11.07.2015 Views

perkhidmatan fokus sudut pembangunan diri koleksi ... - UTHM Library

perkhidmatan fokus sudut pembangunan diri koleksi ... - UTHM Library

perkhidmatan fokus sudut pembangunan diri koleksi ... - UTHM Library

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BERSAMA PENGARANGTn. Hj. Mohd. Salleh TaharDisediakan oleh: Siti Noraida MiskanTn. Hj. Mohd. Salleh Tahar merupakan anak jati Johor. Beliau dilahirkan pada 18Februari 1954 di Muar, Johor. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guruKejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik di bawah Kementerian PendidikanTeknik dan Vokasional selama enam tahun. Seterusnya beliau dinaikkanpangkat sebagai Pensyarah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Maktab PerguruanTeknik, Cheras, Kuala Lumpur di bawah Bahagian Pendidikan Guru, KementerianPendidikan Malaysia selama 18 tahun. Dalam tempoh tersebut beliau melanjutkanpengajian ke peringkat Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikaldan Sarjana dalam bidang Pengurusan Teknologi - Pembangunan Sumber Manusiadi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.Sepanjang tempoh berkhidmat, beliau telah mengikuti kursus-kursus dalamperkhidmatan lanjutan di England (Letchuard Skill Center) dalam bidang Skill Psychromotor,Scotland (Technical Teachers Training Collegue) dalam bidang Skill Assesment,Jepun (Tokyo Sanyo Denki) dalam bidang Penyaman Udara, USA (Curtesy Compressor Design, Washington DC) dalambidang Technical Evaluation System Component dan Taiwan (Refrigeration and Aircondition Company, Taipei) dalam bidangTechnical Evaluation System Component. Selepas itu, beliau telah dipindahkan ke Unit Pengambilan dan Penempatan (Kejuruteraan)Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Penolong Pengarah.Bapa kepada 5 orang anak ini telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatannya di Universiti TunHussein Onn Malaysia (UTHM) sejak memulakan tugasnya sebagai pensyarah pada 1 Oktober 2001. Kini, beliau memegang jawatansebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek). Beliau amat meminatidan mempunyai kepakaran dalam inovasi Kejuruteraan Mekanikal khususnya dalam bidang Penyejukbekuan dan PenyamananUdara.Hasil daripada projek penyelidikan dan inovasi yang dijalankan secara berterusan, maka tidak hairanlah nama beliau semakinmenjadi sebutan warga universiti ini khususnya dan para penyelidik umumnya. Sehingga kini, sebanyak 17 anugerah telahdiraih sebagai pengiktirafan ke atas kesungguhan beliau dalam mengharumkan lagi nama UTHM. Beliau adalah pemenangpertama Anugerah Khas Inovasi UTHM, Anugerah Khas Penyelidik UTHM dan pemenang pingat emas pertama UTHM dalampertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Beliau telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 2005 dan1996. Beliau juga telah dikurniakan Pingat DiRaja Johor sempena Keputeraan DYMM Sultan Johor pada April 2009.Sebagai seorang staf akademik, beliau juga aktif dalam bidang penulisan. Pendidik yang cukup sinonim dengan bidanginovasi ini telah berkongsi maklumat dengan para penyelidik melalui tulisan beliau sama ada yang diterbitkan dalam bentukjurnal, modul atau kertas persidangan.1. Mesin Simulasi Sistem Agihan UdaraIa merupakan sebuah mesin simulasi pengajaran dan pembelajaran bidang kejuruteraan menggunakan pendekatan visual dankinestatik. Ia telah memenangi anugerah pencipta terbaik peringkat universiti dan anugerah Piala NC 2009. Dalam pertandinganperingkat antarabangsa (ITEX ’09) yang diadakan di KLCC, ia telah meraih pingat emas. Mesin Simulasi ini sedang dalamproses untuk dipatenkan dan dijangka perjanjian pengkormersilannya akan dilaksanakan sekitar Oktober, 2009 bersamasyarikat Solution Engineering Sdn. Bhd..2. Mesin Bio-Diesel 45DINOVASImuka surat 04Ia adalah sebuah mesin memproses minyak diesel berasaskan minyak masak terpakai. Dalam pertandingan peringkat kebangsaan(MTE ’09) yang diadakan di PWTC, ia telah meraih pingat emas. Dalam masa yang sama ia juga telah memenangi anugerahpencipta terbaik dalam kategori produk pemesinan. Mesin ini sedang dalam proses untuk dipatenkan dan dijangka perjanjianpengkormersilannya akan di laksanakan sekitar Oktober, 2009 bersama syarikat Haxagon Synergy Sdn. Bhd..

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!