13.07.2015 Views

"Marble Glass" Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Nombor ...

"Marble Glass" Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Nombor ...

"Marble Glass" Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Nombor ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.KAEDAH ‘MARBLE GLASS’ MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP ASASNOMBOR SATU HINGGA SEPULUHOlehChristine Kiankokchristine.kian@yahoo.comABSTRAKKajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan penggunaan kaedahmarble glass untuk membentuk nombor satu hingga sepuluh. Melaluipenggunaan kaedah ini, penguasaan murid-murid mengenai konsepnombor iaitu membilang serta mengecam nombor satu hingga sepuluhdengan betul. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran menulisnombor menggunakan cara yang betul. Tinjauan awal dijalankan denganmenggunakan senarai semak untuk mengetahui tahap penguasaan konsepnombor semua murid di Prasekolah Sekolah Rendah Kebangsaan MelawatiMawar. Seramai empat orang murid tidak dapat menguasai dalamkemahiran mengecam dan menulis nombor dengan betul. Instrumen yangdigunakan ialah Ujian Pra, Ujian Pos, pemerhatian serta perakam video.Data dianalisis secara kualitatif . Berdasarkan analisis borang pemerhatian,penggunaan keadah marble glass berjaya membantu murid-murid dalampenguasaan membilang dan mengecam nombor satu hingga sepuluh.Disamping itu, ia juga meningkatkan kemahiran menulis nombor satu hinggasepuluh dengan betul.Kata kunci : <strong>Nombor</strong> asas, tahap penguasaan, keberkesanan,meningkatkan, mengecamABSTRACTThis study was conducted to test the effectiveness of glass marble methodin forming numbers from one to ten. By using this method, it could helppreschool pupil to learn the concept of counting numbers and recognizingthe numbers one to ten correctly. In addition, it could also enhance thepupils writing skills in the right way. Initial survey was conducted using achecklist to find out the level of number concepts among all the pupils ofPre-School at Sekolah Rendah Kebangsaan Melawati Mawar. A total offour pupils students were not were nor able to identify and write thenumbers correctly. The instrument used was a pre-test, obeservation andvideo recorder. The data has been analyzed qualitatively. Based on theanalysis of the survey form, the use of glass marbles was a successfulmethod in helping pupils learning, identifying numbers and counting fromone to ten. In addition, it also enhanced the skills of writing numbers one toten correctly.Keywords: Basic numbers, level of proficiency, efficacy, enhance,recognizingSeminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL186


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.PENGENALANKonteksKanak-kanak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Maka,kurikulum yang digubal untuk kanak-kanak pada peringkat awal perlulah seimbangdan menyeluruh. Justeru itu, matlamat pendidikan awal kanak-kanak sesungguhnyabertujuan untuk memenuhi hak dan keperluan mereka. Sejak berdekad yang laluhinggalah ke saat ini, pendidikan awal kanak-kanak sering diberi perhatian danmenjadi satu topik perbincangan. Kajian memberikan kita pengetahuan dankemahiran yang diperlukan untuk membantu kita dalam membuat keputusan dalampelbagai konteks.Oleh sebab itu, saya telah memilih tajuk kajian iaitu mengenai kaedah penggunaanmarble glass dalam kalangan murid prasekolah. Tujuannya adalah untukmeningkatkan penguasaan kemahiran membilang dan mengecam nombor satuhingga sepuluh. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiranmenulis nombor dengan betul. Melalui kaedah ini, murid-murid berupaya untukbelajar sambil bermain menggunakan bahan konkrit iaitu marble glass.Refleksi Pengalaman Pengajaran dan PembelajaranSaya adalah seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus BatuLintang yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).Pengajian major saya adalah Prasekolah. Saya telah menjalani program praktikumfasa tiga di Sekolah Kebangsaan Melawati Mawar selama 12 minggu. Selepas itu,saya telah meneruskan perkhidmatan saya untuk menjalankan internship di sekolahyang sama selama empat minggu. Daripada pengalaman yang telah dialami disekolah tersebut, saya telah mendapati bahawa terdapat masalah telah berlakusemasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Saya telah mendapatibahawa majoriti murid-murid prasekolah masih belum menguasai konsep nomborsatu hingga sepuluh. Majoriti murid-murid hanya tahu untuk membilang nomborsatu hingga sepuluh menggunakan lagu. Namun apabila mereka diminta untukmembilang nombor satu hingga sepuluh tanpa menggunakan lagu, hanya 12 orangmurid sahaja yang berjaya melakukannya. Akan tetapi, untuk konsep nombor yanglain iaitu mengecam dan menulis nombor satu hingga sepuluh, majoriti murid-muriddi dalam kelas tersebut belum menguasainya.Saya menghadapi pelbagai masalah setiap minggu semasa pengajaran slotTunjang Sains dan Teknologi iaitu Awal Sains dan Awal Matematik pada praktikumfasa tiga dijalankan. Adakalanya saya terpaksa menukar aktiviti pengajaran danpembelajaran kerana murid-murid tidak dapat mengikuti aktiviti yang telahdirancang seperti yang terkandung dalam slot pengajaran. Murid-murid yang telahdapat mengecam nombor satu hingga sepuluh pula sering lupa mengenai caramenulis nombor dengan betul. Disamping itu, murid-murid juga sering keliru dengansusunan nombor yang betul. Saya hanya mendengar keluhan daripada murid-muridyang mereka tidak tahu untuk menulis nombor tersebut. Malahan, mereka banyakbertanya kepada saya bagaimana hendak membuat lembaran kerja tersebut.Melihat kepada perkara ini, saya berasa kecewa kerana murid-murid tidak dapatmengecam dan mengenal nombor. Kegagalan tersebut boleh memberi impak187Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.negatif dari aspek kemahiran kognitif murid-murid tersebut. Namun, saya jugamengakui bahawa mungkin saya tidak menggunakan pendekatan strategipembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan minat dan tahap perkembanganbagi murid-murid yang lemah.Saya ingin melihat perubahan dalam masalah yang telah dihadapi oleh murid-muridprasekolah tersebut. Murid-murid prasekolah perlu belajar kemahiran asas awalmatematik seperti membilang, mengecam dan menulis nombor satu hingga sepuluhdengan betul. Salah satu cara bagi menarik perhatian murid-murid prasekolahuntuk belajar asas awal matematik iaitu guru berperanan untuk memberikantugasan yang mereka dapat lakukan mengikut tahap keupayaan seseorang muridtersebut. Menurut The Assessment Standard for School Mathematics (NCTM,1995) mencadangkan tugasan yang diberikan kepada murid berkaitan denganmatematik perlulah murid tahu dan mampu untuk menyelesaikan tugasan tersebut.Saya adalah seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus BatuLintang yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).Pengajian major saya adalah Prasekolah. Mengikut pengalaman semasa praktikumfasa satu, dua dan tiga, saya mendapati murid-murid sentiasa ingin menyelesaikansoalan matematik sekiranya mereka minat terhadap pembelajaran dan pengajaranoleh guru.Saya telah mendapati bahawa majoriti murid-murid prasekolah masih belummenguasai konsep nombor satu hingga sepuluh. Majoriti murid-murid hanya tahuuntuk membilang nombor satu hingga sepuluh menggunakan lagu. Namun apabilamereka diminta untuk membilang nombor satu hingga sepuluh tanpa menggunakanlagu, hanya 12 orang murid sahaja yang berjaya melakukannya.Isu Keprihatinan“Cikgu, macam mana