02.11.2021 Views

Extended Abstract book CIIDT2021 EISBN

  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

CIIDT 2021

KEMAHIRAN DAN KESEDIAAN TERHADAP TOPIK E-KEUSAHAWANAN

DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA

Norazlinda Saad 1 dan Surendran Sankaran 1

1Universiti Utara Malaysia

PENGENALAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Kemahiran dan Kesediaan terhadap Topik e-

Keusahawanan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda. Graduan yang dilahirkan di institusi

pendidikan tinggi perlu dibentuk dan dididik sebagai job creator serta bertindak lebih

entrepreneurial terhadap sumber pendanaan pendidikan tinggi untuk mengurangkan

kebergantungan kepada sumber kerajaan. Tujuan utama seseorang pelajar mendapat

pendidikan tinggi adalah untuk melayakkan mereka mendapat pekerjaan yang menjanjikan

masa hadapan yang baik sama ada sebagai seorang pekerja atau usahawan. Universiti sebagai

pusat keusahawanan perlu memainkan peranan yang besar dalam memupuk persekitaran e-

Keusahawanan. Kesediaan pelajar universiti terhadap e-Keusahawanan memainkan peranan

penting bagi seseorang pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang e-keusahawanan. Kesediaan

pelajar terhadap topik e-Keusahawanan adalah orientasi mental seperti keinginan, hasrat dan

harapan pelajar yang dapat mempengaruhi pilihan bidang e-Keusahawanan. Kemahiran e-

Keusahawanan membantu pelajar untuk berusaha mempelajari sesuatu, sama ada melalui

pengalaman atau pembelajaran formal bagi membantu pelajar membina gelagat

keusahawanan.

Pendidikan Keusahawanan amat penting untuk memberi pendedahan kepada bidang e-

Keusahawanan dan anjakan minda daripada job seeker kepada job creator. Laporan

Pemantauan Keusahawanan Global (GEM, 2013) menunjukkan bahawa 41.8% masyarakat

Malaysia menganggap keusahawanan sebagai pilihan kerjaya yang baik. Menurut Perbadanan

Produktiviti Malaysia (MPC, 2015), majoriti IPT telah menjadikan pembangunan dan

pendidikan keusahawanan sebagai salah satu agenda utama dan petunjuk prestasi institusi

masing-masing. Dasar Keusahawanan Nasional dan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-

2025 memberi impak yang positif terhadap kesediaan pelajar untuk menceburi bidang

keusahawanan. Hal ini dijelaskan lagi dengan kajian oleh Farhana (2013) yang mendapati

bidang keusahawanan dikatakan penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang

mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menjalani perniagaan.

Sejak tahun 2010 institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pendidikan telah

diminta untuk mula bersedia menawarkan program secara pasaran terbuka (open market).

Maka satu inisiatif untuk melaksanakan program yang dapat mempersiap siagakan pelajar

program pendidikan perlu dilaksanakan bagi memastikan pelajar dapat pendedahan kepada

ilmu, kemahiran dan nilai tambah dalam bidang keusahawanan. Penerapan minda

keusahawanan dalam sistem pendidikan adalah penting untuk menghasilkan graduan menjadi

usahawan (Iklima Husna, Marry, Ahmad Shakani & Sharon, 2020). Dapatan kajian

menunjukkan tahap kesediaan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) terhadap topik

e-Keusahawanan adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan dan positif antara kemahiran dan kesediaan terhadap topik e-Keusahawanan dalam

kalangan pelajar ISMP serta koefisien korelasi adalah tinggi.

1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!