22.12.2012 Views

SHORT AND SWEET FINDING AUTHENTICITY NORTHERN GEMS ...

SHORT AND SWEET FINDING AUTHENTICITY NORTHERN GEMS ...

SHORT AND SWEET FINDING AUTHENTICITY NORTHERN GEMS ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Tidak dapat dinafi kan bahawa nasi

merupakan makanan ruji yang paling

penting bagi sebahagian besar

penduduk dunia, terutamanya di negara Asia

Timur dan Asia Selatan, Timur Tengah, Amerika

Latin, dan Hindia Barat. Tanaman beras asalnya

dibudi dayakan di kawasan lembah Sungai

Yangtze, di mana kini nasi menyumbang lebih dari

satu perlima jumlah kalori yang digunakan oleh

penduduk di seluruh dunia. Secara tidak langsung,

nasi juga menjadi bijirin paling penting yang

menyumbang kepada keperluan gizi pemakanan

seseorang individu.

Di kebanyakan negara, beras memainkan peranan

yang lebih signifi kan, melampaui sekadar menjadi

makanan ruji. Beberapa bahagian daripada

tanaman padi mempunyai pelbagai kegunaan. Ia

boleh digunakan untuk dijadikan bahan bakar,

membuat atap daun serta karya seni manakala

hasilan beras termasuk tepung beras dan kanji.

Beras juga kian mendominasi sebagai bahan asas

produk kecantikan. Ditumbuk menjadi serbuk

halus, beras boleh dijadikan bedak muka yang

sangat baik yang mampu mengecilkan pori-pori,

sementara sekam padi pula kadangkala digunakan

sebagai skrub badan. Bahkan, banyak syarikat

pada hari ini mengesahkan manfaat kecantikan

yang mampu didapati dari beras. The Body Shop

telah mengeluarkan Rice Bran Scrub sementara

The Face Shop menggunakan beras sebagai salah

satu bahan kandungan dalam produk pembersih

mukanya. Kajian juga telah menunjukkan banyak

manfaat kesihatan yang boleh didapati daripada

beras, termasuk mengandungi ejen anti-kanser,

selain memiliki potensi untuk mengubati penyakit

jantung, batu di dalam ginjal serta kencing manis.

Walau bagaimanapun, banyak daripada sebatian

bermanfaat ini tidak terdapat dalam nasi putih.

BRUNEI TIMES

Beras Laila, sejenis varieti

beras tempatan, merupakan

produk daripada salah satu

projek penanaman padi

yang dikerjakan oleh Jabatan

Pertanian dan Agrimakanan

ke arah mencapai sara diri

pengeluaran beras di Negara

Brunei Darussalam.

Bukti bagi mengesahkan lagi bagaimana beras

dan nasi memainkan peranan penting dalam

diet kebanyakan negara dapat dilihat melalui

pepatah atau ucapan-ucapan berkaitan dengan

bijirin tersebut. Mana-mana waktu makan

seringkali diekspresikan secara tidak langsung

sebagai memakan nasi di kebanyakan negara

Asia. Di Burma terdapat istilah htamin sar, di

Thailand menyebut kin khao dan di Vietnam

dengan istilahnya yang berbunyi n c m,

dimana semuanya merujuk kepada “makan

nasi”. Hal ini juga jelas kelihatan pada bap

di Korea, meshi di Jepun dan fan di China,

dimana istilah-istilah tersebut digunakan

bersilih ganti bagi merujuk kepada waktu

makan dan juga nasi.

Walaupun beras bukanlah bijirin yang paling

popular dalam gizi pemakanan negara Barat,

namun ia masih memainkan peranan penting

semasa majlis perkahwinan. Para tetamu

melemparkan beras pada kedua mempelai

semasa upacara perkahwinan mereka sebagai

tanda mendoakan kehidupan berumahtangga

yang diberkati seumur hidup. Ini kerana

beras dianggap melambangkan kesuburan

dan kemakmuran. Awalnya semasa Tamadun

Rom, gandum menjadi bijirin pilihan untuk

upacara perkahwinan, biarpun amalan itu

kemudiannya menjadi kurang popular pada

zaman pemerintahan Ratu Elizabeth I di

England. Ketika itu gandum dijadikan bahan

untuk membuat kek bagi menjamu para

tetamu. Apabila gandum menjadi semakin

mahal dan para jemputan memerlukan

sesuatu untuk dilemparkan kepada pengantin

yang dirai, maka beras telah menjadi pilihan.

Begitulah sejarah asalnya bagaimana tradisi itu

diteruskan sehingga kini.

MAY | JUNE 2011 43

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!