nak sebut nombor ini?” Itulah soalan yang dikemukakan olehsalah seorang murid kepada saya yang menyebabkan saya terperanjat. Kenyataanini merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan murid-murid membuatkesilapan dalam konsep kemahiran membilang dan mengecam nombor satu hinggasepuluh dengan betul.Masalah ini berlaku disebabkan oleh latar belakang keluarga, masalah keluarga,kekurangan perhatian daripada ibu bapa yang menyebabkan murid-murid tidakdapat mengenal dan mengecam nombor. Murid-murid cenderung untuk membuatlembaran kerja yang diberikan guru tanpa mengetahui tentang konsep nombor yangsebenar. Malahan, murid-murid tidak membuat latih tubi ataupun latihan sendiriyang mencukupi di rumah. Mereka hanya mengharapkan lembaran kerja yangdiberikan oleh guru semata-mata.Oleh sebab itu, saya telah membuat tinjauan awal mengenai tahap penguasaanmurid-murid pada minggu pertama semasa praktikum tiga dijalankan. Saya telahmenjalankan dua kali pemerhatian terhadap hasil kerja murid iaitu sebelum danselepas intervensi dijalankan. Berikut merupakan hasil kerja murid selepas tinjauanawal telah dibuat.Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL188


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.Objektif KajianKajian ini dijalankan untuk meneroka keberkesanan penggunaan marble glassdalam meningkatkan penguasaan konsep nombor satu hingga sepuluhmurid-murid. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis dengan carabetul nombor satu hingga sepuluh. Disamping itu, ia juga untuk melihat peningkatandalam penguasaan kemahiran membilang, mengecam dan menulis selepas ujianpos dijalankan.Persoalan KajianKajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut. Bolehkah penggunaan marble glass dapat meningkatkan penguasaan konsepasas nombor satu hingga sepuluh bagi murid prasekolah? Adakah penggunaan marble glass dapat meningkatkan penguasaanmembilang dan mengecam nombor satu hingga sepuluh murid prasekolah? Adakah kajian ini dapat menambahbaik amalan nilai pembelajaran danpengajaran saya?PELAKSANAAN TINDAKANPelaksanaan tindakan penting untuk memastikan perjalanan sesuatu kajian itudijalankan dengan teratur dan tersusun. Dalam bahagian pelaksanaan tindakan ini,meliputi dua bahagian iaitu perancangan tindakan dan pelaksanaan tindakan.Perancangan TindakanMenurut Jerome Bruner (1966) telah menyatakan bahawa pembelajaranmerupakan prose yang aktif. Ini bermaksud murid membina pengetahuannyasendiri atau konsep baru berasaskan pengalaman. Pembelajaran akan lebihberkesan jika murid berhadapan dengan masalah atau tugasan yang telah biasaditemui. Murid akan memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudahserta kekal melalui pembelajaran yang bermakna (Abu Hassan Kassim, 2003).Manakala, menurut Baroody (1977), mencadangkan kemahiran menyatakanbilangan kuantiti sesuatu objek dan membilang angka adalah kemahiran asaskanak-kanak yang dipelajari dan dibina oleh kanak-kanak semasa berumur lima keenam tahun. Witzel, Mercer dan Miller (2003) dalam kajiannya yang menyokongkeberkesanan pendekatan bahan manipulatif untuk mengembangkan kemahiranasas matematik murid-murid.Rohani Abdullah et al (2004) telah menyatakan bahawa urutan perkembanganpembelajaran Matematik di dalam komponen kognitif melalui tiga tahap iaitu yangpertama tahap konkrit dimana ia menggunakan bahan maujud dan objek, keduapula adalah tahap gambar iaitu penggunaan gambar dan diagram manakala tahapyang ketiga adalah tahap simbol iaitu penggunaan 1, 2, 3 dan seterusnya. Maka iniadalah jelas menunjukkan penguasaan tiga tahap ini penting dikuasai oleh kanakkanakbagi menguasai konsep nombor seterusnya persediaan kepadapembelajaran Matematik yang lebih tinggi.Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL190


