dimansuhkan)(5) (dimansuhkan)(6) (dimansuhkan)15

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174BAHAGIAN VIAM21. (1) Tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (4) seksyen11 dan peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (9) seksyen 14, Menteriboleh mewakilkan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimanayang ditentukannya, mana-mana daripada tugas-tugas, kuasa-kuasa ataukewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali kuasa untuk membuatperundangan kecil di bawah Akta ini.(2) Sesuatu perwakilan yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) bolehdibuat sama ada secara am atau berhubung dengan mana-mana Institusi ataukelas atau perihal Institusi tertentu dan ia boleh dibuat kepada mana-manaorang atau kumpulan orang.(3) Sesuatu perwakilan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan olehMenteri pada bila-bila masa.(4) Tiada sesuatu perwakilan apa-apa tugas, kuasa atau kewajipan dibawah seksyen ini boleh menyentuh atau melemahkan kuasa Menteri untukmelaksanakan tugas itu atau menjalankan kuasa itu atau menyempurnakankewajipan itu.22. (1) Peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah dipakai bagi sesuatuInstitusi yang dinyatakan dalam ruang dua Jadual Pertama setakatyang dinyatakan bersetentangan dengannya dalam ruang tiga Jadualitu atau sebagaimana dinyatakan dalam suatu perintah yang dibuat dibawah seksyen 23.(2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, dengan perintah yangdisiarkan dalam Warta, menurut budibicara mutlaknya, menambahkepada, memotong daripada atau dengan apa-apa cara memindaJadual Pertama, Kedua atau Ketiga.23. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menurut budibicara mutlaknya,dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supayamana-mana peruntukan Akta ini termasuk peruntukan-peruntukan JadualKedua atau Ketiga, sebagaimana yang dinyatakannya dalam perintah itu,tidak dipakai bagi sesuatu Institusi atau kelas atau perihal Institusi tertentu,atau supaya peruntukan-peruntukan itu dipakai baginya, dengan apa-apaubah suaian, penyesuaian, tambahan, potongan atau pindaan sebagaimanayang difirkannya perlu dan bermanfaat.16

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 17424. Jika sesuatu cawangan Institusi atau apa-apa jua subsidiarinya yanglain adalah dimasukkan dalam Jadual Pertama sebagai suatu butiranberasingan Jadual itu, maka cawangan atau subsidiari lain ituhendaklah, bagi segala maksud Akta ini, disifatkan sebagai suatuInstitusi yang berasingan daripada Institusi yang baginya suatucawangan atau ia adalah subsidiari itu.25. Sesuatu sebutan dalam Akta ini mengenai tarikh mulaberkuatkuasanya Akta ini hendaklah, dalam pemakaiannya bagisesuatu Institusi yang dimasukkan ke dalam Jadual Pertama selepastarikh berjalan kuat kuasanya Akta ini, dibaca sebagai suatu sebutanmengenai tarikh kemasukan Institusi itu ke dalam Jadual Pertamamula berkuat kuasa.26. Jika sekiranya ada apa-apa yang berlawanan atau bercanggahanantara peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan kecilyang dibuat di bawahnya dengan peruntukan-peruntukan mana-manaundang-undang persekutuan lain atau perundangan kecil yang dibuat dibawahnya berhubung dengan pelajaran atau institusi pelajaran atau sesuatuinstitusi pelajaran tertentu, maka peruntukan-peruntukan Akta ini yangdibuat di bawahnya hendaklah dipakai.17

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174JADUAL PERTAMA(Seksyen 2, 22, 24 dan 25)INSTITUSI-INSTITUSI YANG BAGINYA AKTA KENA DIPAKAIRUANG RUANG DUA RUANG TIGASATUNo. Butiran Nama atau perihal Institusi Peruntukan-peruntukan Aktayang kena dipakai1. Institut Teknologi MARA yang ditubuhkan Seluruh Aktadi bawah seksyen 3 Akta Institut TeknologiMARA 1976, dan termasuklah sesuatuCawangan.2. (dipinda)3. (dipinda)4. (dipinda)5. (dipinda)6. Politeknik Ungku Omar Seluruh Akta kecuali seksyen-seksyen4,17,18,19,20 dan Jadual Ketiga7. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Seluruh Akta kecuali seksyen-seksyen4,17,18,19,20 dan Jadual Ketiga8. Politeknik Sultanb Abdul Halim Seluruh Akta kecuali seksyen-seksyenMu’adzam Shah4,17,18,19,20 dan Jadual Ketiga9. (dipinda)10. (dipinda)11. (dipinda)12. (dipinda)13. Politeknik Batu Pahat Seluruh Akta kecuali seksyen-seksyen4,17,18,19,20 dan Jadual Ketiga14. Politeknik Batu Pahat Seluruh Akta kecuali seksyen-seksyen4,17,18,19,20 dan Jadual Ketiga18

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 17415. Politeknik Kuching Seluruh Akta kecuali seksyen-seksyen4,17,18,19,20 dan Jadual Ketiga16. Politeknik Port Dickson Seluruh Akta kecuali seksyen-seksyen4,17,18,19,20 dan Jadual Ketiga17. Politeknik Kota Kinabalu Seluruh Akta kecuali seksyen-seksyen4,17,18,19,20 dan Jadual Ketiga18. Politeknik Shah Alam Seluruh Akta kecuali seksyen-seksyen4,17,18,19,20 dan Jadual Ketiga19. Politeknik Johor Bahru Seluruh Akta kecuali seksyen-seksyen4,17,18,19,20 dan Jadual Ketiga20. Institut Perguruan Darulaman, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Jitra, Kedah 18,19 dan 2021. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Sungai Petani, Kedah 18,19 dan 2022. Maktab Perguruan Sri Pinang, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Pulau Pinang 18,19 dan 2023. Maktab Perguruan Persekutuan, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Pulau Pinang 18,19 dan 2024. Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Seberang Perai, Pulau Pinang 18,19 dan 2025. Maktab Perguruan Kinta, Ipoh Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Perak 18,19 dan 2026. Maktab Perguruan Ipoh, Hulu Kinta, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Ipoh, Perak 18,19 dan 2027. Institut Perguruan Sultan Idris, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Tanjung Malim, Perak 18,19 dan 2028. Institut Bahasa, Lembah Pantai, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Kuala Lumpur 18,19 dan 2029. Maktab Perguruan Seri Kota, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Kuala Lumpur 18,19 dan 2030. Maktab Perguruan Ilmu Khas, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Kuala Lumpur 18,19 dan 2031. Maktab Perguruan Teknik, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Kuala Lumpur 18,19 dan 2019

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 17432. Maktab Perguruan Islam, Bangi Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Kuala Lumpur 18,19 dan 2033. Maktab Perguruan Raja Melewar, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Seremban, Negeri Sembilan 18,19 dan 2034. Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Melaka 18,19 dan 2035. Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Johor Bahru, Johor 18,19 dan 2036. Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Johor Bahru, Johor 18,19 dan 2037. Maktab Perguruan Batu Pahat, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Batu pahat, Johor 18,19 dan 2038. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Kuantan, Pahang 18,19 dan 2039. Maktab Perguruan Teruntum, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Kuantan, Pahang 18,19 dan 2040. Maktab Perguruan Pasir Panjang, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Kuala Terengganu, Terengganu 18,19 dan 2041. Maktab Perguruan Kuala Terengganu Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Kuala Terengganu, Terengganu 18,19 dan 2042. Maktab Perguruan Kota Bharu, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Kelantan 18,19 dan 2043. Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Sabah 18,19 dan 2044. Maktab Perguruan Kent, Tuaran, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Sabah 18,19 dan 2045. Maktab Perguruan Sandakan, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Sabah 18,19 dan 2046. Maktab Perguruan Keningau, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Sabah 18,19 dan 2047. Maktab Perguruan Batu Lintang, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Kuching, Sarawak 18,19 dan 2048. Maktab Perguruan Sarawak, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Miri, Sarawak 18,19 dan 2020

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 17449. Maktab Perguruan Rajang, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Bintangor, Sarawak 18,19 dan 2050. Maktab Perguruan Sains, Bintulu, Seluruh Akta kecuali seksyen 4,17,Sarawak 18,19 dan 2021

