31.03.2017 Views

Info Kampus 73rd Issue Buletin_small

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PROGRAM PERJUMPAAN DAN AMANAT

REKTOR UiTM SARAWAK

BERSAMA WARGA UiTM MUKAH

Oleh: Yahutazi Bin Hj. Chik &

Muhammad Syafiq Bin Mat Nazari

Pada 18 Januari 2016, Rektor Universiti Teknologi MARA

Cawangan Sarawak, Profesor Dato Dr. Jamil Hj. Hamali

telah mengadakan lawatan serta menyampaikan

amanat kepada warga UiTM Mukah. Majlis Perjumpaan

dan Amanat YBhg Rektor bersama staf UiTM Mukah

telah diadakan di Dewan Kuliah Tellian UiTM Mukah dan

ketibaan beliau telah disambut oleh Tuan Hj. Khalik Hj.

Ibrahim, Penolong Rektor UiTM Mukah. Majlis itu juga telah

dihadiri oleh semua warga pentadbiran dan staf akademik

UiTM Mukah. Di dalam ucapannya, beliau memberi

penghargaan kepada semua staf yang telah berpindah dari

Kampus Samarahan ke Kampus Mukah.

Selesai majlis amanat bersama Rektor, majlis disusuli

dengan bacaan ikrar perkhidmatan awam yang diketuai

oleh Encik Mohamad Ismaily Bin Hajani, Pegawai Eksekutif

Bahagian Pentadbiran. Selesai bacaan ikrar perkhidmatan

awam tersebut, majlis diteruskan dengan upacara menanam

pokok berdekatan dengan Dewan Sri Balau, iaitu Pokok

Madagascar Almond atau nama lainnya Umbrella Tree,

manakala nama saintifiknya pula Terminalia Mentaly.

Pada sebelah malamnya pula, majlis diteruskan lagi

dengan sesi amanat rektor bersama siswa-siswi UiTM

Mukah di Dewan Sri Balau. Barisan kepimpinan Majlis

Perwakilan Pelajar dan Presiden Persatuan dalaman UiTM

Mukah yang diketuai oleh saudara Muhammad Syafiq Bin

Mat Nazari telah menyambut ketibaan YBhg. Dato Rektor.

Beliau berharap dengan suasana persekitaran kampus

yang baharu, ianya bakal memberikan harapan yang tinggi

kepada semua siswa-siswi untuk mencapai keputusan

peperiksaan yang cemerlang dengan kemudahan fasiliti

yang disediakan. Beliau juga berharap agar para pelajar

dapat bersama menjulang nama UiTM Sarawak Kampus

Mukah ke persada yang lebih tinggi. Lawatan YBhg. Dato

Rektor ke UiTM Mukah memberikan seribu satu kenangan

kepada semua warga UiTM Mukah.

Perasmian yang

dirasmikan oleh KPP

Pengurusan Perniagaan

dan Pengurusan Maklumat

(2016), Puan Norzaihan

binti Hashim selaku

Fakulti Pengurusan

Maklumat dan diiringi

oleh Encik Khairil bin

Roslan, Pustakawan PTAR

UiTM Sarawak Kampus

Samarahan 1

PRESTIGE

Oleh : Suriani Bt Jack

Pada 25 Ogos 2016, Fakulti Pengurusan Maklumat telah

mengadakan program PRESTIGE (Promoting Exhibition(s)

& Talk for Informant (with Games & Event) anjuran pelajar

semester empat (4). Program ini telah diadakan di Pusat

Pelajar dan juga Dewan Kuliah 1, Blok C yang bertempat di UiTM

Sarawak, Kampus Samarahan 1. Seramai 80 orang pelajar telah

terlibat di mana ia terbahagi kepada tiga kumpulan. Di antara

objektif-objektif program ini adalah untuk memenuhi kehendak

kursus IMD 227 iaitu Kursus Promotion of Information Products

and Services dan memberi pendedahan kepada para pelajar

Fakulti Pengurusan Maklumat agar mereka mengetahui prospek

kerjaya di dalam bidang Pengurusan Maklumat. Objektif yang

seterusnya adalah untuk memberi penjelasan kepada para

pelajar mengenai kehendak industri dan kebolehpasaran

graduan dari Fakulti Pengurusan Maklumat serta memberi

motivasi kepada para pelajar supaya lebih berdaya saing dan

berkeyakinan di dalam mana-mana bidang pekerjaan.

15

Rektor UiTM Sarawak,

Profesor Dato Dr.

Jamil Hj Hamali turut

mengunjungi ruang

Pameran Sistem

Maklumat untuk

kumpulan IM 110 4B

Perasmian program PRESTIGE telah dilaksanakan oleh Puan

Norzaihan binti Hashim, selaku Ketua Pusat Pengajian

Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan Maklumat (2016).

Program ini turut dijayakan oleh Encik Khairil Bahrom bin

Rosli, Pustakawan bagi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),

UiTM Sarawak Kampus Samarahan 1. Aktiviti pertama adalah

penganjuran seminar kerjaya bagi bidang sistem maklumat

di mana Encik Samuel Lee Siaw Kang, iaitu Pengurus Sumber

Manusia dari Sarawak Information System Sdn. Bhd (SAINS)

telah hadir untuk memberikan sedikit taklimat mengenai

kerjaya dalam bidang sistem maklumat dan juga peluang

pekerjaan di SAINS tersebut. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain

yang turut dijalankan adalah Pameran mengenai Sistem

Maklumat, Aktiviti Permainan, dan juga jualan barangan dari

para pelajar.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!