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.Menurut Noraini (2003) yang menyatakan bahawa iringan irama lagu dengan rentaktertentu menguatkan lagi daya ingatan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkankebosanan serta dapat meningkatkan minat dan mendorong penumpuanseseorang.Pelaksanaan TindakanTempoh pelaksanaan aktiviti yang telah saya rancang adalah selama empatminggu iaitu semasa menjalankan internship di Sekolah Kebangsaan MelawatiMawar . Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti menggunakan marble glass adalahseperti berikut;Langkah 1Murid menyanyikan lagu “Ten Little Fingers” untuk kemahiran membilang danmengecam nombor satu hingga sepuluh. Berikut merupakan lirik lagu yangdinyanyikan oleh murid-murid.One little, two little, three little fingers,Four little, five little, six little fingers,Seven little, eight little, nine little fingers,Ten little fingers i have.Jadual 1Langkah 2Guru menunjukkan cara untuk menulis nombor satu hingga tiga dengan cara yangbetul. Selepas itu, guru meminta murid-murid untuk menulis nombor di udara untukmelihat pergerakan tangan menulis dengan betul.Langkah 3Murid mendapat bahan-bahan seperti marble glass, slippery mat dan kad imbasannombor (1 - 10). Guru akan menunjukkan cara yang betul untuk menggunakanmarble glass untuk membentuk serta menulis nombor (1 - 10) menggunakan arahanak panah yang ditunjukkan pada kad imbasan nombor sebagai panduan.Langkah 4Guru akan memberi arahan kepada murid-murid sebelum memulakan aktiviti untukmembentuk nombor menggunakan marble glass. Kemudian, murid-murid akanmenyusun marble glass membentuk nombor. Guru akan membuat pemantauanterhadap empat orang murid secara bergilir-gilir semasa mereka tengah menyusun.Langkah 5Setelah murid-murid dapat menyusun marble glass membentuk nombor denganbetul, guru memberikan lembaran kerja sebagai latihan pengukuhan konsep yangdipelajari.Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan tindakan yang telah dijalankan oleh sayasepanjang tempoh kajian tindakan dijalankan. Tempoh pelaksanaan tindakanaktiviti menggunakan marble glass dalam tempoh empat minggu.Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL191


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.menyeluruh serta memberi bukti dan sokongan dalam menjawab soalan-soalanpenyelidikan tindakan.PemerhatianSaya telah memerhati dan merekodkan hasil pemerhatian semasa pelaksanaanpenyelidikan tindakan. Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untukmelihat tingkah laku murid yang menunjukkan mereka minat untuk meneruskanpembelajaran. Berikut merupakan nota lapangan yang telah ditulis semasapemerhatian dijalankan terhadap murid-murid kajian pada 26 Jun 2012(rujuk jadual 2) iaitu minggu pertama semasa internship dan 18 Julai 2012(rujuk jadual 3) iaitu minggu keempat semasa internship dijalankan.Jadual 2 Catatan pemerhatian sayaPeristiwaGuru masuk ke kelas. Murid-muridbangun memberi salam dan kemudianduduk di hadapan guru.Guru bertanyamurid tentang apa yang telah merekapelajari pada kelas sebelum ini.Murid-murid diam dan berfikir.Kemudian, ramai murid mengangkattangan. Masing-masing ingin menjawab.Guru tunjuk seorang murid untuk jawab.Dia bangun dan memberi jawapan yangsalah. Guru tunjuk pula murid lain. Muridtersebut juga jawab salah. Muridseorang lagi angkat tangan dan jawab.Jawapan tetap salah.Guru bertanyasoalan tentang kemahiran membilangnombor satu hingga sepuluh.Murid-murid berebut-rebut inginmenjawab. Murid terus menjawab tanpaangkat tangan. Guru tetap meneruskansesi soal jawab sehingga murid-muridberasa bosan. Guru mengedarkanlembaran kerja dan berjalan untukmemantau mereka menjawab lembarankerja. Murid A dan B tidak menjawab.Manakala murid C dan D pula hanyamenjawab dua soalan