10.07.2015 Views

warta geologi warta geologi - Department Of Geology - Universiti ...

warta geologi warta geologi - Department Of Geology - Universiti ...

warta geologi warta geologi - Department Of Geology - Universiti ...

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Fosil bivalvia Daonella dari Sg. Jentar, Mentakab, Pahangbahagian barat Temerloh dan spesimen yang diperihalkanoleh Metcalfe et al.(1982) dari kawasan Mentakab,Temerloh.Daonella pectinoides Kobayashi & TamuraPlat 1, Gambarajah 4*. 1959 Daonella pectinoides n. sp. - Kobayashi &Tamura: ms 20, Plat 2, gambarajah 12 dan Plat 3,gambarajah 6.? 1966 Daonella cf. pectinoides Kobayashi & Tamura- Kobayashi et al.: ms 118, Plat 24, gambarajah 14.Bahan:- Satu spesimen acuan luaran cengkerang kirihampir lengkap diperiksa yang diwakili oleh spesimenJTR-03.Pemerihalan:- Cengkerang bersaiz kecil, pipih, subbersegiempat dan berkerangka agak equilateral.Ukuran tinggi melebihi panjang cengkerang iaitu 2.5cm panjang dan 3.5 cm tinggi dengan kepanjangangaris engsel mencapai 1.6 cm, memanjang ke bahagianposteroventral. Garis engsel lurus dan lebih pendek darikepanjangan cengkerang. Umbo kecil tetapi jelas terletakkira-kira setengah daripada garis engsel. Garis rusukberjejari hampir lurus dan bercabang dua dari ventreldan menghilang apabila menghampiri umbo dan hanyaterdapat di bahagian anterior sahaja. Ruang antara rusukagak luas di bahagian anterior dan rapat di bahagianposterior. Garis pertumbuhan terpusat jelas pada jaraksatu perdua melingkari umbo dan dominan di bahagianposterior sahaja.Perbandingan dan perbincangan :- Spesimen yangditemui ini mungkin adalah dalam peringkat matangberdasarkan kewujudan garis-garis rusuk pada bahagiansegitiga anterior dan posterior engsel. Dari segimorfologi, spesimen ini menyamai spesimen holotipyang diperihalkan oleh Kobayashi & Tamura (1959) darisegi bentuk cengkerang dan corak garis rusukan sertacorak ruang antara rusukan yang luas di bahagian anteriordan sempit di bahagian posterior. Spesies yang sama jugapernah dilaporkan oleh Lum (1976) di kawasan Lancang,Pahang tetapi tiada pemerihalan spesimen dibuatmengenainya.Daonella cf. pichleri MojsisovicsPlat 1, Gambarajah 6. 1964 Daonella pichleri - Kobayashi: ms 62, Plat 5,gambarajah 4-5a-b.. 1991 Daonella pichleri – Vu Khuc et al.: ms 59, Plat 8,gambarajah 16.Bahan:- Satu spesimen cengkerang kiri tidak lengkap,acuan dalaman diwakili oleh spesimen JTR-04.Pemerihalan:- Cengkerang bersaiz kecil, terserong danberkerangka equilateral. Ukuran panjang cengkerangmelebihi tinggi cengkerang iaitu 3.7 cm panjang dan3.2 cm tinggi. Garis engsel dan kedudukkan garis engseltidak dapat dicerap. Umbo berkedudukkan kira-kirasatu pertiga dari kepanjangan cengkerang dari hujunganterior. Garis rusuk berjejari lurus dan bercabang duaberhampiran umbo. Ruang antara rusuk sempit manakalagaris rusuk semakin menebal apabila menghampirisempadan ventral.Perbandingan dan perbincangan :- Spesimen yangdiperihalkan ini adalah tidak lengkap di mana garisengsel tidak dapat diperhatikan. Namun begitu, morfologispesimen ini bersesuaian dengan Daonella pichleri darisegi corak rusukan dan kedudukkan umbo pada jaraksatu pertiga dari kepanjangan cengkerang pada garisengsel. Morfologi spesimen JTR-04 didapati menyerupaidengan spesimen yang diperihalkan oleh Vu Khuc etal. (1991) dan Kobayashi (1964) terutama kedudukkanumbo cengkerang. Spesies ini agak berbeza dari spesiesDaonella pichleri timorensis yang mempunyai garisgarisrusukan yang banyak, lebih tebal dan mempunyaikerangka cengkerang yang lebih tinggi. Jaafar Ahmad(1976) telah menemui spesies ini di Sg. Kwang Medang,di bahagian timur Karak berhampiran cabangandengan Sungai Semantan. Manakala Kobayashi (1964)melaporkan bahawa Procter menemui spesies ini diLokaliti 5 di kawasan Mentakab. Spesies seperti ini jugamenyerupai dengan spesimen yang ditemui oleh AhmadRosli & Mohd Shafeea (2011) di Kijai-Binjui, Tawar,Kedah yang terletak dalam Formasi Semanggol.Daonella lommeli (Wissman)Plat 1, Gambarajah 7. 1964 Daonella lommeli (Wissman)- Kobayashi: ms 61,Plat 5, gambarajah 6. 1982 Daonella lommeli (Wissman)- Metcalfe et. al. :ms 113, Plat 1, gambarajah 5-6.Bahan:- Satu spesimen cengkerang kanan, acuan dalamandiwakili oleh spesimen JTR-05.Pemerihalan:- Cengkerang bersaiz sederhana, subsegiempat dan hampir equilateral. Ukuran panjangcengkerang melebihi tinggi cengkerang iaitu 4.5 cmpanjang dan 3.0 cm tinggi dengan kepanjangan garisengsel mencapai 4.0 cm. Garis engsel lurus dan lebihpendek berbanding kepanjangan cengkerang. Umboterletak pada kedudukkan hampir ke anterior dari garistengah engsel. Garis pertumbuhan terpusat wujuddi bahagian anterior dari umbo hingga ke separuhketinggian cengkerang melingkari umbo. Rusukan jenis‘fasciculate‘ iaitu rusukan utama yang mempunyaibanyak rusukan kecil yang mencirikan spesies ini dapatdiperhatikan pada spesimen. Rusukan kecil ini didapatibercabang tiga dan lebih dominan berbanding bercabangdua.Perbandingan dan perbincangan :- Spesies ini didapatimenyamai dengan spesimen yang ditemui di Mentakaboleh Metcalfe et al. (1982) dan spesimen di Lokaliti 11di kawasan Mentakab oleh Kobayashi (1964) terutamadengan kewujudan rusukan jenis ‘fasciculate‘ yangmencirikan spesies tersebut. Spesies ini juga dilaporkanwujud di Kuala Pilah oleh Khoo (1998) dan di DurianTipus oleh Loganathan (1993).Warta Geologi, Vol. 36, No. 3&4, Jul–Dec 2011 225

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!