18.07.2019 Views

MamaPapa January 2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PAKAR KAMI

PAKAR OBSTETRIK & GINEKOLOGI

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin

MD (UKM), Masters Obs & Gynae (UKM),

MRCOG (London)

Merupakan Ahli Akademi Perubatan Malaysia 2005,

To’ Puan Dr. Maziah menamatkan pengajian di UKM,

MRCOG London dan FRCOG London. Ibu kepada lima orang

anak dan nenek kepada seorang cucu ini kini berkhidmat di

KPJ Damansara Specialist Hospital sebagai Pakar Obstetrik

& Ginekologi.

PAKAR KESUBURAN/ PAKAR

PERUNDING OBSTETRIK &

GINEKOLOGI

Dr. Agilan Arjunan

MBBS (Malaya) MRCOG (London) Cert.

Artificial Reproductive Techniques (S’pore)

Dr Agilan Arjunan adalah graduan dari Universiti Malaya

dan mendapat ijazah kepakaran dari Royal College of

Obstetrician and Gynaecologist, London. Dengan kombinasi

kepakaran dalam pembedahan laparoskopi dan rawatan

kesuburan, beliau membantu pasangan untuk mendapatkan

zuriat melalui kaedah rawatan fertiliti yang terkini.

PAKAR PERUNDING PEDIATRIK DAN

GASTROENTEROLOGI & HEPATOLOGI

Dr. Nazrul Neezam Nordin

MBBS (Malaya), MPaeds (Malaya)

Dr. Nazrul kini berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Beliau

pernah bertugas di Jabatan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

selepas tamat latihan subkepakaran dan diiktiraf sebagai

Pakar Pediatrik dan Pediatrik Gastroenterologi & Hepatologi

oleh Daftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Registry)

pada Disember 2011.

PENSYARAH PEDIATRIK DAN PAKAR

KANAK-KANAK

Dr. Fahisham Taib

MB BCh BAO (Ireland), MMedSci

(Ireland), DCH (Glasgow), MRCPCH (UK),

SpecCertPallCare (Aus)

Dr. Fahisham bin Taib ialah Pensyarah Pediatrik dan

Pakar Kanak-kanak di HUSM. Beliau sudah empat tahun

berkhidmat di sana dan sebelum ini, pernah bertugas di

United Kingdom dan Ireland selama 10 tahun. Beliau juga

aktif menulis artikel dan menjawab pertanyaan masyarakat

dalam laman Doktorbudak.com.

KONSULTAN PEDIATRIK

Dr. Kenneth Looi Chia Chuin

MBBS (IMU), MRCPCH (UK)

Dr. Kenneth menerima kelayakan doktor beliau dari

International Medical University. Berpengalaman berkhidmat

sebagai Pakar Pediatrik di Hospital Tengku Ampuan

Rahimah, Klang dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala

Terrenganu, beliau kini merupakan Konsultan Pediatrik di

Hospital Columbia Asia – Cheras.

PAKAR DERMATOLOGI

Dr. Tee Shwu Hoon

MBBS (IMU), MRCP (UK), Advanced Master

in Dermatology (UKM)

Dr. Tee kini berkhidmat di Hospital Columbia Asia – Puchong.

Beliau pernah bertugas di Hospital Selayang sebagai Pakar

Perubatan, menerima latihan subkepakaran dermatologi di Hospital

Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Kuala Lumpur, seterusnya

diiktiraf sebagai Pakar Dermatologi. Pernah juga berkhidmat

sebagai Ketua Unit Dermatologi di Hospital Serdang. Beliau turut

aktif menerbitkan artikel untuk ‘Malaysian Journal of Dermatology’.

PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL

Jessie Foo Xiang Yi

Master in Clinical Psychology

Merupakan pakar psikologi klinikal terlatih di Pusat

Perubatan Sunway, Jessie Foo mengendalikan terapi psiko

bagi meningkatkan kemahiran pengurusan individu dalam

kehidupan seharian. Beliau juga berpengalaman dalam

mengendalikan bengkel korporat mengenai pengurusan

tekanan, pengurusan marah dan sebagainya.

DIETETIK KANAN

Saw Bee Suan

B. Health Sc. (Honours) Dietetics

Saw Bee Suan menamatkan pengajian dalam bidang

pemakanan di Universiti Sains Malaysia. Sebagai pakar

pemakanan kanan di Pusat Perubatan Sunway, beliau

banyak mengendalikan kes-kes kronik mengenai nutrisi.

PENA PENGARANG

Tahun Baru,

Azam Baru

Tirai 2018 mula dibuka. Tiba masanya

untuk kita menambah azam. Mengapa

kami kata menambah, kerana azam

tahun-tahun lepas belum tentu

tertunai semuanya. Jadi, tahun ini

anda cari lagi azam baru untuk

dilangsaikan. Berita baik bagi mereka

yang sedang merancang untuk

menambah bilangan ahli keluarga

tahun ini. Bajet 2018 yang diumumkan

oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk

Seri Najib Tun Razak pada hujung

tahun lalu membawa berita gembira

buat pasangan yang akan menimang

cahaya mata 2018, di mana wujudnya

Dana Tabungan Permulaan bernilai

RM200 (dari unit amanah saham

PNB) diberikan kepada anak yang

dilahirkan bermula 1 Januari 2018, di

bawah Amanah Dana Anak Malaysia

2050 (ADAM50). Bukan itu sahaja,

ibu-ibu yang berkerja di sektor swasta

juga turut menikmati cuti bersalin

mandatori kepada 90 hari, sama

seperti penjawat awam. Jadi, bagi

anda yang dalam tempoh TTC ataupun

sedang bercadang untuk menambah

bilangan anak, boleh berusaha keras

untuk mendapatkan manfaat yang

ditawarkan pihak kerajaan. Kami

doakan perjalanan anda sepanjang

tahun 2018 ini berjalan lancar dan

anda tetap memilih MamaPapa

sebagai bahan bacaan utama anda

seisi keluarga.

Salam sayang,

Nazrah

Boleh didapati di

Isi Kandungan

MAMAPAPA

7 Pendidikan Awal: Mengintai

Masa Depan Anak

11 Kenali Waktu Subur

14 Bahaya Ibu Hamil

Demam Campak

16 Masalah Kencing Kotor

17 Sesi Penyusuan

Menyeronokkan

19 Makanan Penjana Minda

22 Teknik Kurangkan

Sakit Bersalin

24 Tips Tingkat Kualiti Udara

Dalam Rumah

26 Minimakan Kesan

Regangan Kulit

MANJA

28 Rancang Parti Hari Jadi

31 Vitamin D Dan Kanak-kanak

34 Resipi Sardin

36 Mantapkan Bahasa &

Komunikasi Anak

39 Muka Anak Bertukar Biru

GAYA HIDUP

41 Hiburan Kanak-kanak

PENGHIAS KULIT:

IFFAH AFROZA &

IFFAH KHAULAH

Diterbit oleh:

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas,

60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 6203 2522

Fax: +60 3 6203 4522

Email: info@acepremier.com

Penerbit

John Lim

Pengarang

Nazrah Nazarudin

Penyumbang artikel:

Dr Maryamjameela

Dr Natasha Ain Mohd Nor

Dr Nordin Mamat

Pereka Grafik

Nasyiha Badela

Thurga Jayagaren

Pengurus Pengiklanan

Fiona Lim

Adeline Chin

Pencetak

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Pengedar

Pansing Marketing Sdn Bhd

Sekalung penghargaan kepada:

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin,

Dr. Agilan Arjunan, Dr. Nazrul Neezam Nordin,

Dr. Fahisham Taib, Dr. Kenneth Looi Chia

Chuin, Dr. Tee Shwu Hoon, Jessie Foo Xiang Yi,

Saw Bee Suan, DoktorBudak.com dan LPPKN.

Majalah MamaPapa diterbitkan 12 kali setahun

(setiap bulan) oleh AcePremier.com Sdn. Bhd.

MAMAPAPA mengalu-alukan pendapat

dan cadangan anda. Emailkan kepada

majalahmamapapa@gmail.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk

tidak menggunakan maklumat di dalam buku ini

sebagai ganti kepada konsultasi dan penjagaan

kesihatan profesional. Walaupun kajian dan semakan

telah dilakukan sebelum mengeluarkan maklumat

yang terdapat di dalam buku ini, namun pihak

penerbitan, pengarang, penasihat dan agen tidak

dengan mana-mana cara bertanggungjawab di atas

sebarang kesalahan, pengecualian atau ketidaktepatan

maklumat dalam bahan penerbitan ini sama ada

terhasil disebabkan kecuaian atau sebagainya, atau

sebarang akibat yang disebabkan olehnya. Rangkuman

atau pengecualian terhadap mana-mana produk juga

tidak bermakna pihak penerbitan menyokong atau

menolak penggunaannya sama ada secara keseluruhan

atau khusus.

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada persetujuan

pihak penyunting dan tidak terpengaruh kepada

kandungan editorial atau penyampaiannya. Pihak

penerbit, pengarang, penasihat dan agen tidak

menjamin, secara langsung atau tidak langsung,

kualiti atau keberkesanan sebarang produk atau

perkhidmatan yang digambarkan dalam iklan atau

sebarang material yang dipaparkan.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk

urusan perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2018. AcePremier.com Sdn Bhd.

TANYA PAKAR

Ragu-ragu tentang vaksin

S: Bayi saya berusia 12 bulan dan hanya diberikan vaksin Hep B

(Dos 1 dan Dos 2), BCG, DTP (Dos 1) dan Polio (Dos 1) selepas

dilahirkan. Saya mula berhenti membawa bayi saya mengikut

jadual vaksin kerana rakan sepejabat saya memberitahu

mengenai kesan vaksin yang berlaku kepada anak saudaranya.

Saya mula ragu-ragu untuk meneruskan vaksin kerana khuatir

anak saya turut mendapat kesan sampingan seperti yang

diceritakan. Bagaimanapun, baru-baru ini saya ada terbaca

mengenai imunisasi di dalam majalah. Mohon Doktor

terangkan mengenainya. Adakah merbahaya untuk anak saya

jika tidak mendapat vaksin seperti yang dijadualkan? Perlukah

saya meneruskan imunisasi untuk anak saya?

Pensyarah Pediatrik dan Pakar Kanak-kanak

Dr. Fahisham Taib berkata,

Kesan sampingan atau adverse effect boleh

berlaku tetapi ianya adalah terlalu jarang.

Kesan ini jika berlaku wajar dilapor kepada

unit farmakovigilans untuk memastikan

kesahihan serta memeriksa jenama vaksin

yang diberikan. Vaksin adalah penting untuk perlindungan anak

daripada penyakit berjangkit. Ibu bapa berperanan memilih jalan

terbaik dan pencegahan adalah merupakan salah satu tuntutan

dalam Islam. Memilih tidak mengimunisasikan anak adalah hak

puan tetapi pengalaman saya melihat pada kesan penyakit

berjangkit ini, pada hemat saya anak kita semua perlu divaksinkan.

Kita lebih banyak takut pada kesan sampingan vaksin yang

digembar-gemburkan oleh seseorang daripada penyakit sebenar

yang boleh membunuh anak dan generasi muda kita.

Anak puan telah diberi vaksin sebanyak 2 kali dan tiada kesan

sampingan berlaku. Apa yang berlaku kepada individu lain

mungkin disebabkan oleh masalah yang berbeza dan tidak wajar

disimplifikasi untuk anak puan. Vaksin bukan sahaja mencegah

penyakit daripada menular tetapi ia dapat mengelakkan orang lain

Hantarkan surat anda kepada Ruangan Tanya

Pakar, Majalah MamaPapa, AcePremier.com Sdn

Bhd, N-2-6 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1,

50480 Sri Hartamas, Kuala Lumpur atau emailkan

kepada majalahmamapapa@gmail.com atau

facebook.com/MajalahMamaPapa

daripada terkena penyakit dengan membasmi pembawa (carrier

state) sesuatu penyakit. Sesetengah penyakit berjangkit boleh

menyebabkan kehilangan nyawa dan cara yang mudah untuk

mencegahnya adalah dengan menggunakan vaksin. Mencegah

sesuatu penyakit adalah lebih baik daripada merawat.

Vaksin pada masa kini adalah selamat. Ia dijamin oleh kerajaan

dan melalui proses ketat dalam memastikan keberkesanan,

keselamatan dan ‘efficacy’ nya. Vaksin merupakan salah satu

usaha kita di era moden ini untuk melawan penyakit berjangkit

daripada menular. Mengambil tiga dos lebih baik dari dua dos,

dan mengambil dua dos lebih baik dari satu dos. Analogi saya jika

kita mengambil satu dos vaksin mungkin kekebalan hanya 85%,

dua dos akan mencecah 90% dan tiga dos kepada 99%. Tidak ada

vaksin yang boleh memberi kekebalan 100%. Ilmu immunologi

memungkinkan manusia mengatasi kuman yang menyebabkan

wabak. Tetapi jika ketentuan seseorang itu mendapat penyakit

berjangkit walaupun dia telah divaksin, ketentuan tersebut

merupakan qada dan qadar dari Allah Taala.

Saranan saya, kita tawakal dan ambil penggunaan vaksin

sebagai usaha. Kita perlu selalu berdoa agar usaha kita ini diberi

kesembuhan dan kejayaan. Puan boleh membaca tulisan saya di

Doktorbudak.com untuk keterangan lanjut.

MamaPapa | Januari 2018

5

untuk mamapapa & si manja

Kudapan seisi keluarga

Ingin memberikan anak anda snek segera yang lazat tapi

berkhasiat? Mission Foods kini tampil dengan perisa

baharu snek berkhasiat; Multigrain dan Corn & Rice Chips.

Diperbuat 100% daripada jagung, snek ini juga adalah

30% kurang minyak berbanding kerepek kentang biasa,

tanpa pewarna tiruan, perasa atau pengawet. Kedua-dua

produk ini boleh dinikmati begitu sahaja di rumah ataupun

menggunakan pencicah bagi menambahkan kesedapannya.

Didatangkan dalam pek 65g dan 170g, snek berkhasiat ini

dijual masing-masing pada harga RM2.99 dan RM6.99.

Sisi ‘ganas’ Bugaboo

Jenama stroller terkemuka, Bugaboo tampil dengan sisi ‘ganas’

dengan memperkenalkan aksesori terbaharu, Bugaboo by We Are

Handsome. Kolaborasi dengan label Australia ini menampilkan rekaan

aksesori stroller yang garang bagi meraikan semangat pengembaraan.

Koleksi Bugaboo by We Are Handsome adalah aksesori edisi terhad

yang menampilkan Bugaboo Tailored Fabric Set untuk stroller

Bugaboo Cameleon3, Bugaboo Sun Canopy untuk stroller Bugaboo

Bee5 serta Bugaboo Footmuff & Bugaboo High Performance Rain

Cover (boleh digunakan untuk semua rangkaian stroller Bugaboo).

Aksesori ini dijual serendah RM425 hingga RM850. Koleksi ini boleh

didapati di Bebehaus, First Few Years dan Mothercare untuk tempoh

yang terhad.

Selamat untuk si manja

Demi memberikan perlindungan terbaik untuk kulit si manja,

Guardian memperkenalkan rangkaian produk Botaneco Garden

Baby yang menggunakan bahan-bahan dari alam semula jadi.

Mengandungi ekstrak kamomil organik, oatmeal kolodial

organik serta minyak zaitun yang berfungsi melembapkan kulit

dan rambut, produk ini telah diuji secara dermatologi dan

disahkan eko (eco-certified), bermakna sesuai untuk kulit bayi.

Formulasi produk Botaneco Garden Baby juga bebas daripada

parabens, silikon, SLS, SLES, pewarna, lanolin dan DEA, justeru

ibu bapa tidak perlu risau akan perlindungan pada kulit halus si

manja. Rangkaian produk Botaneco Garden Baby merangkumi

produk cucian rambut hingga ke hujung kaki, losen bayi serta

krim muka dan badan bayi. Rangkaian produk Botaneco Garden

Baby dijual dengan harga bermula RM22.90.