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174JADUAL KEDUA(seksyen 6, 22 dan 23)PERINTAH KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN(TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) (PINDAAN)1997BAHAGIAN IPERMULAAN1. Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Perintah Kaedah-kaedahInstitusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-pelajar) (Pindaan 1997).2. Dalam kaedah-kaedah ini, melainkan jika kandungan ayatnyamenghendaki makna yang lain –“arahan lalulintas” ertinya apa-apa perintah, arahan atau pertunjukyang diberi oleh seseorang berkuasa kepada seseorang yangmenggunakan jalan atau kereta di dalam kampus ;“asrama” ertinya apa-apa perumahan, dengan apa jua nama disebut,yang disediakan oleh Institusi untuk kediaman pelajar-pelajar;“bilik tatatertib” ertinya suatu bilik yang diuntukkan bagi maksudmenjalankan pembicaraan tatatertib amnya atau bagi maksud sesuatupembicaraan tatatertib tertentu;“Bursar” ertinya ketua pegawai kewangan sesuatu Institusi, tidak kirasama ada ia dipanggil Bursar atau dengan apa-apa nama-jawatan lain;“dadah” ertinya apa-apa dadah atau benda yang pada masa itudinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952;“judi” ertinya bermain sesuatu permainan nasib atau permainankepandaian, atau permainan nasib campur kepandaian, untukmendapatkan wang atau sesuatu yang boleh dinilaikan dengan wangdan termasuk pertaruhan atau apa-apa loteri;“kakitangan” termasuklah mana-mana pekerja Institusi;“kereta” ertinya sesuatu binaan yang boleh bergerak atau digerakkanatau digunakan untuk membawa seseorang atau sesuatu benda dan22

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174yang menjijak tanah bila bergerak;“kereta motor” ertiya segala jenis kereta yang didorong dengan carapesawat yang terkandung di dalamnya dan dibina atau disesuaikansupaya boleh digunakan atas jalan, dan termasuklah apa-apa keretayang ditarik oleh suatu kereta motor sama ada atau tidak bahagian daripadakereta itu ditempatkan di atas kereta motor yang menariknya itu;“kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan tatatertib di bawahkaedah-kaedah ini;“Ketua Jabatan” bagi maksud –(a)(b)(c)jabatan kerajaan ertinya seseorang pegawai yangbertanggungjawab bagi sesuatu jabatan, bahagian atau unitdalam jabatan itu dan termasuklah seseorang pegawai lain yang diberikuasa secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagijabatan, bahagian atau unit jabatan itu untuk bertindak bagi pihaknya;institusi ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawabbagi sesuatu institusi, bahagian atau unit dalam institusi itu dantermasuk seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pegawaiyang bertanggungjawab bagi institusi, bahagian atau unit dalaminstitusi itu untuk bertindak bagi pihaknya; danagensi swasta ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawabbagi sesuatu agensi, bahagian atau unit dalam agensi itu dantermasuklah seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pegawaiyang bertanggungjawab bagi agensi, bahagian atau unit dalam agensiitu untuk bertindak bagi pihaknya;“kursus” ertinya apa-apa bentuk bidang pengajian yang dikendalikanoleh Institusi bagi sesuatu tempoh yang ditentukan oleh Lembaga KurikulumKursus Pengajian Dan Program Latihan;“Latihan amali” ertinya sesuatu latihan praktikal yang perlu dilakukan olehpelajar berkaitan dengan kursusnya bagi suatu tempoh tertentu sama ada didalam atau di luar institusi;“liquor” ertinya apa-apa liquor yang mempunyai kekuatan alcohol;“meletak kereta” ertinya memberhentikan sesuatu kereta danmenyebabkan ia menunggu sesuatu maksud, lain daripada maksud untuk23

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174mengambil atau menurunkan orang, barang-barang atau barang-barangpenumpang;“orang berkuasa” ertinya seseorang yang diberi kuasa dengansewajarnya untuk bertindak bagi pihak Institusi;“pegawai” ertinya seseorang yang menyandang sesuatu jawatandalam Institusi atau dalam sesuatu badan yang ditubuhkan oleh atau dibawah Institusi atau yang bertugas di Institusi, sama ada jawatan itu jawatansukarela, atau untuk mendapat saraan, atau selainnya;“pegawai perpustakaan” ertinya seseorang yang menjagaperpustakaan dengan sewajarnya di dalam Institusi pada bila-bilamasa;“pelajar biasiswa” termaksuklah seseorang pelajar yang belajar dengansesuatu biasiswa, dermasiswa, pinjaman, anjuran, cuti bergaji atau cuti tanpagaji atau dengan pemberian apa-apa kemudahan lain, daripada mana-manaKerajaan, Institusi, pihak berkuasa berkanun, pertubuhan perdagangan atauperniagaan atau badan lain;“pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang tinggal dalam sesuatuasrama;“pembicaraan tatatertib” ertinya pembicaraan tatatertib di bawahKaedah-kaedah ini;“peperiksaan” ertinya apa-apa bentuk penilaian atau pengukuran atau ujianatau sebahagian daripadanya yang membawa markah atau gred bagi sesuatukursus atau sebahagian daripada kursus;“pihak berkuasa tatatertib” ertinya Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau di manaberkenaan, seseorang atau sesuatu lembaga yang diwakilkan oleh PegawaiHal Ehwal Pelajar dengan tugas-tugas, kuasa-kuasa ataukewajipan-kewajipan tatatertib di bawah seksyen-seksyen kecil (3) seksyen5;“racun” ertinya apa-apa benda yang dinyatakan namanya dalam ruang satudalam Senarai Racun dalam Ordinan Racun 1952 dan termasuklah apa-apasediaan, larutan, sebatian, campuran atau benda semulajadi yangmengandungi benda itu;24

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174“tanda lalulintas” termasuklah apa-apa syarat, tiang tanda amaran, tiangarahan, tanda atau alat yang didirikan atau diadakan di atas atau berhampirandengan jalan untuk maklumat, panduan, atau arahan orang-orang yangmenggunakan jalan;“Warden” ertinya pegawai yang menjaga sesuatu asrama dan termasuklahseseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagipihaknya atau untuk membantunya.3. Seseorang pelajar tidak boleh –BAHAGIAN IITATATERTIB AM(a)(b)(c)(d)(e)berkelakuan, sama ada di dalam atau di luar kampus, secara yangboleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan,kesentosaan atau nama baik Institusi, atau kepada kepentingan,kesentosaan atau nama baik mana-mana pelajar, kakitangan, pegawaiatau pekerja Institusi, atau kepada ketenteraman atau keselamatanawam, atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib;melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undangbertulis, sama ada di dalam atau di luar kampus;menggendalakan atau dengan apa-apa cara mengganggu, ataumenyebabkan digendala atau dengan apa-apa cara diganggu, apa-apapengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran atau apa-apaaktiviti yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengankebenaran Institusi, atau melakukan apa-apa perbuatan yang bolehmenyebabkan penggendalaan atau penggangguan itu;menahan, menghalang atau mengganggu atau menyebabkan ditahan,dihalang atau diganggu, mana-mana kakitangan, pegawai ataupekerja Institusi atau seseorang yang bertindak di bawah arahan ataukebenaran kakitangan pegawai atau pekerja itu, daripadamenjalankan kerja, kewajipan atau tugasnya, atau melakukan apa-apaperbuatan yang boleh menyebabkan penahanan, penghalangan ataupenggangguan itu;menahan atau menghalang, atau menyebabkan ditahan atau dihalang,mana-mana pelajar daripada menghadiri sesuatu kuliah, tutorial atau25

