02.11.2021 Views

Extended Abstract book CIIDT2021 EISBN

  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

CIIDT 2021

mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.85. Data yang dikumpul dianalisis

dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Sejumlah 105 orang pelajar Sarjana Pendidikan terlibat sebagai responden kajian ni. Dapatan

menunjukkan bahawa pelajar perempuan merupakan majoriti responden dalam kajian ini iaitu

sebanyak 69.5%. Manakala, didapati Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Blended Learning

berada pada tahap tinggi kerana nilai skor min adalah 3.81. Skor min yang berada pada tahap

Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Blended Learning sederhana adalah antara skor min 3.67

hingga 5.00. Dengan itu, Blended Learning dilihat mampu untuk memenuhi keperluan

pembelajaran kendiri pelajar dan menyumbang kepada pembelajaran bermakna. Situasi ini

mungkin disebabkan pelajar berkeyakinan untuk menguruskan pembelajaran dengan

menggunakan Blended Learning.

Manakala, didapati Dimensi Isi Kandungan LMS mempunyai hubungan yang signifikan

dengan Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Blended Learning - Positif dan Sederhana

(Tafsiran Pekali Korelasi yang dicadangkan oleh Guildford (Hall, 2004)). Dapatan ini

menjelaskan bahawa bahan pengajaran yang mempunyai Isi Kandungan LMS yang sesuai juga

mempunyai tahap Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Blended Learning yang tinggi.

Zakiah (2012) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penerimaan pelajar

dengan penggunaan Blended Learning untuk kursus FP101 iaitu kursus Asas Pengaturcaraan.

Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa para pelajar berminat untuk mengikuti Pengurusan

Pembelajaran Berasaskan Blended Learning kerana kandungan jelas dan mudah difahami.

KESIMPULAN

Blended Learning dilihat mempunyai potensi yang besar dalam bidang pendidikan.

Pengintegrasian di antara pembelajaran bersemuka dan e-pembelajaran memberi pelajar dan

guru lebih pilihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian jelas

menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tahu dan peka tentang konsep Blended Learning dan

menerima bentuk pembelajaran sebegini. Pelajar juga mengetahui kebaikan atau manfaat yang

mereka perolehi daripada Blended Learning berbanding kaedah konvensional. Dengan itu,

usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi menggalakkan lagi pembangunan modul

pembelajaran yang berasaskan Blended Learning dengan memberi penekanan kepada kualiti

Isi Kandungan. Pihak pengurusan universiti perlu membentuk program pembangunan orientasi

kepada pelajar tentang kepentingan dan kelebihan menggunakan Blended Learning kepada

pengurusan pembelajaran pelajar. Pembinaan infrastruktur teknologi maklumat yang efektif

seperti penggunaan server yang baik, kepantasan melayari internet, kemudahan komputer dan

internet yang mencukupi dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan ICT perlu

ditambahbaik.

Kata Kunci: Isi Kandungan, LMS, Blended Learning, Pengurusan Pembelajaran

RUJUKAN

Amrien Hamila, M., & Mohamed Amin, E. (2016). Implementation of blended learning in

higher learning institutions: A review of literature. International Education Studies. 9.

41. 10.5539/ies.v9n3p41.

Gecer, A., & Dag, F. (2012). A blended learning experience. Educational Sciences: Theory

and Practice, 12(1), 438- 442.

Hall, R. J. (2004). Correlation coefficient estimator. http://bobhall.tamu.e du/Correlation/.

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!