31.03.2017 Views

Info Kampus 73rd Issue Buletin_small

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

WARNA-WARNI MALAM

PRA-GRADUAN PERINGKAT DIPLOMA

UiTM SARAWAK KAMPUS MUKAH

SESI JUN-NOVEMBER 2016

Oleh: Yahutazi Bin Hj. Chik & Suffina Binti Long

33

Pada 24 OKTOBER 2016, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah telah mengadakan Malam Pra-graduan (MPG) yang

bertempat di Kingwood Resort, Mukah bersama bakal graduan Diploma Pengurusan Ladang (AT110), Diploma Pengajian

Perbankan (BM111) dan Diploma Pengajian Perbankan (BM119) dan juga penasihat-penasihat persatuan dan para pensyarah

serta staf pentadbiran UiTM Sarawak, Kampus Mukah. Majlis yang bertemakan “colour blocking” telah menjadi pilihan pihak

bagi memberikan gambaran “warna-warni” kehidupan bakal-bakal graduan setelah mereka menamatkan pengajian di peringkat

Diploma serta bakal menempuhi alam pekerjaan kelak.

Objektif program Malam Pra-Graduan adalah untuk memberikan penghargaan serta penghormatan kepada pelajar tahun akhir

juga kepada para bakal graduan yang telah terpilih menerima Anugerah Pelajar Harapan Pencapaian. Saudara Benjamin Bin

Alphonsus Akee selaku Pengarah Program bagi Malam Pra-Graduan tersebut telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Selepas itu,

majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian dan amanat daripada Penolong Rektor UiTM Mukah, Tuan Hj. Khalik Ibrahim.

Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Khalik Ibrahim dengan memotong kek yang berlogokan UiTM sebagai satu

simbolik untuk meraikan bakal-bakal graduan. Anugerah Pelajar Harapan Pencapaian Akademik Keseluruhan UiTM Mukah telah

dinobatkan kepada saudari Nurtasha Anak Betty dari Diploma Pengurusan Ladang (AT110) manakala Anugerah Pelajar Harapan

Pencapaian Kepimpinan Terbaik telah dianugerahkan kepada Saudara Muhammad Syafiq Bin Mat Nazari mantan MPP UiTM

Mukah juga dari program Diploma Pengurusan Ladang (AT110).

ACADEMIC VISIT TO SARAWAK STATE LIBRARY’S HERBAL GARDEN

By: Margaret Chan Kit Yok

Sarawak State Library is an ideal place for seventy-five Part Four Bachelor of

Sciences (Technology and Plantation Management) students from the Faculty

of Plantation and Agrotechnology to explore herbal plants. The field visit on

21 December 2016, led by Associate Professor Dr. Margaret Chan, was a collaboration

between UiTM and the State Library. It was part of the requirement of the coursework

of Biotechnology for Plantation Crops. The students were not only able to collect

materials for their assignment on secondary metabolites of herbal plants, but

also participated in a gotong royong held at the herbal garden. Upon arrival at the

garden, the students were welcomed and briefed by Mr. Japri Bujang Masli, the

section head of the Library Services Sector. The students also took this opportunity

to register as members of the library.

Lawatan Akademik ke Kuala Lumpur dan Selangor 2016 - Diploma Perakaunan (AC110)

Oleh: Tina Stephen Enggong

Pada semester Disember 2015 – April 2016, dua kumpulan

pelajar Semester 5 Diploma Perakaunan Kampus Samarahan

1 telah mengadakan lawatan akademik ke Semenanjung

Malaysia. Lawatan akademik yang bertemakan “Merentasi Dunia

Realiti Perakaunan ke Kuala Lumpur & Shah Alam, Selangor”

dan “Jelajahi Dunia Perakaunan ke Selangor Darul Ehsan” telah

diadakan pada 24 hingga 27 April 2016. Lawatan ini diiringi oleh

dua penasihat akademik Fakulti Perakaunan UiTM Sarawak iaitu

Profesor Madya Dr Corina Joseph dan Cik Tina Stephen Enggong.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk menyiapkan para pelajar

menghadapi dunia pekerjaan sebenar sebagai seorang akauntan,

memberi inspirasi dan pendedahan kepada pelajar terhadap

bidang perakaunan serta mendedahkan para pelajar kepada iklim

dan pasaran industri perakaunan secara langsung. Di sampingi itu,

ianya dapat meningkatkan kefahaman dan pembelajaran di luar

bilik kuliah.

Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar telah berkunjung

ke IPAC Education, INTEC Education College Kampus

Seksyen 17 Shah Alam, Kilang Beryl’s Chocolate Wonderland,

Universiti Sunway dan Muzium Bank Negara. Semasa lawatan

ke IPAC Education, INTEC Education College dan Universiti

Sunway, para pelajar telah diberi taklimat ringkas berkaitan

dengan jenis-jenis kemudahan yang disediakan, programprogram

yang ditawarkan serta kelayakan akademik

yang diperlukan bagi tujuan pengajian. Di Kilang Beryl’s

Chocolate Wonderland, pelajar dapat melihat sendiri

proses-proses penghasilan pelbagai produk koko. Manakala

di Muzium Bank Negara, pelajar diberi satu taklimat ringkas

oleh salah seorang pegawai bank mengenai sejarah Bank

Negara, matawang Malaysia dan bahagian-bahagian

menarik di muzium tersebut.

Universiti Sunway

Kilang Beryl’s Chocolate Wonderland

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!