6 MamaPapa | Januari 2018

TOPIK

Masa Depan Yang Lebih Cerah

Keputusan untuk memasukkan anak ke prasekolah bukanlah perkara yang mudah. Banyak

yang perlu anda pertimbangkan sebelum menghantar si kecil ke prasekolah. Peringkat

usia 1 hingga 6 tahun adalah tempoh penting dalam perkembangan kanak-kanak justeru,

adalah bonus buat anak kecil yang dapat menjalani alam prasekolah. Jika pilihan yang

dibuat bertepatan, maka potensi dalam diri anak dapat dikembangkan dan digilap.

MamaPapa | Januari 2018

7

TOPIK

Si manja bertukar menjadi si cilik

Setiap ibu bapa ingin memberikan yang

terbaik buat anak mereka termasuklah

dari segi pendidikan kerana ia

adalah aset yang paling bernilai

untuk diberikan kepada anakanak.

Pendidikan yang bagus akan

menjadikan masa depan yang cerah

buat anak-anak.

Sejak anak belum lahir lagi, ibu bapa

sudah merancang pelbagai perkara

tentang masa depan anak mereka seperti

bidang yang akan diceburi, kemahiran

tambahan yang ingin diserap dalam

diri anak dan pusat pengajian tinggi yang

akan diikuti. Sesetengah ibu bapa terutama mereka yang

berkemampuan sudah mula mencari nurseri, playschool

dan pusat pengayaan buat anak mereka. Hal ini kerana,

ramai ibu bapa yang sudah mula ‘celik’ tentang kesan

pendidikan awal kepada kanak-kanak.

Apabila bercakap tentang pendidikan awal kanak-kanak,

kebanyakan anak kecil akan mula merasai pengalaman

pertama mereka di prasekolah atau tadika. Justeru itu,

perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan adalah

hal si manja sebelum anda membuat sebarang keputusan

atau pilihan prasekolah yang sesuai buat mereka.

Perlu diingat bahawa si manja anda adalah seorang kanakkanak

kecil yang dunianya terbatas di rumah dan beberapa

tempat di luar rumah. Jadi, setiap ibu bapa perlulah

meneliti sama ada anak mereka sudah bersedia untuk

memasuki alam baru. Adakah si manja anda sudah bersedia

menjadi si cilik?

Persiapan mental dan fizikal

Tahap perkembangan setiap kanak-kanak berbeza.

Ada yang pesat berkembang dan ada yang mengalami

perkembangan normal serta abnormal. Sebelum

memasukkan anak ke prasekolah, anda perlu mengetahui

potensi perkembangan si kecil seperti kebolehan

menguruskan diri dan kebolehupayaan untuk bersosial.

Anda perlu ingat ini adalah kali pertama anak akan

berjauhan dengan anda dan mula berjumpa dengan orangorang

yang tidak dikenali tanpa anda di sisi. Meskipun

kebanyakan prasekolah memperuntukkan waktu selama

setengah hari, namun bolehkah anak anda berpisah dan

berdikari tanpa anda? Bolehkah dia berkawan dengan

rakan baru? Adakah anak anda sudah pandai menguruskan

diri seperti tahu menggunakan tandas atau pakai pakaian

sendiri? Inilah persoalan-persoalan yang perlu anda

jawab sebelum membuat keputusan menghantar anak

ke prasekolah.

Adakah anak anda sedia ke prasekolah?

Keputusan untuk menghantar anak ke prasekolah

merupakan satu tindakan yang sukar untuk anda

dan si kecil. Bagaimanakah untuk anda kenal pasti

bahawa anak anda sudah bersedia ke prasekolah?

Otak kanak-kanak berkembang

dengan pesat dari usia dua hingga

enam tahun. Ketika ini, otak mereka

ibarat span yang mampu menyerap

cecair dengan cepat. Ketika inilah

masa yang sesuai untuk memberikan

maklumat dan informasi yang

diperlukan untuk perkembangannya.

8 MamaPapa | Januari 2018

TOPIK

• Adakah guru tersebut menerima latihan berterusan? Adakah

mereka terlatih dalam mengawal situasi kecemasan? Ini

adalah soalan yang perlu anda tanyakan kepada pengetua

di situ

• Sebaik-baiknya, pengetua juga mestilah mempunyai

kelayakan dalam pendidikan dan berpengalaman

• Berapa besar kelas yang disediakan? Berapa orang pelajar

dalam satu kelas? Sebaik-baiknya, seorang guru dan

pembantu guru menyelia tidak lebih daripada 20 orang

pelajar dalam satu kelas

Betulkah pilihan saya?

Mencari prasekolah yang sesuai untuk anak anda bukanlah

kerja mudah. Ada banyak perkara yang perlu anda selidiki

sebelum membuat keputusan menghantar anak anda ke

situ. Mungkin ada sesetengah kanak-kanak yang sesuai

bersekolah di sini tetapi tidak sesuai bersekolah di sana.

Hal ini adalah biasa. Bagaimanapun sebagai ibu bapa,

anda perlu pastikan prasekolah yang dipilih dapat memberi

kegembiraan sekali gus membantu perkembangan kanakkanak.

Sebaik-baiknya, ibu bapa sendiri turun padang

mencari prasekolah yang berpadanan dengan si kecil.

• Bertanya kepada orang sekeliling (prasekolah dengan

reputasi yang baik akan mendapat pujian dari mulut ke

mulut tanpa perlu membuat hebahan yang berlebihan)

• Luangkan masa anda untuk pergi ke sekolah tersebut bagi

melihat sendiri persekitarannya

• Minta nombor telefon ibu bapa yang masih menghantar

anak mereka ke prasekolah itu sebagai rujukan (Jika

mereka mengamalkan polisi terbuka)

• Jika mereka mengamalkan polisi sulit, ambillah masa

berlegar-legar di persekitaran sekolah semasa ibu bapa

menghantar atau mengambil anak mereka. Berboraklah

dengan ibu bapa di situ bagi mengetahui persepsi mereka

mengenai prasekolah tersebut

• Siapakah guru anak anda? Adakah dia berkelayakan?

Guru di prasekolah perlu memiliki sekurang-kurangnya

diploma pendidikan kanak-kanak atau diploma Montessori

bagi melayakkannya mengajar di tadika. Sijil SPM sahaja

tidak mencukupi!

• Tanya tentang kelayakan, pengalaman dan berapa lama

guru tersebut mengajar di prasekolah itu

• Tanya sekolah tentang peraturan yang mereka kenakan dan

bagaimana mereka menguatkuasakannya

• Tanya mereka tindakan yang akan mereka lakukan

jika ada pelajar yang tidak sihat dan bagaimana

mereka menanganinya

• Adakah prasekolah ini mengamalkan polisi terbuka?

Prasekolah yang bagus akan menggalakkan ibu bapa

terlibat dalam aktiviti atau lawatan yang diadakan oleh

pihak mereka. Anda perlu berwaspada jika mereka

mengamalkan polisi tertutup, kerana mungkin ada sesuatu

yang cuba mereka sembunyikan

• Awas! Jika anda lihat peraturan mereka longgar dan

kakitangan mereka serta pelajar tidak tahu apa yang

dilakukan, pergilah cari prasekolah lain!

• Ketahui sukatan pelajaran yang digunakan di

prasekolah tersebut

• Jika prasekolah menggunakan silibus Montessori, maka

anda perlu lihat radas atau bahan mengajar yang digunakan

benar-benar mengikut silibus

• Namun, jika anda sedang mencari prasekolah yang

menggunakan sukatan pelajaran lain, pastikan jadual

di prasekolah memenuhi keperluan anak anda seperti

memperuntukkan aktiviti fizikal, masa bercerita, bersosial,

berkumpulan, makan dan waktu perseorangan

• Ingat! Ciri prasekolah yang baik ialah seimbang dari segi

akademik, aktiviti fizikal dan sosial

• Periksa jadual makan di prasekolah. Pastikan mereka

menghidangkan hidangan yang seimbang untuk keperluan

anak anda

MamaPapa | Januari 2018

9

TOPIK

Kurikulum yang ditawarkan

Dalam menentukan tempat ke prasekolah, perkara penting

yang perlu ibu bapa ketahui adalah mengenai kurikulum

yang ditawarkan oleh mereka.

Jika dahulu, ibu bapa banyak didedahkan dengan cara

pembelajaran yang berkisarkan ABC dan angka, namun

proses pembelajaran di prasekolah pada hari ini adalah

berbeza mengikut kurikulum. Justeru itu, ibu bapa perlu

membuat pilihan yang bijak dengan mengetahui suasana

pembelajaran yang terdapat di prasekolah pada masa kini.

Kurikulum Tradisional

Kaedah tradisional di prasekolah lebih menjurus

kepada akademik. Di sini, kanak-kanak akan

diajar tentang cara pengiraan, pembacaan dan

penulisan. Tujuannya agar kanak-kanak tidak akan

terkejut dengan cara pembelajaran di sekolah

rendah. Guru-guru di sini turut menerapkan

pengajaran berstruktur kepada pelajar melalui

aktiviti bercerita, seni dan kraf serta rutin bermain.

Di sini juga, kanak-kanak perlu mematuhi

kurikulum yang disediakan oleh tadika.

Kurikulum Waldorf

Tidak mudah untuk menjumpai kurikulum Waldorf

di mana-mana tadika. Hal ini kerana setiap tadika

dan guru yang mengajarnya mesti mempunyai

kelayakan Waldorf. Di sini, kanak-kanak diajar

menjalani rutin kehidupan seperti memasak dan

berkebun. Kanak-kanak juga akan diletakkan

di dalam satu kelas dan menjalani aktiviti

pembelajaran dengan cara pembelajaran kreatif

seperti membaca, berlakon dan menyanyi.

Sistem penggredan dan penggunaan media

digunakan dalam kurikulum ini. Selain itu, alat

bantu belajar turut digunakan iaitu komputer dan

bahan elektronik bagi menarik minat pelajar.

Sistem pembelajaran di sini tidak menggunakan

bahan akademik untuk kanak-kanak seperti tiada

kerja rumah akan diberikan kepada mereka.

Kurikulum Montessori

Kurikulum Montessori tertumpu kepada keperluan

perkembangan penting kanak-kanak. Elemen

yang diterapkan ialah kebebasan tanpa batasan

dan persekitaran yang lengkap dan teratur yang

dapat memastikan kanak-kanak terdedah kepada

pengalaman dan material yang diperlukan.

Kaedah pendidikan ini dapat meningkatkan

kemahuan semula jadi kanak-kanak untuk belajar

dan mengembangkan keupayaan mereka dalam

persekitaran yang sempurna.

Di sini juga, kanak-kanak dilayan sama seperti

orang dewasa, di mana mereka diberikan

hak untuk memilih aktiviti yang ingin mereka

pelajari seperti membaca, menulis, mengira

dan menambah. Selain itu, kanak-kanak turut

didedahkan dengan kehidupan realiti sebagai

salah satu proses pembelajaran

mereka seperti

diajar cara

membutangkan

baju, mengikat

tali kasut,

membasuh

pinggan dan

meletakkan

baju kotor.

Kurikulum Reggio Emilia

Pendekatan Reggio Emilia percaya bahawa kanakkanak

berupaya, penuh keinginan dan mampu

untuk membesar serta membentuk pengetahuan

mereka sendiri. Di sini, kanak-kanak akan belajar

melalui interaksi dengan orang lain termasuk ibu

bapa, kakitangan dan rakan-rakan. Salah satu

aktiviti yang dijalankan di sini ialah guru akan

berbual dengan kanak-kanak secara perseorangan

atau kumpulan kecil dan meminta pendapat

mereka tentang sesuatu topik yang diberikan.

10 MamaPapa | Januari 2018

FERTILITI & KONSEPSI

Kenali Waktu

Subur Anda

Kebanyakan wanita yang sudah berkahwin mengimpikan untuk menjadi seorang ibu suatu hari nanti.

Akan tetapi, 1 daripada 6 pasangan akan mengalami masalah kesuburan. Oleh itu, mengetahui waktu

paling subur adalah penting agar anda dapat meningkatkan peluang untuk hamil.

MamaPapa | Januari 2018

11

FERTILITI & KONSEPSI

Waktu subur ialah waktu dalam kitaran haid seorang wanita

di mana sekiranya hubungan seks dilakukan di dalam waktu

itu peluang untuk hamil adalah tinggi kerana pada waktu ini

ovulasi berlaku. Waktu subur seseorang wanita ialah 5 hari

sebelum ovulasi dan 2 hari selepas ovulasi berlaku. Sperma

boleh hidup di dalam faraj dan rahim wanita selama 3–5

hari. Akan tetapi, telur wanita selepas ovulasi hanya boleh

hidup selama 12–24 jam sahaja.

Waktu paling subur (‘peak fertile period’) untuk seseorang

wanita ialah hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi

berlaku. Oleh itu, seelok-eloknya anda hendaklah

merancang untuk melakukan hubungan seks 1–2 hari

sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi.

Terdapat beberapa kaedah untuk

mengetahui waktu subur anda:

• Kaedah basal body temperature

• Kaedah cervical mucus monitoring

• Kaedah kalendar

• Menggunakan ovulation prediction kit

Kit Peramal Ovulasi (Ovulation predictor kit)

untuk menentukan hari subur anda

Luteinising Hormon (LH) adalah salah satu hormon yang

terlibat di dalam proses ovulasi seseorang wanita pada

setiap bulan. Sebelum proses ovulasi berlaku, paras

hormon LH ini akan meningkat secara mendadak. Ini

dikenali sebagai ‘LH Surge’. LH surge ini akan merangsang

folikel matang yang berada di dalam kilang telur seseorang

wanita untuk pecah. Hormon LH akan dapat dikesan di

dalam air kencing 12 jam selepas LH surge. Ovulasi akan

berlaku lebih kurang 24 jam selepas hormon LH dikesan

dalam air kencing.

Ovulation predictor kit (OPK) adalah sejenis alat yang boleh

dibeli di mana-mana kedai farmasi yang boleh digunakan

untuk mengesan ‘LH surge’ dengan hanya menggunakan

spesimen air kencing sahaja. Oleh itu, ujian mudah ini

boleh dilakukan di rumah atau pejabat. Penggunaan OPK

boleh dimulakan bergantung kepada kitaran haid anda.

Caranya adalah dengan mengira kitaran haid anda yang

lepas selama 3–6 bulan. Ambil kitaran haid yang terpendek

dan tolakkan 17 hari.

Contohnya:

Kitaran haid yang terpendek ialah

27 hari.

Mula membuat ujian OPK -> 27 – 17

hari = 10. Hari untuk memulakan ujian

OPK ialah pada hari ke-10 haid.

12 MamaPapa | Januari 2018

FERTILITI & KONSEPSI

Tips menggunakan OPK:

• Cari jenama OPK yang bersifat sensitif dan tepat

• Ada juga OPK digital yang akan memberikan keputusan

terus untuk anda. Jadi, tidak perlulah anda menggaru

kepala untuk cuba ‘interpret’ keputusan sekiranya

menggunakan OPK jenis strips.

• Gunakan sampel air kencing dari pukul 10 pagi hingga

8 malam. Jangan gunakan sampel air kencing yang

pertama. Juga pastikan mengurangkan meminum air 2

jam sebelum membuat ujian air kencing tersebut agar

air kencing tidak menjadi terlalu cair.

• Buat ujian tersebut pada waktu yang sama setiap hari.

• Ambil sampel air kencing.

• Rendamkan strip ujian ke dalam air kencing.

• Bacakan keputusan selepas 5 minit.

• Untuk keputusan positif, T line (Test line) hendaklah sama

terang dengan C line (Control line). (Sekiranya sukar

untuk membaca keputusan tersebut, belilah digital

ovulation testing)

• Kadangkala terdapat sesetengah pesakit di mana

keputusannya menunjukkan garisan T line yang samarsamar

(‘faint positive’). Sekiranya terdapat keraguan

hendaklah mendapat kepastian dari doktor yang

merawati terutamanya jika anda sedang menjalani

rawatan kesuburan seperti IUI atau untuk prosedur

Frozen embryo transfer.

Lakukan hubungan seks pada hari pertama mendapat ujian

positif OPK dan kemudian, lakukan hubungan seks pada

keesokan harinya juga. Walau bagaimanapun, jika anda

mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, seelok-eloknya

hendaklah berjumpa dengan doktor dan pastikan apakah

punca haid tidak teratur.