sahaja. Masatamat. Guru meminta murid menyiapkanlembaran kerja di rumah. Guru keluarkelas.CatatanBerfikir dan cuba mengingat semulafakta tetapi gagalHampir boleh mengingat sebahagianfakta tetapi masih tidak tepat. Merekahanya boleh mengingat selepas diberiklu.Tidak boleh mengingat fakta yang telahdiajar. Murid telah menunjukkanperasaan bosan dan kurang berminatterhadap pembelajaran dan pengajaranoleh guru.Berdasarkan kepada catatan pemerhatian diatas, dapat disimpulkan bahawamurid-murid prasekolah tidak dapat mengingat semula apa yang telah merekapelajari sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa pembelajaran dan pengajaran yang193Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.diajar oleh guru adalah tidak berkesan. Selain itu, murid-murid tidak diberikanlatihan pengukuhan untuk mengekalkan ingatan mereka terhadap sesuatupengajaran.Jadual 3 Catatan pemerhatian sayaPeristiwaGuru masuk ke kelas. Murid-muridbangun memberi salam dan kemudianduduk di hadapan guru. Guru bertanyamurid tentang apa yang telah merekapelajari pada kelas sebelum ini. Semuamurid ingin menjawab soalan tersebut.Guru meminta murid D untukmenjawab. Jawapannya betul. Gurubertanya soalan tentang kemahiranmenulis nombor satu hingga sepuluhsecara rawak dan tidak mengikutsusunan urutan. Semua muridmenunjukkan minat untuk menjawabsoalan yang dikemukakan oleh guru.Guru meminta murid A untuk menulisnombor empat di papan putih. Murid itudapat menulis dengan yakin dan betul.Murid A, B, C dan D ingin belajarnombor menggunakan marble glass.Empat orang murid tersebut tidak sabaruntuk belajar. Guru pun mengedarkanujian pos mengenai kemahiranmembilang, mengecam dan menulisnombor satu hingga sepuluh. Merekamenjawab soalan tersebut tanpamemberikan sebarang alasan. Masatamat. Guru meminta muridmenyiapkan lembaran kerja di rumah.Guru keluar kelas.CatatanBerfikir dan boleh mengingat faktatanpa bimbingan daripada gurumahupun rakan-rakan.Boleh mengingat fakta yang yang telahdiajar pada pengajaran lepas.Menunjukkan minat terhadappembelajaran dan pengajaran olehguru.Berdasarkan kepada Rajah 3 diatas, murid-murid boleh menjawab soalan yangdikemukakan oleh guru dengan yakin dan betul. Selain itu, murid-murid juga bolehmengingat fakta yang telah dipelajari pada pengajaran yang lepas. Saya juga telahmelihat perubahan kepada murid-murid iaitu mereka mula minat terhadappembelajaran dan pengajaran oleh guru.Teknik Menganalisis DataSaya telah menggunakan analisis kandungan dan analisis kuantitatif untuk mencaridan menyusun maklumat yang dikumpul serta mempersembahkan data. Sayamenganalisis nota lapangan yang saya catatkan dengan analisis kandungan.Daripada nota lapangan, saya mendapati bahawa murid berasa seronok danSeminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL194


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan marbleglass. Hal ini kerana ia dapat menarik minat dan perhatian mereka. Walaupunbegitu, murid agak lambat untuk menguasai kemahiran menulis. Hal ini bolehdibuktikan dalam lembaran kerja yang telah diberikan kepada murid-murid selepaspengajaran guru dijalankan. Catatan pemerhatian ini boleh dilihat pada Jadual 3diatas.Teknik Menyemak DataSaya telah memilih triangulasi kaedah dalam penyemakan data penyelidikantindakan saya. Dalam triangulasi kaedah, saya telah memilih kaedah pemerhatian,analisis dokumen serta temu bual untuk tujuan mengesahkan data yang telahdikumpul. Berikut merupakan contoh cara saya membuat triangulasi sumber dalampenyemakan data penyelidikan (rujuk Rajah 4).Murid C Murid ini keliru dengan nombor 5 dan nombor 6. Namun, setelahpenerangan yang lebih jelas oleh guru, maka murid ini berjaya untukmengecam dua nombor dengan betul. Aktiviti menyusun marble glass membentuk nombor berjaya dilakukanoleh murid ini kerana dapat memahami arahan yang telah diberikanoleh guru.Rajah 3 Penerangan semasa aktiviti menyusun marble glass membentuk nombor 5dan 6Triangulasi kaedah ini dikukuhkan lagi dengan melibatkan semakan lembaran kerjaoleh saya dan guru pembimbing saya, Puan J (nama samaran) untuk memastikansemakan adalah konsistensi dan tiada bias demi menyemak kesahan data saya.Rajah 4 menunjukkan semakan antara guru pembimbing dan sayaSeminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL195


