13.07.2015 Views

"Marble Glass" Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Nombor ...

"Marble Glass" Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Nombor ...

"Marble Glass" Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Nombor ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah amb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.186-200.PENGENALANKonteksKanak-kanak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Maka,kurikulum yang digubal untuk kanak-kanak pada peringkat awal perlulah seimbangdan menyeluruh. Justeru itu, matlamat pendidikan awal kanak-kanak sesungguhnyabertujuan untuk memenuhi hak dan keperluan mereka. Sejak berdekad yang laluhinggalah ke saat ini, pendidikan awal kanak-kanak sering diberi perhatian danmenjadi satu topik perbincangan. Kajian memberikan kita pengetahuan dankemahiran yang diperlukan untuk membantu kita dalam membuat keputusan dalampelbagai konteks.Oleh sebab itu, saya telah memilih tajuk kajian iaitu mengenai kaedah penggunaanmarble glass dalam kalangan murid prasekolah. Tujuannya adalah untukmeningkatkan penguasaan kemahiran membilang dan mengecam nombor satuhingga sepuluh. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiranmenulis nombor dengan betul. Melalui kaedah ini, murid-murid berupaya untukbelajar sambil bermain menggunakan bahan konkrit iaitu marble glass.Refleksi Pengalaman Pengajaran dan PembelajaranSaya adalah seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus BatuLintang yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).Pengajian major saya adalah Prasekolah. Saya telah menjalani program praktikumfasa tiga di Sekolah Kebangsaan Melawati Mawar selama 12 minggu. Selepas itu,saya telah meneruskan perkhidmatan saya untuk menjalankan internship di sekolahyang sama selama empat minggu. Daripada pengalaman yang telah dialami disekolah tersebut, saya telah mendapati bahawa terdapat masalah telah berlakusemasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Saya telah mendapatibahawa majoriti murid-murid prasekolah masih belum menguasai konsep nomborsatu hingga sepuluh. Majoriti murid-murid hanya tahu untuk membilang nomborsatu hingga sepuluh menggunakan lagu. Namun apabila mereka diminta untukmembilang nombor satu hingga sepuluh tanpa menggunakan lagu, hanya 12 orangmurid sahaja yang berjaya melakukannya. Akan tetapi, untuk konsep nombor yanglain iaitu mengecam dan menulis nombor satu hingga sepuluh, majoriti murid-muriddi dalam kelas tersebut belum menguasainya.Saya menghadapi pelbagai masalah setiap minggu semasa pengajaran slotTunjang Sains dan Teknologi iaitu Awal Sains dan Awal Matematik pada praktikumfasa tiga dijalankan. Adakalanya saya terpaksa menukar aktiviti pengajaran danpembelajaran kerana murid-murid tidak dapat mengikuti aktiviti yang telahdirancang seperti yang terkandung dalam slot pengajaran. Murid-murid yang telahdapat mengecam nombor satu hingga sepuluh pula sering lupa mengenai caramenulis nombor dengan betul. Disamping itu, murid-murid juga sering keliru dengansusunan nombor yang betul. Saya hanya mendengar keluhan daripada murid-muridyang mereka tidak tahu untuk menulis nombor tersebut. Malahan, mereka banyakbertanya kepada saya bagaimana hendak membuat lembaran kerja tersebut.Melihat kepada perkara ini, saya berasa kecewa kerana murid-murid tidak dapatmengecam dan mengenal nombor. Kegagalan tersebut boleh memberi impak187Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!