11.07.2015 Views

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

Mengamalkan Nilai Kita - Colgate

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kita tidak membuat sumbangan politik.Wang atau aset Syarikat tidak boleh digunakan untuk sumbangan kepada mana-mana parti atau calonpolitik, baik persekutuan, negeri atau tempatan, di Amerika Syarikat atau di luar negeri. Sumbanganpolitik termasuk sumbangan langsung (yakni wang) dan bukan wang. Sumbangan bukan wang termasukpembelian tiket pungutan derma, sumbangan produk, kerja sukarela oleh pekerja Colgate dalam waktuperniagaan biasa dan penggunaan kemudahan Colgate untuk pemungutan derma atau tujuan politik. Jikaanda mempunyai soalan tentang sumbangan bukan wang, sila hubungi Organisasi Undang-undang Global.Syarikat dilarang memampasi atau membayar balik mana-mana pekerja Colgate atau individu yangberkaitan dengan Syarikat (termasuk pelobi luar), secara langsung atau tidak langsung, dalam apa juabentuk, sumbangan politik yang orang itu akan atau telah membuat.Pekerja Colgate secara individu adalah bebas untuk membuat sumbangan peribadi kepada calon atau partipilihan mereka. Sumbangan peribadi menjadi tanggungjawab dan beban individu itu sendiri. Colgate tidakakan memikul apa-apa tanggungjawab atau kewajipan atas sumbangan peribadi. Selanjutnya, sumbanganperibadi hendaklah tidak dibuat dengan tujuan membantu Colgate atau mana-mana syarikat kendaliannyamendapatkan atau mengekalkan perniagaan.Sama seperti kebanyakan syarikat multinational, Colgate tergolong dalam dan membayar yuran kepadasebilangan persatuan perdagangan dan industri di Amerika Syarikat. Untuk membantu memastikanpersatuan perdagangan tidak menggunakan sebarang bahagian yuran yang dibayar oleh Colgate untuksumbangan politik, Ketua Pegawai Etika dan Pematuhan Colgate setiap tahun memaklumkan persatuanperdagangan A.S. mengenai dasar kita melarang sumbangan tersebut dan memerlukan setiap persatuanuntuk menyertai dalam proses perakuan tahunan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk dasarsumbangan politik kita, yang boleh didapati dalam bahagian Tadbir Urus laman webwww.ColgatePalmolive.com.Kita melayani orang lain secara beretika.Ia merupakan dasar Syarikat bahawa pekerja Colgate mesti mematuhi sepenuhnya semua undang-undangantisogokan yang berkuat kuasa di seluruh dunia dan tidak boleh melibatkan diri dalam sebarang perbuatanpenyogokan. Dengan itu, anda tidak boleh mencuba untuk mempengaruhi pertimbangan atau kelakuanmana-mana pihak luaran yang mana anda menjalankan perniagaan Syarikat dengan mereka denganmenjanjikan hadiah atau manfaat lain, atau dengan sebarang pendorong yang menyalahi undang-undang lain.Selain itu, undang-undang melobi tertentu mungkin menghendaki Syarikat ini dan/atau pekerjanyamendaftar dan melaporkan sebagai pelobi jika pekerja Colgate berkomunikasi dengan pekerja kerajaandengan tujuan mempengaruhi perundangan atau tindakan rasmi tertentu yang lain. Jika anda melibatkandiri dalam aktiviti sedemikian, anda harus beritahu Organisasi Undang-undang Global.Komitmen Colgate terhadap melayani kerajaan secara sah dan beretika dikenakan di seluruh dunia. DasarSyarikat, Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA), Amerika Syarikat, dan undang-undang antisogokan yangserupa di seluruh dunia melarang pekerja kita atau wakil mereka daripada memberi atau menawarkanwang atau sebarang benda yang mempunyai nilai – sama ada dalam bentuk tunai atau tidak, atau samaada secara langsung atau tidak langsung melalui orang lain – kepada mana-mana pegawai asing (yaknipekerja kerajaan, parti politik atau calon untuk jawatan politik asing) untuk mendorong pegawai itu supayamempengaruhi sebarang tindakan atau keputusan kerajaan, atau untuk membantu Syarikat mendapatkanatau mengekalkan perniagaan.Untuk memastikan anda tidak melanggar piawai ini, menjadi dasar Syarikat bahawa tiada bayaran, kecualiyang wajib dari segi undang-undang (misalnya, permit diperlukan atau bayaran lesen), atau hadiahberkaitan dengan aktiviti perniagaan Syarikat akan dibuat kepada pegawai asing, secara langsung atau tidaklangsung, kecuali diluluskan terlebih dahulu oleh Organisasi Undang-undang Global sebagai sah dari segiundang-undang Amerika Syarikat dan undang-undang berkuat kuasa lain.Sentiasa berterus terang dan jujur dalam berurusan dan berkomunikasi dengan pekerja kerajaan.Sebarang kenyataan palsu (lisan atau bertulis) yang diketahui atau disengajakan kepada pekerja kerajaan,terutamanya kenyataan palsu bersumpah, boleh mendedahkan Syarikat dan pekerjanya kepada hukumanyang berat.Colgate-palmolive company 21

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!