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.Rajah 4 Semakan lembaran kerja murid antara guru pembimbing dan sayaRajah 4 jelas menunjukkan ketekalan semakan dalam lembaran kerja murid dengankedua-dua semakan nombor tiga yang dibulatkan adalah sama seperti semakanyang ditanda oleh guru pembimbing saya. Data-data yang diperoleh adalah sah danboleh dipercayai.DAPATANMelalui intervensi yang dijalankan, iaitu menggunakan marble glass, empat orangmurid peserta kajian saya telah mengalami peningkatan yang amat ketaraterutamanya dalam kemahiran membilang dan mengecam nombor satu hinggasepuluh dengan betul.REFLEKSISemakan sayaterhadap lembarankerja murid CSemakan gurupembimbing, Puan Jterhadap lembarankerja murid CRefleksi DapatanDalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memberi kefahaman yangjelas kepada murid dan memfokuskan mereka kepada konsep sesuatu topik atautajuk bagi membina asas yang kukuh dalam subjek yang diajar. Hal ini bertujuanbagi mengelakkan berlakunya kekeliruan kepada murid apabila menghadapimasalah atau menjawab soalan pada aras yang tinggi.Oleh sebab itu, pengalaman secara langsung murid-murid akan membolehkanmereka matang dan boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi. Murid-muridakan dapat menyelesaikan masalah seperti mengecam dan menulis nombor satuhingga sepuluh dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru secara berulang-ulangdan menggunakan bahan konkrit. Misalnya, menggunakan marble glass untukmenyusun membentuk nombor satu hingga sepuluh. Dengan itu, murid-murid akandapat mengecam serta menulis nombor-nombor tersebut melalui pembelajaranyang bermakna. Penggunaan alat ataupun bahan konkrit akan dapat menjadikansesuatu pembelajaran dan pengajaran itu lebih bermakna dan berkesan. Ini jugatelah disokong oleh Witzel Mercer dan Miller (2003) dalam kajiannya yangmenyokong keberkesanan pendekatan bahan manipulatif untuk mengembangkankemahiran asas matematik murid-murid. Berikut merupakan hasil temu bual sayadengan dua murid orang murid mengenai keberkesanan penggunaan marble glassdalam penguasaan kemahiran membilang, mengecam dan menulis nombor satuhingga sepuluh.Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL196


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.Saya: Seronok tak awak belajar hari ini?Murid 1 : Seronok cikgu. Saya nak belajar lagi, boleh tak?Saya: Esok, kita belajar lagi.Murid 1 : Yeah.Saya: Apa yang awak belajar hari ini?Murid 2 : Saya belajar membilang dan menulis nombor cikgu.Saya: Awak dah siapkan kerja yang cikgu berikan tadi tak?Murid 2 : Dah siap cikgu. Kacang je.(Transkrip temu bual saya dengan dua orang murid 17 Julai 2012)Berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan oleh saya dengan murid-muridprasekolah tersebut, didapati bahawa murid-murid berasa seronok dan gembira.Mereka tidak sabar untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran guru untuk hariyang seterusnya. Disamping itu, murid-murid dapat mengingat data melalui aktivitiyang telah diilakukan iaitu menggunakan marble glass. Hal ini kerana pembelajaranyang bermakna akan menyebabkan murid-murid untuk mengingat dalam jangkamasa panjang berbanding dengan pembelajaran yang membosankan.Kaedah penggunaan marble glass dalam penguasaan