02.11.2016 Views

TERBESAR

c9ld305LgUQ

c9ld305LgUQ

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MEMBANGUN BANGSA, MEMAKMUR NEGERI

Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Norhayati Umor, Syasya Sufian & Ermizi Muhamad

Durian runtuh

penjawat awam

#Selangor17

Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

3

PENJAWAT awam di seluruh

negeri bakal menikmati bantuan

khas kewangan dua bulan

gaji bagi menghargai peranan

mereka yang menjadi tulang

belakang pentadbiran Selangor.

Dato' Menteri Besar, Dato'

Seri Mohamed Azmin Ali berkata,

pembayaran satu setengah

bulan dilakukan pada 1

Julai lalu sementara bakinya

akan dibayar, pada 20 Disember

ini bagi membantu penjawat

awam membuat persediaan

persekolahan anak.

Katanya, bantuan khas kewangan

itu memberi implikasi

kewangan RM57.25 juta kepada

Kerajaan Negeri.

"Setiap manusia mempunyai

tulang belakang. Tulang

belakang yang kuat membolehkan

kita berdiri tegak dan

gagah serta berlari pantas.

"Penjawat awam adalah tulang

belakang pentadbiran

negeri. Kerajaan Negeri bersyukur

dan bertuah kerana mempunyai

pasukan yang kuat,

profesional juga berintegriti,"

katanya.

Pada masa sama, Mohamed

Azmin berkata, Kerajaan Negeri

tidak pernah melupakan

sumbangan dan kerjasama jabatan

juga agensi kerajaan di

peringkat persekutuan dalam

membangunkan Selangor.

"Komitmen itu sekali gus

me-lonjakkan prestasi Kerajaan

Negeri kepada 73 peratus," katanya.

Pada 2016, satu bulan setengah

gaji dengan implikasi kewangan

RM44.1 juta dikeluarkan

bagi tujuan pembayaran

bantuan kewangan.

Kutipan hasil dijangka

meningkat .%

KERAJAAN Negeri menjangkakan

perolehan kutipan hasil bagi

2017 meningkat 81.7 peratus kepada

RM2.55 bilion berbanding

RM2.25 bilion, tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri

Mohamed Amzin Ali berkata,

jumlah itu meliputi peningkatan

beberapa prospek penyumbang

hasil termasuk kutipan cukai dan

pelaburan negeri.

“Penyumbang utama hasil

Kerajaan Negeri adalah premium

tanah (54.2%), hasil cukai tanah

(19.5%) dan urus niaga berkaitan

tanah (8%).

“Selain itu, hasil negeri turut

disumbangkan keuntungan

daripada pelaburan simpanan

tetap (32.2%), cukai hiburan

(2.2%) dan cukai hasil hutan

daripada pengeluaran kuari

(1.9%),” katanya.

Sehingga 28 Oktober lalu,

Kerajaan Negeri mencatatkan

kutipan hasil RM2.27 bilion dengan

capaian peningkatan 101.2

peratus.

Pada masa sama, Mohamed

Azmin berkata, peningkatan

RM2.25 bilion berjaya dicapai hasil

anggaran pembentangan Belanjawan

2016.

"Peningkatan itu turut didorong

hasil komitmen penjawat

awam dan penggiat industri untuk

terus mencana pertumbuhan

ekonomi negeri," katanya.

Belanjawan surplus

Catat lebihan

RM. juta

KERAJAAN Selangor sekali lagi

mencatatkan belanjawan surplus

apabila kedudukan kewangannya

berada pada tahap lebihan

RM351.38 juta sehingga 14 Oktober

lalu.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri

Mohamed Azmin Ali berkata, kejayaan

diperoleh itu bukan helah

untuk mengambil sikap selesa,

sebaliknya merupakan berkat kewangan

kukuh.

Katanya, ia sekali gus membolehkan

Kerajaan Negeri merangka

Belanjawan 2017 untuk membangun

bangsa serta memakmur

negeri selain meningkatkan pelaburan

domestik dan luar negara.

"Pelabur mahukan kepimpinan

yang mempunyai visi jelas,

dasar tuntas dan berpegang kepada

prinsip integriti juga kebertanggungjawaban

dalam urus

tadbir negeri.

"Pada 30 Oktober 2015, saya

membentangkan belanjawan

defisit RM630 juta untuk menjana

pembangunan demi kesejahteraan

rakyat dan kemakmuran

negeri.

"Kita bersyukur kedudukan kewangan

negeri kini berada pada

tahap lebihan RM351.38 juta," katanya.

Pada masa sama, Mohamed

Azmin berkata, kutipan hasil

negeri mencecah 96.9 peratus,

belanja pembangunan 60 peratus,

manakala belanja mengurus

77.1 peratus.

Katanya, rizab negeri juga kini

berada tahap terbaik sebanyak

RM3.62 bilion.

"Walaupun Putrajaya gagal

menangani isu fundamental,

prestasi ekonomi Selangor bagi

2017 dijangka kekal pada landasan

pertumbuhan antara lima

hingga 5.5 peratus seperti tahun

sebelumnya.

"Keyakinan ini didorong jangkaan

pertumbuhan sederhana

di peringkat global, asas ekonomi

negeri kukuh, sumber pertumbuhan

pelbagai dan kadar

pengangguran rendah dipacu

perbelanjaan sektor swasta," katanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!