12.07.2015 Views

fokus koleksi tip perkhidmatan - UTHM Library - Universiti Tun ...

fokus koleksi tip perkhidmatan - UTHM Library - Universiti Tun ...

fokus koleksi tip perkhidmatan - UTHM Library - Universiti Tun ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ARTIKEL PILIHANRahsia bangsa yang berjayaDipetik oleh: Sabri SarbiniJudul Majalah: Dewan MasyarakatPengarang: Ratna Roshida Abd. RazakNo. ISSN : 04190386Bulan/Tahun : Disember 2008No. Panggilan : DS591 .D49Muka Surat : 30 - 31Penerbit: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaMaklumat Langganan : April 1994 hingga kiniMungkin ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa keupayaan seseoranguntuk mencapai kejayaan banyak bergantung pada faktor warisan danketurunan. Namun, benarkah seseorang yang berjaya sekarang berasal daripadaketurunan yang terpilih?Menurut pakar sejarah Inggeris, Arnolds Toynbee, dalam bukunya, A study of History,kegemilangan sesebuah peradaban bukanlah semata-mata ditentukan olehfaktor keturunan atau alam sekeliling. Sebaliknya tegas beliau, kejayaan sesebuahperadaban turut bergantung pada keupayaan sesebuah bangsa itu menghadapaipelbagai cabaran yang akhirnya membuahkan hasil yang cemerlang.Dalam konteks perjuangan hidup orang Melayu, adakah mereka sanggup mengubah cara mereka berfikir yang kerap kali menyekatkemajuan mereka dalam bidang tertentu misalnya perniagaan? Adakah ibu bapa sanggup berkorban harta dan tenagauntuk melihat anak mereka berjaya cemerlang dalam pelajaran dan memiliki akhlak yang tinggi? Begitu juga golongan bawahan,adakah mereka sanggup melipatgandakan usaha untuk mencapai kehidupan yang lebih sempurna? Bagi golongan atasanpula, adakah mereka bersedia membantu golongan bawahan untuk sama-sama berjaya seperti mereka?Kesungguhan ketika melakukan sesuatu perkara amat penting untuk memperoleh hasil yang baik. Contohnya, seseorang yangbersungguh-sungguh membina kerjaya politiknya sewajarnya cuba sedaya upaya untuk menambahkan ilmu pengetahuan bukansahaja dalam disiplin politik, malah disiplin ilmu yang berkaitan seperti psikologi manusia, sosiologi masyarakat, kemahiranberpidato dan retorik, undang-undang, ekonomi, agama dan pelbagai displin ilmu lain.Hal ini demikian kerana ilmu merupakan kekuasaan dan sesiapa yang lebih berpengetahuan, dialah yang lebih berkuasa. WinstonChurchill ketika menjadi Menteri Pertahanan Laut Inggeris, mengkaji sedalam-dalamnya strategi peperangan tentera lautdan senjata yang paling praktikal untuk digunakan. Ketika membuat kajian tersebut, beliau terfikir bahawa seandainya terdapatsebuah kapal perang di darat seperti di laut, banyak faedah yang diperolehi. Lantaran itu beliau mengarahkan supaya keretakebal dicipta. Sekarang kereta kebal menjadi peralatan penting dalam medan peperangan di daratan.Adakah kesungguhan menyebabkan seseorang itu tidak mudah berputus-asa, malah mereka menjadi lebih tabah. Raja Scotland,Robert Bruce, mengalami enam kali kekalahan yang teruk ketika percubaannya memerdekakan Scotland. Ketika beliaubersembunyi di dalam gua batu dengan perasaan yang hampir putus asa, beliau terpandang labah-labah yang sedang membuatsarang. Sudah enam kali labah-labah tersebut gagal menyambungkan sarangnya ke dinding gua, namun pada kali ketujuhlabah-labah itu berjaya. Kejadian itu memberikan semangat baharu kepada Robert Bruce. Akhirnya dalam pertempuran yangkali ketujuh di Bannockburn, beliau menang dan kemerdekaan Scotland berjaya dicapai pada 1314.muka surat 12Toynbee juga menekankan bahawa perkara yang penting dalam pembentukan sesebuah peradaban adalah keupayaan sesebuahbangsa menggunakan kepandaian, kebolehan dan usaha untuk menghadapi segala cabaran. Hakikat ini diakui beliausetelah membuat kajian terhadap kelahiran 20 peradaban besar manusia. Begitu juga dalam aspek alam sekeliling, kelahiransesebuah peradaban besar bukan hanya pada sesebuah kawasan terpilih, malah berlaku di seluruh dunia, sama ada di kawasansejuk atau panas. Terbinanya sesebuah peradaban apabila anggota masyarakatnya mencari jalan mengatasi cabaran alam disekelilingnya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!