02.11.2016 Views

TERBESAR

c9ld305LgUQ

c9ld305LgUQ

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

4

MEMBANGUN BANGSA, MEMAKMUR NEGERI

Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Norhayati Umor, Syasya Sufian & Ermizi Muhamad

#Selangor17

Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

KERAJAAN Selangor memperuntukkan

RM22 juta untuk membangunkan

infrastruktur digital di

negeri itu, pada 2017.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri

Mohamed Azmin Ali berkata,

RM14 juta disediakan untuk membangunkan

Smart Digital Eco-system

merangkumi Big Data Command

& Control Centre juga Smart

Apps Development Platform.

Manakala, baki RM8 juta pula

diperuntukkan untuk Internet of

Things (IoT) enabler dan pemerkasaan

WiFi Smart Selangor yang

juga komponen penting dalam

pembangunan Smart Digital Ecosystem.

“Big Data Analytics memainkan

peranan kritikal, merangkumi

prinsip 3V iaitu ‘high volume’, ‘high

velocity’ dan ‘high variety’ bernilai

tinggi.

“Kita membayangkan Big Data

Analytics memudahkan Kerajaan

Negeri dan agensi membuat

keputusan pantas dengan tindakan

berkesan seperti ‘real-time

Aplikasi penyelesaian pintar

RM juta bangun

infrastruktur digital

monitoring’,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed

Azmin berkata, Big Data Analytics

berkembar dengan IoT, e-dagang,

penggunaan aplikasi juga penyelesaian

pintar di bawah payung

konsep jangka panjang 'Smart

State' yang bersepadu.

"Kerajaan Negeri akan menerokai

bidang kerjasama dengan gergasi

teknologi maklumat global

menerusi penggunaan teknologi

terkini bagi menghasilkan dasar

lebih tepat dan berkesan kepada

rakyat," katanya.

Smart Selangor teras kemajuan

Lapor 'potholes'

dengan Waze

PENGGUNA jalan raya di Selangor

kini boleh melaporkan lokasi

jalan berlubang (potholes)

menerusi aplikasi Waze untuk

tindakan lanjut.

Dato' Menteri Besar, Dato'

Seri Mohamed Azmin Ali berkata,

aduan itu akan dipanjangkan

kepada pihak berkuasa berkenaan

untuk diperbaiki dalam

tempoh maksima lima hari.

Katanya, sistem 'middleware'

juga akan dibangunkan untuk

mengumpulkan aduan jalan

berlubang dan memantau tempoh

pembaikan.

“Dengan ini, Kerajaan Negeri

berupaya untuk memetakan

hayat jalan raya bagi tujuan

perancangan program ‘preventative

maintenance’ lebih berkesan

tanpa mengganggu keselesaan

pengguna jalan raya,”

katanya.

Mohamed Azmin berkata,

PBT yang terlibat adalah Majlis

Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),

Majlis Perbandaran Subang Jaya

(MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang

Jaya (MPAJ) dan Majlis

Perbandaran Kajang (MPKj).

“Selain aduan jalan berlubang,

pihak berkuasa ber-

Selain aduan

jalan berlubang,

pihak berkuasa

bertanggungjawab

memuat naik

maklumat jalan

yang ditutup bagi

sesuatu tujuan

supaya

pengguna jalan

raya mendapat

maklumat sebelum

merancang

perjalanan

tanggungjawab memuat naik

maklumat jalan yang ditutup

bagi sesuatu tujuan supaya

pengguna jalan raya mendapat

maklumat sebelum merancang

perjalanan,” katanya.

Pada 23 September lalu, pihak

berkuasa tempatan memeterai

kerjasama dengan Google

Asia Pacific menerusi Waze Connected

Citizens Programme.

GAGASAN Smart Selangor yang

dicetuskan dalam belanjawan lalu

kini menjadi teras utama memacu

pembangunan negeri mencapai

status 'Smart State'.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri

Mohamed Azmin Ali berkata, gagasan

itu tidak tertumpu kepada

inisiatif pembangunan infrastruktur

'smart' semata-mata tetapi turut

menggarap nilai kerohanian,

kemanusiaan, amalan tatakelola

baik dan menjamin keadilan sosial

untuk masyarakat.

Katanya, antara aspek terpenting

urus tadbir adalah merujuk kepada

konsep “open government”.

"Inisiatif Smart Selangor bertujuan

merealisasikan objektif ini selain

daripada pembangunan ekonomi

lebih mampan dan sistem

penyampaian berkesan bagi menjamin

kualiti kehidupan lebih baik

untuk rakyat.

"Ini sudah dimulakan pada

2016 dengan pembangunan

Blueprint Smart Selangor dan

Smart Solutions untuk empat domain

utama iaitu Smart Governance,

Smart Waste Management,

Smart Transport and Mobility dan

Smart Digital Infrastructure," katanya.

Mohamed Azmin berkata,

Blueprint dan Smart Solutions diperolehi

adalah hasil maklum

balas pelbagai agensi termasuk

rakyat berdasarkan prinsip 'mass

collaboration'.

"Dapatan itu diperolehi

menerusi beberapa siri temutembung

dan makmal dianjurkan

Smart Selangor Delivery Unit

(SSDU) membabitkan hampir

10,000 peserta," katanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!