INFO

Di dalam pasaran terdapat juga fertility

monitor di mana pengguna akan

membuat ujian air kencing pada strip

pada setiap pagi dan meletakkan di

dalam alat tersebut. Monitor ini yang

akan menganalisa hormon LH dan

estrogen di dalam air kencing dan

memberitahu sama ada kesuburan

anda anda adalah rendah, tinggi atau

paling subur (peak). Akan tetapi, harga

fertility monitor ini adalah agak mahal.

Satu lagi pesanan Dr Tasha, janganlah terlalu taksub

dengan alat OPK ini kerana ia mungkin boleh menimbulkan

rasa stress. Lakukanlah hubungan seks 2–3 kali seminggu.

Sekiranya anda sudah boleh mengagak waktu subur, anda

bolehlah melakukannya dengan lebih kerap dalam

tempoh tersebut.

Dr. Natasha Ain Mohd Nor merupakan

Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Infertility)

dari KL Fertility Centre. Dr. Natasha juga

mengelolakan program IVFku bagi membantu

pasangan yang ingin menjalani rawatan IVF

pada harga yang berpatutan. Beliau aktif

menulis dan berkongsi informasi di blognya,

www.drnatashanorfertility.com

MamaPapa | Januari 2018

13

9 BULAN

Bahaya

Demam

Campak

Penjagaan kesihatan ibu semasa hamil perlu dititikberatkan. Jika ibu hamil mendapat penyakit,

berkemungkinan ia boleh memberi risiko kepada bayi yang dikandung seperti kelahiran pramatang,

keguguran atau bayi yang lahir kurang berat badan. Salah satu penyakit berisiko yang boleh memberi

kesan kepada bayi ialah demam campak.

Demam semasa hamil amat merunsingkan bakal ibu. Jika

hanya demam biasa mungkin kebimbangan itu masih boleh

diatasi, tetapi bagaimana pula jika si ibu mendapat demam

campak semasa hamil?

Demam campak atau rubella diketahui merupakan penyakit

kanak-kanak yang mudah berjangkit. Namun, penyakit

ini bukan sahaja melanda kanak-kanak sebaliknya semua

peringkat umur berisiko untuk mendapat demam campak,

terutamanya kepada mereka yang tidak mendapat imunisasi.

Gejala awal bagi mereka yang dijangkiti virus campak ialah

seperti batuk, hidung berair dan tersumbat, demam, sakitsakit

otot dan tumbuh ruam pada badan.

Tahukah anda?

Tanda-tanda awal demam

campak tidak dapat dilihat

pada hari pertama atau kedua

sebaliknya, ruam pada badan

akan mula timbul semasa hari

keempat anda telah dijangkiti.

14 MamaPapa | Januari 2018

9 BULAN

Ibu hamil yang belum mendapatkan vaksinasi campak

berisiko untuk dijangkiti virus ini. Awas! Jika anda dijangkiti

virus campak semasa usia kandungan di bawah 20 minggu,

dan anda masih belum divaksinasi serta tidak pernah lagi

dijangkiti campak sebelumnya, maka kandungan anda

berada pada tahap yang berisiko. Demam campak pada

awal kehamilan boleh membahayakan bayi anda dan

mengganggu proses pembentukan fizikal bayi. Kadangkala

ia boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan yang

mempengaruhi otak, telinga dan jantung.

Sementara itu, bagi wanita yang telah hamil tetapi baru

menyedari dia masih tidak mendapatkan vaksin rubella,

dia perlulah berhati-hati dan mengelakkan diri daripada

mereka yang dijangkiti virus tersebut. Antara langkah yang

boleh diambil ialah:

• Pastikan orang seisi rumah anda telah mendapatkan

vaksinasi rubella (supaya mereka imun dengan

virus tersebut)

• Elakkan berhubungan dengan orang di kawasan

setempat anda jika anda mengetahui terdapat kes

demam campak di situ

• Tangguhkan percutian ke mana-mana tempat/ negara

yang berisiko menerima virus rubella

Selepas anda melahirkan bayi anda, pastikan anda

mendapatkan suntikan rubella supaya anda tidak perlu

risau dijangkiti semasa kehamilan seterusnya. Anda boleh

mendapatkan suntikan walaupun anda memberikan anak

susu badan.

Jika anda mendapatkan suntikan rubella semasa 12 minggu

pertama kehamilan, risiko kandungan anda menghidap

sindrom rubella kongenital (CSR) adalah tinggi, iaitu

sehingga 85 peratus. Semasa minggu ke-13 hingga minggu

ke-16, kadar risiko berada antara 54 peratus. Dan jika anda

dijangkiti selepas minggu ke-20, risiko terhadap kandungan

semakin mengecil.

Antara masalah yang akan timbul adalah seperti katarak

dan kecacatan pada mata dan jantung, pekak dan

kerosakan pada otak, hati, paru-paru dan sum-sum tulang.

Bagaimanapun jika anda dijangkiti virus ini, janganlah risau.

Berbincanglah dengan doktor anda mengenai ujian-ujian

yang boleh dilakukan untuk mengetahu kesan rubella

terhadap bayi anda. Lazimnya, jika anda dijangkiti semasa

awal kehamilan, doktor akan mengesyorkan anda untuk

menjalani ujian imbasan antara minggu ke-18 hingga

minggu ke-20 bagi mengetahui keadaan bayi.

Apa perlu buat?

• Sebelum mencuba untuk hamil, anda boleh memeriksa pelalian terhadap rubella dengan

meminta doktor untuk menjalankan ujian darah bagi memastikan perkara itu.

• Jika anda baru mendapatkan vaksinasi, tunggu selama sebulan sebelum anda cuba untuk hamil.

• Jika anda telah hamil dan ujian darah menunjukkan anda tidak imun terhadap rubella, jangan

lakukan pelalian sehinggalah selepas kelahiran.

Info: Di Malaysia, vaksin campak biasanya diambil bersama-sama vaksin beguk dan rubella ketika berumur satu dan tujuh tahun

MamaPapa | Januari 2018

15

ALAM BERPANTANG

Masalah Kencing Kotor

Adakah anda pernah mengalami situasi di bawah selepas bersalin?

Rasa sakit semasa kencing? Atau terkencing semasa batuk, bersin dan ketawa?

Jangan pandang remeh hal ini kerana anda mungkin mengalami masalah kencing kotor.

Teruskan membaca artikel di bawah...

Jangan dibiarkan

Masalah kencing kotor tidak boleh dibiarkan kerana akan

menyebabkan masalah lain pada badan. Jika penyakit

ini tidak dirawat dengan sempurna akan menyebabkan

kegagalan fungsi buah pinggang pada tempoh panjang.

Selain itu, ibu baru juga akan mengalami demam jika

masalah kencing kotor berterusan.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu baru disaran untuk

melakukan senaman kegel bagi memastikan otot sekitar

pelviks dan pundi kencing kembali normal. Senaman kegel

juga boleh dilakukan semasa anda hendak batuk, tergelak

atau bersin.

Sesetengah ibu baru mungkin akan berdepan dengan

komplikasi selepas bersalin. Antaranya ialah masalah

kencing kotor atau kencing tidak lawas. Kebiasaannya,

masalah kencing kotor ini sering dihadapi oleh mereka

yang sedang hamil terutama semasa trimester pertama dan

bulan-bulan terakhir kehamilan.

Namun, tidak mustahil juga jika ibu baru turut mengalami

masalah yang sama. Hal ini adalah kerana kaum wanita

lebih mudah dijangkiti penyakit ini disebabkan saluran

air kencingnya lebih pendek berbanding lelaki. Apabila

jaraknya pendek, kuman dari luar lebih mudah untuk masuk

ke dalam pundi kencing sekali gus menyebabkan jangkitan.

Wanita baru bersalin mungkin akan trauma dan menahan

kencing kerana takut luka bersalin mereka pedih atau

sakit. Ibu yang mengambil epidural semasa bersalin juga

mungkin akan mengalami gangguan saraf pada pundi

kencing sehingga menyebabkannya terdedah kepada

masalah kencing kotor.

Selain itu, latih pundi kencing anda untuk kencing setiap

30 minit. Hal ini adalah bagi mengelakkan anda untuk tidak

kencing langsung. Kemudian, bolehlah dijarakkan lagi

waktu kencing dalam satu jam sekali atau dua jam sekali

dan seterusnya.

Elakkan juga meneran semasa membuang air besar kerana

usus anda tidak boleh memberi tekanan tambahan kepada

pundi kencing. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas

air masak setiap hari bagi mengelakkan dehidrasi dan

jangkitan saluran kencing.

Kurangkan minuman kopi, sitrus, tomato, minuman ringan

dan alkohol bagi mengelakkan iritasi dan membuatkan

anda sukar untuk mengawal pundi kencing. Jangan

menggunakan tampon, sebaliknya gunakan pad bagi

membantu menyerap kebocoran air kencing anda.

Penjagaan kebersihan bahagian intim adalah penting.

Pastikan anda mengelap kemaluan anda dari depan ke

belakang bagi mencegah bakteria di bahagian belakang

merebak ke faraj anda.

Kencing kotor terjadi kerana jangkitan

kuman pada sistem saluran kencing

merebak pada buah pinggang.

Lazimnya, kencing kotor terjadi

disebabkan oleh jangkitan dari luar

dan masalah tahan kencing.

Kencing kotor selepas bersalin

mungkin akan berlarutan antara

tiga hingga enam bulan atau

mungkin lebih lama jika tidak

dirawat bagi sesetengah ibu baru.

16 MamaPapa | Januari 2018

SEMBANG LAKTASI

Jadikan Sesi Penyusuan

Menyeronokkan

Setiap ibu baru pasti mengalami pengalaman yang berbeza semasa mengandung,

melahirkan dan juga menjaga anak mereka. Anak pertama pengalamannya tidak sama

dengan anak kedua dan begitu juga seterusnya. Begitu juga dengan penyusuan bayi.

Mungkin juga semasa anak pertama, anda tidak dapat memberikan penyusuan eksklusif

kepada si manja (sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kehamilan).

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah tidak dapat

memberikan susu ibu kepada bayi sulung mereka, usah

risau! Jangan sematkan di dalam hati bahawa anda sukar

untuk memberikan susu ibu kepada bayi-bayi anda.

Rata-rata ibu baru tidak dapat meneruskan penyusuan susu

ibu kerana mengalami kekangan seperti tidak mendapat

cukup pengetahuan tentang ilmu penyusuan, tiada

persediaan sebelum, semasa dan selepas penyusuan,

berfikiran negatif tentang penyusuan dan masalah-masalah

fizikal lain yang turut dialami oleh ibu baru.

Disebabkan hal itulah, segelintir ibu baru ini merasakan

sesi penyusuan adalah ‘membebankan’, leceh dan

‘menyiksakan’ mereka. Tambahan pula, apabila ada ibu

yang pernah mengalami masalah sakit puting atau tidak

cukup susu, ibu-ibu ini seakan serik untuk menyusukan bayibayi

mereka yang lain.

Tahukah anda?

Mulakan penyusuan susu ibu satu jam

selepas si manja anda lahir. Secara

semula jadi, bayi anda akan tahu

untuk mencari payudara anda semasa

diletakkan dekat dengan dada dan

sebaik sahaja tubuhnya bersentuhan

dengan kulit anda.

Selain itu, kekangan lain seperti sukar menyusukan bayi di

tempat awam juga menjadi masalah untuk ibu dan bayi.

Faktor pakaian dan lokasi penyusuan turut membantutkan

hasrat ibu.

Sebenarnya, terdapat banyak produk di pasaran yang

menyokong penyusuan susu ibu. Antaranya ialah botol

susu, pam penyusuan manual dan elektrik, selendang

penyusuan, pemanas botol dan pakaian penyusuan.

Bagi ibu yang bekerjaya, mereka boleh bersedia

mengepam susu badan siap-siap sebelum tiba hari bekerja.

Masalah untuk menyimpan susu juga tidak menjadi

hal kerana sebaik sahaja susu dipam, ibu baru boleh

menyimpannya di dalam botol susu dan simpan di peti

sejuk untuk lebih tahan lama. Sebelum memberikan susu

yang telah sejuk, ibu boleh memanaskan susu ibu dahulu

menggunakan pemanas botol.

Begitu juga jika ibu merasakan sukar untuk membawa si

manja keluar dari rumah. Kini, banyak pakaian penyusuan

yang dijual di pasaran yang menyokong penyusuan susu

ibu. Antaranya gaun, kardigan atau selendang penyusuan

dan poncho. Ibu masih boleh menyusukan bayi mereka di

dalam kereta, di padang permainan, tasik ataupun di pusat

membeli-belah.

Sokongan penyusuan

Menyusukan bayi baru lahir ada kalanya dianggap sebagai

kerja sepenuh masa untuk kebanyakan ibu baru. Hal

ini kerana mereka beranggapan si manja tidak boleh

ditinggalkan semasa dalam tempoh penyusuan. Justeru

itu, ramailah ibu-ibu terutama yang bekerjaya terpaksa

memberhentikan penyusuan susu ibu.

MamaPapa | Januari 2018

17

SEMBANG LAKTASI

langkah menjadikan sesi

penyusuan menyeronokkan

Sesi penyusuan boleh jadi menenangkan dan ada kalanya

menjadi perkara yang menyakitkan bagi sesetengah ibu.

Penting bagi ibu untuk bersedia sebelum melangkah ke

alam penyusuan. Berikut merupakan tips yang boleh anda

ikuti bagi menjadikan sesi penyusuan menyeronokkan

bukan sahaja untuk anda bahkan juga buat si manja!

1

Tenang dan relaks

Salah satu perkara untuk menjayakan sesi penyusuan ialah

memilih masa dan tempat yang betul. Pada awal-awal

penyusuan, bangkitkan mood penyusuan dengan memilih

lokasi yang menyelesakan untuk anda dan bayi. Jangan

menyusukan anak anda sambil melakukan kerja lain seperti

menonton rancangan televisyen kegemaran anda.

2

Lokasi

Cubalah beberapa posisi penyusuan yang menyelesakan

untuk anda dan bayi. Sesi penyusuan biasanya berjalan

lama terutama semasa awal penyusuan. Justeru itu, penting

untuk anda memilih lokasi yang bersesuaian seperti

bersandar di atas kerusi ataupun berbaring di atas tilam

empuk anda.

INFO

Posisi yang salah akan membuatkan

anda kurang selesa dan sakit belakang

semasa menyusukan bayi.

Bantal penyusuan boleh

membantu keselesaan

anda dan bayi.

3

4

Pilih posisi

Berasa sakit semasa menyusukan

si manja? Cubalah posisi yang

bersesuaian untuk membantu

penyusuan. Lazimnya, ibu gemar

menggunakan posisi dukung dengan

meletakkan bayi berhadapan dengan

perut dan kepalanya menghadap

payudara anda. Selain itu, anda boleh

cuba posisi dukung silang, dakap atau

berbaring semasa sesi penyusuan.

Jangan tertekan

Jangan menyusukan anak

anda semasa anda

sedang menangis, marah

atau kecewa. Hal ini

hanya akan mengekang

pengeluaran susu di samping

membantutkan selera anak

anda. Tenangkan diri anda dahulu

sebelum meneruskan penyusuan.

6

Gunakan pam susu

Gunakan pam susu

Rangsang pengeluaran susu

semasa sedang menyusukan

bayi. Urut payudara anda supaya

aliran susu akan lebih laju sekali

gus memudahkan si manja untuk

mendapat lebih banyak susu.

Jika bayi anda tidak mahu menyusu badan atau tidak

konsisten menyusu, gunakan pam penyusuan bagi

merangsang pengeluaran susu badan anda. Pilih

pam susu yang sesuai dan menyelesakan bagi

memudahkan pengeluaran.

7

Buat jadual

5

Pastikan waktu mengepam anda sama pada setiap hari.

Contohnya, jika anda selalu mengepam susu di tempat

kerja pada pukul 10 pagi, tetapkan masa mengepam pada

waktu yang sama setiap hari. Terutama jika anda dapati

waktu-waktu tertentu dapat menghasilkan pengeluaran

susu yang banyak.

Jangan beri si manja menyusu badan

selain daripada payudara anda sebelum

usianya satu bulan. Hal ini adalah bagi

mengelakkannya keliru puting. Anda

boleh memperkenalkannya kepada

botol susu dua minggu lebih awal

sebelum anda mula bekerja.