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174kelas atau daripada mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yangsah, atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkanpenahanan atau penghalangan itu;(f)(g)(h)(i)(j)mengorganisasi, mengapikan atau menyertai pemboikotan sesuatupeperiksaan, kuliah, tutorial, kelas, atau lain-lain aktiviti yang sahyang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaranInstitusi;merosakkan dengan apa-apa cara apa-apa harta Institusi, ataumelakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan kerosakanitu;mengusik, mengganggu, mengalih atau dengan apa-apa caramelakukan sesuatu ke atas apa-apa jua benda, objek, barang atauharta, atau dengan diketahuinya melakukan apa-apa perbuatan ataumenyebabkan apa-apa perbuatan dilakukan di dalam kampus dengantujuan untuk menyebab atau mungkin menyebabkan apa-apahalangan, kesusahan, kegusaran, kerugian, atau kerosakan kepadaseseorang;melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan atau kehendakpegawai perpustakaan, seseorang kakitangan perpustakaan ataulain-lain pekerja perpustakaan mengenai penggunaan perpustakaan,buku-bukunya dan lain-lain kemudahan di dalamnya;membawa masuk atau keluar ke dalam atau daripada bilikpeperiksaan apa-apa buku, kertas, dokumen atau gambar, kecualiyang dibenarkan oleh pemeriksa, atau menerima apa-apa buku,kertas, dokumen atau gambar daripada mana-mana orang lain semasadi dalam bilik peperiksaan itu, kecuali bahawa seseorang pelajarboleh semasa ia di dalam bilik peperiksaan itu, menerima daripadapenyelia apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar atau lain-lain bendayang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif Institusi;(k)berhubung dengan mana-mana pelajar lain dalam masa peperiksaandengan apa-apa cara jua pun.4. Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri sesuatu kuliah,tutorial, kelas atau lain-lain pengajaran berhubung dengan kursus26

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174pengajiannya, ia hendaklah menghadirinya melainkan jika iamendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada KetuaJabatan dan melainkan hal keadaan tidak mengizinkan ia untukmendapatkan kebenaran secara bertulis itu terlebih dahulu dan adasebab atau alasan yang munasabah kerana tidak hadir, dan dalam halyang demikian pelajar itu hendaklah, dengan seberapa segera yangboleh kemudiannya, memberitahu secara bertulis kepada KetuaJabatan dengan memuaskan hatinya, sebab-sebab ia tidak hadir danmendapatkan kelulusan secara bertulis mengenainya.5. (1) Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri latihan amali ataupengajaran-pengajaran lain berhubungan dengan kursus pengajiannya,pelajar itu hendaklah menghadiri latihan amali atau pengajaran-pengajaranitu, melainkan jika dia mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahuludaripada Ketua Jabatan di mana latihan itu dijalankan dan melainkan jika halkeadaan tidak mengizinkan pelajar itu untuk mendapatkan kebenaran ituterlebih dahulu dan ada sebab atau alasan yang munasabah kerana tidak hadirdan dalam hal yang demikian dia hendaklah dengan seberapa segera yangboleh kemudiannya memberi secara bertulis kepada Ketua Jabatan itudengan memuaskan hati Ketua Jabatan itu, sebab-sebab dia tidak hadir danmendapatkan kelulusan secara bertulis mengenainya.(2) Semasa menjalani latihan amali, seseorang pelajar adalah tertaklukkepada peraturan-peraturan atau arahan-arahan tempat di mana latihan itudijalankan dan juga peraturan-peraturan dan arahan-arahan Institusi.(3) Jika sekiranya ada apa-apa yang berlawanan atau bercanggahanantara peraturan-peraturan Institusi dengan peraturan-peraturan di manalatihan dijalankan, maka peraturan-peraturan Institusi hendaklah terpakai.6. Seseorang pelajar hendaklah berpakaian secara sopan atau bersesuaianketika menghadiri kuliah, tutorial, peperiksaan, kelas, bengkel atau ketikamelibatkan diri atau menghadiri apa-apa aktiviti sama ada di dalam atau diluar kampus atau semasa berada di mana-mana bahagian di dalam kampus.7. Jika kursus pengajian seseorang pelajar memerlukan ia masuk sesuatupeperiksaan dan ianya tidak tersekat daripada masuk peperiksaan itu, iahendaklah masuk peperiksaan itu, melainkan jika ia mendapat kebenaransecara bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Eksekutif dan melainkan jikahal keadaan tidak mengizinkan ia mendapatkan kebenaran itu terlebihdahulu dan ada sebab dan alasan yang munasabah kerana tidak masukpeperiksaan itu, dan dalam hal yang demikian pelajar itu hendaklah, denganseberapa segera yang boleh kemudiannya, memberitahu secara bertulis27

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174kepada Ketua Eksekutif dengan memuaskan hatinya sebab-sebab ia tidakmasuk peperiksaan itu dan mendapatkan kelulusan secara bertulismengenainya.8. (1) Tertakluk kepada perenggan (2), seseorang pelajar tidak bolehmenggunakan teks sesuatu kuliah atau pengajaran yang disampaikankepadanya di Institusi kecuali bagi maksud mengikuti kursus pengajiannya;khususnya, ia tidak boleh menyalin dengan apa-apa cara kesemua ataumana-mana bahagian daripada teks itu bagi maksud penerbitan ataupendengaran sama ada untuk mendapatkan bayaran atau tidak.(2) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagaimenyekat budi bicara Ketua Eksekutif untuk membenarkan seseorangpelajar atau sesuatu pertubuhan atau badan atau kumpulan pelajar, membuatsalinan-salinan teks sesuatu kuliah atau pengajaran di bawah kawalan danarahan Ketua Eksekutif atau mana-mana kakitangan Institusi sebagaimanayang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif, dan pada memberi kebenaran ituKetua Eksekutif boleh mengenakan apa-apa had dan syarat yangdifikirkannya perlu atau bermanafaat.9. (1) Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran KetuaEksekutif atau kebenaran seseorang yang dibenarkan secara bertulis olehKetua Eksekutif untuk memberi kebenaran itu, boleh mengadakan,mengorganisasi, memanggil, atau menyebabkan diadakan, diorganisasi,dipanggil, atau dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan,mengorganisasi, memanggil, sesuatu perhimpunan seramai lebih daripadalima orang di mana-mana bahagian kampus dipunyai oleh atau yang ada dibawah milik atau kawalan Institusi atau yang digunakan bagimaksud-maksud Institusi.(2) Pada memberi kebenaran yang tersebut dalam perenggan (1) KetuaEksekutif atau orang yang diberi kuasa olehnya untuk memberi kebenaranitu boleh mengenakan apa-apa sekatan, had atau syarat yang difikirkannyaperlu atau bermanafaat berhubung dengan perhimpunan yang dicadangkanitu.(3) Tiada seseorang pelajar boleh dengan diketahuinya menghadiri ataumenyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan bersalahan denganperenggan (1) atau (2).10. Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar boleh mempunyai, atau menggunakan, atau ada dalam28

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174milik, jagaan atau kawalannya, sesuatu pembesar suara, pelaung, penguatsuara, atau lain-lain alat yang seumpamanya;Dengan syarat bahawa Ketua Eksekutif, atau seseorang yang diberi kuasaolehnya secara bertulis, boleh membenarkan secara bertulis, apa-apa alatuntuk dipunyai, digunakan atau dimiliki oleh seseorang pelajar atau sesuatupertubuhan pelajar untuk apa-apa maksud dan tertakluk kepada apa-apasekatan, had atau syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Ketua Eksekutifatau orang yang diberi kuasa olehnya sebagaimana tersebut di atas perlu ataubermanafaat dikenakan pada memberi kebenaran itu.11. Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar boleh –(a)(b)(c)membuat atau menyebabkan dibuat atau melakukan sesuatuperbuatan untuk membuat atau menyebabkan dibuat; ataumengibar, mempamer, menunjukkan atau dengan apa-apa caramenggunakan atau menyebabkan dikibar, dipamer,ditunjukkan atau dengan apa-apa cara digunakan; ataumempunyai atau ada dalam milik, jagaan atau kawalannya,sesuatu bendera, panji-panji , plakad, poster, lambang ataulain-lain alat yang boleh menggalakkan perbuatan-perbuatanmelanggar tatatertib, kekacauan, keengkaran atau pelanggaranterhadap Kaedah-kaedah ini.12. (1) Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar boleh menerbitkan, membahagi-bahagi atau mengedarkanapa-apa dokumen di dalam atau di luar kampus;Dengan syarat bahawa Ketua Eksekutif, atau seseorang yang diberikuasa olehnya secara bertulis, boleh membenarkan secara bertulis sesuatudokumen tertentu diterbitkan, dibahagi-bahagikan atau diedarkan untukapa-apa maksud dan tertakluk kepada apa-apa sekatan, had atau syaratsebagaimana yang difikirkan oleh Ketua Eksekutif atau orang yang diberikuasa olehnya sebagaimana tersebut di atas perlu atau bermanfaat dikenakanpada memberi kebenaran itu.(2) Kebenaran yang dikehendaki di bawah kaedah ini adalah tambahankepada apa-apa lesen, permit atau lain-lain bentuk kebenaran yangmungkin dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis29

