02.11.2016 Views

TERBESAR

c9ld305LgUQ

c9ld305LgUQ

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MEMBANGUN BANGSA, MEMAKMUR NEGERI

Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Norhayati Umor, Syasya Sufian & Ermizi Muhamad

#Selangor17

Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

Untuk program

latihan yang

akan bermula

seawal 2017,

Kerajaan Negeri

mencadangkan

peruntukan

RM3.35 juta bagi

menghadapi

SUKMA ke-19

MOHAMED AZMIN

Dato’ Menteri Besar

RM juta naik taraf

infrastruktur sukan

SHAH ALAM - Kecemerlangan

atlet paralimpik mengharumkan

nama negara di persada dunia terus

mendapat perhatian semua pihak

termasuk Kerajaan Selangor.

Terbaru, dalam pembentangan

Belanjawan Negeri 2017,

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed

Azmin Ali memperuntukkan

RM14 juta untuk menaik taraf

infrastruktur sukan sedia ada juga

melaksanakan program pembangunan

sukan di bawah Majlis Sukan

Negeri Selangor (MSNS).

Katanya, peruntukan itu turut

mengambil semangat kejayaan

atlet Selangor, Muhammad Ziyad

Zolkefli merangkul pingat emas

dalam acara lontar peluru di Sukan

Paralimpik Rio, Brazil, pada September

lalu.

“Negara juga berbangga kerana

Ziyad memecah

rekod dunia dalam acara itu, justeru

bagi mengiktiraf kejayaannya,

Kerajaan Negeri memberi insentif

tunai RM150,000 dan rumah bernilai

RM400,000.

“Sesungguhnya kejayaan dicatatkan

ini membuktikan bahawa

atlet Selangor berpotensi untuk

bersaing dan berjaya di arena antarabangsa,”

katanya.

Pada sukan paralimpik lalu, Ziyad

yang berasal dari Gombak berjaya

memadamkan rekod dunia dicatat

Todd Hodgetts dari Australia dengan

balingan sejauh 16.84 meter.

“Ini kejayaan terbaik dalam kerjaya

saya dan saya sangat berpuas

hati. Pingat emas ini adalah untuk

seluruh rakyat Malaysia,”

kata

Ziyad.

Persediaan awal SUKMA 2018

RM. juta

latih atlet

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri

memperuntukkan RM3.35 juta

bagi menjalankan program latihan

atlet sebagai persediaan

menuju Sukan Malaysia (SUKMA)

ke-19 di Perak, pada 2018.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri

Mohamed Azmin Ali berkata,

peruntukan itu adalah

kesinambungan terhadap

kejayaan Selangor menjadi

juara dalam SUKMA

lalu disusuli fasa latihan dirangka

Majlis Sukan Negeri

(MSN).

“Kejuaraan itu hasil daripada

perancangan strategik,

latihan bersepadu, tenaga jurulatih

mahir, kerjasama baik dengan

persatuan sukan

juga para pegawai

yang mempunyai

visi untuk memartabatkan

industri sukan

di Selangor.

“Justeru, untuk

program latihan

yang akan bermula

seawal 2017, Kerajaan Negeri

mencadangkan peruntukan RM

3.35 juta bagi menghadapi SUK-

MA ke-19,” katanya.

PERSEDIAAN SUKMA

Pada masa

sama, Mohamed

Azmin

berkata, industri

sukan

adalah antara sektor ekonomi

yang mampu mencipta peluang

pekerjaan dan pulangan ekonomi

kepada negeri.

“Sesuai dengan status negeri

maju, Selangor harus segera menjadi

peneraju pembangunan industri

sukan yang profesional dan

mampu bersaing di arena sukan

dunia,” katanya.

SUKMA ke-18 di Sarawak, pada

Ogos lalu menyaksikan Selangor

berada pada kedudukan teratas

dengan

59 emas, 73 perak dan 63 gangsa,

menjadikan jumlah keseluruhan

195 pingat.

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!