18 MamaPapa | Januari 2018

pemakanan

Makanan Penjana

Minda Si Kecil

Inginkan anak anda menonjol di sekolah? Perhatikan pada diet mereka. Pilihan

makanan yang betul boleh membantu menggalakkan pertumbuhan otak si

manja, di samping meningkatkan fungsi otak, memori dan daya tumpuan.

MamaPapa | Januari 2018

19

pemakanan

Diet seimbang dan sihat bukan hanya baik untuk tubuh

kanak-kanak sahaja, bahkan juga bagus untuk mindanya.

Tubuh yang sedang membesar memerlukan pelbagai jenis

nutrien- akan tetapi, 10 jenis makanan super di bawah ini

amat baik bagi membantu merangsang minda si kecil.

1. Salmon

Ikan berlemak, seperti salmon

merupakan sumber baik untuk

asid lemak omega-3, yang amat

baik untuk pertumbuhan dan

fungsi otak. Dengan mengambil

asid lemak yang secukupnya

dapat membantu kanak-kanak

meningkatkan kemahiran mental

mereka. Ada juga kajian yang

menujukkan bahawa orang yang

mengambil asid lemak dalam diet

mereka akan mempunyai minda yang tajam

dan berprestasi dalam ujian kemahiran mental.

TIPS

Letakkan hirisan salmon dalam sup brokoli berkrim

si kecil, tambah juga potongan brokoli untuk nutrien

tambahan dan tekstur yang lembut.

2. Telur

Telur adalah sumber protein

terbaik, dan kuning telur

pula mengandungi choline,

nutrien penting untuk

perkembangan memori.

Lebihkan makan telur:

Bekalkan anak anda burrito

telur ke sekolah. Selain itu,

anda boleh juga tawarkan si manja

telur hancur atau roti bakar telur.

3. Mentega kacang

Ramai kanak-kanak sukakan mentega

kacang- ini adalah perkara yang

baik kerana mentega kacang

merupakan snek berkhasiat

yang dipenuhi dengan

vitamin E, iaitu antioksidan

yang dapat melindungi

membran saraf. Ia juga

mengandungi thiamin,

yang baik untuk otak,

serta glukosa yang

memberikan tenaga.

Mentega kacang juga

boleh dijadikan pencicah

untuk buah-buahan seperti

pisang dan juga sayuran seperti

daun saderi.

4. Bijian penuh

Bijian penuh seperti roti

dan bijirin menyediakan

glukosa, sumber tenaga

untuk keperluan

otak. Bijian penuh

juga mengandungi

vitamin B, yang

baik untuk sistem

saraf. Tambahkan

bijian penuh

dalam kebanyakan

hidangan anda seperti

menggantikan roti, wrap

dan kraker bijian penuh

dalam hidangan.

Mudah untuk anda

mendapatkan bijirin

penuh khasiat

memandangkan

masyakat kini

semakin mengambil

berat akan amalan

pemakanan

yang sihat. Jadi,

sebaik-baiknya

dalam hidangan

si kecil, pastikan

anda menyelitkan

makanan yang

mengandungi bijian

penuh seperti tortilla

bijian penuh atau

roti bijian penuh.

5. Oat

Oat dan oatmeal adalah

sumber yang baik untuk

tenaga dan otak. Oat

dilengkapi dengan

serat untuk membantu

memastikan kanakkanak

rasa kenyang,

jadi mereka tidak

akan mencari

makanan ringan

sebagai snek. Selain

itu, oat juga merupakan

sumber yang bagus untuk

vitamin B kompleks dan E serta

zink bagi membantu merangsang otak

kanak-kanak dengan optimum. Oatmeal boleh dijadikan

sebagai asas dalam campuran epal, pisang, bluberi

ataupun kacang badam.

20 MamaPapa | Januari 2018

Ini resipi mudah untuk menyediakan snek lazat juga

berkhasiat buat si kecil:

Bahan-bahan:

• 1 cawan mentega kacang

• ½ cawan madu

• 1 cawan rolled oat

• ½ cawan serbuk susu

6. Beri

Cara

penyediaan:

Campurkan

kesemua bahan

dalam mangkuk.

Letakkan

hirisan epal

atau pear dan

hidangkannya

pada anak anda!

Beri boleh membantu

meningkatkan memori

dan dilengkapi

dengan vitamin C

serta antioksidan lain.

Biji daripada beri

juga mengandungi

asid lemak omega-3

yang membantu fungsi

otak. Berikan anak anda

keluarga beri seperti

strawberi, ceri, bluberi dan

blackberry- campuran warna beri

yang pelbagai memberikan lebih nutrisi kepada si manja.

Beri juga boleh dijadikan smoothie atau boleh dimakan

begitu sahaja sebagai snek sihat dan pencuci mulut.

7. Kacang

Kacang bukan sahaja baik

untuk jantung, tetapi juga

bagus untuk otak kanakkanak

memandangkan

sumber ini membekalkan

tenaga daripada

protein, karbohidrat

kompleks, serat dan juga

vitamin serta mineral.

Kacang boleh membantu

mengekalkan tahap tenaga

yang tinggi. Kacang pinto

adalah pilihan yang baik kerana

mengandungi lebih asid lemak omega-3 berbanding

kacang yang lain, yang mana juga baik untuk otak. Anda

boleh letakkan kacang dalam lettuce wrap anak anda

ataupun tambahkan kacang dalam spaghetti si kecil.

8. Sayuran berwarna

Sayur-sayuran yang

berwarna merupakan

sumber terbaik

antioksidan bagi

memastikan sel otak

kekal sihat. Antara

sayuran yang bagus

untuk otak si kecil

ialah tomato, ubi

keledek, labu, lobak

merah atau bayam.

Anda juga boleh

campurkan sayuran

berwarna ini ke dalam

sos spaghetti atau sup anak

anda. Gantikan cip kentang

atau jagung dengan wedges ubi

kentang ataupun persiapkan snek sayuran mudah seperti

baby carrot dalam hidangan tengah hari anak anda.

9. Susu & yogurt

Vitamin B adalah

penting untuk

pertumbuhan tisu

otak, dan produk

tenusu adalah

sumber baik untuk

nutrien ini. Susu

rendah lemak atau

yogurt adalah sumber

terbaik protein. Tenusu

juga merupakan sumber

penting vitamin D, yang

amat diperlukan oleh kanakkanak

dan remaja. Kepingan keju rendah lemak adalah

contoh snek yang mengandungi sumber baik kalsium.

10. Daging pejal

Daging pejal adalah

sumber terbaik zat

besi, yang membantu

kanak-kanak

mengekalkan tenaga

dan menumpukan

perhatian di sekolah.

Daging juga memang

merupakan sumber

utama zink, yang

membantu dalam memori.

Bagi kanak-kanak vegetarian,

mereka boleh mendapatkan

sumber zink daripada kacang hitam atau soya. Kacang atau

dikenali sebagai zat besi nonheme, memerlukan vitamin

C untuk menyerap. Jadi, jika anda berikan si manja burger

veggie atau kacang, selitkannya dengan sumber baik

vitamin C seperti jus oren atau serbuk lada.

Sumber: www.webmd.com

pemakanan

MamaPapa | Januari 2018

21

TIPS MP

Teknik Kurangkan

Sakit Bersalin

Mendengar pengalaman kebanyakan ibu yang sering memberitahu akan kesakitan semasa bersalin

membuatkan ramai wanita hamil khususnya yang mengandungkan anak sulung berasa takut untuk

bersalin. Perasaan takut itu terbawa-bawa sehinggalah detik kelahiran sehingga membuatkan ibu benarbenar

merasai pengalaman sakit bersalin yang sebenar. Disebabkan hal itu, ada juga ibu yang fobia untuk

hamil sekali lagi kerana takut untuk merasai semula kesakitan semasa bersalin.

Bukan semua wanita bertuah dapat melahirkan bayi

mereka tanpa masalah. Lazimnya, setiap wanita hamil

akan melalui pengalaman sakit hendak bersalin. Biarpun

telah mempunyai pengalaman bersalin, namun si ibu akan

melalui pengalaman kelahiran yang berbeza-beza. Walau

bagaimanapun, bukan semua ibu akan merasai kesukaran

dan kesakitan untuk melahirkan anak kerana terdapat

beberapa teknik dan kaedah bagi mengurangkan sakit

semasa bersalin.

Normal untuk ibu berasa sakit ketika melahirkan kerana

otot anda ketika itu akan bekerja keras untuk mengeluarkan

bayi di dalam rahim. Disebabkan kontraksi pada otot rahim

dan tekanan pada serviks membuatkan anda merasai

kesakitan yang kuat iaitu rasa tegang pada bahagian

abdomen, pangkal paha dan belakang.

INFO

Kesakitan semasa bersalin juga

berpunca daripada tekanan pada

kantung dan usus disebabkan

kepala bayi semakin meregang ke

arah tempat kelahiran dan vagina.

doktor anda tentang senaman yang selamat untuk anda

dan kandungan.

Lebih elok lagi jika anda dan pasangan dapat menyertai

kelas pranatal. Di sana, anda akan belajar pelbagai teknik

yang berbeza bagi mengatasi kesakitan semasa bersalin,

bermula dengan gambaran sehinggalah regangan untuk

menguatkan otot yang dapat menyokong rahim anda.

Terdapat dua kaedah popular untuk mengurangkan sakit

bersalin di Amerika Syarikat iaitu teknik Lamaze dan

kaedah Bradley.

Kaedah Lamaze

Kaedah Lamaze adalah teknik

yang sering digunakan di Amerika

Syarikat. Falsafah Lamaze mengajar

wanita cara untuk mereka

mengurangkan persepsi kesakitan

dengan cara relaks, berlatih

pernafasan, mengalih perhatian

atau urutan.

Perkara utama yang perlu ibu tahu ialah persiapkan

diri anda untuk menghadapi kesakitan. Dengan cara

merancang dan mengatur strategi sebelum merasai

kesakitan bersalin akan membuatkan anda tenang dan

bersedia apabila masanya sudah tiba.

Semasa hamil, lakukan senaman yang bersesuaian

(mengikut saranan doktor anda) bagi membantu

menguatkan otot dan mempersiapkan tubuh anda untuk

menghadapi tekanan semasa bersalin. Senaman dapat

membantu anda meningkatkan daya tahan tubuh, terutama

jika anda perlu menghadapi tempoh kelahiran yang

panjang. Walau bagaimanapun, minta nasihat daripada

Kaedah Bradley

Kaedah Bradley adalah keadaan di

mana bapa kepada bayi atau suami

menemani dan mengajar si ibu cara

melahirkan semasa kelahiran. Teknik

ini memfokuskan tentang senaman

semasa hamil dan teknik pernafasan

dalaman serta berehat.

22 MamaPapa | Januari 2018

TIPS MP

8 cara untuk melegakan sakit bersalin

1 Bertenang

Persekitaran untuk kelahiran mestilah selamat untuk

anda. Sementara menantikan detik kelahiran, anda

boleh memperdengarkan alunan zikir atau lagu yang

menenangkan. Selain itu, peralatan untuk bersalin juga

mestilah yang dapat membantu anda memudahkan

kelahiran seperti tilam yang lembut. Jika anda bercadang

untuk bersalin dengan posisi yang berbeza, sediakan

peralatan yang perlu seperti bola kelahiran atau bangku

rendah. Walau bagaimanapun, pastikan polisi tempat anda

bersalin membenarkan anda untuk mencuba posisi berbeza.

Pengambilan perlindungan

perubatan untuk wanita hamil

dan bayi dalam kandungan amat

membantu sebagai persediaan

sebelum anda bersalin.

2 Cari, cari dan cari

Pelajari tentang kelahiran melalui buku, majalah, laman

sesawang, video, kelas pranatal atau berbincang dengan

hospital kelahiran anda. Biasakan diri anda dengan prosedur

di hospital yang anda pilih. Pelbagai informasi dapat

membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.

3 Luahkan

Adakah anda risau akan berasa sakit semasa bersalin, atau

risau memikirkan jarum dan ubat yang akan diberikan

ketika itu? Luahkan kerisauan anda kepada orang yang

anda percaya atau pakar. Percayalah! Keadaan ini

akan sedikit sebanyak membantu anda bersedia untuk

mengatasi ketakutan anda.

4 Berlatih teknik pernafasan

Belajar teknik pernafasan yang

betul untuk menghadapi kontraksi

sebelum bersalin. Lepaskan tekanan

pada setiap hembusan dan cuba

juga menarik nafas laju pada

setiap 2 atau 3 saat iaitu 20

hingga 30 kali seminit. Jika

anda kehilangan tempo,

minta pertolongan pasangan

anda untuk membantu

anda mendapatkan

semula rentak melalui

pergerakan mata,

tangan atau kepala.

5 Gunakan gambaran dan visualisasi

Tumpukan perhatian anda pada sesuatu perkara yang

boleh membuatkan anda gembira (seperti wajah pasangan

anda, gambar yang dapat memberi inspirasi atau benda

kegemaran anda). Keadaan ini dapat merangsang deria

anda dan mengurangkan kesakitan. Selain itu, dengan

mendengar muzik, suara yang menenangkan atau rakaman

alunan ombak dan membayangkan anda berada pada

persekitaran yang menenangkan juga dapat membantu

mengurangkan kesakitan.

6 Hangatkan tubuh

Dengan mandi air panas juga dapat melegakan kesakitan

kontraksi, dengan merehatkan minda anda ada kalanya

dapat membantu untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Cara terbaik adalah dengan keadaan anda duduk di atas

bangku dan halakan pancuran air panas terus ke abdomen

anda atau bahagian belakang tubuh anda.

7 Bergerak

Bagi mempermudahkan proses kelahiran, banyakkan

pergerakan terutama semasa menghampiri proses bersalin.

Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring

di atas katil tanpa melakukan sebarang pergerakan. Anda

boleh berjalan, bersandar, bergoyang atau mencangkung

mengikut posisi yang anda selesa. Bagaimanapun, sentiasa

berhati-hati pada setiap pergerakan anda!

8 Legakan dengan sentuhan atau urutan

Sama ada anda inginkan seseorang menggenggam

tangan anda, membelai pipi atau rambut anda, atau

mungkin juga menepuk-nepuk tangan atau bahu anda

semasa kelahiran, terpulanglah. Keadaan ini dapat

membantu anda semasa proses kelahiran terutama jika

dilakukan oleh pasangan anda.

Sumber: kidshealth.org, www.fitpregnancy.com

MamaPapa | Januari 2018

23

PANDUAN KELUARGA

Kita sering menganggap bahawa pencemaran

udara hanya berlaku di luar sahaja. Namun,

kebenarannya adalah, udara di dalam rumah,

pejabat dan juga dalam bangunan boleh jadi

lebih tercemar berbanding udara di luar. Jadi,

bagaimana caranya untuk kita meningkatkan

kualiti udara yang kita sedut di dalam rumah?

Segar & Nyaman

3 tips tingkat kualiti udara dalam rumah

Udara yang kita hidu hari-hari adalah

sesuatu yang tidak boleh dikompromi

kerana udara inilah yang akan masuk

ke dalam saluran pernafasan kita.

Jika udara yang kita sedut kotor,

sudah tentu tubuh kita akan cepat

sakit. Udara yang tercemar di dalam

rumah adalah lebih buruk kesannya

kerana kita akan menyedut udara ini

setiap hari.

Udara di dalam rumah boleh dicemari

oleh debu rumah, formaldehid dan

juga bahan kimia yang muncul dari

pewangi yang kita gunakan untuk

membersihkan rumah. Malah, udara

tercemar di dalam rumah juga boleh

berpunca daripada permaidani,

barang yang berbulu seperti kusyen

dan pakaian, bulu haiwan peliharaan,

rambut serta cat dinding.

Kanak-kanak ataupun golongan yang

menghidap asma tentunya adalah

lebih sensitif kepada pencemaran di

dalam rumah. Walau bagaimanapun,

ini tidak bermakna mereka yang sihat

tidak terkesan dengan pencemaran ini.

Sebaliknya, sesiapapun akan berisiko

untuk mendapat kesan negatif akibat

pendedahan kepada pencemaran

yang berlaku dalam bangunan

memandangkan kebanyakan masa

kita terluang di dalam rumah atau di

pejabat. Berikut antara cara-cara untuk

meningkatkan kualiti udara yang sihat

dan segar di dalam rumah:

Tip #1

Kerap kemas rumah

Anda mungkin lihat susunan perabot

dalam rumah anda tersusun cantik dan

terletak kemas, namun, dalam pada

anda tidak sedar, debu dan habuk ada

melekat para perabot rumah anda.