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174yang lain.13. Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar boleh mengorganisasi, menjalankan atau menyertaisesuatu aktiviti di luar kampus, kecuali dengan mendapat kebenaran bertulisKetua Eksekutif terlebih dahulu dan dengan mematuhi dengan sewajarnyaapa-apa sekatan, had atau syarat yang difikirkan oleh Ketua Eksekutif perluatau bermanfaat dikenakan.14. Tiada seseorang pelajar, di dalam atau di luar kampus, boleh bertugasdalam apa-apa pekerjaan, perniagaan, perdagangan atau aktiviti lain,sama ada sepenuh atau separa masa, yang pada pendapat Ketua Eksekutifadalah tidak diingini.15. Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar, boleh, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripadaKetua Eksekutif membuat, berhubung dengan apa-apa perkara berkaitandengan Institusi atau dengan kakitangan atau pelajar-pelajar Institusi itu, atassifat mereka sebagai demikian, atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnyasebagai seorang pelajar Institusi itu, apa-apa rayuan atau apa-apaperhubungan lain, sama ada secara lisan atau secara bertulis atau denganapa-apa cara lain, kepada seseorang pegawai awam, atau kepada akhbar, ataukepada orang ramai dalam masa sesuatu syarahan, ucapan atau pernyataanawam atau dalam masa sesuatu penyiaran dengan suara atau gambar.16. Tiada seseorang pelajar, dan tiada satu pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa bantahan secara lisan atau secarabertulis atau dengan apa-apa cara lain terhadap kemasukan seseorang, badanatau kumpulan orang ke dalam kampus, atau terhadap kehadiran orang,badan atau kumpulan itu dalam kampus, atau terhadap pengeklusian ataupenyingkiran orang, badan atau kumpulan itu dari kampus.17. Tiada seseorang pelajar, dan tiada satu pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar, boleh mengorganisasi, mengurus, menjalankan ataumembantu dalam mengorganisasi, mengurus, atau menjalankan, ataumenyertai, apa-apa judi, pertaruhan atau loteri dalam kampus.18. (1) Tiada seseorang pelajar boleh meminum atau ada dalam miliknyaatau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa liquor di dalamkampus.(2) Seseorang pelajar yang didapati dalam keadaan mabuk di dalamkampus adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.30

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 17419. (1) Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawahjagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah di dalam kampus.(2) Tiada seseorang pelajar, dan tiada satu pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar, boleh membahagi-bahagi, mengedar atau mempamerkan,atau menyebab dibahagi-bahagi, diedar atau dipamerkan atau denganapa-apa cara mengambil bahagian dalam membahagi-bahagi, mengedar.atau mempamer apa-apa bahan lucah di dalam kampus; seseorang pelajaradalah disifatkan sebagai membahagi-bahagi, mengedar, ataumempamerkan sesuatu bahan lucah, tidak kira sama ada pembahagian,pengedaran, atau pemameran itu adalah untuk mendapat bayaran atauapa-apa alasan lain.(3) Tiada seseorang pelajar boleh melihat atau mendengar secara sengajaapa-apa bahan lucah di dalam kampus.20. (1) Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawahjagaan atau kawalannya apa-apa dadah atau racun.(2) Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawahjagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat, radas atau barang yang, padapendapat pihak berkuasa tatatertib, adalah direka bentuk atau dimaksuduntuk digunakan bagi memakan atau meminum atau menghisap ataumenyedut atau memasukkan ke dalam badannya dengan jalan cucuk ataudengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.(3) Tiada seseorang pelajar boleh memberi, membekal, mengadakan ataumenawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal,mengadakan atau menawarkan apa-apa dadah atau racun kepadamana-mana orang.(4) Tiada seseorang pelajar boleh makan atau minum atau menghisap,atau menyedut, atau memasukkan ke dalam badannya dengan jalancucuk atau dengan apa-apa jua cara lain, apa-apa dadah atau racun.(5) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai melarangseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh atau dibawah tentubatan seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawahAkta Perubatan, 1971.(6) Seseorang pelajar yang didapati menggunakan atau mengambil, ataumenyalahgunakan atau menagih apa-apa dadah atau racun adalah bersalahatas suatu kesalahan tatatertib.31

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 17421. Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang bolehmenjejaskan kebersihan dan kekemasan tempat tinggal seseorangpelajar di dalam kampus atau kebersihan atau kekemasan mana-manaasrama, dewan kuliah, jalan, taman atau kebersihan atau kekemasanmana-mana bahagian lain kampus atau kebersihan atau kekemasanmana-mana bangunan atau binaan lain di dalam kampus.22. Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi atau bisingatau menyebabkan diterbitkan apa-apa bising atau bunyi, dengan apa-apajalan atau dengan apa-apa cara, jika bising atau bunyi itu menyebabkan ataumungkin menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada orang-orang lain didalam kampus.23. Tiada seseorang pelajar boleh menggunakan atau menyebabdigunakan mana-mana bahagian kampus atau mana-mana bahagian daripadamana-mana bangunan di dalam kampus sebagai tempat tinggal atau tempattidur, kecuali tempat yang disediakan baginya dalam asrama dalam Institusi.24. Seseorang pelajar tidak boleh memasuki mana-mana bahagiankampus atau mana-mana bahagian daripada bangunan di dalam kampus jikapelajar-pelajar amnya atau pelajar atau golongan pelajar-pelajar yangberkenaan, khususnya, adalah dilarang masuk ke dalamnya.25. (1) Institusi hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap pelajarnya suatukad pengenalan yang disebut Kad Pelajar yang mana hendaklah adapadanya foto pelajar itu dan berupa dan mengandungi apa-apa butirsebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar.(2) Tiap-tiap pelajar hendaklah ada Kad Pelajar dalam miliknya padasetiap masa di dalam kampus dan hendaklah mengemukakannya apabiladikehendaki berbuat demikian oleh seseorang orang berkuasa.(3) Seseorang pelajar hendaklah memakai Kad Pelajarnya denganapa-apa cara, pada bila-bila peristiwa dan pada bila-bila masasebagaimana yang diarahkan, dari semasa ke semasa, oleh PegawaiHal Ehwal Pelajar.26. Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahanatau kehendak yang sah yang diberi atau dibuat oleh mana-manakakitangan, pegawai atau pekerja Institusi yang diberi kuasa untuk memberiatau membuatnya dalam kampus, maka pelajar itu adalah bersalah atas suatukesalahan tatatertib.32

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174BAHAGIAN IIITATATERTIB ASRAMA27. (1) Tiada seseorang boleh memasuki atau berada dalam bilik yangdiduduki oleh seseorang pelajar menetap kecuali pelajar menetap itusendiri:Dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah dipakai bagiseseorang kakitangan, pegawai, pekerja atau ejen Institusi yangmemasuki bilik itu bagi maksud menjalankan tugas-tugas,kewajipan-kewajipan atau tanggungjawab-tanggungjawabnya, atau bagiseseorang yang memasukinya atau berada di dalamnya mengikut sesuatukebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak waden:Dan selanjutnya dengan syarat bahawa perenggan ini tidakboleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar daripadamemasuki bilik seseorang pelajar menetap dari jantina yang sama untuklawatan bagi maksud sosial yang biasa.(2) Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seseorang pelajarmenetap memastikan supaya sekatan-sekatan dalam perenggan (1)dipatuhi dengan semestinya berkenaan dengan bilik yang didudukiolehnya itu.28. Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan sesuatu untukmenghalang, merintang atau menahan seseorang kakitangan,pegawai, pekerja atau ejen Institusi daripada memasuki bilik pelajar menetapdan menjalankan tugas-tugas, kewajipan-kewajipan atautanggungjawab-tanggungjawab di bilik itu.29. Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar asrama selepaspukul 11.00 malam kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh atau bagipihak Warden.30. Selepas pukul 11.00 malam, kecuali pelajar-pelajar menetap dalamasrama mereka masing-masing, tiada seseorang pelajar lain boleh beradadalam premis asrama kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh atau bagipihak Warden.31. (1) Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis asrama dengancermat yang sewajar dan tidak boleh melakukan sesuatu yang33

