13.07.2015 Views

"Marble Glass" Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Nombor ...

"Marble Glass" Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Nombor ...

"Marble Glass" Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Nombor ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.<strong>Penguasaan</strong> ini mencakupi kemahiran membilang, mengecam dan menulis nomborsatu hingga sepuluh dengan betul. Saya memilih kaedah bermain sambil belajarkerana fitrah murid-murid prasekolah yang suka bermain. Oleh sebab itu, saya telahmengambil inisiatif untuk menggunakan bahan konkrit iaitu marble glass untukmemberikan pengalaman bermain sambil belajar kepada murid-murid.Sebagai seorang bakal guru, saya turut menyedari bahawa saya sepatutnyaberperanan sebagai pengamal reflektif. Melalui kajian ini, saya secara tidaklangsung telah menjadi seorang pengamal reflektif yang sentiasa mengimbaskembali untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul, kemudian berusahamencari ikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan itu, saya telahmempelajari supaya sentiasa membuat refleksi dalam mempersoalkan amalan diridan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata. Sayajuga akan berusaha mengkaji hasil dan kesan daripada cara-cara yang sayagunakan demi mencapai matlamat pendidikan.Selain itu, hubungan saya dengan murid menjadi lebih baik kerana interaksi yanglebih kerap. Murid-murid sentiasa bertanyakan soalan dan meminta bantuandaripada saya ketika mereka menemui sebarang masalah. Tambahan pula, sayatelah mempelajari cara mengemukakan soalan melalui sesi temu bual. Saya sedarbahawa murid-murid tidak memberi maklum balas sekiranya mereka tidak fahamapa yang ditanya. Dengan itu, saya dikehendaki menggunakan bahasa yangsenang difahami untuk mendapat tindak balas daripada murid-murid.Cadangan tindakan untuk kitaran seterusnyaBerdasarkan kejayaan yang memuaskan terhadap kaedah yang saya laksanakanini, saya berhasrat untuk melanjutkan kajian ini ke kitaran yang seterusnyasekiranya saya ditempatkan di sekolah ini sebagai guru baharu. Saya telahberbincang dengan guru pembimbing saya tentang hasil penyelidikan saya. Sayaberharap agar kajian ini akan diteruskan oleh guru-guru prasekolah dandiaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran yang lain.Selain itu, peruntukan masa yang lebih panjang dalam kajian boleh membantuperkembangan dan kejayaan bagi empat orang murid yang dikaji dengan lebihlanjut.RUMUSANPenyelidikan tindakan bertujuan membantu para guru menghadapi cabaran danmasalah berhubung dengan amalan pembelajaran dan pengajaran. Sebagaiseorang bakal guru, saya ingin menerapkan budaya penyelidikan untuk memahamipersekitaran pembelajaran serta amalan dan tindakan demi mempertingkatkankualiti profesionalisme saya. Saya juga perlu sentiasa mengemas kini pengetahuandalam mengikut trend perubahan dunia ledakan maklumat dan turut membentukmurid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sayapercaya penyelidikan tindakan menyediakan ruang dan peluang ke arah tersebutpada masa akan datang.Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL199

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!