Debu, habuk dan hama ada kalanya

tidak dapat dilihat dengan mata kasar,

jadi lakukan kerja mengemas dan

membersih rumah dengan kerap.

Lap perabot rumah anda seperti

almari, televisyen dan meja sekurangkurangnya

sekali seminggu bagi

mengelakkan habuk.

Tip #2

Kekalkan kelembapan

rumah antara 30%–50%

Haiwan perosak mikroskopik; hama

memerlukan kelembapan untuk terus

hidup. Kajian menunjukkan bahawa

kanak-kanak yang dikelilingi debu dan

hama boleh menyebabkan mereka

mengalami alergik serta membuatkan

mereka asma.

Bagi menyahkan hama di dalam

kediaman anda, cara pertama adalah

dengan mengawal tahap kelembapan

di dalam rumah. Pastikan tahap

kelembapan di rumah anda antara

30% hingga 50% bagi mengehadkan

pertumbuhan kulapok dan debu

hama. Gunakan penyahlembap untuk

mengawal kelembapan dan alergen

dengan berkesan. Selain itu, anda

juga dinasihatkan untuk membuka

tingkap semasa masak atau selepas

anda mandi. Membasuh cadar

atau sarung bantal dengan air

panas juga dapat membantu untuk

menghilangkan hama.

24 MamaPapa | Januari 2018

Tip #3

Lantai mesti bersih

Sapu lantai rumah dua hari sekali

ataupun tiga kali seminggu. Selain

menyapu, anda perlu memvakum dan

mengemop lantai rumah sekurangkurangnya

sekali seminggu. Gunakan

pemvakum yang dilengkapi dengan

penapis HEPA yang berfungsi untuk

memerangkap habuk sekali gus

mengurangkan alergen di dalam rumah.

Kita berhak untuk merasai udara yang

bersih, segar dan nyaman sepanjang

masa! Jadi, bermula sekarang cari

inisiatif untuk meningkatkan kualiti

udara di dalam rumah untuk kesihatan

dan kesejahteraan anda seisi keluarga!

PANDUAN KELUARGA

Pilihan Editor

Medklinn Asens+ 60: Mensteril Permukaan & Membersih Udara

Kita bukan sahaja inginkan udara yang segar di

rumah, tetapi juga permukaan lantai yang bersih.

Ramai orang tidak menyedari bahawa bahan tercemar

turut berada di permukaan lantai, meja, sofa dan

langsir. Jadi, penapis udara sahaja tidak mencukupi!

Dengan Medklinn Asens+ 60, anda boleh dapat

kesemuanya sekali. Rekaan futuristiknya menjadikan

produk ini bukan sahaja baik untuk menyingkirkan

bahan tercemar berbahaya yang ada di udara,

bahkan juga membantu mensterilkan permukaan

lantai dan perabot rumah anda. Produk pensterilan

ini juga berfungsi mengalirkan udara segar dalam

ruang kediaman anda serta memastikan udara dan

permukaan rumah bersih dan sihat, sepanjang hari.

Medklinn Asens+ 60 dikuasakan dengan Teknologi

Cerafusion yang menghasilkan Oksigen Aktif,

yang bertindak menyingkirkan 99.9% bakteria, virus,

alergen, kulapuk dan bau busuk yang ada di udara

dan pada permukaan rumah anda. Bukan itu sahaja,

produk pensterilan udara dan permukaan ini juga

membantu mengurangkan masalah alahan sinus yang

disebabkan oleh debu hama, bulu haiwan peliharaan,

kulat, bakteria dan virus serta asap dan bahan kimia.

Semasa menggunakan produk ini di dalam bilik

tidur, penulis dapat merasai perbezaannya. Semasa

bangun tidur, penulis tidak lagi mengalami masalah

selesema dan bersin di waktu pagi. Selain itu, udara

yang terhasil juga lebih segar. Oksigen Aktif yang

digunakan untuk mensterilkan udara dan permukaan

adalah selamat dan berkesan, tanpa bahan kimia.

Produk ini juga menyediakan penyelesaian untuk

menghilangkan bau-bauan yang datang daripada

masakan di rumah dan haiwan peliharaan. Penulis cuba

letakkan produk ini di dalam bilik kucing, dan ternyata

selepas beberapa jam penulis masuk ke bilik tersebut,

tiada lagi bau kucing. Jadi, produk ini juga amat sesuai

untuk anda yang mempunyai haiwan peliharaan.

Cara menggunakan Medklinn Asens+ 60 mudah sahaja!

Dengan hanya menekan butang ‘buka’ pada produk

pensterilan ini, anda boleh melaras kuasa pensteril dan

ia terus berfungsi. Rekaan bentuk Medklinn Asens+

60 yang ringkas dan praktikal memudahkan pengguna

untuk meletakkan produk pensterilan ini di mana-mana

sahaja, tanpa perlu menggunakan banyak ruang. Jadi,

sudah tentu produk ini adalah pilihan yang bijak untuk

kesihatan anda seisi keluarga.

MamaPapa | Januari 2018

25

Natural

Kurangkan Kesan

Regangan Kulit

Guna Bahan Semula Jadi

Kesan regangan kulit menjadi igauan ngeri buat ramai ibu hamil. Cela kulit semasa hamil ini

membuatkan ramai mak buyung yang tertekan. Mana tidaknya, kulit yang dahulu licin dan

halus kini sudah ditumbuhi garis-garis merah. Aduh! Bagaimana ingin merawatnya?

26 MamaPapa | Januari 2018

Kesan regangan kulit tidak boleh

dielakkan, namun berita baiknya

ialah kesan regangan kulit ini boleh

dikurangkan kemunculannya. Terdapat

ramai wanita yang bimbang jika

garisan kesan regangan kulit tidak

hilang daripada tubuh mereka.

Malah, ada wanita yang sanggup

melakukan rawatan pembedahan

bagi menghilangkan kesan tersebut.

Kini, anda tidak perlu bimbang lagi

kerana terdapat cara semula jadi untuk

mengurangkan kesan regangan kulit

pada tubuh anda.

1. Putih telur

Mungkin ramai yang tidak tahu, putih

telur kaya dengan protein dan asid

amino. Protein yang terdapat di dalam

putih telur membantu menyegarkan

kulit anda. Sapukan lapisan putih

telur pada bahagian kulit yang tercela

tiga kali sehari. Biarkannya kering

dahulu kemudian barulah dicuci

dengan air. Teruskan lakukan ini

selama dua minggu setiap hari untuk

mendapatkan kesan yang sempurna.

2. Jus lemon

Jus lemon adalah rawatan yang

mudah untuk menghilangkan kesan

regangan kulit. Asid semula jadi yang

ada di dalamnya dapat membantu

mengurangkan dan memudarkan

kesan regangan kulit. Bukan itu

sahaja, asid semula jadi ini juga dapat

membantu memudarkan parut jerawat

dan memudarkan parut luka pada

kulit. Apa yang anda perlu lakukan

ialah keluarkan jus pada buah lemon

dan sapukannya pada bahagian kulit

yang meregang mengikut pusingan

arah jam. Lakukan urutan lembut

selama 10 minit dan biarkannya

mengering. Kemudian, cuci bahagian

kulit tadi dengan air suam.

3. Minyak zaitun

Sapuan minyak zaitun pada kulit

semasa hamil dapat membantu

mencegah kemunculan kesan

regangan kulit. Minyak zaitun

mengandungi vitamin E, yang

berfungsi untuk membantu

mengembalikan tisu kulit. Minyak ini

juga dapat membantu melembutkan

kulit jadi kulit anda akan mudah

mengembang menjadikan kesan

regangan kulit berkurangan. Minyak

zaitun juga kaya dengan antioksidan

dan nutrien yang baik untuk masalah

gangguan kulit.

4. Air

Ibu hamil perlu minum air sekurangkurangnya

8 gelas air kosong setiap

hari. Minum air yang mencukupi dapat

menghalang kulit daripada masalah

kekeringan, yang seterusnya akan

mendatangkan kesan regangan kulit.

5. Daun lidah buaya

Daun lidah buaya atau aloe vera

merupakan rawatan homeopati yang

paling berkesan untuk kesan regangan

kulit dan pelbagai lagi masalah kulit

lain. Aloe vera juga dikenali sebagai

bahan memulih dan melegakan.

Sapukan aloe vera terus pada kesan

regangan kulit. Selepas beberapa

minit, bersihkan dengan air suam.

Lakukannya setiap hari untuk

kesan terbaik.

Natural

Mentega koko

6. atau shea

Sapuan mentega koko atau shea pada

kulit beberapa kali setiap hari akan

membantu melembapkan kulit kering

dan juga memudarkan kesan regangan

kuit. Jika anda sapukan bahan ini

sepanjang kehamilan, anda mungkin

dapat mengurangkan kemunculan

kesan regangan sekali gus memudarkan

garisan kesan regangan yang ada.

Mentega koko juga terkenal sebagai

bahan anti-penuaan dan anti-kedutan.

Minyak lavender,

7. minyak badam dan

chamomile

Sediakan campuran minyak yang

kaya vitamin ini dengan memasukkan

dua sudu teh minyak kacang badam,

separuh sudu teh minyak lavender dan

separuh sudu teh minyak chamomile.

Gaulkan campuran minyak ini dan

sapukannya pada bahagian yang

terkena kesan regangan kulit.

8. Gula

Ambil sesudu gula dan campurkan

dengan minyak badam dan jus lemon.

Gaulkan dan sapukan pada bahagian

kesan regangan kulit. Sapukan selama

8 hingga 10 minit dan kemudian

bersihkan. Teruskan penggunaan

selama sebulan atau sehingga kesan

regangan kulit anda pudar.

MamaPapa | Januari 2018

27

istimewa untuk si manja

Parti Hari Jadi

Bajet untuk

Si Manja

Ingin mengadakan majlis hari lahir tetapi tidak

cukup modal? Anda masih boleh meraikan majlis

ulang tahun si manja dengan bajet yang minima

tetapi masih meriah. Asal sahaja anda mengikuti

‘peraturan’ berjimat yang kami sediakan.

Selamat merancang!

28 MamaPapa | Januari 2018

istimewa untuk si manja

Hari ulang tahun kelahiran anak anda sepatutnya menjadi

perkara yang menggembirakan untuk dirai. Namun, bagi

sesetengah ibu bapa, semakin hampir mereka dengan

tarikh hari kelahiran si manja, mereka jadi semakin tertekan.

Hal ini kerana sambutan hari lahir kanak-kanak kini semakin

menjadi trend disambut secara besar-besaran. Justeru itu,

peninglah kepala ibu bapa untuk memikirkan perjalanan

majlis hari lahir yang meriah dan lancar dengan bajet yang

minima. Jom lihat tips merancang parti hari lahir yang

meriah tetapi bajet.

Jimat

wang

1

Lokasi

Perkara pertama yang anda perlu fikir ialah

lokasi mengadakan majlis. Sudah tentu

anda perlu cari tempat percuma tanpa

mengeluarkan sebarang modal.

Pilihan MamaPapa

• Rumah sendiri • Padang di taman anda • Tadika

Jimat

wang

Tema

2 Fikirkan tentang kegemaran anak anda?

Lazimnya, kanak-kanak menggemari kartun.

Anda juga boleh bertanyakan kepada anak

anda tentang kemahuannya dalam menjayakan hari lahir.

Jika anda rasakan permintaannya melebihi bajet anda, cuba

cadangkan tema seperti warna untuk parti mereka.

Pilihan MamaPapa

• Tema Frozen: Pakai pakaian ala puteri

atau bermotifkan kartun Frozen

• Tema Superhero: Pakai topeng superhero

ala masquerade party

• Tema merah jambu, ungu atau biru

Jimat

wang

Kek

3

Perkara paling penting dalam parti hari lahir

ialah kek hari jadi. Bagi menjimatkan wang,

anda boleh membuat sendiri kek hari lahir si manja. Jika

anda tidak yakin untuk membuat sendiri, mintalah tolong

dengan saudara-mara terdekat atau rakan-rakan baik anda.

Jimat

wang

4

Berapa ramai yang hadir?

Jemputan utama sudah tentu orang yang

anak anda kenali seperti ahli keluarga dan

saudara-mara, rakan-rakan anak anda dan

jiran-jiran terdekat.

Anggarkan jumlah tetamu anda mengikut lokasi dan bajet

yang disediakan. Jika rumah anda kecil, sudah tentu anda

inginkan hanya orang terpenting sahaja yang menghadiri

majlis hari lahir anak anda! Paling penting, jangan

dilupakan orang yang rapat dengan anak anda seperti

sepupu-sepupunya atau rakan baiknya.

Berbeza jika anda meraikan parti di tadika, kerana anda

perlu mengetahui jumlah rakan sekelas anak anda dan

guru-guru yang ada di situ.

Sediakan makanan mengikut jumlah

jemputan yang hadir. Jangan

terlebih dan jangan terkurang.

Lazimnya, kek hari lahir dibuat mengikut tema. Jika tema

majlis anak anda ialah Frozen atau kartun lain, anda tidak

semestinya perlu menempah kek yang ada muka kartun di

atasnya. Mungkin anda hanya perlu meletakkan satu atau

dua patung kartun kecil di atas kek anak anda. Dengan cara

ini juga sudah boleh membuatkan anak anda bergembira.

Pilihan MamaPapa

• Rumah- jumlah tetamu anggaran 30 orang

(termasuk orang dewasa dan kanak-kanak)

• Padang- maksima 50 orang

• Tadika- 20-30 orang

MamaPapa | Januari 2018

29

istimewa untuk si manja

Jimat

wang

5

Pilihan makanan

Senaraikan menu yang akan anda hidangkan

pada hari itu. Sebaik-baiknya, sediakan menu

yang merangkumi menu utama, sampingan,

pemanis mulut dan minuman.

Jimat

wang

6

Menu utama

• Nasi goreng

• Bihun goreng

• Mi goreng

Pemanis mulut

• Gula-gula

• Coklat

• Agar-agar

• Kuih lapis

Hiasan

Sampingan

• Ayam goreng

• Nuget

• Hotdog

• Sandwic telur

• Kekacang

Minuman

• Sirap limau

• Oren

• Kordial anggur

Parti pasti lebih meriah dengan deko

dan hiasan menarik sama ada mengikut

tema ataupun tidak. Mungkin anda boleh

pertimbangkan untuk meletakkan satu meja khas untuk

manisan. Deko untuk candy buffet ini perlu mengambil

kira alas meja, hiasan bunga atau reben di sekelilingnya

dan hiasan bekas meletakkan manisan. Balang kaca

kuih raya di rumah boleh juga digunakan sebagai bekas

meletakkan gula-gula, coklat atau marshmallow. Jangan

lupa hiaskan balang dengan melilitkannya dengan reben

atau meletakkan cebisan kertas warna atau bintang kecil

berwarna-warni di dalam balang.

Majlis hari jadi tentu tidak berseri tanpa belon. Hiasan paling

mudah bagi menyerikan majlis adalah dengan menggantung

belon-belon yang dibeli mengikut tema majlis.

Awas! Jangan selerakkan belon di atas lantai kerana

dikhuatiri jika belon meletup ada kanak-kanak yang akan

terkejut dan menangis. Pasti anda tidak mahu tangisantangisan

ini merencatkan majlis anak anda. Pertimbangkan

juga untuk membina backdrop untuk memberitahu

tentang majlis hari jadi anak anda. Backdrop ini juga

boleh digunakan sebagai photo booth untuk anak anda

mengambil gambar bersama rakan-rakannya. Jadi, pastikan

hiasan backdrop adalah menarik dan da bomb!

Jimat

wang

7

Hiburan

Parti hari lahir kanakkanak

tentunya lebih

meriah dengan

kehadiran badut. Usah runsing

duit anda habis untuk menyewa

badut dengan belon hiasannya.

Anda boleh minta tolong sesiapa

untuk menjadi badut di majlis

anak anda. Mungkin suami anda boleh

‘berkorban’ berlakon sebagai badut! Tidak

perlu berpakaian ala-ala badut! Hanya

letakkan hidung bulat badut dan kenakan

pemerah pipi di kiri dan kanan muka.