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lainkepada mana-mana bahagian taman atau bangunan atau apa-apa benda ataulengkapan di dalamnya.(2) Dalam menggunakan premis asrama dan kemudahan-kemudahan didalamnya seseorang pelajar hendaklah berhemat cermat bagi mempastikansupaya ia tidak dengan demikian itu menyebabkan apa-apa kesusahan,kegusaran, halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang lain.32. Jika seseorang pelajar diuntukkan sebuah bilik untuk tempattinggalnya oleh Institusi, ia tidak boleh menukar tempat tinggalnya kemana-mana bilik lain tanpa mendapat kebenaran secara bertulisterlebih dahulu yang diberi oleh atau bagi pihak Warden.33. (1) Seseorang pelajar menetap tinggal di sesuatu asrama mengikutbudi bicara dan kesukaan mutlak Institusi.(2) Institusi boleh menghendaki seseorang pelajar menetapmengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggallain yang disediakan oleh Institusi pada bila-bila masa tanpa memberiapa-apa sebab.(3) Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki di bawah perenggan (2)mengosongkan atau berpindah dari tempat tinggalnya, ia hendaklahberbuat demikian dalam tempoh itu mengeluarkan semua barangkepunyaannya dari tempat tinggal yang ia dikehendaki mengosongkan ataudari mana ia dikehendaki berpindah itu.34. Warden atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya boleh,dari semasa ke semasa memberi secara lisan atau secara bertulis,apa-apa perintah atau arahan yang difikirkannya perlu atau bermanfaat untukmemelihara ketenteraman dan tatatertib dalam asrama, dan perintah atauarahan itu boleh pada amnya mengenai semua pelajar atau sesuatu golonganatau perihal pelajar atau seseorang pelajar tertentu, dan adalah menjadikewajipan tiap-tiap pelajar yang mengenainya perintah atau arahan itu diberimematuhi dan melaksanakannya.BAHAGIAN VITATATERTIB LALULINTAS JALAN35. (1) Seseorang pelajar yang bercadang hendak menyimpan, memiliki atau34

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174mempunyai apa-apa kereta motor di dalam kampus hendaklah,pertamanya, memohon kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan mendapatkandaripadanya suatu kebenaran bertulis berkenaan dengannya; permohonondan kebenaran bertulis itu hendaklah dalam borang sebagaimana yangditetapkan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar, tertakluk kepada perenggan (2).(2) Permohonan untuk kebenaran itu hendaklah dibuat oleh pelajar itusecara bertulis menyatakan perihal kereta motor itu dan hendaklah disertaidengan lesen kereta motor itu yang berkuat kuasa pada masa itu dan polisiinsuran pihak ketiga yang berkuat kuasa pada masa itu berkenaan dengankereta motor itu dan suatu lesen memandu yang sah berkenaan denganpemohon itu; pemohon itu hendaklah juga menyatakan apa-apa kesalahantatatertib yang ia telah didapati bersalah atasnya pada bila-bila masa.(3) Kebenaran bertulis Pegawai Hal Ehwal Pelajar itu hendaklah diberi dalamborang sebagaimana yang diarahkannya dan hendaklah sentiasa ditunjukkandengan mudah dilihat pada kereta motor itu.(4) Kebenaran bertulis itu hendaklah dibaharui pada tiap-tiap tahun danperuntukan-peruntukan perenggan (1) dan (2) hendaklah dipakai mutatismutandis bagi permohonan untuk membaharui kebenaran bertulis itu.(5) Pegawai Hal Ehwal Pelajar boleh enggan memberi kebenaran dibawah kaedah ini atau boleh membatalkan apa-apa kebenaran yang telahdiberi di bawah kaedah ini jika ia berpuas hati bahawa adalah berlawanandengan kepentingan Institusi bagi pelajar itu memegang kebenaran itu.36. Pegawai Hal Ehwal Pelajar hendaklah mengarahkan supaya suatudaftar disenggara bagi semua kereta motor yang disimpan, dimiliki ataudipunyai oleh pelajar-pelajar dalam kampus mengikut bentuk yangdifikirkan patut oleh Pegawai hal Ehwal Pelajar.37. Tiada seseorang pelajar boleh memandu sesebuah kereta motor dalamkampus selaju lebih daripada yang ditunjukkan oleh sesuatu tandalalulintas.38. Tiada seseorang pelajar boleh memandu sesebuah kereta motor dimana-mana tempat melainkan di bahagian jalan yang digunakan sebagaijalan lalu bagi kereta-kereta motor; khususnya tiada sesebuah kereta motorboleh dipandu oleh seseorang pelajar di atas siar kaki berturap, bahu jalan,tepi rumput, lorong kaki atau lain-lain tempat sama ada di sisi jalan lalu bagikereta-kereta motor atau selainnya yang biasanya tidak dimaksudkan atautidak disediakan khas untuk jalan-jalan bagi kereta-kereta motor.35

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 17439. Tiada seseorang pelajar boleh memandu atau menunggang sesuatukereta di atas koridor, beranda, kaki lima, halaman berkepung ataudalam mana-mana bahagian daripada mana-mana bangunan.40. Tiada seseorang pelajar boleh meletak apa-apa kereta di mana-manatempat atau dengan apa-apa cara yang menyebabkan bahaya,halangan atau kesusahan kepada mana-mana orang atau kereta lain.41. Jika sesuatu ruang letak kereta diuntukkan bagi sesuatu kereta motortertentu, tiada seseorang pelajar boleh meletak sesuatu kereta motor yanglain dalam ruang letak kereta itu.42. (1) Seseorang pelajar yang memandu sesuatu motorsikal beroda duatidak boleh membawa lebih daripada satu orang di atas motorsikal itu.(2) Tiada seseorang pelajar boleh membawa seseorang di atas sesuatumotorsikal beroda dua melainkan jika orang itu duduk tercelapak di belakangpemandu itu atas suatu tempat duduk yang direka bentuk dengan sempurnayang dipasang kepada motorsikal itu dengan kukuh.(3) Seseorang pelajar tidak boleh membenarkan dirinya dibawa di atassesuatu motorsikal beroda dua oleh seseorang, sama ada orang itupelajar atau bukan, bersalahan dengan perenggan (1) dan (2).43. Seseorang pelajar hendaklah mematuhi semua arahan lalu lintas dansemua tanda lalu lintas.44. Mana-mana pelajar yang memandu atau menjaga atau mengawalsesuatu kereta hendaklah membawa bersamanya suatu lesen memandu yangmasih sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta Pengangkutan Jalan1987 dan juga Kad Pelajarnya dan hendaklah mengemukakan untukdiperiksa oleh seseorang berkuasa apabila jua dikehendaki berbuat demikian.45. Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara ataumelakukan apa-apa perbuatan yang menghalang atau mengganggupergerakan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam kampus.46. (1) Peruntukan-peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan semuaperundangan kecil yang dibuat di bawahnya hendaklah dipakai bagipelajar-pelajar di dalam kampus seolah-olah jalan-jalan di dalam kampusadalah jalan awam dlam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan dibawah Akta tersebut dan di bawah perundangan kecil yang dibuat dibawahnya itu adalah kesalahan-kesalahan tatatertib berhubung dengan36

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174pelajar-pelajar dan boleh dikenakan hukuman sebagai kesalahan-kesalahantatatertib, dan oleh hal yang demikian tiap-tiap pelajar hendaklah mematuhiperuntukan-peruntukan itu di dalam kampus.(2) Tiada apa-apa jua dalam perenggan (1) boleh mengurangkantanggungan mana-mana pelajar atau mana-mana orang lain di dalam kampusbagi apa-apa kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ataumana-mana perundangan kecil yang dibuat di bawahnya.47. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh, menurut budi bicaranya, sebagaiganti mengambil tindakan tatatertib di bawah Bahagian V, mengenakanhukuman tatatertib terus, iaitu amaran atau denda tidak lebih daripada saturatus ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahantatatertib di bawah Bahagian ini di hadapan atau dalam penglihatan pihakberkuasa tatatertib itu:Dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dikenakan ke ataspelajar itu, pihak berkuasa tatatertib itu hendaklah memberitahu kepadanyatentang kesalahan tatatertib yang telah dilakukan olehnya dan memberi iapeluang untuk membuat rayuan lisan berkenaan dengannya di situ juga,kepada pihak berkuasa tatatertib itu.(2) Setelah mengenakan hukuman yang tersebut dalam perenggan (1),pihak berkuasa tatatertib hendaklah dengan serta merta menyerahkan kepadapelajar itu suatu notis bertulis mengenai hukuman yang dikenakan itu dalamsuatu borang sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai hal Ehwal Pelajar,dan jika hukuman yang dikenakan itu adalah denda, peruntukan-peruntukankaedah 63 dan 64 hendaklah dipakai.(3) Peruntukan-peruntukan kaedah ini hendaklah dipakai walau apapunperuntukan lain yang berlawanan dengannya dalam kaedah-kaedah ini.BAHAGIAN VACARA TATATERTIB48. Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahantatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripadahukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebihhukuman-hukuman itu disatukan sekali:37

