31.03.2017 Views

Info Kampus 73rd Issue Buletin_small

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

24

P

ada 18 November, 2016 UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga pihak Amanah Ikhtiar Malaysia

(AIM) telah menganjurkan Program Sosial Keusahawanan Wanita atau

Women in Social Enterprise (WISE) selama tiga minggu di Kampung Baru, Kota

Samarahan.

UiTM Anjur Program Sosial Keusahawanan Wanita

Oleh: Ardiana Mazwa Raudah Bt. Amir Abdullah

Wan Akil menambah lagi, para pelajar boleh menggunakan dan mengaplikasikan

pengetahuan yang mereka pelajari di IPT untuk membantu Sahabat AIM

memperbaiki kekurangan dalam perniagaan industri kecil dan sederhana

yang dijalankan seperti teknik-teknik pembungkusan dan strategi pemasaran

disamping mempelajari selok-belok perniagaan.

WISE, merupakan program keusahawanan sosial institut pengajian tinggi (IPT)

yang telah melibatkan seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada pelajar

UiTM Cawangan Sarawak dan enam buah keluarga usahawan yang lebih dikenali

sebagai Sahabat AIM di Kampung Baru, Kota Samarahan. Program ini bertujuan

agar para pelajar dan pengajar boleh menyumbangkan idea dan tenaga dalam

pembangunan masyarakat selain menerapkan nilai-nilai keusahawanan kepada

pelajar.

“Pelajar perlu lebih peka di dalam mencari peluang pekerjaan seperti

keusahawanan selepas menamatkan pengajian peringkat tinggi untuk

mengurangkan statistik pengangguran” adalah antara petikan daripada Profesor

Madya Wan Akil bin Tuanku Abdullah, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM

Cawangan Sarawak semasa berucap di Majlis penutupan dan penyerahan sijil

peserta program Women in Social Enterprise (WISE) 2016 pada hari ini di Kampus

Samarahan 1.

Pengurus cawangan AIM bahagian Samarahan, Puan Zaleha binti Abu Bakar

yang turut hadir di majlis penutupan tersebut juga merakamkan penghargaan

kepada pihak UiTM kerana sudi menjalanin kerjasama bersama mereka. Beliau

mengharapkan lebih banyak program kerjasama seperti ini bukan sahaja

dalam bidang keusahawanan bahkan dalam bidang-bidang lain yang boleh

memberi manfaat kepada para Sahabat khasnya dan masyarakat luar amnya

memandangkan terdapat sebanyak 3098 Sahabat AIM yang berdaftar daripada 68

buah kampung yang terlibat di seluruh daerah Samarahan.

Turut sama hadirkan diri di majlis penutupan tersebut adalah Kordinator

Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM

Cawangan Sarawak, Dr. Abdul Jabbar Abdullah, penyelia program Puan Siti

Sahmsiah binti Sahmat, para pensyarah dan pelajar UiTM yang terlibat secara

langsung dengan program WISE.

R

Bengkel Penilaian/Pemurnian Cadangan Penyelidikan bagi Geran Kementerian Pengajian Tinggi

Oleh: Yeo Jiin Yih

esearch Expedition Series (RES), RMU dengan kerjasama Unit ILEAD UiTM Sarawak telah menganjurkan bengkel

penilaian/pemurnian cadangan penyelidikan bagi Geran Kementerian Pengajian Tinggi pada 14 dan 15

November 2016 di Unit MASMED, Samarahan 2. Penceramah untuk Sains dan Teknologi (ST) adalah Profesor

Ir. Dr. Ismail Musirin (Director of CoRe Advanced Computing and Communication) dan fasilitator adalah Profesor

Madya Dr. Margaret Chan, manakala penceramah untuk Sains Social (SS) adalah Profesor Dr. Sabarinah Sheikh

Ahmad (Head of Research Impact & Ethics, RMC) dan fasilitator adalah Profesor Madya Dr. Voon Boo Ho. Bengkel

ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah jenis geran-geran tawaran KPT, menghasilkan

cadangan penyelidikan yang sesuai bagi geran-geran yang ditawarkan KPT dan memberi pendedahan kepada

pensyarah langkah-langkah menyediakan “winning research proposal” ” di bawah seliaan para penyelidik yang amat

berpengalaman dari UiTM Selangor. Seramai 32 pensyarah telah menghadiri bengkel ini. Melalui bengkel ini, para

peserta diberi tunjuk ajar untuk menyediakan kertas kerja dan menjalankan penyelidikan.

Bengkel Penulisan Akademik

Oleh: Yeo Jiin Yih

UiTM Sarawak Colloquium Series (UCS) dan Research Management Unit (RMU) telah menganjurkan bengkel penulisan akademik

pada 10 Ogos 2016 (Rabu), 8am- 5pm di Bilik Sarjana, UiTM Sarawak kampus 1. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk

memacu motivasi para peserta bagi merangka pengwujudan Jurnal Akademik UiTM Sarawak yang bertaraf antarabangsa,

Userta ke arah menghasilkan artikel yang berkualiti untuk diterbitkan di jurnal berimpak tinggi. Seramai 51 pensyarah UiTM Sarawak

telah menyertai bengkel ini. Penceramah bengkel ini adalah Profesor Madya Dr. Nor Ashikin bt. Mohamed Noor Khan, Koordinator

Penerbitan, Research Management Institute (RMI) UiTM Shah Alam yang berpengalaman. Topik yang disampaikan adalah “Talk on

Strategy to Publish World Class UiTM Sarawak Journal” dan “Writing Your Way into High Impact Factor Journals Workshop”.

Cascade Training on Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) 2016

By: Ch’ng Looi Chin

A

cascade training on Common European Framework of Reference for Languages

(CEFR) was conducted at UiTM Campus from 21 to 24 November 2016. It was a

training for some selected 24 English language lecturers from the Academy of

Language Studies to familiarize themselves with CEFR so that it would be able to

assist them in their future teaching pedagogy, particularly in designing assessments

based on the English Language Blueprint (2015-2025).

Currently, CEFR is implemented at the primary level. Beginning from 2016, all Form 1

students in Malaysia are involved in this programme. Soon, this will be incorporated

into the higher learning institutions. The framework covers aspects, such as the curriculum, assessments, teaching materials and teaching methods in English. This

training aims to ensure that the lecturers are equipped with CEFR, enabling them to apply this framework on students who are going to enter the public universities

in 2022.

Handouts for all the English language components (i.e. speaking, listening, reading and writing) were distributed to enable the participants to practise the alignment

of judgement based on this new framework. These handouts focus both on teaching materials and students’ output. Dr. Colin Jerome from UNIMAS, one of the Master

Trainers appointed by the Ministry of Higher Education, conducted the training.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!