11.07.2015 Views

perkhidmatan fokus sudut pembangunan diri koleksi ... - UTHM Library

perkhidmatan fokus sudut pembangunan diri koleksi ... - UTHM Library

perkhidmatan fokus sudut pembangunan diri koleksi ... - UTHM Library

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Tinta Ketua PengarangTinta Ketua PengarangB uletin Perpustakaan muncul lagi buat kesekian kalinyabagi memberi santapan minda kepada semua pembaca. Keluarankali ini datang dengan pengisian yang berbeza daripadakeluaran sebelumnya sama ada dari segi informasi ataubahasa yang digunakan. Selari dengan salah satu daripada 4teras utama (4P) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) KementerianPengajian Tinggi Malaysia iaitu “pengantarabangsaan”,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia khususnya dan InstitusiPengajian Tinggi (IPT) umumnya telah mempergiatkan aktivitipengantarabangsaan dengan penambahan enrolmen pelajarantarabangsa di institusi masing-masing. Justeru, Buletin PerpustakaanBil. 2/2009 ini telah diadun dengan menggunakandwibahasa iaitu bahasa ibunda (Bahasa Melayu) dan BahasaInggeris pada kolum tertentu. Dengan itu, diharapkan pelajarantarabangsa dapat manfaatkan maklumat yang disampaikandalam buletin ini nanti.Menurut Yg. Bhg. Dato’ Zawiyah Baba, mantan Yang DiPertuaPersatuan Pustakawan Malaysia Sesi 2003/2005 dan penerima“Outstanding Librarian Award” pada Persidangan KongresPustakawan Asia Tenggara (CONSAL) XIV di Hanoi, Vietnampada April 2009; perpustakaan umumnya mempunyai empatperanan penting dalam masyarakat iaitu sebagai pusatmaklumat, pembelajaran sepanjang hayat, pusat budaya danrekreasi. Lantas, buletin kali ini akan melihat dengan lebih terperincimengenai salah satu daripada fungsi gedung ilmu iniiaitu sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat (lifelonglearning). Pembelajaran sepanjang hayat telah dipilih sebagai<strong>fokus</strong> utama dalam buletin kali ini dengan melihat bahawasetiap insan perlu menjadikan pembelajaran sepanjang hayatsebagai medium ke arah pencapaian kejayaan dan kecemerlangandi dunia dan akhirat. Malah, ia juga merupakan satukeseronokan dan kepuasan kepada jiwa-jiwa yang dahagadan cintakan ilmu pengetahuan dan sesuatu yang baru.Dari perspektif Islam, wahyu pertama yang diterima olehRasulullah S.A.W. iaitu dengan mewajibkan semua umat manusiauntuk menuntut ilmu pengetahuan tanpa mengira batasusia telah menjelaskan konsep pembelajaran sepanjanghayat. Konsep ini mula diilhamkan di Barat oleh Paul Lengrandyang merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atasBiro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), PertubuhanPendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu (UNESCO) pada 1965. Beliau menegaskanbahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanakatau remaja tetapi ia perlu mengiringi seseorangitu di sepanjang hayatnya. Di samping perancangan aktivitiyang mantap dan proaktif yang dijalankan oleh pihak Perpustakaan<strong>UTHM</strong> secara berterusan, semoga penerbitan buletinini juga dapat dijadikan wadah ke arah menyokong matlamatyang berkait rapat dengan membudayakan membaca danmengejar ilmu serta mengamalkan pembelajaran sepanjanghayat dalam kalangan masyarakat.34678121314151619KANDUNGANFOKUSPembelajaran sepanjang hayatBERSAMA PENGARANGTn. Haji Mohd. Salleh TaharINFO KAMPUS BANDARSUDUT PEMBANGUNAN DIRIMotivasi di tempat kerjaSOROTAN PERISTIWAMajlis Jamuan Kelab Pustaka dan Penyampaian HadiahHari Lahir kepada Staf PerpustakaanLatihan Literasi Maklumat Siri 1/2009Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan 2009Staf perpustakaan terima penghargaan sempenaKempen Keselamatan Universiti 2009BAHAN TERKINIDVD collection of wildlife seriesKEMUDAHANKemudahan Wi-Fi memudahkan capaian internetARTIKEL PILIHANMengimbangi tuntutan kerjaya dan kehidupanPERKHIDMATANDelphion: Your patent database searchKOLEKSIKoleksi peta di Perpustakaan <strong>UTHM</strong>TIPBagaimana mengakses sumber maklumat atas talianlangganan Perpustakaan <strong>UTHM</strong> di luar kawasankampusRedaksi 2009Redaksi 2009PENASIHATZulkiply YahyinKETUA PENGARANGNorhaslini Abd. AlimPENGARANGSuhaimi Mohd. SukorSiti Afifah Che IsmailHisyam Abd. ShukorFaizul SahariKhairunnisa AhmadMohd. Noor Hasman Mohd. TumariMd. Hafiz Abu BakarSabri SarbiniMat Roslan MaseralSiti Noraida MiskanREKA BENTUK/GRAFIKSabarina Che MatNur Nadia Md JurimiJURUFOTOSharul Ahmad

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!