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174(a)(b)(c)(d)(e)(f)(g)amaran;denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemuakemudahan-kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan;penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusiselama tempoh yang ditentukan;penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhanpeperiksaan di Institusi;penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempohyang ditentukan;pembuangan daripada Institusi,oleh pihak berkuasa tatatertib.49. Jika pada pendapat pihak berkuasa tatatertib seseorang pelajar telahmelakukan sesuatu kesalahan tatatertib, pihak berkuasa tatatertib hendaklahsecara bertulis, menghendaki pelajar itu hadir di hadapannya di sesuatu biliktatatertib pada sesuatu tarikh dan pada sesuatu masa sebagaimana yangditentukan oleh pihakberkuasa tatatertib itu.50. Jika seseorang pelajar tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertibmengikut sesuatu kehendak di bawah kaedah 49 ia hendaklah selepas sahajadaripada itu digantung daripada menjadi pelajar Institusi dan tidak bolehselepas itu berada atau memasuki kampus; penggantungan itu hendaklahberterusan sehingga pelajar itu bersetuju untuk hadir di hadapan pihakberkuasa tatatertib dan , sebenarnya, hadir di hadapan pihak berkuasatatatertib pada tarikh dan masa yang ditentukan oleh pihak berkuasatatatertib selepas pelajar itu bersetuju untuk hadir di hadapan pihak berkuasatatatertib.51. Dalam pembiacaraan tatatertib di dalam bilik tatatertib, pihakberkuasa tatatertib hendaklah menjelaskan kepada pelajar itu fakta-faktamengenai kesalahan tatatertib yang dikata telah dilakukan oleh pelajar itudan meminta ia membuat pengakuan atas kesalahan itu.52. Jika pelajar itu mengaku bersalah, pihak berkuasa tatatertib hendaklah38

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174menjelaskan fakta-fakta kes itu kepadanya; jika ia mengaku kebenaranfakta-fakta ini pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan iabersalah atas kesalahan tatatertib itu dan meminta ia membuat apa-aparayuan untuk mendapat hukuman ringan.53. Jika pelajar itu mengaku tidak bersalah atas kesalahan tatatertib atautidak atau enggan membuat pengakuan atau tidak mengaku kebenaranfakta-fakta kes itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memeriksamana-mana saksi atau apa-apa dokumen atau apa-apa jua benda lain bagimenyokong kes itu terhadap pelajar itu; pelajar itu hendaklah diberi peluangmenyoal saksi itu dan memeriksa dokumen atau benda itu, dan pihakberkuasa tatatertib boleh memeriksa semula saksi itu.54. Selepas keterangan yang tersebut dalam kaedah 53 diterima, pelajaritu hendaklah memberi keterangannya, memanggil mana-mana saksi ataumengemukakan apa-apa dokumen atau apa-apa jua benda lain untukpembelaannya; pihak berkuasa tatatertib boleh menyoal pelajar itu ataumana-mana daripada saksi-saksinya dan memeriksa mana-mana dokumenatau benda itu, dan pelajar itu boleh memeriksa semula mana-mana daripadasaksi-saksinya.55. Pihak berkuasa tatatertib boleh menyoal atau memanggil semulamana-mana saksi pada bila-bila masa sebelum ia mengumumkankeputusannya.56. Selepas mendengar saksi-saksi itu dan memeriksadokumen-dokumen atau lain-lain benda yang dikemukakan di hadapanya,pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan keputusannya dalam kesitu, dan jika ia memutuskan bahawa pelajar itu adalah bersalah ataskesalahan tatatertib itu ia hendaklah meminta pelajar itu membuat apa-aparayuan yang hendak dibuat olehnya untuk mendapat hukuman ringan.57. Selepas pelajar itu membuat rayuannya, jika ada, untuk mendapathukuman ringan di bawah kaedah 52 atau kaedah 56, mengikut mana yangberkenaan, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pelajaritu satu daripada hukuman-hukuman yang dinyatakan dalam kaedah 48 ataumana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali.58 (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh memerintahkan supaya mana-manadokumen atau apa-apa jua benda lain yang dikemukakan dihadapannya dalam perjalanan sesuatu pembicaraan tatatertib disimpandalam simpanannya atau simpanan seseorang sebagaimana yangditentukannya sementara menunggu pembicaraan tatatertib itu tamat.39

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174(2) Pihak berkuasa tatatertib hendaklah, apabila tamat pembicaraantatatertib yang dihadapannya itu, membuat apa-apa perintah yangdifikirkannya patut untuk melupuskan apa-apa dokumen atau apa-apa juabenda lain yang dikemukakan di hadapannya dalam perjalanan pembicaraantatatertib itu, dan boleh mengarahkan bahawa perintah itu hendaklah berkuatkuasa sama ada dengan serta-merta atau pada sesuatu masa sebagaimanayang ditentukannya.(3) Kuasa pihak berkuasa tatatertib di bawah perenggan (2) adalahtermasuk suatu kuasa untuk memerintahkan supaya dokumen atau benda itudilupuskan atau dilucu hak kepada Institusi.59. Pihak berkuasa tatatertib yang mengambil tindakan tatatertib terhadapseseorang pelajar di bawah kaedah-kaedah 49 hingga 58, termasukkedua-duanya hendaklah membuat atau menyebabkan dibuat nota-notabertulis mengenai pembicaraan itu tetapi nota-nota itu tidak perlu dibuatsepatah demi sepatah.60. Nota-nota yang tersebut dalam kaedah 59 hendaklah disimpan dalamsimpanan Pegawai Hal Ehwal Pelajar.61. Pegawai Hal Ehwal hendaklah menyenggara suatu daftar bagisemua pembicaraan tatatertib yang dijalankan di bawah Kaedah-kaedah ini;daftar itu hendaklah merekodkan nama pelajar, butir-butir kesalahantatatertib, kemajuan dalam perjalanan pembicaraan, keputusan pembicaraan,dan apa-apa maklumat atau butir-butir lain sebagaimana yang diarahkan olehPegawai Hal Ehwal Pelajar tersebut.62. (1) Jika seseorang pelajar telah didapati bersalah atas suatu kesalahantatatertib, Pegawai Hal Ehwal Pelajar hendaklah menghantar keputusanpembicaraan tatatertib itu kepada ibu bapa atau penjaga pelajar itu dankepada Menteri jika Menteri berkehendakkannya dan berkenaan denganseseorang pelajar biasiswa kepada pihak kuasa atau badan penaja ataupemberi biasaiwa itu dan penjamin-penjaminnya.(2) Ibu bapa atau penjaga pelajar itu atau penjamin-penjaminnya ataupihak berkuasa atau badan penaja atau pemberi biasiswa itu,mengikut mana yang berkenaan, adalah berhak mendapat suatu salinan yangdiperakui bagi nota-nota pembicaraan yang ditentukan oleh Pegawai HalEhwal Pelajar dan walau bagaimanapun bayaran itu tidak boleh lebihdaripada seratus ringgit.40

