31.03.2017 Views

Info Kampus 73rd Issue Buletin_small

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

14

Konferensi Antarabangsa

Islam Borneo Ke-9

Oleh: Yeo Jiin Yih

Pada 25 Ogos 2016, Rektor UiTM Sarawak, Profesor Dato Dr. Jamil telah

berjumpa dengan Bapak Jahar Gultom, Konsul Jenderal Republik Indonesia

di Kuching. Lawatan ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai

Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) yang ke 9 kepada beliau.

Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Ke-9 telah sempurna diadakan pada 6

dan 7 September 2016, di Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. KAIB merupakan

satu platfom untuk pengkaji dan penyelidik daripada pelbagai negara untuk

turut serta dalam membentangkan penyelidikan mereka. Peserta-peserta

adalah terdiri daripada penyelidik di universiti awam dan swasta daripada

Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Sebanyak 106 kertas kerja

penyelidikan dan lima ucaptama daripada Malaysia dan Indonesia telah

dibentangkan dalam konferensi ini.

Pembukaan perasmian KAIB 9 ini disempurnakan oleh Gabenor

Kalimantan Selatan, Indonesia Syahbirin Noor. Konferensi dua hari ini

dibahagikan kepada empat sidang selari dan dipecahkan kepada lima bilik

pembentangan mengikut topik dan bidang penyelidikan.

Sempena Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Ke-9, peserta UiTM Sarawak

juga melawat Pasar Terapung Lok Bintang di Banjarmasin, Kalimantan,

Indonesia.

Pertandingan Festival Tari

IPT Borneo

Oleh: Yeo Jiin Yih

Tahniah kepada penari UiTM Sarawak atas kejayaan dalam menyertai

Pertandingan Festival Tari IPT Borneo yang akan bertanding di

Samarinda, Indonesia. Festival Tari IPT Borneo merupakan medan

untuk penggerak seni budaya di universiti kepulauan Borneo bergabung,

bertukar pendapat dan berkreativiti dalam usaha mengembangkan seni

budaya bangsa agar terus kekal serta diminati generasi akan datang.

Festival tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan

kerjasama serta perpaduan kaum melalui kebudayaan di samping

membantu kerajaan dalam usaha mengekal dan mengembangkan lagi

kebudayaan, kesenian dan warisan bangsa di kepulauan Borneo.

Semoga pasukan UiTM Sarawak mampu membuat yang terbaik dan

merangkul kejuaraan. UiTM Sarawak, BOLEH!

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!