Views
8 months ago

CEPAT TULIS 3B

Panduan Untuk Ibu bapa &

Panduan Untuk Ibu bapa & Guru Kemahiran Menulis Kemahiran motor halus untuk menulis dibentuk melalui peningkatan keupayaan koordinasi mata-tangan yang lebih tinggi. Ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti pensel yang berikut: Menconteng Mewarna Menyalur Menyambung Lakaran garisan yang berterusan. Lakaran yang lembut dan berterusan untuk corak-corak asas. Gunakan warna yang berbeza. Biasakan dengan lakaran melintang, menegak dan juga menyendeng. Lakaran membulat dikemudiankan. Pastikan pewarna mengikut sempadan corak atau gambar. Menyalur ialah melakar garisan di antara dua garisan sempadan. Menyambung ialah melakar garisan dari satu titik ke satu titik yang bersebelahan. Cepat Tulis 3b Menyalin Melakar atau menulis semula corak atau tulisan yang ada.

Pengarang Che Mazlan Saad Bsc (Manchester) Msc (Wales) CDipAF Penulis dan editor yang berpengalaman dalam bidang pendidikan. Pemenang Hadiah Bahasa (1998) yang dikurniakan oleh Persatuan Linguistik Malaysia dan Public Bank. Umur 4-7 Zairani A Hamid B Econs (Flinders, Australia) Penulis dan pendidik yang berpengalaman dalam bidang bahasa Melayu dan Inggeris. Penulis utama buku Bacalah Jawi dan I Can Read. Pembimbing kursus cepat membaca untuk guru prasekolah dan ibu bapa. Cara Didikan Yang Ceria Anak anda sememangnya mahu menulis, boleh menulis dan sepatutnya menulis pada usia yang awal. Berikut adalah senarai semak aktiviti menulis untuk mendidik anak menulis dengan cara yang betul. Cara Duduk Sediakan kerusi dan meja yang sesuai dengan saiz anak. Pastikan cara duduk yang selesa. Kedudukan Buku Tulis Buku ditempatkan di atas meja pada orientasi yang memudahkan aktiviti menulis. Cara Memegang Pensel Tunjukkan kepada anak cara memegang pensel yang betul. Paling baik gunakan tiga jari. Ketegangan dan Kekuatan Otot Ketegangan dan kekuatan otot perlu diimbangkan semasa menulis. Koordinasi Mata - Tangan Kedudukan dan gerakan pensel sesuai dengan sempadan tulisan yang ditetapkan. Gerakan Tangan Yang Selaras Gerakan bahu, lengan, pengelangan tangan dan jejari berlaku dalam kesepaduan yang baik. Halaju Gerakan Gerakan menulis sederhana-tidak terlalu cepat atau lambat. Gerakan Yang Mantap Tangan tidak terketar- ketar semasa menulis. Sensitiviti Kinestetik Isyarat daripada sendi, otot, tendon, tulang dan kulit semasa menulis dimanfaatkan untuk menghalusi penulisan. Editor Asma Khairuddin Bhs (Hons) Language & Literature, IIUM Ilustrasi Nur Jannah Dinie Reka Letak Grafik Norfadilah Zakaria Mempunyai Hikmah, Kebaikan & Penawar Rajin & Tegas Kesungguhan & Minat Cantik Tekun Dalam Melakukan Kerja Sentiasa Menjadi Contoh Kebaikan Hak Cipta © 2010 oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam apa cara yang boleh dipergunakan lagi. Ataupun dipindahkan dalam sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran, perakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran daripada Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T). Idea @ Konsep @ Produksi Ameen Creative & Communications a Division of Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Penerbit AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN BHD 2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jalan Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur. Tel: 603-4143 4343 Faks: 603-4149 1414 E-mel: ameenbooks@gmail.com Laman Web: www.ameenbooks.com.my AJL931362 ISBN 978-967-362-056-2 Edisi Pertama: Oktober 2010 Pencetak BS Print Sdn. Bhd. No. 16, Jalan Indrahana 1 Off Jalan Kuchai Lama 58100 Kuala Lumpur. 1