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174(3) Suatu salinan yang diperakui bagi nota-nota pembicaraan tatatertibyang dibuat di bawah kaedah 59 berkenaan dengan sesuatu kestertentu hendaklah diberi oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar kepada Menterijika Menteri berkehendakkannya.63. Jika pihak berkuasa tatatertib mengenakan suatu hukuman denda keatas pelajar itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menyatakan tempohdenda itu dikehendaki dibayar dan pelajar itu hendaklah membayar denda itudalam tempoh tersebut kepada Bursar.64. Jika pelajar itu tidak membayar denda itu dalam tempoh yangditentukan di bawah kaedah 63, ia hendaklah selepas sahaja daripada itudigantung daripada menjadi pelajar Institusi dan tidak boleh selepas ituberada atau memasuki kampus; penggantungan itu hendaklah berterusansehingga denda itu dibayar.65. (1) Jika sesuatu hukuman dikenakan ke atas seseorang pelajar di bawahkaedah 57, pihak berkuasa tatatertib boleh, sebagai tambahanmemerintahkan pelajar itu membayar apa-apa pampasan sebanyakyang ditetapkan olehnya berkenaan dengan apa-apa kerosakan kepadamana-mana harta atau berkenaan dengan apa-apa kerugian atau bencanamana-mana orang atas mana pelajar itu mungkin didapati bertanggungjawaboleh pihak berkuasa tatatertib dalam pembicaraan tatatertib itu; seseorangpelajar boleh diperintahkan membayar pampasan di bawah perenggan initidak kira sama ada harta yang rosak itu kepunyaan Institusi atau kepunyaanmana-mana orang lain.(2) Amaun pampasan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib dibawah perenggan (1) hendaklah suatu amaun yang patut dan munasabahdengan memberi perhatian kepada segala hal keadaan kes itu dan halkeadaan orang-orang yang terlibat di dalamnya.(3) Pampasan yang ditetapkan di bawah perenggan (1) hendaklah dibayaroleh pelajar itu kepada Bursar dalam tempoh yang ditentukan oleh pihakberkuasa tatatertib.(4) Peruntukan-peruntukan Kaedah 64 hendaklah dipakai mutatismutandis jika pelajar itu tidak membayar pampasan yang ditetapkan dibawah perenggan (1) dalam tempoh yang ditentukan di bawah perenggan(3).(5) Bursar hendaklah membayarkan pampasan yang dibayar oleh pelajardi bawah perenggan (3) itu kepada orang yang diperakui oleh pihak berkuasa41

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174tatatertib sebagai berhak menerimanya.(6) Apa-apa pampasan yang kena dibayar atau yang dibayar di bawahkaedah ini adalah tidak menyentuh hak mana-mana orang untuk mengambillangkah-langkah pembicaraan sivil dalam mahkamah undang-undang untukmendapatkan ganti rosak atau pampasan berkenaan dengan kerosakan ,kerugian atau bencana yang tersebut dalam perenggan (1) atau adalah tidakmenyentuh hak seseorang untuk menerima apa-apa bayaran atau pampasandi bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengankerosakan, kerugian atau bencana itu.66. Tiada seseorang boleh hadir dalam sesuatu pembicaraan tatatertibkecuali-(a)(b)(c)(d)pihak berkuasa tatatertib dan kakitangannya;pelajar yang terhadapnya langkah-langkah tatatertib adalahdiambil;ibu bapa atau penjaga pelajar itu;seseorang lain sebagaimana yang dibenarkan hadir olehpihak berkuasa tatatertib kerana sesuatu sebab khas.BAHAGIAN VIRAYUAN-RAYUAN67. (1) Jika seseorang pelajar tidak puashati dengan sesuatu keputusanpihak berkuasa tatatertib, pelajar itu boleh mengemukakan secara bertulisdalam dua salinan secara bertulis tentang cadangannya hendak merayuterhadap keputusan itu melalui Pegawai Hal Ehwal Pelajar dalam tempohempat belas hari dari tarikh keputusan itu telah diberi.(2) Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dengan terang alasan-alasan rayuanitu.68. Pegawai Hal Ehwal Pelajar hendaklah, apabila menerima rayuan itu,mengemukakannya kepada Menteri bersama dengan suatu salinan nota-notapembicaraan tatatertib yang berkenaan dengannya rayuan itu diberi.42

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 17469. (1) Menteri boleh, apabila menerima notis rayuan itu dan nota-notapembicaraan tatatertib daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar, memintaapa-apa maklumat atau butir lanjut yang difikirkannya patut berkenaandengan pembicaraan tatatertib itu.(2) Jika Menteri menolak secara terus rayuan itu di bawah seksyen-kecil (4)seksyen 5, keputusan Menteri itu hendaklah disampaikan kepada pelajar itumelalui Pegawai Hal Ehwal Pelajar.(3) Jika Menteri melantik suatu jawatankuasa di bawah seksyen-kecil (5)seksyen 5, untuk menimbangkan rayuan itu, keputusan Menterimengenai rayuan itu yang dibuat selepas menerima syor-syorjawatankuasa itu hendaklah disampaikan kepada pelajar itu melaluiPegawai Hal Ehwal Pelajar.70. Sesuatu rayuan yang dibuat oleh seseorang pelajar tidak berkuatkuasasebagai menggantung pelaksanaan hukuman yang dikenakan dibawah kaedah 57 atau sebagai menggantung pembayaran apa-apapampasan yang diperintah supaya dibayar di bawah kaedah65, melainkan jika Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau Menterimengarahkan sebaliknya.BAHAGIAN VII71. (I) Jika sesuatu kesalahan tatatertib telah dilakukan di bawahkaedah-kaedah ini, sama ada atau tidak seseorang pelajar telahdidapati bersalah berkenaan dengannya dan kesalahan tatatertib itu telahdilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihaksesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Institusi yang ditubuhkanoleh, di bawah atau mengikut Akta ini atau mana-mana lain pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar Institusi, maka tiap-tiap pemegang-pemegangjawatan bagi pertubuhan, badan atau kumpulan itu dan tiap-tiap pelajar yangmenguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan ataukumpulan itu pada masa berlakunya kesalahan tatatertib itu hendaklahdisifatkan sebagai bersalah atas kesalahan tatatertib itu dan boleh dikenakanhukuman baginya, melainkan jika ia membuktikan dengan memuaskan hatipihak berkuasa tatatertib yang berkenaan bahawa kesalahan tatatertib itutelah dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa ia telah menjalankanAM43

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174segala usaha yang sewajarnya untuk mencegah berlakunya kesalahantatatertib itu.(2) Tindakan akan diambil di bawah kaedah ini terhadap seseorangpemegang jawatan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulanseperti tersebut dalam perenggan (1) atau terhadap seseorang pelajaryang menguruskan atau membantu dalam pengurusannya, walaupun iamungkin telah tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahantatatertib itu.(3) Dalam sesuatu pembicaraan tatatertib di bawah kaedah ini terhadapseseorang pemegang jawatan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulanseperti tersebut dalam perenggan (1) atau terhadap seseorang pelajar yangmenguruskan atau membantu dalam pengurusannya, apa-apa dokumen yangdijumpai dalam milik seseorang pemegang jawatan pertubuhan, badan ataukumpulan itu, atau dalam milik seseorang pelajar yang menguruskan ataumembantu dalam pengurusannya, atau dalam milik seseorang ahlipertubuhan , badan atau kumpulan itu adalah menjadi keterangan prima faciemengenai kandungannya bagi maksud membuktikan bahawa sesuatu telahdilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihakpertubuhan, badan atau kumpulan itu.72. Dalam sesuatu pembicaraan tatatertib terhadap seseorang pelajar -(a)(b)(c)tidaklah perlu membuktikan bahawa sesuatu pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar mempunyai sesuatu nama atau bahawaianya telah ditubuhkan atau adalah biasanya dikenali dengan sesuatunama yang tertentu;jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai ahli-ahli, meteri, panji-panjiatau insignia bagi atau berhubung dengan atau berupa sebagaiberhubung dengan sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan orangadalah dijumpai dalam milik, simpanan atau di bawah kawalanseseorang pelajar, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikansebaliknya bahawa pelajar itu adalah seorang ahli pertubuhan, badanatau kumpulan itu dan pertubuhan, badan atau kumpulan ituhendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai wujudpada masa buku, akaun, tulisan, senarai ahli-ahli meteri, panji-panjiatau insignia itu dijumpai sedemikian;danjika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai ahli-ahli meteri,44

