31.03.2017 Views

Info Kampus 73rd Issue Buletin_small

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAWATAN KERJA KETUA PUSTAKAWAN

Oleh Pn. Zuraida Abdul Karim

25

Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 1 dan

Kampus Samarahan 2 telah menerima kunjungan hormat Ketua Pustakawan

UiTM, Encik Noor Hidayat Adnan diiringi oleh Encik Jamalludin Haji Sulaiman,

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, pada 14 November 2016 yang lalu. Pada 15

November keesokan harinya, Encik Noor Hidayat Adnan bersama Encik Jamalludin

Haji Sulaiman dengan diiringi Puan Norhayati Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan

PTAR Cawangan Sarawak telah berlepas ke Mukah bagi lawatan kerja ke

Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Mukah.

AKTIVITI-AKTIVITI ANJURAN

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK

CAWANGAN SARAWAK

Oleh: Zuraida Abdul Karim

PERTANDINGAN NASYID

Perpustakaan Tun Abdul

Razak Cawangan Sarawak

telah menghantar wakil

ke Festival Pertandingan

Nasyid Program I Love

Kuching

City

yang

dianjurkan oleh Pihak

Dewan

Bandaraya

Kuching Utara (DBKU)

pada 18 dan 19 November 2016. Tahniah kepada Kumpulan

Nasyid PTAR yang dikenali sebagai D’Uteqma kerana telah

berjaya menjuarai pertandingan nasyid tersebut.

PERTANDINGAN BOWLING

Kelab Kebajikan Dan

Rekreasi PTAR UiTM

Sarawak telah mengadakan

aktiviti sukan bowling

pada 20 November 2016

di Riverside Superbowl

Parkson Kuching. Aktiviti ini

melibatkan semua ahli Kelab PTAR dan ia diadakan bagi tujuan

mengeratkan hubungan di antara staf PTAR UiTM Sarawak.

KEJOHANAN BOLA SEPAK

Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Sarawak telah

mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak Staf Piala

Rektor UiTM Sarawak yang berlangsung pada 28 November

2016 yang lalu dan telah berjaya mendapat tempat ketiga.

Kelab Bola Sepak PTAR UiTM Sarawak yang dikenali sebagai

KABALI FC ini merupakan gabungan Unit Infotech dan staf

Pejabat Rektor UiTM Sarawak.

Taklimat

AKTIVITI-AKTIVITI

PERPUSTAKAAN

Oleh: Zuraida Abdul Karim

Perpustakaan Tun Abdul

Razak Cawangan Sarawak

telah terlibat dalam

menyampaikan

taklimat

berkenaan

kemudahankemudahan

yang

tersedia di PTAR kepada

pelajar-pelajar baru Sesi

2016/2017. Taklimat untuk

bahagian Perpustakaan telah disampaikan oleh Encik Abang

Mohd Farizan Abang Yakup dan Encik Khairil Bahrom Rosli

iaitu Pustakawan PTAR UiTM Sarawak pada 28 November 2016

yang lalu.

Latihan

Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Sarawak telah

menganjurkan Latihan TOT OCLC WorldCat Discovery Service

untuk semua staf perpustakaan pada 30 November 2016 yang

lalu bertempat di Sudut IT PTAR Kampus Samarahan 1. Encik

Fattah Muhsin telah dijemput sebagai penceramah.

Lawatan Sekolah

Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Sarawak Kampus

Samarahan 2 telah menerima kunjungan lawatan daripada

pelajar-pelajar dan guru-guru dari Sekolah Kebangsaan ST

Alphonsus Julau pada 28 November 2016 yang lalu. Kunjungan

ini melibatkan lebih kurang 31 orang pelajar dan 9 orang guru

pengiring. Pelawat-pelawat telah diberi taklimat ringkas dan

dibawa melawat sekitar bangunan Perpustakaan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!