31.03.2017 Views

Info Kampus 73rd Issue Buletin_small

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

36

Program Memperkasakan

Matematik UPSR di SK Pinang

Oleh: Lai Tze Wee

Jabatan

J

Sains Matematik UiTM Cawangan Sarawak telah berjaya

menganjurkan program khidmat masyarakat yang bertajuk “Program

Memperkasakan Matematik UPSR” di Sekolah Kebangsaan Pinang.

JProgram ini bermula dari 29 Julai hingga 26 Ogos 2016 dan melibatkan

kesemua 31 pelajar Tahun Enam SK Pinang.

Program ini bertujuan memperkukuhkan kefahaman pelajar sekolah

rendah terhadap matematik melalui permainan dan pendekatan inkuiri

memandangkan pengajaran matematik sekarang terlalu berorientasikan

peperiksaan. Ini mengakibatkan pelajar hilang minat terhadap subjek

matematik. Selain dari itu, pelajar juga didapati tidak sedar bahawa

wujudnya kesinambungan di antara matematik dengan dunia luar. Mereka

tidak berupaya menghubung-kaitkan matematik yang dipelajari di dalam

kelas dengan matematik yang digunakan dalam kehidupan seharian. Oleh

itu, Program Memperkasakan Matematik UPSR yang dilaksanakan ini bukan

sahaja ingin membantu pelajar menghayati matematik, malah berhasrat

untuk mempertingkatkan prestasi matematik di kalangan pelajar-pelajar

SK Pinang, Kota Samarahan.

Lima topik dalam sukatan mata pelajaran Matematik UPSR dijadikan fokus

utama dalam program ini, iaitu pecahan/peratus, panjang, jisim, isipadu

dan perwakilan data. Perlaksanaan program ini adalah berlandaskan

aktiviti dengan pendekatan inkuiri yang mempromosikan KBAT.

Permainan Mind card yang berasaskan KBAT

Pendekatan Inkuiri topik panjang (kiri),

topik jisim (kanan)

Menurut Ketua Program Memperkasakan Matematik UPSR, Dr Hwa Tee

Yong, pelajar sekolah rendah sering menghadapi masalah menguasai

teknik menjawab soalan Matematik UPSR terutamanya soalan yang

melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ini adalah kerana

kebanyakan pelajar mengamalkan kaedah penghafalan rumus-rumus

Matematik tanpa memahami konsep di sebaliknya. Impaknya bukan

sahaja menyebabkan kehilangan minat dalam Matematik, tetapi turut

menjadi faktor pelajar tidak berminat memilih aliran sains dan teknikal

apabila melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 kelak. Ini secara tidak

langsung turut menjejaskan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025 yang menetapkan penjurusan 60% pelajar ke bidang

sains dan teknikal.

Program ini secara amnya telah mendapat respon yang positif daripada

pelajar. Di antara respon yang diberikan adalah:

“Pada minggu pertama, saya rasa gentar dan takut kerana tidak pintar

menguasai Matematik. Minggu seterusnya saya rasa sangat gembira dan

mula pandai menguasai Matematik…”.

Perkongsian ilmu oleh pelajar SK Pinang (kiri),

gambar kenangan (tengah & kanan)

“Program ini sangat memberi peningkatan kepada saya. Saya amat

gembira kerana dapat menikmati pengalaman sebegini. Saya berharap

program ini akan diteruskan…”.

“Saya berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk merasai bagaimana

belajar di UiTM. Saya berjanji untuk belajar di sini suatu hari nanti ...”.

“Terima kasih kerana membantu kami menguasai Matematik…”

Program ini bukan sahaja telah membantu pelajar-pelajar Tahun Enam

di SK Pinang untuk menguasai KBAT, tetapi juga telah memberikan

suatu dimensi baru dengan mencipta keseronokan dalam pembelajaran

Matematik.

Lawatan ke Studio Seni UiTM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!