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174panji-panji atau insignia bagi atau berhubung dengan sesuatupertubuhan, badan atau kumpulan orang adalah dijumpai dalam milik,simpanan atau di bawah kawalan seseorang pelajar, maka hendaklahdianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa pelajar itu adalahmembantu dalam pengurusan pertubuhan, badan dan kumpulan itu.73. Seseorang pelajar yang melakukan pelanggaran terhadap atau yangtidak mematuhi, atau yang melanggar, mana-mana daripadakaedah-kaedah ini atau mana-mana sekatan, syarat atau had yang dikenakandi bawah Kaedah-kaedah ini atau mana-mana perintah atau arahan yangdiberi di bawah Kaedah-kaedah ini adalah bersalah atas suatu kesalahantatatertib.74. Tiada apa-apa jua dalam Kaedah-kaedah ini boleh mengurangkantanggungan seseorang pelajar atau seseorang lain bagi apa-apa kesalahan dibawah mana-mana undang-undang bertulis.75. (1) Tiap-tiap pelajar hendaklah memberi kepada Ketua Eksekutif alamatkediamannya atau apa-apa perubahan alamat itu yang akan menjadialamatnya bagi maksud menyampaikan kepadanya apa-apa notis ataudokumen yang dikehendaki disampaikan di bawah Kaedah-kaedah ini ataubagi maksud memberitahunya mengenai apa-apa perkara yang berhubungandengan Kaedah-kaedah ini.(2) Apa-apa dokumen, notis atau apa-apa komunikasi yang ditinggalkandi atau diposkan biasa ke alamat bagi penyampaian yang diberikan di bawahsubkaedah (1) hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahudengan sewajarnya kepada pelajar itu.45

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174JADUAL KETIGA(Seksyen 7, 8, 22 dan 23)JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR1. (1) Pelajar-pelajar sesuatu Institusi hendaklah memilih suatu JawatanKuasa Perwakilan Pelajar secara berikut:(a)(b)berkenaan dengan sesuatu Institusi yang mengadakan suatukursus pengajian hanya dalam satu bidang tertentu selama tempohbeberapa tahun, pelajar-pelajar bagi tiap-tiap satu tahun tertentuhendaklah memilih dengan kertas undi rahsia atau apa-apa cara lainyang ditentukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar, sesuatu bilanganyang sama banyak sebagaimana yang ditentukan oleh KetuaEksekutif daripada pelajar-pelajar yang belajar dalam satu-satu tahunitu.untuk menjadi wakil-wakil dalam JPP; atauberkenaan dengan sesuatu institusi yang mengadakanbeberapa kursus pengajian dalam berlain-lainanbidang, pelajar-pelajar tiap-tiap satu bidang tertentu hendaklahmemilih dengan kertas undi rahsia atau apa-apa cara lain yangditentukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar, sesuatu bilanganyang sama banyak sebagaimana yang ditentukan oleh KetuaEksekutif daripada pelajar-pelajar yang belajar dalam satu-satubidang itu untuk menjadi wakil-wakil dalam JPP; pembahagianmengenai pelajaran yang diadakan oleh sesuatu Institusi kepadaberbagai-bagai bidang pengajian bagi maksud-maksud perenggankecil ini hendaklah dibuat oleh Ketua Eksekutif dengan kelulusanMenteri.(2) Apa-apa soal tentang sama ada perenggan kecil (a) atauperenggan kecil (b) perenggan (1) dipakai bagi sesuatu Institusihendaklah ditentukan oleh Menteri dan penentuan itu adalahmuktamad.2. JPP hendaklah memilih dari antara ahli-ahlinya seorang YangDipertua, seorang Naib Yang Dipertua, seorang Setiausaha danseorang Bendahari, yang mana sahaja hendaklah menjadipemegang-pemegang jawatannya.3. Ahli-ahli JPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah dipilihuntuk satu tahun.46

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 1744. Keputusan-keputusan JPP hendaklah diambil dengan undi terbanyakdengan tidak kurang daripada dua per tiga daripada ahli-ahli hadir danmengundi.5. JPP boleh menubuhkan, dari semasa ke semasa, dengan terlebihdahulu mendapat kelulusan secara bertulis Pegawai Hal EhwalPelajar, jawatankuasa-jawatankuasa ad hoc dari antara ahli-ahlinyauntuk maksud-maksud atau tujuan-tujuan tertentu.6. Tiada seorang pelajar yang keputusan pembicaraan tatatertib terhadapnya masih ditunggu, atau yang telah didapati bersalah atassuatu kesalahan tatatertib, boleh dipilih atau masih menjadi seorangahli JPP atau seorang pemegang jawatan mana-mana badan ataujawatankuasa pelajar, melainkan jika dibenarkan secara bertulis olehKetua Eksekutif.7. Tujuan-tujuan dan tugas-tugas JPP ialah –(a)(b)(c)(d)(e)membantu dan menggalakkan, tertakluk kepada arahan KetuaEksekutif, kemajuan kemudahan-kemudahan bagipelajar-pelajar seperti kemudahan-kemudahan rekreasi danpembekalan makanan dan minuman;membuat rayuan kepada Ketua Eksekutif mengenaiperkara-perkara berhubung dengan keadaan-keadaan dalammana pelajar-pelajar tinggal dan berlajar,mengusahakan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yangditentukan oleh Ketua Eksekutif dari semasa ke semasa;untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu persatuan dikalangan pelajar-pelajar Institusi; danmembantu pihak berkuasa Institusi memelihara disiplinpelajar.8. JPP tidak boleh menyenggara apa-apa kumpulan wang atau membuatapa-apa pungutan wang atau harta daripada mana-mana sumber juapun tetapi apa-apa perbelanjaan yang munasabah sebagaimana yangdibenarkan oleh JPP boleh dibayar oleh Institusi jika tuntutan-tuntutanbertulis yang munasabah dengan disokong dengan resit-resit dan47

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174baucer-baucer adalah dikemukakan oleh JPP kepada Ketua Eksekutif dandiluluskan olehnya.9. Bendahari hendaklah menyimpan akaun-akaun JPP dengansewajarnya dan tidak lewat daripada tiga bulan selepas akhir tiap-tiaptahun kewangan, iaitu tahun kewangan sebagaimana yang ditentukanoleh Ketua Eksekutif, suatu salinan akaun-akaun tersebut yang diaudit olehseseorang yang dilantik oleh Ketua Eksekutif hendaklah dikemukakan olehJPP kepada Ketua Eksekutif untuk diluluskan.10. (1) JPP hendaklah mengadakan mesyuarat-mesyuarat dari semasa kesemasa sebagaimana yang difikirkannya perlu dan adalah menjadikewajipan Setiausaha menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat JPP danminit itu hendaklah disahkan dalam suatu mesyuarat yang kemudian.(2) JPP atau sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP hendaklah, tidak kurangdaripada empat puluh jam sebelum mengadakan suatu mesyuarat,memberi notis mengenai tarikh dan masa mesyuarat itu dan jugaagendanya kepada Ketua Eksekutif.(3) Tiap-tiap mesyuarat JPP atau mesyuarat sesuatu jawatankuasa ad hocJPP hendaklah diadakan hanya di suatu tempat yang disediakan bagimaksud mesyuarat-mesyuarat itu oleh Ketua Eksekutif.(4) Ketua Eksekutif atau wakilnya hendaklah hadir dalam tiap-tiap satumesyuarat JPP atau mesyuarat sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP,melainkan jika Ketua Eksekutif memutuskan sebaliknya berkenaan dengansesuatu mesyuarat tertentu.(5) Suatu salinan minit tiap-tiap satu mesyuarat JPP atau mesyarat sesuatujawatankuasa ad hoc JPP atau hendaklah diberi oleh JPP atau jawatankuasaad hoc itu kepada Ketua Eksekutif dalam masa tujuh puluh dua jam selepastiap-tiap satu mesyuarat.11. Rekod-rekod JPP atau rekod-rekod sesuatu jawatankuasa ad hoc JPPhendaklah sentiasa terbuka untuk diperiksa oleh Ketua Eksekutif atauwakilnya.12. Bagi maksud Jadual ini “pelajar” ertinya seorang, lain daripadaseseorang pegawai awam, yang mengikuti kursus pengajian dalamInstitusi:48

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174Dengan syarat bahawa seseorang adalah terhenti daripada menjadipelajar dalam erti perenggan ini mulai dari tarikh peperiksaan akhir bagikursus pengajiannya bermula, jika ia masuk peperiksaan itu.49

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!