Jangan lupa badut perlu memberikan

kanak-kanak seorang satu belon.

Jimat

wang

8

Aktiviti

Bagi memeriahkan lagi parti hari lahir, buatlah

aktiviti mudah seperti rebut kerusi atau

musical chair dan kotak beracun.

Aktiviti ini bukan sahaja membuatkan anak anda terhibur

tetapi juga dapat mengeratkan hubungan anak anda

sesama rakan sebaya.

Tips tambahan

• Jika anda ingin menjemput saudara-mara

lain, pastikan anda mengadakan dua majlis

yang berasingan untuk keluarga dan rakan

anak anda. Mungkin bagi keluarga jauh

dan dekat, anda boleh mengadakan

majlis kesyukuran.

• Pertimbangkan kemahuan anak

anda kerana ini majlis hari jadinya.

Tanya anak anda siapa yang ingin

dia jemput ke majlisnya itu.

30 MamaPapa | Januari 2018

PENJAGAAN SI MANJA

Cukupkah Vitamin D

Anak Anda?

Vitamin D merupakan nutrien penting untuk keperluan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar.

Vitamin ini diperlukan untuk membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus, yang penting untuk

mendapatkan tulang dan gigi yang sihat.

MamaPapa | Januari 2018

31

PENJAGAAN SI MANJA

ADAKAH ANAK ANDA

MENDAPAT CUKUP

VITAMIN D?

Sumber vitamin D paling utama

datangnya daripada cahaya

matahari, dan juga sesetengah jenis

makanan. Kanak-kanak memerlukan

vitamin D untuk pertumbuhan dan

perkembangan tulang mereka. Begitu

juga dengan bayi di dalam kandungan

yang memerlukan vitamin D untuk

perkembangan tulangnya di dalam

rahim. Hal ini kerana fungsi vitamin D

dapat membantu menyerap kalsium

yang diperlukan oleh tubuh badan.

Meskipun seseorang kanak-kanak

itu mendapat cukup kalsium dalam

diet seharian mereka, namun tanpa

vitamin D yang mencukupi, kalsium

tidak dapat diserap dengan betul.

Kekurangan vitamin D pada bayi

dan kanak-kanak akan menyebabkan

masalah riket, perkembangan motor

terbantut, lemah, sakit dan retak otot.

Dalam pada anda membenarkan anak

terdedah kepada cahaya matahari,

anda masih perlu menitikberatkan

penjagaan kulit si kecil. Cara

terbaik ialah anda lindungi si manja

dengan losen pelindung matahari

yang mengandungi SPF sekurangkurangnya

SPF 15, memakai topi,

cermin mata hitam dan pakaian yang

bersesuaian untuk aktiviti panas.

VITAMIN D

DARIPADA MAKANAN

Salah satu cara untuk melengkapkan

keperluan vitamin D dalam tubuh

si manja adalah dengan memilih

makanan yang mengandungi vitamin

ini. Makanan yang kaya dengan

vitamin D termasuklah susu, ikan

lemak segar seperti salmon, sardin

dan makerel, minyak ikan, hati, kuning

telur dan bijirin sarapan pagi.

Kandungan vitamin D dalam makanan

Sumber

Kandungan vitamin D (IU)

TAHUKAH ANDA?

Wanita hamil yang mengalami

kekurangan vitamin D berisiko

untuk mendapat bayi yang

menghidap hipokalsemia

neonatal (kalsium dalam darah

tidak mencukupi) atau riket di

alam kanak-kanaknya nanti.

VITAMIN D DARIPADA

CAHAYA MATAHARI

Sumber utama vitamin D ialah cahaya

matahari. Anda akan mendapat 80

peratus vitamin D melalui cahaya

matahari. Jadi, ibu bapa adalah

digalakkan untuk membenarkan atau

membawa anak-anak bermain di luar

bagi membolehkan mereka mendapat

vitamin D percuma ini. Akan tetapi,

anda harus berhati-hati semasa

membenarkan si manja terdedah

kepada cahaya matahari kerana

ia juga memungkinkan anak anda

untuk mendapat selaran matahari

(sunburn), kerosakan kulit malah juga

kanser kulit. Waktu terbaik untuk

membenarkan si manja bermain di

bawah panas adalah sebelum pukul

10 pagi dan selepas jam 4 petang.

Minyak ikan kod

Ikan berlemak (yang dimasak)

Cendawan portobello

Pek ikan tuna

Susu diperkaya dengan vitamin D

Jus oren diperkaya dengan vitamin D

Yogurt diperkaya dengan vitamin D

Marjerin diperkaya dengan vitamin D

Bijirin diperkaya dengan vitamin D

VITAMIN D DARIPADA

SUPLEMEN

Bukan mudah untuk mendapatkan

amaun vitamin D yang secukupnya

melalui pemakanan. Jadi, orang

dewasa dan kanak-kanak berumur

4 tahun ke atas disarankan untuk

mengambil suplemen vitamin D

setiap hari.

1 sudu besar mengandungi 1,360 IU

3 auns mengandungi 450-650 IU

375 IU

3 auns mengandungi 154 IU

1 gelas mengandungi 115-124 IU

1 gelas mengandungi 137 IU

6 auns mengandungi 80 IU

1 sudu besar mengandungi 60 IU

1 cawan mengandungi 40 IU

32 MamaPapa | Januari 2018

Bayi

Bayi berusia bawah setahun yang

menyusu badan secara eksklusif

mungkin memerlukan suplemen

vitamin D yang mencukupi. Namun,

anda perlulah berjumpa dengan

doktor pediatrik bagi mendapatkan

nasihat tentang pengambilan vitamin

D untuk si manja selain mematuhi dos

vitamin D yang dibenarkan kepada

bayi. Sebaik sahaja bayi bercerai

susu (atau berumur lebih daripada

setahun), adalah penting untuk anda

memastikan pengambilan vitamin D

yang mencukupi buat mereka.

Kanak-kanak dan remaja

Ramai kanak-kanak dan remaja

tidak mendapat dos vitamin D yang

mencukupi, iaitu 600 IU setiap hari.

Kebanyakan kanak-kanak yang

mengalami masalah kurang vitamin D

akan menghidap masalah kulit

lebih gelap.

Susu yang merupakan sumber vitamin

D mempunyai dos yang secukupnya,

kira-kira 400-600 IU vitamin D. Walau

bagaimanapun, senario pada hari

ini adalah selepas sahaja bayi atau

kanak-kanak diperkenalkan kepada

makanan pejal mahupun makanan dan

minuman manis, kesedaran mereka

terhadap minum susu semakin kurang.

Ibu bapa juga merasakan semakin

anak mereka membesar, si kecil sudah

tidak memerlukan lagi susu sebagai

sumber vitamin D. Disebabkan itulah,

semakin ramai kanak-kanak kini yang

mengalami masalah kekurangan

vitamin D.

TANDA-TANDA ANAK

TIDAK MENDAPAT

CUKUP VITAMIN D

Berikut antara tanda-tanda yang perlu

anda perhatikan pada anak anda.

Kemungkinan mereka mengalami

masalah kekurangan vitamin D tanpa

anda sedari:

1. Sakit-sakit

Vitamin D membantu tulang

menyerap kalsium. Tanpa kalsium

yang secukupnya, tulang rangka

tubuh anak anda akan lemah,

seterusnya menyebabkan sakit

pada bahagian belakang dan

anggota badan.

2. Kepala berpeluh

Kepala berpeluh merupakan satu

tanda awal kekurangan vitamin D,

menunjukkan keradangan dalam

tulang tengkorak.

3. Kecacatan rangka

Tanpa vitamin D yang secukupnya,

tulang kanak-kanak akan menjadi

lembut dan rapuh, mengakibatkan

kecacatan rangka seperti spina

melengkung, kaki bengkok, tebal

pergelangan tangan dan kaki,

masalah pelvis dan kecacatan

bentuk tempurung kepala.

4. Kaviti

Tulang yang tidak kuat akan

memberi kesan kepada masalah

gigi. Kanak-kanak yang kurang

vitamin D akan mempunyai masalah

kaviti pada gigi dan lubang pada

enamel gigi mereka.

5. Lebih pendek

Tulang yang bermasalah akan

memberi risiko pada tumbesaran

kanak-kanak. Kanak-kanak yang

kurang vitamin D biasanya akan

lebih rendah daripada rakan

sebayanya yang lain.

APA TERJADI JIKA

TERLEBIH VITAMIN D?

Kurang vitamin D memang diketahui

tidak baik untuk tubuh. Namun terlalu

banyak vitamin D dalam badan

juga akan menyebabkan toksik dan

meningkatkan tahap kalsium dalam

darah, di mana membawa kepada

masalah hati dan buah pinggang.

Tanda-tanda seseorang mengalami

lebihan vitamin D ialah:

• Muntah-muntah

• Kurang selera makan

• Sembelit

• Lemah badan

• Kehilangan berat badan

• Berjumpalah dengan doktor anda

untuk mengetahui jumlah vitamin D

yang sepatutnya diberikan kepada si

manja anda!

PENJAGAAN SI MANJA

INFO

Institut Perubatan atau IOM

menyarankan bayi untuk

mendapat sekurang-kurangnya

400 IU vitamin D sehari, semasa

tahun pertama kelahiran

mereka. Sementara kanak-kanak

berumur satu tahun dan ke

atas perlu mendapat sekurangkurangnya

600 IU vitamin D

setiap hari.

Sumber: kidshealth.org, www.webmd.boots.com

MamaPapa | Januari 2018

33

RESIPI PILIHAN

Sardin:

Cepat, Mudah & Lazat

Menyediakan hidangan untuk seisi keluarga kini tidak

perlu mengambil masa yang lama. Dengan rangkaian

produk Ayam Brand anda boleh menyiapkan setiap

hidangan tidak lebih daripada setengah jam. Cubalah!

SAMBAL TOMATO SARDIN

Bahan-bahan

• 1 tin Sardines in Extra Virgin Olive Oil

• 1 bawang merah

• Garam

SARDIN STAIL OTAK-OTAK

Kisar:

• 1 biji tomato (belah suku)

• 50g bawang merah

• 2 cili padi

• 5 ulas bawang putih

• 50ml air

Cara penyediaan

1. Asingkan minyak zaitun daripada tin sardin dan

goreng bawang merah dalam kuali sehingga

bertukar keperangan. Kemudian, ketepikan.

2. Dalam kuali yang sama, masukkan bahan kisar

dan tumis sehingga masak. Masukkan sardin dan

goreng lagi selama dua minit. Letakkan garam

dan masukkan semula bawang merah yang siap

digoreng tadi.

3. Siap untuk dihidang bersama nasi.

Bahan-bahan

• 1 tin Sardines in Extra Virgin Olive

Oil & Chilli (dengan minyak)

• 3 tangkai serai

• 80g bawang merah

• 4 ulas bawang putih

• 3cm kunyit segar

• 3 cili merah

• 150ml Ayam Brand Coconut Milk

• 1 helai daun kunyit (dihiris halus)

• Garam

Cara penyediaan

1. Dalam pengisar, campurkan seketul sardin

bersama minyak zaitun (yang ada dalam tin sardin)

dan masukkan sekali semua bahan, kecuali daun

kunyit. Kisar sehingga halus.

2. Masukkan bahan yang siap dikisar ke dalam bekas

acuan atau bekas pembakar. Alaskan di atasnya

baki sardin dan daun kunyit. Kemudian, kukus

hingga masak dan siap untuk dihidang.

34 MamaPapa | Januari 2018

RESIPI PILIHAN

ROTI BAKAR SARDIN

Bahan-bahan

• 1 tin Sardines in Extra Virgin Olive Oil & Chilli

• 4 keping roti

• 2 keping keju cheddar

• 1 biji tomato (potong dalam kiub besar)

• 1 bawang merah (potong dadu)

• 1 sudu besar serbuk jintan

• Garam

• 50g mentega atau marjerin

TELUR SARDIN

Cara penyediaan

1. Asingkan minyak dari tin sardin dan masukkan

minyak tersebut dalam kuali. Tumis bawang

dan tomato serta biarkan sehingga bertukar

keperangan dan naik bau.

2. Masukkan serbuk jintan dan sardin. Kemudian,

goreng selama 2 minit dan masukkan sedikit

garam sebagai perasa.

3. Gunakan garpu untuk mencarik adunan serta

masukkan mentega atau marjerin. Anda juga

boleh menggunakan mesin pemproses makanan

dan kisar kasar.

4. Bahagikan campuran tadi dan letakkan sedikitsedikit

pada 4 keping roti, letakkan di atasnya keju

dan kemudian, bakar roti sehingga keperangan.

5. Siap untuk dimakan.

Bahan-bahan

• 1 tin Sardines in Extra Virgin Olive

Oil & Chilli (dengan minyak)

• 4 biji telur rebus

• 1 bawang merah (hiris halus)

• 2 cili padi (hiris halus)

• Kicap manis

• Garam

Cara penyediaan

1. Lenyekkan telur yang dicampur dengan sardin

dan minyak zaitun, kacau semua bahan dan

perasakan dengan garam.

2. Boleh diletakkan dalam roti bakar dengan

campuran kicap manis dan bawang goreng.

MamaPapa | Januari 2018

35

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Mantapkan Bahasa &

Komunikasi Anak dengan NLP

Setiap ibu bapa pasti memiliki hasrat

untuk melihat anak-anak mereka

mencapai kecemerlangan dari segi

kognitif, afektif dan psikomotor atau

holistik. Ibu bapa adalah orang yang

pertama mendidik anak-anak sebelum

memasuki prasekolah atau sekolah

rendah. Sebagai pendidik pertama

kepada anak-anak, semestinya anda

adalah seorang yang berpengetahuan

tentang perkembangan mereka.

Namun, adakah anda berpengetahuan

dalam memastikan kecemerlangan

anak anda?

Dalam kesibukan masa ibu bapa

yang tiada noktah ini, jawapannya

mungkin ya atau mungkin tidak.

Mungkin juga kita dapat berkongsi

sedikit pengalaman menggunakan

ilmu Neuro-Linguistic Programming

(NLP) untuk mempertingkatkan

perkembangan bahasa dan

komunikasi anak-anak yang mampu

menukar anak anda menjadi seorang

yang cemerlang.

Profesor ekonomi dari Universiti of

Chicago, James J.Heckman berkata,

“Pulangan pelaburan paling tinggi

adalah pelaburan dalam pendidikan

awal kanak-kanak iaitu melabur seawal

mungkin, dari umur lahir sehingga

umur lima tahun”. Pelaburan terbaik

merujuk kepada pembangunan awal

kanak-kanak yang berkualiti bermula

dari lahir. Jadi, mengapa anda perlu

menunggu lagi sedangkan sudah tahu

bahawa keuntungan besar pelaburan

adalah kepada anak anda.

Apa itu NLP?

Neuro-Linguistic Programming atau

NLP adalah satu program sains

dan seni kecemerlangan diri yang

menunjukkan bagaimana manusia

berfikir, beremosi dan menzahirkan

kelakuannya. Melalui kaedah-kaedah

NLP, manusia dapat berkomunikasi

dengan lebih berkesan.

Apakah perkembangan

bahasa dan komunikasi

awal kanak-kanak?

Umumnya, tiga aspek penting yang

semua ibu bapa mesti tahu iaitu

perkembangan kognitif, psikomotor

dan afektif. Perkembangan awal yang

perlu diketahui adalah kemahiran

komunikasi kanak-kanak, awal literasi

& awal matematik, pemikiran logik,

dan pengetahuan asas tentang dunia

persekitaran. Cuba kita tanya diri kita,

adakah persekitaran yang disediakan

dan ilmu yang kita ada membantu

pembelajaran anak-anak kita? Adakah

persekitaran di rumah kita membantu

merangsang perkembangan bahasa

dan komunikasi anak-anak kita?

Jika kita merasakan pentingnya

masa depan anak-anak, kita perlu

menyediakan suasana di rumah

yang membantu merangsang

perkembangan mereka. Kita kena

ketahui perkembangan kognitif

terutamanya bahasa berlaku dengan

pesat dan optimum pada usia mereka

enam tahun pertama. Melalui asuhan

dan pendidikan yang sesuai, minda

kanak-kanak ini dapat dirangsang

serta bahasa dan komunikasi mereka

dapat dipertingkatkan.

