02.11.2016 Views

TERBESAR

c9ld305LgUQ

c9ld305LgUQ

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MEMBANGUN BANGSA, MEMAKMUR NEGERI

Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Norhayati Umor, Syasya Sufian & Ermizi Muhamad

#Selangor17

Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

17

Cipta persekitaran kondusif

RM. juta

imarah institusi

Islam

MENYEDARI iltizam imam untuk terus

mengimarahkan institusi masjid sebagai

wahana memberdaya ummah, Kerajaan

Negeri bercadang memberikan elaun

tambahan RM300 sebulan, mulai tahun

depan.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed

Azmin Ali berkata, tambahan itu

sekali gus menjadikan elaun bulanan

imam meningkat kepada RM1,300 sebulan.

Katanya, langkah itu dibuat ekoran

peranan imam tidak terhad kepada memimpin

ibadat di masjid dan surau tetapi

merangkumi aspek pembangunan ummah

seperti pendidikan, kemasyarakatan

juga kebajikan.

"Menyedari tanggungjawab imam

yang semakin mencabar, elaun imam dinaikkan

sebagai tanda penghargaan Kerajaan

Negeri terhadap imam di seluruh

Selangor.

PRASARANA dan kemudahan

pendidikan seperti masjid,

surau, sekolah agama, maahad

tahfiz juga kompleks Islam harus

diselenggara dengan baik

untuk mencipta persekitaran

pembelajaran yang kondusif.

Dato' Menteri Besar, Dato'

Seri Mohamed Azmin Ali berkata,

untuk merealisasikannya,

Kerajaan Negeri mencadangkan

peruntukan RM128.5 juta

kepada Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS), pada 2017.

Katanya, JAIS juga dipertanggungjawabkan

untuk menguruskan

hal ehwal Islam di

negeri itu secara hikmah, amanah

dan berkesan.

"Kerajaan Negeri meneruskan

usaha untuk membangunkan

masjid sebagai pusat

ibadat, kerohanian, pendidikan

dan kemasyarakatan selain

memberi pendidikan agama

kukuh kepada umat Islam di

Selangor.

"Daripada jumlah itu, RM67.4

juta diperuntukkan untuk

pembangunan 11 masjid baharu

termasuk Masjid Seksyen

24, Shah Alam; Masjid

Kampung Klang Gate, Gombak

dan Masjid Putra Heights, Petaling

serta membaik pulih masjid

di beberapa daerah," katanya.

Elaun imam, ketua kampung naik

"Seramai 734 imam akan menerima

manfaat ini dengan peruntukan RM3.96

juta," katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin

berkata, Kerajaan Negeri prihatin terhadap

peranan dan tanggungjawab digalas

368 Ketua Kampung Tradisi serta 78 Ketua

Kampung Baru juga Kampung Bagan.

Beliau berkata, ketua kampung adalah

pemimpin akar umbi yang dekat dengan

denyut nadi rakyat dalam membantu

memperjelaskan dasar Kerajaan Negeri,

memupuk perpaduan juga keharmonian

masyarakat desa.

"Justeru, sebagai menghargai khidmat

bakti mereka, Kerajaan Negeri mencadangkan

kenaikan elaun RM300 kepada

RM1,200 sebulan membabitkan peruntukan

RM6.4 juta.

"Kerajaan Negeri juga mencadangkan

kenaikan elaun Ketua Komuniti India sebanyak

RM200," katanya.

Kerajaan Negeri

meneruskan

usaha untuk

membangunkan

masjid sebagai

pusat ibadat,

kerohanian,

pendidikan dan

kemasyarakatan

Pada masa sama, katanya,

Kerajaan Negeri turut memperuntukkan

RM6.7 juta untuk

membaik pulih juga menaik

taraf surau di Selangor.

Yayasan Restu terima

RM,

KERAJAAN Negeri

mencadangkan peruntukan

RM800,000 untuk

menampung

kos penyelenggaraan

bangunan

Kompleks

Seni Islam Antarabangsa

Selangor,

pada 2017.

Dato' Menteri

Besar, Dato' Seri

Mohamed Azmin

Ali berkata, peruntukan

itu akan disalurkan

terus melalui

peruntukan mengurus Jabatan

Agama Islam Selangor

(JAIS).

"Kejayaan Yayasan Restu menampilkan

risalah keindahan Islam

meletakkan Selangor, khususnya

Shah Alam dalam peta

estetik dunia Islam dan memberikan

nuansa serta warna khas

kepada penghayatan Islam di

nusantara berteraskan keadilan,

kasih sayang juga toleransi.

"Usaha Yayasan Restu juga

mendapat perkenan DYMM Sultan

Selangor yang mengisytiharkan

Kompleks Taman Seni Islam

Selangor dinaik taraf sebagai

Kompleks Seni Islam Antarabangsa

Selangor," katanya.

Kompleks Seni Islam Antara-

Kejayaan Yayasan

Restu menampilkan

risalah

keindahan Islam

meletakkan

Selangor,

khususnya Shah

Alam dalam peta

estetik dunia Islam

bangsa Selangor adalah pusat

pengembangan seni Islam yang

dijadikan sebagai penjanaan

berlandaskan nilai ajaran al-

Quran.

WAKTU SOLAT SELANGOR

4 -11 Nov 2016

4 - 11 Safar 1438H

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

04 Jumaat 5.30 5:40 6.56 1:00 4:20 6:58 8:09

05 Sabtu 5.30 5:40 6.56 1:00 4:20 6:58 8:09

06 Ahad 5.30 5:40 6.56 1:00 4:20 6:58 8:09

07 Isnin 5.30 5:40 6.56 1:00 4:21 6:58 8:09

08 Selasa 5.30 5:40 6.57 1:00 4:21 6:58 8:09

09 Rabu 5.30 5:40 6.57 1:00 4:21 6:58 8:10

10 Khamis 5.30 5:40 6.57 1:00 4:21 6:58 8:10

11 Jumaat 5.30 5:40 6.57 1:00 4:21 6:58 8:10

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

04 Jumaat 5.32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:11

05 Sabtu 5.32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:11

06 Ahad 5.32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:11

07 Isnin 5.32 5:42 7:01 1:02 4:23 7:00 8:11

08 Selasa 5.32 5:42 7:01 1:02 4:23 7:00 8:11

09 Rabu 5.32 5:42 7:01 1:02 4:23 7:00 8:12

10 Khamis 5.32 5:42 7:01 1:02 4:23 7:00 8:12

11 Jumaat 5.32 5:42 7:01 1:02 4:23 7:00 8:12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!