kemahiran membilang,mengecam dan menulis nombor satu hingga sepuluh merupakan kaedah yangbaharu bagi diri saya. Saya menemui kaedah tersebut semasa membuat rujukanmengenai topik untuk kajian tindakan. Saya tertarik dengan kaedah penggunaanmarble glass dan merasakan kaedah ini juga sesuai digunakan untuk murid-muridprasekolah. Saya ingin melihat perubahan yang positif terhadap pengausaankonsep nombor mereka iaitu dalam membilang, mengecam dan menulis nombor.Satu hingga sepuluh. Jesteru, saya mencubanya terhadap empat orang muridpeserta kajian saya.Rajah 5 Pendedahan guru mengajar menggunakan marble glass semasa TunjangLiterasi Sains dan Teknologi (Matematik)Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL197


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.Refleksi Penilaian tindakanJerome Bruner (1966) telah menyatakan bahawa pembelajaran merupakan prosesyanga aktif. Ini bermaksud murid membina pengetahuannya sendiri atau konsepbaru berasaskan pengalaman. Pembelajaran akan lebih berkesan jika muridberhadapan dengan masalah atau tugasan yang telah biasa ditemui. Murid akanmemahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah serta kekal melaluipembelajaran yang bermakna.Saya telah mengesan penambahbaikan pada amalan dan situasi sosial. Saya telahmengesan penambahbaikan pada amalan kendiri saya. Saya menjadi lebih prihatinterhadap perkembangan murid-murid saya dan sikap pembelajaran mereka. Sayaberharap agar mereka berkembang secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial. Saya juga bertambah peka semasa menyediakanpembelajaran dan pengajaran saya. Saya merancang mengikut keupayaan muriddan sumber yang ada. Satu perkara yang saya pelajari daripada pengalamanmelaksanakan penyelidikan tindakan ini ialah guru harus mengajar mengikutkeperluan murid dan bukan kehendak sendiri.Selain daripada itu, saya telah belajar untuk memahami murid-murid prasekolahdengan lebih mendalam. Sebelum ini, saya memarahi murid-murid kerana sukabermain semasa saya mengajar. Namun, setelah pendekatan bermain sambilbelajar ini diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran, saya telah mengubahpersepsi lama iaitu memarahi murid-murid prasekolah.Daripada perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan,saya mendapati empat orang murid kajian menunjukkan peningkatan yang amatketara. Berdasarkan graf bar keputusan ujian pos, mereka telah meningkat dari segipenguasaan kemahiran membilang, mengecam dan menulis nombor satu hinggasepuluh dengan betul. Mereka dapat mengingat melalui pengalaman merekamenggunakan marble glass untuk menyusun nombor-nombor yang telah dipelajari.Berikut merupakan graf perbandingan skor bagi ujian pra dan ujian pos bagi empatorang murid kajian saya, yang boleh dilihat pada Rajah 6.Rajah 8 Perbandingan skor murid bagi ujian pra dan ujian posRefleksi Pembelajaran KendiriDalam penyelidikan tindakan ini, saya telah cuba satu kaedah alternatif untukmengajar penguasaan kemahiran dalam kalangan murid-murid prasekolah.Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL198


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.<strong>Penguasaan</strong> ini mencakupi kemahiran membilang, mengecam dan menulis nomborsatu hingga sepuluh dengan betul. Saya memilih kaedah bermain sambil belajarkerana fitrah murid-murid prasekolah yang suka bermain. Oleh sebab itu, saya telahmengambil inisiatif untuk menggunakan bahan konkrit iaitu marble glass untukmemberikan pengalaman bermain sambil belajar kepada murid-murid.Sebagai seorang bakal guru, saya turut menyedari bahawa saya sepatutnyaberperanan sebagai pengamal reflektif. Melalui kajian ini, saya secara tidaklangsung telah menjadi seorang pengamal reflektif yang sentiasa mengimbaskembali untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul, kemudian berusahamencari ikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan itu, saya telahmempelajari supaya sentiasa membuat refleksi dalam mempersoalkan amalan diridan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata. Sayajuga akan berusaha mengkaji hasil dan kesan daripada cara-cara yang sayagunakan demi mencapai matlamat pendidikan.Selain itu, hubungan saya dengan murid menjadi lebih baik kerana interaksi yanglebih kerap. Murid-murid sentiasa bertanyakan soalan dan meminta bantuandaripada saya ketika mereka menemui sebarang masalah. Tambahan pula, sayatelah mempelajari cara mengemukakan soalan melalui sesi temu bual. Saya sedarbahawa murid-murid tidak memberi maklum balas sekiranya mereka tidak fahamapa yang ditanya. Dengan itu, saya dikehendaki menggunakan bahasa yangsenang difahami untuk mendapat tindak balas daripada murid-murid.Cadangan tindakan untuk kitaran seterusnyaBerdasarkan kejayaan yang memuaskan terhadap kaedah yang saya laksanakanini, saya berhasrat untuk melanjutkan kajian ini ke kitaran yang seterusnyasekiranya saya ditempatkan di sekolah ini sebagai guru baharu. Saya telahberbincang dengan guru pembimbing saya tentang hasil penyelidikan saya. Sayaberharap agar kajian ini akan diteruskan oleh guru-guru prasekolah dandiaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran yang lain.Selain itu, peruntukan masa yang lebih panjang dalam kajian boleh membantuperkembangan dan kejayaan bagi empat orang murid yang dikaji dengan lebihlanjut.RUMUSANPenyelidikan tindakan bertujuan membantu para guru menghadapi cabaran danmasalah berhubung dengan amalan pembelajaran dan pengajaran. Sebagaiseorang bakal guru, saya ingin menerapkan budaya penyelidikan untuk memahamipersekitaran pembelajaran serta amalan dan tindakan demi mempertingkatkankualiti profesionalisme saya. Saya juga perlu sentiasa mengemas kini pengetahuandalam mengikut trend perubahan dunia ledakan maklumat dan turut membentukmurid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sayapercaya penyelidikan tindakan menyediakan ruang dan peluang ke arah tersebutpada masa akan datang.Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL199


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.RUJUKANBarnett, S.W, (1995). Long-Term Effects of Early Childhood Programs on Cognitiveand School Outcomes. In The Future of Children, Vol.5,No.3, Long-TermOutcomes of Early Childhood Programs, pp. 25-50. The BrookingsInstitution.Bruner,J.S. (1966). Toward a theory of instruction. Cambridge Massachusetts:Belknap Press.Dick, B. (2002). Action research: Action and research. Accessed on March 5,2012 from http://www.scu.edu.au/schools/gcm/ar/arp/aandr.html.Kementerian Pelajaran Malaysia, (2008). Huraian Kurikulum PrasekolahKebangsaan. Selangor: Penerbit Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pelajaran Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia, (2009). Dokumen Standard Prasekolah. Selangor: Penerbit Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian PelajaranMalaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia, (2009). Pelaksanaan Kurikulum PrasekolahKebangsaan Pembelajaran yang menyeronokkan yang bermakna, Jilid 3:Modul Teras <strong>Asas</strong>. Selangor : Penerbit Bahagian PembangunanKurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.Vygotsky, L. (1962). Thought and language. Cambridge, MA: Harvard UniversityPress.Witzel, B. S., Mercer, C. D., & Miller, M. D. (2003). Teaching algebra to studentswith learning difficulties: An investigation of an explicit instruction model.Learning Disabilities Research & Practice, 18(2), 121-131.Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL200

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!