02.11.2016 Views

TERBESAR

c9ld305LgUQ

c9ld305LgUQ

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

18

MEMBANGUN BANGSA, MEMAKMUR NEGERI

Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Norhayati Umor, Syasya Sufian & Ermizi Muhamad

#Selangor17

Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

Ke arah Selangor lebih bersih

Tapak pelupusan

sampah lebih

sistematik

PENYEDIAAN tapak pelupusan

sampah sempurna daripada aspek

pembinaan dan pengurusan

bersepadu yang sistematik

penting bagi memastikan impak

negatif alam sekitar dapat ditangani

secara holistik.

Dato Menteri Besar, Dato Seri

Mohamed Azmin Ali berkata, untuk

mencapai matlamat itu Kerajaan

Negeri memperuntukkan

RM7.3 juta bagi penambahbaikan

tapak pelupusan sampah di

seluruh negeri.

Beliau berkata, peruntukan

tersebut juga merangkumi sejumlah

perbelanjaan dengan

penggunaan teknologi baru untuk

menguruskan sisa pepejal

sampah.

“Selangor perlu melangkah ke

hadapan dalam mengurus sisa

pepejal dengan penggunaan

teknologi baru.

“Pada ketika ini, sebanyak

6,000 tan sisa pepejal dihasilkan

sehari oleh rakyat Selangor.

“Kerajaan Negeri mengajak

rakyat bersedia menerima

teknologi baru yang selamat dan

terbukti dapat menghasilkan

produk sampingan seperti penjanaan

tenaga,” katanya.

PEMULIHARAAN TAPAK PELUPUSAN

RM. juta bangunkan

komuniti bandar

PENAMBAHBAIKAN SISA PEPEJAL

KERAJAAN Negeri komited

membangunkan komuniti bandar

yang selesa dan mesra selain

dilengkapi kemudahan orang

kelainan upaya (OKU) dengan

memperuntukkan RM19.5 juta.

Dato’ Menteri Besar, Dato Seri

Mohamed Azmin Ali, RM5 juta

daripadanya khusus untuk pembangunan

kemudahan asas pihak

berkuasa tempatan (PBT)

seperti penyelenggaraan medan

selera, sementara RM10 juta untuk

menaik taraf serta membaik

pulih dewan orang ramai.

Selain itu, bagi kemudahan

infrastuktur PBT termasuk kemudahan

OKU dan penyediaan tong

sampah pula menerima peruntukan

sebanyak RM4.5 juta.

“Berdasarkan penyata kewangan

PBT diaudit bagi 2015,

12 PBT di Selangor mempunyai

rizab RM1.93 bilion, dengan beberapa

darinya mempunyai rizab

tinggi.

“Untuk mendukung usaha

Kerajaan Negeri membangunkan

kawasan perbandaran dengan

perkhidmatan cekap dan

program pengupayaan komuniti,

PBT yang berkenaan digesa

menggunakan sekurang-kurangnya

10 peratus daripada rizab PBT

untuk maksud ini,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan

Negeri turut mencadangkan

pembinaan tiga dewan

banquet lengkapi dengan kemu-

KESEJAHTERAAN KOMUNITI BANDAR

PENYEDIAAN KEMUDAHAN KOMUNITI YANG

SELESA & MUDAH KOMUNITI

dahan dan teknologi moden di

Taman Melawati, Hulu Klang; Taman

Bukit Mahkota, Kajang; dan

Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

“Pelaksanaan pembangunan

ini dilaksanakan pihak Majlis Perbandaran

Ampang Jaya (MPAJ),

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

dan Pemerbadanan Menteri Besar

(MBI) secara pembangunan

usahasama antara PBT dan pihak

swasta,” katanya.

RM juta bantu PBT

urus sisa pepejal

SEJUMLAH RM20 juta disalurkan

kepada pihak berkuasa tempatan

(PBT) berpendapatan rendah

bagi kerja kutipan sampah di

kampung dan kawasan pembangunan

strata.

Dato Menteri Besar, Dato Seri

Mohamed Azmin Ali berkata, PBT

berpendapatan tinggi pula disaran

dapat menyediakan peruntukan

bagi maksud sama.

Katanya, agenda kebersihan

awam menjadi antara agenda

utama bagi semua PBT pada

2017.

“Pada masa sama, Karnival

Kampungku Kesayanganku (3K)

yang diperkenalkan pada 2015

akan diteruskan.

“Sejumlah RM630,000 dicadangkan

untuk melaksanakan

program ini bagi 2017,” katanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!