Bagaimana NLP melonjakkan

perkembangan bahasa dan

komunikasi anak-anak?

NLP dapat digunakan untuk

membantu kanak-kanak meningkatkan

keupayaan dan keberkesanan belajar

supaya mendapat hasil yang luar

biasa. Ini termasuklah bagaimana

mengendalikan diri dan emosi yang

lebih baik ketika belajar, membina

sistem kepercayaan dan nilai diri

yang lebih mantap, keyakinan yang

luar biasa dan menolak segala

kebimbangan serta ketakutan. Antara

cara NLP melonjakkan perkembangan

anak-anak adalah:

36 MamaPapa |Januari 2018

1. Mengetahui ilmu NLP

dan aplikasinya

Hasil kajian jangka panjang mendapati

pelaburan pada peringkat awal kanakkanak

memberi pulangan yang positif

kepada ibu bapa, masyarakat dan

negara. Semua kajian di dalam dan

di luar negara juga tidak menolak

bahawa penglibatan aktif antara ibu

bapa dan anak dalam pendidikan

awal kanak-kanak membantu

meningkatkan perkembangan bahasa

dan komunikasi kanak-kanak dalam

semua aspek. Penglibatan aktif di sini

bermaksud mengambil peduli dan

mempunyai ilmu untuk membantu

anak menjadi cemerlang.

Berjayanya seseorang anak dalam

hidup menunjukkan berjayanya ibu

bapa dalam mendidik anak-anak

mereka. Teknik komunikasi NLP

mampu mengembangkan bahasa

dan komunikasi anak-anak bermula

di rumah. Peranan ibu bapa dalam

memberi perhatian sepenuhnya

kepada anak-anak dapat membantu

perkembangan holistik kanakkanak.

Secara fitrahnya, potensi

dan kecerdasan anak-anak boleh

dikembangkan sekiranya ibu bapa

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

mempunyai pengetahuan dalam

membantu anak, seterusnya potensi

ini akan lebih cepat berkembang.

2. Memoptimumkan minda

separa sedar

Pakar psikologi membahagikan minda

kita kepada dua iaitu minda separa

sedar (90%) dan minda sedar (10%).

Memoptimumkan minda separa sedar

dengan aktiviti anak menjadikan

aktiviti pembelajaran menyeronokkan

buat kanak-kanak. Pembelajaran yang

seronok membolehkan ingatan

anak-anak lebih kekal dan

berpanjangan berbanding dengan

amalan menghafal.

Saya percaya asas perkembangan

komunikasi kanak-kanak adalah

bergantung pada bagaimana interaksi

ibu bapa mereka. Bahasa adalah asas

penting dalam membina kemahiran

sosial dan intelek kanak-kanak. Proses

ini perlu didedahkan sejak awal lagi

iaitu dari lahirnya mereka ke dunia.

Contohnya, mandikan dan tidurkan

anak-anak kita dengan bahasa kerana

dengan berkomunikasi membantu

mereka membina perbendaharaan

kata mereka. Untuk berkomunikasi

dengan baik, maka kanak-kanak perlu

menguasai kosa kata asas. Dengan

perkembangan kosa kata dan bahasa

yang optimum akan mempengaruhi

perkembangan komunikasi kanakkanak,

seterusnya mempengaruhi

kemahiran sosial dan inteleknya

serta meningkatkan daya kreativiti di

samping menonjolkan bakat

semula jadinya.

Antara aktiviti NLP yang dicadangkan

adalah hiburan mendidik melalui

aktiviti membaca, menyanyi, dan

bercerita. Bacaan pada anak-anak

boleh dimulakan dengan buku-buku

bergambar atau menawarkan buku

besar jika anak-anak masih kecil.

Dengan membaca buku-buku cerita

juga akan membantu kanak-kanak

menguasai kosa kata. Jika anak anda

dapat menceritakan semula cerita

yang didengari oleh mereka adalah

sudah memadai pada peringkat awal.

Aktiviti-aktiviti melukis dan menulis

juga adalah sebahagian daripada

awal literasi. Kadang-kadang kita

terlupa lagu-lagu atau zikir-zikir yang

dahulunya dinyanyikan oleh

ibu bapa kita juga membantu

pendidikan kanak-kanak.

MamaPapa |Januari 2018

37

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3. Teknik modeling

Peranan ibu bapa dalam usaha untuk

mempertingkatkan potensi anak

mereka dalam bidang awal literasi

boleh diwujudkan melalui “role

model”. Ibu bapa adalah ikon pada si

manja dan anak-anak, jadi biar ikon ini

berterusan sehingga mereka dewasa.

Tunjukkan contoh terbaik kerana ibu

bapa merupakan individu yang paling

rapat dengan kanak-kanak. Mereka

perlu sentiasa menarik perhatian

anak mereka kepada perwatakan dan

tingkah laku yang baik agar si anak

dapat menjiwainya.

Anak lazimnya ingin meniru apa yang

dibuat oleh ibu bapanya serta akan

menyukai apa yang ibu bapa suka.

Jika di rumah sendiri kurang buku dan

ibu dan ayah pula kurang membaca,

suasana yang menggalakkan amalan

membaca tidak dapat diwujudkan

di rumah. Oleh itu, ibu bapa harus

memastikan terdapat buku-buku dan

bahan bacaan untuk dibaca di rumah.

Sekiranya kanak-kanak tersebut

terjumpa buku atau bahan bacaan di

setiap sudut rumahnya, dia akan dapat

merasakan betapa pentingnya buku

dalam kehidupan keluarganya. Ibu

bapa juga boleh meletakkan bukubuku

di dalam kereta supaya kanakkanak

ini boleh membaca di manamana

sahaja.

Seterusnya, ibu bapa perlu

meluangkan masa yang berkualiti

bersama anak-anak dengan membaca

bersama. Ibu bapa hanya memerlukan

15 hingga 30 minit untuk membaca

dengan anak. Ramai juga yang suka

mengamalkan membaca cerita

sebelum tidur. Ia merupakan amalan

yang baik kerana membaca bersama

dapat mengeratkan hubungan ibu

atau ayah dengan anak dan boleh

dijadikan rutin harian. Selain itu,

kanak-kanak ini boleh juga diajar

membaca. Ia merupakan satu aktiviti

pengukuhan dan peneguhan di rumah

setelah belajar membaca di tadika

atau prasekolah. Sekiranya anak itu

masih tidak boleh membaca, ibu bapa

janganlah menilainya dan anggaplah

sesi itu sebagai sesi tambahan yang

menyeronokkan dalam memupuk

minat membaca di

kalangan kanak-kanak.

Rumusan

Kita percaya NLP mampu

mempertingkatkan perkembangan

bahasa dan komunikasi anak-anak.

Prasyaratnya adalah ibu bapa perlu

mempunyai sikap dan amalan

positif serta pengetahuan yang

boleh membantu mempengaruhi

perkembangan bahasa anak mereka.

Ibu bapa haruslah menyediakan segala

keperluan dan persekitaran yang

sesuai untuk kanak-kanak ini belajar

dan memupuk minat mereka

terhadap ilmu.

Penglibatan ibu bapa dalam setiap

aktiviti harian yang dilakukan anakanak

dapat mengembangkan bahasa

serta membentuk diri kanak-kanak

untuk mempunyai kemahiran sosial

yang tinggi. Bahasa dan komunikasi

adalah asas kepada kemahiran sosial

yang lain. Tanpa kemahiran bahasa,

kemahiran sosial yang lain

akan terjejas.

Profesor Madya Dr. Nordin Mamat merupakan NLP

Master Trainer, Pakar Pendidikan Awal Kanakkanak,

Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak

merangkap Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti

Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.

38 MamaPapa |Januari 2018

BERSAMA PAKAR

Muka Anak

Bertukar Biru

Adakah anda pernah berdepan dengan situasi

ini; muka anak berubah menjadi biru semasa

menangis? Ikuti penjelasan Pakar Pediatrik,

Dr Maryamjameelah Razali tentang penyakit ini.

Breath-holding spell (menahan nafas)

adalah keadaan di mana bayi atau

kanak-kanak menangis kerana sakit,

takut atau marah seterusnya muka

bertukar menjadi pucat atau biru dan

akhirnya pengsan. Breath-holding

spell berlaku secara tiba-tiba, tidak

disengajakan dan tidak dapat dikawal

oleh kanak-kanak tersebut.

Kebiasaannya, episod menjadi biru itu

mengambil masa kurang dari 1 minit,

ia mungkin kelihatan seperti sawan

namun sekiranya ujian EEG dilakukan

(untuk memeriksa gelombang sawan

di otak) ia adalah normal.

Walaupun episod breath-holding

spell kelihatan menakutkan buat ibu

bapa dan penjaga namun ianya tidak

membawa kemudaratan kepada

kanak-kanak tersebut.

Episod breath-holding sebenarnya

agak lazim berlaku dan kira-kira

4 hingga 5% kanak-kanak

mengalaminya.Ia bermula dari usia 6

hingga 18 bulan dan kebanyakannya

berhenti berlaku ketika kanakkanak

berumur 4 hingga 7 tahun.

Adalah amat penting bagi ibu bapa

membawa anak berjumpa dengan

doktor pakar bagi mendapatkan

pemeriksaan lanjut. Ini untuk

memastikan episod biru atau cyanosis

bukanlah berpunca daripada masalah

jantung, paru-paru atau sawan.

Deskripsi

Breath-holding spell kerap kali

tercetus apabila kanak-kanak atau

bayi itu marah, sakit atau kecewa

(frustrated). Kanak-kanak itu akan mula

menangis dan tidak mengeluarkan

suara walaupun seolah-olah kelihatan

seperti masih menangis. Mereka akan

menghela nafas keluar dan tidak

menarik nafas masuk.

Terdapat dua jenis breath-holding

spell bergantung kepada perubahan

warna muka kanak-kanak.

• Episod cyanosis (biru) tercetus

apabila kanak-kanak itu marah

atau kecewa. Biasanya, kanakkanak

akan menangis kuat selama

kurang daripada 15 saat, kemudian

menjadi senyap, berhenti bernafas

dan dengan pantas muka bertukar

menjadi biru. Kebiasaannya,

mereka akan menjadi lembik dan

pengsan. Kadang-kadang badan

mereka boleh mengeras seolaholah

mereka mendapat sawan.

Tidak lama selepas itu, mereka akan

menarik nafas yang dalam, bernafas

seperti biasa dan mula sedarkan

diri namun mungkin akan kelihatan

penat selepas episod breathholding

spell tersebut.

• Selain dari cyanosis, kanak-kanak

atau bayi boleh mendapat serangan

pucat yang selalu tercetus oleh

kesakitan atau ketakutan. Sebagai

contoh, seorang kanak-kanak

berlari, tiba-tiba terjatuh dan kepala

terhantuk. Ini boleh mencetus

breath-holding spell bukan kerana

kecederaan di kepala tetapi lebih

kepada sakit yang tidak dijangka

dan berlaku secara tiba-tiba. Kanakkanak

tersebut akan berteriak

sekejap, bertukar menjadi pucat

seterusnya pengsan dan mungkin

kelihatan sedikit kebiruan. Acap kali

badan mengeras atau menggigil

seolah-olah mendapat serangan

sawan dan berlaku tidak sampai 1

hingga 2 minit. Selepas itu, mereka

akan sedarkan diri namun mungkin

akan kelihatan letih dan tidur untuk

beberapa jam. Episod ini dipanggil

Reflex Anoxic Seizure di dalam

bahasa perubatan.

MamaPapa | Januari 2018

39

BERSAMA PAKAR

Pada peringkat permulaan, breathholding

spell terjadi setiap beberapa

minggu atau bulan namun ia mungkin

akan menjadi lebih kerap dan boleh

berlaku hampir setiap hari. Walaupun

breath-holding spell kelihatan

menakutkan namun ia sebenarnya tidak

membawa kesan kepada kanak-kanak

tersebut seperti kerosakan otak atau

penyakit epilepsi (sawan

berulang-ulang).

Punca

Kebanyakan kanak-kanak yang

mengalami breath-holding spell

sebenarnya adalah sihat. Breathholding

spell berlaku secara tiba-tiba

dan tidak dijangka. Ia tidak dapat

dikawal oleh kanak-kanak tersebut dan

tidak bermaksud yang kanak-kanak

itu mengalami masalah tingkah laku.

Gangguan emosi mencetus tindak

balas refleks yang menyebabkan

perubahan dari segi pernafasan, nadi

dan tekanan darah.

Ujian

Pemeriksaan dan pengambilan sejarah

pesakit secara terperinci termasuklah

deskripsi episod breath-holding sudah

memadai untuk membuat diagnosis.

Ujian seperti scan otak (CT atau

MRI) mahupun EEG untuk melihat

gelombang sawan di otak selalunya

tidak diperlukan. Namun jika simptom

tidak tipikal maka ujian lanjutan

mungkin dilakukan.

Rawatan

Sebenarnya tiada rawatan untuk breathholding

spell melainkan jika kanakkanak

itu mengalami masalah kurang

sel darah merah (anemia). Sekiranya

darah merah rendah, maka zat besi

tambahan mungkin boleh diberi untuk

mengurangkan kekerapan episod

breath-holding.

Tindak balas biasa ibu bapa atau

penjaga sekiranya anak menjadi biru

atau pucat adalah dengan mengangkat

dan mendukung kanak-kanak. Namun,

hakikatnya mendukung anak anda

boleh menyebabkan episod cyanosis

(biru) itu lebih berpanjangan. Begitu

juga jika anak pengsan, baring dan

meletakkan kepalanya lebih rendah

daripada badan boleh mempercepat

dan melancarkan peredaran darah

ke otak. Sebaiknya, kanak-kanak itu

diletakkan baring mengiring dan di

pantau sehingga kanak-kanak itu

mula bernafas dengan baik dan warna

berubah kepada sedia kala.

Adalah amat penting untuk tidak terlalu

memanjakan dan memberi perhatian

yang lebih hanya semata-mata untuk

mengelakkan daripada anak anda

menangis agar tidak mendapat breathholding

spell. Memang ia sukar, namun

tindakan ini hanya akan menyebabkan

kanak-kanak itu mendapat masalah

tingkah laku di kemudian hari. Layanan

anda seharusnya sama seperti anak

anda yang lain. Bukan mudah untuk

membesarkan anak yang mengalami

breath-holding spell. Sebagai ibu bapa

sekiranya anda merasa tertekan, adalah

baik untuk mendapatkan bantuan dari

pakar psikologi atau pakar terapi untuk

mempelajari mengenai

‘parenting technique’.

Rumusan

Breath-holding spell tidak

memudaratkan anak anda. Ia tidak

sepatutnya menyebabkan kerosakan

otak atau menjejaskan perkembangan

anak anda. Ia mungkin mengerikan

untuk melihat anak anda menangis dan

menjadi biru atau pucat lalu longlai.

Ingatlah bahawa kekerapan breathholding

spell berkurangan apabila

kanak-kanak berusia 2 tahun dan hampir

50% tidak mengalaminya ketika mereka

mencecah 4 tahun. Sekiranya anak

anda mempunyai masalah biru atau

pucat ketika menangis, berjumpalah

dengan doktor untuk kepastian dan

pemeriksaan lanjut.

Artikel diambil daripada laman www.doktorbudak.com dan ditulis oleh Pakar Pediatrik,

Dr Maryamjameelah Razali MBBS(UIA) , MRCPCH(UK)

40 MamaPapa | Januari 2018

E-PINTAR

Hiburan Kanak-kanak

Kanak-kanak tidak memerlukan pendidikan formal untuknya mempelajari sesuatu

perkara baru. Anda boleh menerapkan pendidikan kepada anak melalui hiburan.

Ketahui 5 aplikasi popular hiburan untuk si kecil.

YOUTUBE KIDS

Aplikasi percuma

Siapa kata kanak-kanak tidak boleh

melayan YouTube? Jika anda risau

video yang tidak elok terpapar

pada YouTube anak, gunakan

aplikasi YouTube Kids yang direka

khusus untuk minda kanak-kanak

yang sedang berkembang. Melalui

aplikasi ini, anak anda berpeluang

menonton video, saluran atau muzik

yang mereka gemari. Ia memberikan

pengalaman YouTube yang selamat

kepada si kecil anda.

KIDS GAME:

BABY PHONE

Aplikasi percuma

DISNEY JUNIOR-

WATCH NOW!

