31.03.2017 Views

Info Kampus 73rd Issue Buletin_small

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

8

Alumni UiTM Sarawak perlu

menggerak semangat wakaf

Para alumni UiTM Cawangan Sarawak digesa supaya menggerakkan semangat

wakaf di kalangan mereka supaya semangat memberi balik menjadi amalan

atau tradisi bagi setiap institusti pengajian tinggi (IPT). Ketua Menteri

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, semangat memberi balik itu perlu

digerakkan dalam jiwa alumni agar setiap keringat yang pernah dicurahkan

kepada mereka dapat dinikmati generasi seterusnya.

“Saya ingin menyeru agar UiTM (Universiti Teknologi MARA) Sarawak menggunakan

kekuatan alumni mereka yang berjumlah lebih 20,000 sebagai usaha kreatif bagi

menjana pendapatan. Saya percaya sudah tiba masanya kita menggerakkan

semangat wakaf di kalangan alumni ini supaya menjadikan semangat memberi

balik sebagai suatu amalan atau tradisi,” katanya.”

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Zohari Tun Abang Haji Openg semasa

mewakilinya pada Majlis Makan Malam Amal Alumni UiTM Sarawak di Pusat

Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) baru-baru ini.

Adenan menjelaskan, sekiranya seorang alumni menyumbang atau menginfak

sebanyak RM100 sebulan dan dalam tempoh setahun universiti itu mampu

mengumpul dana endowmen kira-kira RM24 juta.

“Jumlah ini mungkin nampak kecil sahaja berbanding perbelanjaan semasa

sesebuah universiti tetapi ia boleh meningkat apabila lebih ramai alumni yang

ingin menyumbang kepada pembangunan pendidikan anak tempatan,” tegasnya.

Malah, beliau memberitahu bahawa dana endowmen itu juga dapat membantu

pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat

tinggi seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan

profesional di kalangan bumiputera Sarawak.

“Sebenarnya pemberian dana seperti ini bukanlah suatu perkara baharu bagi

universiti lain di dunia. Universiti Harvard misalnya yang sudah berjaya mengumpul

dana endowmen berjumlah lebih AS$20 bilion dan dana ini digunakan untuk

memberi biasiswa, menyalur bantuan kebajikan dan sebagainya,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Adenan turut melahirkan rasa bangga terhadap UiTM yang

aktif memainkan peranan menerusi kerjasama yang dijalinkan bersama kerajaan

dalam memastikan program ditawarkan memenuhi kehendak pasaran.

“Justeru, saya melihat peranan UiTM Sarawak dalam pembangunan modal insan

tidak boleh dipandang sepi dan mudah kerana keupayaan serta kepakaran yang

mereka miliki,” ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Rektor UiTM Sarawak Profesor Dato Dr. Jamil Haji

Hamali berkata, setelah 43 tahun bertapak di negeri ini UiTM kini menawarkan

63 program pengajian pelbagai peringkat dengan jumlah pelajar kira-kira 10,000

orang.

Pada majlis itu, Abang Zohari turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan

negeri sebanyak RM100,000, sumbangan daripada beliau sendiri RM50,000 dan

sumbangan daripada Yayasan Sarawak RM50,000 kepada Tabung Seri Kenyalang

yang turut dilancarkan pada malam tersebut.

Hadir sama isteri Abang Zohari Datin Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Presiden

Persatuan Alumni UiTM Sarawak Datuk Abdul Wahab Aziz, Profesor Emeritus Dato’

Dr. Hassan said, Naib Canselor UiTM dan isteri datin Che Norhayati Salleh, Datuk

Seri Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Francis Harden

Hollis, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pedalaman) dan

Perladangan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Encik Abdullah Saidol,

alumni-alumni serta tetamu lain.

Oleh: Mohammad Abang

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!