Tak puas menonton kartun? Muat

naik aplikasi Disney Junior- watch

now! Dan saksikan karakter kartun

Disney kegemaran si kecil seperti

Mickey Mouse, Doc McStuffins dan

Lion Guard. Behiburlah di manamana

jua pada bila-bila masa.

Aplikasi percuma

Baby Phone adalah mainan

pendidikan yang sesuai

untuk anak kecil. Aplikasi ini

membantu ibu bapa untuk

memanfaatkan telefon pintar

yang ada kepada mainan kanakkanak

yang menghiburkan dan

bermanfaat. Anak kecil anda

akan diperkenalkan kepada

pelbagai jenis haiwan dan bunyi

mereka, mempelajari nombor,

belajar menekan butang serta

banyak lagi.

RM3.50

KIDS SONGS IN

ENGLISH

Kini anak anda boleh menikmati

video lagu popular Matt dari

DreamEnglish.com ke mana-mana

sahaja dia pergi. Video ini telah

mendapat tontonan lebih 150 juta kali

oleh kanak-kanak, guru dan ibu bapa

di seluruh dunia. Hanya perlu memilih

lagu-lagu popular yang terdapat

dalam aplikasi ini seperti lagu If

You’re Happy and You Know It, Open,

Shut Them! dan Let’s Count to 100!

Aplikasi percuma

NICK

Terlepas cerita kartun kegemaran

anak di dalam televisyen?

Jangan bimbang kerana saluran

kartun kegemaran kanak-kanak,

Nickelodeon kini berada di

hujung jari. Jadi, apa tunggu

lagi! Berseronoklah bersama

anak anda, bermain, menonton

rancangan dan bergelak ketawa

bersama-sama. Saksikan episod

penuh SpongeBob SquarePants,

Teenage Mutant Ninja Turtles,

School of Rock dan banyak lagi di

dalam telefon pintar Android atau

tablet anda.

MamaPapa | Januari 2018

41

KLIK-KLIK

Mom & Baby Corner penuhi keperluan ibu & bayi

PETALING JAYA– Sedar akan peningkatan keperluan terhadap produk ibu dan

bayi, Constant Pharmacy memperkenalkan Mom & Baby Corner (Sudut Ibu & Bayi)

yang bertempat di Puchong Prima. Pelancaran sudut ini menyaksikan Constant

Pharmacy sebagai farmasi terkemuka yang menyediakan keseluruhan rangkaian

produk penyusuan untuk masyarakat setempat. Bukan itu sahaja, produk lain untuk

ibu dan bayi juga turut disediakan dalam sudut tersebut. Antara kategori produk

yang terdapat di Sudut Ibu & Bayi Constant Pharmacy ialah makanan ibu & bayi,

penjagaan & keselamatan bayi, materniti, penyusuan dan aksesori bayi. Seiring

dengan kesedaran ibu bapa kini terhadap produk yang sihat dan berkualiti,

Constant Pharmacy turut bekerjasama dengan lebih 20 jenama terkenal ibu dan

bayi seperti Baby Organix, Cetaphil Baby, Mustela dan Philips Avent. Pada majlis

tersebut, Constant Pharmacy turut mengumumkan pemenang untuk Peraduan

Duta Bayi Constant yang dijalankan pada November lalu di laman Facebook.

GSK anjur Hari Kanak-kanak

KUALA LUMPUR– Sambutan Hari Kanak-kanak hujung tahun lalu

berlangsung meriah dengan kunjungan lebih daripada 70 anak-anak

kakitangan GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK).

Program yang dibuat untuk tahun kedua berturut-turut ini membawa

kanak-kanak menyelami dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan

Matematik (S.T.E.M.). Bertemakan ‘Hari Penerokaan S.T.E.M. GSK’,

kanak-kanak diberi peluang untuk mengikut ibu bapa mereka ke tempat

kerja dan menerima maklumat mengenai tugasan kerja ibu bapa

mereka. Kanak-kanak juga terlibat dengan pelbagai aktiviti berkaitan

S.T.E.M. yang dianjurkan sepanjang hari.

KidZ vs Food 2.0 di KidZania KL

PETALING JAYA– Program kegemaran ramai, ‘KidZ vs Food’ kembali

lagi di KidZania Kuala Lumpur (KidZania)! Berlangsung dari 25 November

2017 hingga 31 Disember 2017, program kali kedua ini menampilkan

lebih banyak aktiviti memasak menarik sepanjang cuti sekolah. KidZania

berhasrat untuk menanam minat memasak di kalangan kanak-kanak

sebagai satu kemahiran hidup asas. Berbeza dengan penganjuran kali

pertama, ‘KidZ vs Food 2.0’ mengajar kanak-kanak bukan sekadar untuk

mempelajari cara memasak hidangan ringkas, malah kanak-kanak akan

turut menyediakan hidangan untuk ibu bapa mereka.

Selami dunia bawah laut

KUALA LUMPUR– Scott’s bekerjasama dengan Aquaria KLCC sempena

cuti sekolah hujung tahun lalu dalam menganjurkan program ‘Scott’s

Bright Little Explorers’ yang bertempat di aquariaKLCC. Program ini

menyediakan peluang kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun

untuk menikmati pengalaman bawah laut yang unik di samping memupuk

sifat ingin tahu serta menggalakkan mereka mempelajari lebih lanjut

tentang lautan, hidupan laut dan usaha pemuliharaan. Kanak-kanak ini

juga menyertai program bermalam di aquariaKLCC yang dinamakan

‘Tidur Bersama Jerung’. Acara bermalam itu membolehkan peserta

mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan, termasuk sesi

memberi makan kepada jerung, memerang laut dan ikan piranha, bertemu

penyelam aquariaKLCC dan juga lebih mengenali dunia bawah laut.

42 MamaPapa | Januari 2018

KLIK-KLIK

Semangat Kental Wanita Yakult

Artikel ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin dalam sesi lawatan kerja media ke Jepun anjuran Yakult (Malaysia) Sdn Bhd.

Dalam kesibukan orang ramai hendak

ke tempat kerja, sekumpulan wanita

lengkap memakai pakaian seragam

putih sibuk menyiapkan barangan

untuk dihantar pada pelanggan.

Bertempat di Pusat Wanita Yakult,

Ikegami yang terletak di Tokyo, wanitawanita

bersemangat kental yang

digelar Wanita Yakult atau Yakult Lady

ini bertungkus-lumus menyiapkan

pesanan pelanggan dengan mengisi

minuman probiotik Yakult di dalam

sebuah beg khas dan meletakkannya

dalam raga basikal.

Sesi taklimat untuk Wanita Yakult sebelum

mereka mula menjalankan tugas.

Selepas menyiapkan semua barangan

yang ingin dihantar, mereka akan

berhimpun mendengar taklimat

ringkas tentang produk Yakult dan

penerangan terbaru yang boleh

dikongsi kepada pelanggan.

Tugas Wanita Yakult ini bukan

hanya menghantar produk sahaja,

sebaliknya mereka turut menjadi

duta kecil kepada jenama Yakult bagi

menerangkan kepada pelanggan akan

manfaat minuman probiotik.

Setiap Wanita Yakult mempunyai

kawasan masing-masing dan mereka

akan menghantar minuman probiotik

terus ke pintu pelanggan.

Cuaca tidak menghalang

Salah seorang Wanita Yakult, Satomi Arai,

44, kelihatan cergas dan bersemangat

pagi itu untuk menemui pelanggan

setianya yang sedang menunggu.

Meskipun hujan lebat melanda

kawasan Ikegami pagi itu, namun cuaca

tidak melemahkan semangat Arai

untuk bertemu dengan pelanggannya.

Satomi Arai bersemangat dan ceria untuk

memulakan tugas menghantar Yakult dari

rumah ke rumah.

Selesai sesi taklimat, Arai siap

menyarung pakaian hujan dan mula

menunggang basikal yang dilengkapi

dengan kotak penyejuk berisi

minuman Yakult.

Begitulah rutin wanita yang amat

komited dengan tugasnya ini.

Menurut Arai, perkara paling utama

yang difikirkan adalah memastikan

produk yang dihantar sampai ke

tangan pelanggan setianya dalam

keadaan baik.

“Yang paling menggembirakan saya

adalah apabila pelanggan berpuas hati

dengan produk tempahan mereka.

Jadi, sebelum memulakan tugas, saya

akan pastikan setiap tempahan dibawa

secukupnya untuk pelanggan.

Sebelum menyerahkan pesanan kepada

pelanggan, Wanita Yakult akan memeriksa

dahulu produk minuman probiotik yang

dimasukkan dalam beg khas.

“Semasa bertemu pelanggan juga, saya

akan menerangkan tentang produk

yang ada di bawah jenama Yakult serta

berborak dengan mereka mengenai soal

kesihatan dan manfaat pengambilan

minuman probiotik,” katanya yang tidak

lokek melemparkan senyuman manis

semasa bertemu pelanggan.

Warga emas pun minum

Berpeluang mengikut Arai ke

beberapa buah rumah pelanggannya,

penulis turut berkesempatan menemu

bual pelanggan setia Yakult.

Salah seorangnya adalah warga

emas berusia 67 tahun yang dikenali

sebagai Honda. Berkongsi cerita

tentang keterujaannya dengan

minuman

probiotik, nenek

ini berpendapat

bahawa

adalah lebih

mudah untuk

menggunakan

khidmat Wanita

Yakult untuk

menghantar

produk Yakult

ke rumahnya.

“Memandangkan saya memang

berada di rumah (semasa hari orang

berkerja), jadi saya lebih gemar

melanggan produk Yakult dari

Wanita Yakult. Masa lebih jimat tanpa

perlu membeli minuman Yakult di

pasar raya, dan kualiti produknya

juga terjamin,” katanya sambil

memberitahu telah melanggan

minuman ini menerusi Yakult Lady

selama lebih kurang 4 tahun.

Selain itu,

seorang lagi

warga emas,

Morimoto, 52,

memberitahu

bahawa amalan

minum 2 botol

Yakult setiap

hari dilakukan

sebagai rutin

harian seisi

keluarganya.

Arai (kanan) berkongsi

informasi dengan

Honda (kiri) tentang

manfaat pengambilan

minuman probiotik.

Morimoto (kiri)

mengamalkan minum 2

botol Yakult setiap hari.

Malah, Morimoto turut memberikan

minuman probiotik ini kepada anak

cucunya yang tidak sihat.

Di Pusat Wanita Yakult Ikegami,

sebanyak 21 orang Wanita Yakult

bertugas menghantar produk Yakult

dari rumah ke rumah mengikut

permintaan penduduk setempat.

Dianggarkan kira-kira 400 botol Yakult

sehari terjual bagi seorang Yakult Lady.

MamaPapa | Januari 2018

43

PERCUMA hadiah menarik bernilai sehingga RM200.00

dengan langganan minimum RM50.00.

(Untuk 50 Pelanggan Pertama Sahaja!)

BabyTalk menawarkan

info dan panduan

tentang kehamilan,

keibubapaan & bayi

(Inggeris - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM72

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM144

MamaPapa menawarkan

info dan panduan

tentang kehamilan,

keibubapaan, bayi &

kanak-kanak

(Melayu - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM72

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM144

Natural Health

menampilkan yang

terkini mengenai

kesihatan, kecantikan,

penawar dan kehidupan

semula jadi

(Inggeris - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM72

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM144

A Healthy Lifestyle

menonjolkan

tips kesihatan &

kecantikan moden

(Cina - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM60

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM120

Franchise Asia

ialah satu-satunya

penerbitan yang

menampilkan peluang

francais di Malaysia dan

seluruh dunia

(Inggeris - 4x setahun)

□ 4 keluaran (setahun)

RM48

□ 8 keluaran (2 tahun)

RM96

Smart Kids World ialah buku panduan bermanfaat untuk perkembangan

& pembelajaran serta kesihatan kanak-kanak ( 2x setahun)

□ Inggeris □ Melayu □ Cina

□ 2 keluaran (setahun) RM39.80

□ 4 keluaran (2 tahun) RM79.60

Baby Guidebook ialah buku panduan berguna tentang kehamilan &

keibubapaan untuk ibu bapa baru ( 2x setahun)

□ Smart Parenting □ Mama SiManja □ 妈 妈 宝 宝 世 界

□ 2 keluaran (setahun) RM39.80

□ 4 keluaran (2 tahun) RM79.60

SILA LENGKAPKAN KETERANGAN DI BAWAH DALAM HURUF BESAR

Nama (Encik/ Puan/ Cik)____________________________IC____________________

Alamat________________________________________________________________

_________________________________________Poskod_______________________

Pekerjaan___________________________________ Jantina_______Umur_________

Tel______________________Email__________________________________________

Langganan bermula daripada_________________sehingga_____________________

Isi borang di atas bersama cek dan kirimkan ke:

MamaPapa, N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603-6203 2522 Faks: +603-6203 4522 Email: info@acepremier.com

Bayaran langganan tidak akan dipulangkan. Hadiah adalah terhad, sementara stok masih ada.

CARA PEMBAYARAN

1. Cek/ Draf Bank no. __________________

RM ___________________________________

(Dibayar kepada AcePremier.com Sdn Bhd)

ATAU

2. PEMINDAHAN WANG

Maybank 5144-8611-2071

(AcePremier.com Sdn Bhd)

Tandatangan

Tarikh

HADIAH LANGGANAN

□ Saya akan mengambil sendiri hadiah langganan saya

□ Hadiah langganan boleh diposkan ke rumah saya. Saya

sertakan RM10 sebagai bayaran pos

□ Saya akan hantar wakil untuk mengambil hadiah

langganan saya

Nama ___________________________________________________________

No. I/C

November 2017

RM6.00 (Incl. GST)

Untuk

40 Pelanggan

Pertama Sahaja!

Langgan MamaPapa

dan anda berpeluang

memenangi hadiah

misteri bernilai RM99.90

KINI ANDA TIDAK AKAN LAGI TERTINGGAL

SETIAP KELUARAN MAMAPAPA!

SEGALANYA YANG PERLU ANDA TAHU

TENTANG KESUBURAN, KEHAMILAN,

PENJAGAAN BAYI DAN KANAK-KANAK

ADA DI DALAM MAMAPAPA.

LANGGAN

Hindari

anak hidap

DIABETES

Kurang

zat besi?

Tiada masalah

jika anda ikuti

tips di m/s 13

BENARKAH

kurang

menyusu

punca susu

badan

sedikit?

Cegah Masalah

Gigi Anak Rosak

Sebelum Terlambat

Bagaimana ingin

pastikan rumah

BEBAS HABUK

50++

INFO BERGUNA

UNTUK IBU KEKAL SIHAT &

BERSERI SEMASA HAMIL

Ya, saya mahu melanggan majalah MamaPapa

□ 12 keluaran (1 tahun) MamaPapa berharga RM72 (penghantaran PERCUMA*)

□ 24 keluaran (2 tahun) MamaPapa berharga RM144 (penghantaran PERCUMA*)

*dalam Malaysia sahaja

SILA LENGKAPKAN KETERANGAN DI BAWAH DALAM HURUF BESAR

Nama (Encik/ Puan/ Cik)____________________________IC____________________

Alamat________________________________________________________________

_________________________________________Poskod_______________________

Pekerjaan___________________________________ Jantina_______Umur_________

Tel______________________Email__________________________________________

Langganan bermula daripada_________________sehingga_____________________

Isi borang di atas bersama cek dan kirimkan ke:

MamaPapa, N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603-6203 2522 Faks: +603-6203 4522 Email: info@acepremier.com

Bayaran langganan tidak akan dipulangkan. Hadiah adalah terhad, sementara stok masih ada.

CARA PEMBAYARAN

1. Cek/ Draf Bank no. __________________

RM ___________________________________

(Dibayar kepada AcePremier.com Sdn Bhd)

ATAU

2. PEMINDAHAN WANG

Maybank 5144-8611-2071

(AcePremier.com Sdn Bhd)

Tandatangan

Tarikh

HADIAH LANGGANAN

□ Saya akan mengambil sendiri hadiah langganan saya

□ Hadiah langganan boleh diposkan ke rumah saya. Saya

sertakan RM10 sebagai bayaran pos

□ Saya akan hantar wakil untuk mengambil hadiah

langganan saya

Nama ___________________________________________________________

No. I/C

MajalahMamaPapa

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!